Tuesday 5 June 2018

Fuck you Umno people, if you all don't want to change

(Note : Title of post by Annie)

GUEST BLOGGER

By Lebai Sudin

Hai Annie… aku sebenarnya masih berminat nak menulis lagi pasal hal padi dan beras. Cuma aku rasa nak rehat dulu sebab Ramadan, dan juga sebab masih panas pasca PRU-14. Macam-macam ada.

Bagi aku apa juga kerajaan baharu nak buat..buatlah seperti yang mereka janjikan. Asalkan demi kebaikan rakyat.

Tapi aku nak tulis suatu hal politik di sini, kalau Annie izinkan. Aku tak pernah tulis pasal politik, sebab aku tak mahu campur hal-hal politik, aku hanya pemerhati. Tapi yang ini aku benar-benat tak tahan dengan perangai orang Melayu, sebangsa dan seagama dengan aku.

Ini ialah pasal Umno. Rakyat dah tunjuk apa yang mereka hendak, tapi Umno di negeri-negeri seolah-olah tak berpijak di bumi nyata. Mereka belum bangun dari tidur yang penuh dengan buaian mimpi-mimpi yang syok sendiri.

Agaknya bagi mereka, BN kalah dalam PRU14 semata-mata kerana Najib. Bukan kerana mereka, dan kononnya mereka boleh betulkan keadaan, mereka ada kredibiliti dan sebagaiya. Eh!.. kalau mereka ada integriti, ada kreadibiliti dan semua sifat yang baik-baik dan kudus tu, kenapa tak betulkan ketika Umno masih berkuasa. Apa pasal enggeh belaka.

Apabila mereka berasa diri mereka ada kredibiliti, ada amanah dan pejuang tulen, mereka umum nak bertanding jawatan-jawatan tinggi dalam Umno. Merekalah kononnya akan membetulkan Umno, mereka pun berjanjilah nak betulkan Umno. Boleh percaya ke?

Bukankah mereka turut terlibat merosakkan Umno, bangsa Melayu, negeri-negeri dan negara?..Woiii.. orang dah benci lah.. rakyat dan tolaklah..tak faham-faham ke? Mereka ini buat lawak ke apa? Inilah lawak paling Win sekali pasca PRU -14.

Tak malu ke..kain dah koyak kat punggung, tapi sibuk nak jadi Presiden, Timbalan Presiden Naib Presiden. Itu belum dengar lagi bab jawatan ketua wanita.

Aku tak tau apa yang Khaled Nordin, Tajuddin Rahman, Shahidan Kassim, Mahadzir Khalid (sekadar sebut beberapa nama) fikir apabila tawarkan diri bertanding Naib Presiden. Terfikirkah mereka rakyat tidak mahu melihat rupa bentuk Umno yang sama.

WTF is wrong with these syok sendiri people

Umno kalau nak dapat kepercayaan rakyat semula, kena berwajah baru. Apakah mereka mahu menawarkan Umno yang sama. Umno yang masih tidak berubah, Umno yang hanya tanpa Najib Tun Razak.

Mereka semua bertanggungjawab terhadap rupaya bentuk Umno sebelum tumbang dalam PRU-14 lalu. Kalau masih Umno yang sama ditawarkan kepada rakyat, apakah rakyat akan yakin kepada Umno?

Apakah rakyat dapat menaruh harapan kepada pemimpin Umno yang sama berjanji akan mengubah Umno sedangkan rupa wajah partinya masih sama? Bukankah lebih elok Umno terus berubah untuk menyakinkan rakyat, bukan Umno yang sama dan apa yang baru ialah janji mereka akan berubah. Lagi pun bab berjanji akan berubah ni dan banyak kali Umno janji, siap bagi nama tranformasi politik lagi. Tapi apa yang berubah?

Umno ubah perlembangaan kononnya mendemokrasi pemilihan, lebih ramai ahli Umno terlibat mengundi dalam pemilihan. Tapi apa yang berlaku bukan berasaskan jumlah undi keseluruhan (popular votes). Pemimpin yang menjaga ketua-ketua Bahagian yang menang. Soal pemilihan ini, aku boleh tulis satu bab macam mana ahli Umno diperlekehkan dengan peraturan pemilihan. Masa itu, Tan Sri Muhyiddin pun terlibat sama menentukan peraturan berkenaan ketika membuat pindaan perlembagaan Umno.

Itu semua kena ubah. Umno kena tunjuk benar-benar berubah. Umno kena muhasabah, Umno kena taubat. Umno kena jadi putih bersih semula, Umno kena balik kepada perjuangan asal, back to basic.

Biasanya hujung tahun akan ada perhimpunan agung Umno. Kali ini ada pemiilihan. Ia dibuat di peringkat bahagian. Kalau masih guna kaedah sedia ada, macam tu jugalah rupa Umno.

Bila Perhimpunan agung nanti, orang akan perhati gelagat Umno. Umno mesti mampu tampilkan wajah yang meyakinkan. Sebenarnya bukan sahaja wajah, malah kandungan, isi perjuangan juga mesti meyakinkan.

