Manusia Berbudi Dan Kenang Budi
Melayu itu orang yang bijaksana.
Nakalnya bersulam jenaka.
Budi bahasanya tidak terkira.
Kurang ajarnya tetap santun.
Jika menipu pun masih bersopan.
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu kaya falsafahnya.
Kias kata bidal pusaka.
Akar budi bersulamkan daya.
Gedung akal laut bicara.
Menikam dengan pantun.
Menyanggah dengan senyum.
Marahnya dengan diam.
Merendah bukan menyembah.
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan.
Setia dan sabar tiada sempadan.
Tapi jika marah tak nampak telinga.
Musuh dicari ke lubang cacing.
Tak dapat tanduk telinga dijinjing.
Maruah dan agama dihina jangan.
Hebat amuknya tak kenal lawan.
Berdamai cara Melayu indah sekali.
Berdamai cara Melayu indah sekali.
Silaturrahim hati yang murni.
Maaf diungkap senantiasa bersahut.
Tangan diulur sentiasa bersambut.
Luka pun tidak lagi berparut.
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu?
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu?
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang, jika pantang menghalang kemajuan.
Jangan segan menentang larangan, jika yakin kepada kebenaran.
Jangan malu mengucapkan keyakinan, jika percaya kepada keadilan.
Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Usman Awang
Perhimpunan Melayu Johor (PMJ) 18 December 1988.
PERJUANGAN SEPANJANG HAYAT
Bersatulah bangsa ku, bersatu lah
Dihadapan sana menanti cabaran tak terjangkau
Ombak ribut taufan kan menyerang
Seperti sejarah silam yang telah memahatkan
Keruntuhan Melaka masa lalu
Dek kelemahan bangsaku
Ingatlah bangsaku
Hanya perpaduan menjadi benteng ampuh
Hanya perpaduan menjadi benteng ampuh
Hanya perpaduan menjadi benteng ampuh
Kejayaan bangsa dan negara selamanya
Ditegakkan dari tonggak perpaduan
Kerana perpaduanlah penjajah diusir berambus pergi
Kerana perpaduanlah kemerdekaan dicapai sebebas-bebasnya
Kerana perpaduanlah komunis dihapuskan keakar-akarnya
Kita lalu mendirikan sekolah, membina masjid, hospital
Gedung besar untuk kita kecapi bersama
Membangunkan ekonomi bangsa
Menukar rimba belantara menjadi kota besar
Kilang tersergam dimana-mana
Ladang menghijau hasil mahsulnya melimpah ruah
Pelabuhan dan jalan raya pun terbentang untuk semua
Anak-anak kesekolah dan universiti
Orang muda bertungkus lumus mengumpul rezeki
Yang tua hidup aman damai dirumah sendiri
Hanya perpaduan yang teguh, persatuan yang kukuh
Akan menyelamatkan bangsa daripada dihancurkan
Oleh onar dalam dan onar luar
Oleh oportunis dan pengkhianat yang licik
Menabur duri dan onar sepanjang jalan menuju wawasan besar kita
Maka ayuhlah kita menginsafi diri
Bahawa dikampung dan didesa dibandar dan juga dikota
Racun fitnah dan pembohongan telah disebar
Dan membangkitkan kebencian dan permusuhan
Percayalah semua ini telah disemai oleh tangan kita sendiri
Oleh bangsa sendiri yang telah lupa diri
Dan mabuk dalam nikmat kemakmuran
Dihasut dengki peribadi dan ketamakan diri
Telah berpecah belahlah bangsa kita
Dalam segenap bidang kehidupan
Dan sipetualang itu sedang merayau-rayau diudara
Sesekali melangkah kebumi sesekali meninggi keawan
Ada yang sedang bersembunyi dihutan subur kita
Ada yang sedang berlayar dilautan luas kita
Disungai-sungai bumi tanah air kita
Mereka sedang menunggu waktu terbaik
Untuk merampas dan menjarah apa yang kita nikmati
Inilah sumpah perjuangan untuk watan dan bangsa merdeka
Dan perjuangan untuk watan adalah perjuangan suci
Perjuangan ini adalah perjuangan sepanjang hayat
Dalam segala bidang keagamaan, keilmuan, ekonomi dan budaya
Dan maka perjuangan suci ini harus dihayati
Dan digerakkan oleh seluruh anak watan
Kerana perjuangan ini tanggungjawab semua
Bersatulah bangsaku, bersatulah
Sesat ditengah jalan, kita pulang kepermulaan langkah
Lupakan saja tamak haloba yang membuahkan dendam
Amarah, dengki, khianat, kesumat dan permusuhan
Yang berasa bersalah memohon ampun, dan kita maafkan
Yang tua dihormati, yang muda dikasihi
Bersatulah bangsaku, bersatulah
Ayuh kita berdiri teguh menentang
Segala cabaran dan rintangan
Jangan biarkan cita-cita besar kita kandas
Dan terjurumus kejurang maha gelap maha dalam itu
Percayalah, sesal kemudian tidak berguna apa-apa
Rumah nenek moyang kita bangunkan
Dari jerih perit perjuangan silam ini
Jangan dibiar terlepas ketangan orang lain
Dan disini hari ini, berjanjilah wahai bangsaku
Perjuangan ini perjuangan sepanjang hayat
Datuk Abdul Ghani Othman
Kembara Puisi Darul Ta'zim
Saujana, Johor Bahru
Kembara Puisi Darul Ta'zim
Saujana, Johor Bahru
Hidupkan kembali ketuanan Melayu lama. Ini peluang terbaik yang sampai di kaki UMNO. Hapuskan sekolah Cina yang menjadi sarang tempat PERKAUMAN cina berkembang!! Melayu dah terlalu lama dipermainkan.Be HARD!! Be very hard this time! Pleaasseee Najib!
ReplyDeleteTHe wake up call for the moderate Malays to become ultra Malays. The non malays dont have to worried. Even there are 100% ultra malays in the country, the malay traits as proven is a very harmony, compromising race provided they are not being provoked or betrayed.
ReplyDeleteAnnie, thanks for posting the poems. They bring tears to my eyes, and I know what I will do with myself as a Malay.
DeleteI don't believe in the term ultra anything.
extreme anything is never good.
we may not give up our dignity, but we mustn't evolve into something extreme either.
We may be hurt, but we must never bite because we're hurt. We'll heal, we'll have a scar to remind us why we're hurt, and we will learn how not to get hurt again.
We'll be smart, and we will not bite.
And we will learn.
http://www.youtube.com/watch?v=pJum7cVpOv8
ReplyDeleteSo much heart for this, darling Annie. Thank you for sharing.
ReplyDelete*hugs*