Kalau Umno tak mampu menampilkan wajah dan isi perjuangan yang menyakinkan, minta maaf, Umno aku rasa perlahan-lahan akan terpinggir atau jadilah pembangkang hingga ke liang lahat.

Maka, kalau Umno mahu ke depan semula di persada politik negara, hendak kembali menjadi tonggak perjuangan bangsa, ingin menjadi pembela rakyat dan negara..Tampilkanlah barisan yang tidak sarat dengan baggage, ada akhlaknya dan ada etikanya.

Sebagai contoh, macam manalah rupa bentuk Umno nak berubah dan macam manalah rakyat dan percaya semula kepada Umno, kalau suami jadi ketua bahagian, isteri ketua wanita, anak jadi ketua pemuda dan menantu ketua puteri.

Kalau tengok mereka yang berkuasa di Ibu pejabat Umno di PWTC tu, lagi senak dibuatnya.

Udah-Udah le..jangan buat lawak lagi.

Lebai Sudin

44 comments:

  1. Betul tu lebai.
    Dalam pkr takde pun anak emak bapak.
    Dalam dap anak bapa sepupu
    Dalam ppbm anak bapa.

    Dalam umno aje semua salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko dah lari topik lah bro...

      Delete
    2. Haha.mcm cerita keluarga 69.
      Prof Kangkung

      Delete
    3. Ade lg saki baki yg meratap sedih kepergian umno.
      Kalau jenazah boleh dimandikan.
      Tapi ni parti.
      Mari kita ramai2 nyanyikan lagu anak kecil main api utk puak2 umno yg masih bermimpi

      Delete
    4. ape le pulak masalah ko ni anony 19:02... ko nak nyanyi ke nak karoke ke.. buat aje lah... si lebai malang ni sape... bila buat cerite aje mesti org dengar ke... aku org umno... dah menang pun betanding peringkat cawangan... akan mengundi ke peringkat bahgian... umno di fitnah... mengapa nak ubah pemimpin yg baik hanya atas dasar fitnah... mengapa perlu buang pemimpin yg lebih baik jika dibandingkan semua penipu yg bekuasa sekarang ni... bila setan yg memperdayakan.. dajal yg memfitnah.. berapa kerat aje yg akan mampu diberi hidayah... telah dijanjikan neraka akan dipenuhi oleh org munafik yg akan dibakar dulu dari penyembah berhala...
      kerajaan sekarang terbukti mereka itu semua penipu... segala janji tidak mungkin dipenuhi melainkan negara akan bankrupt... mengapa org umno terpaksa berkorban utk penipu ni semua... rakyat bodoh biar le dengan kebodohan mereka... adakah mereka ni semua bakal masuk ke lobang biawak maka org umno perlu ikut... lebai konon... org kapir aje yg sokong kapir..

      Delete
    5. Fitnah KEPALA BAPAK KAU....

      Delete
  2. Astaghfirullah…Annie, as a lady, you can write this kind of headline? Only you lah Annie ; )

    Quite “pedas” piece by Lebai Sudin. I will just take a couple of his points…

    “Ini ialah pasal Umno. Rakyat dah tunjuk apa yang mereka hendak, tapi Umno di negeri-negeri seolah-olah tak berpijak di bumi nyata.”

    Agreed. Problem is, UMNO dikuasai for too long oleh pemimpin yang angkuh & “out of touch” - Najib, Zahid, Nazri, Annuar, Mael Sabri, Kak Ijat, etc etc. Keangkuhan mereka bukan disebabkan kebolehan serta bakat. You think these are smart people? Bahkan keangkuhan mereka disebabkan mereka ada kedudukan dan jawatan dan mereka kaya raya. Dan kekayaan mereka bukan sebab mereka peniaga yang handal. Bahkan kekayaan mereka ialah kerana mereka ini kebanyakan nya “rent seekers” atau kroni dan kaki balun duit rakyat. Tajuddin is making big $$$$ (millions!) from his ITM Tapah project, while Umno grassroots struggling to pay family expenses. Tu lah. Memang “tak berpijak di bumi nyata”. Out of touch.

    “Bukankah mereka turut terlibat merosakkan Umno, bangsa Melayu, negeri-negeri dan negara?”

    Of course. They are all guilty. Ni lah warisan era Pahlawan Bugis: Melayu gadai maruah untuk duit, Melayu tidak boleh dipecayai, Melayu tidak kenang budi orang yang berjasa (whoever ordered Tun’s face to be cut from billboards, thank you for helping PH to win), Melayu tidak berprinsip - wang, duit dan pangkat mengatasi baik dan buruk, benar dan salah, hitam dan putih. You think this is 100% Najib’s fault? No. Blame the KBU & MTU who supported him. They are all guilty.

    “Apakah mereka mahu menawarkan Umno yang sama. Umno yang masih tidak berubah, Umno yang hanya tanpa Najib Tun Razak.”

    Seems that way...


    ReplyDelete
  3. Apa yang umno buat sekarang sudah betul 100%..

    Demokrasi membolehkan mereka bertanding, kalaupun kalah pilihanraya, mereka masih pegang jawatan dalam parti. Ahli² yang akan mengundi.. Bukan rakyat.

    Umno (bn) menang kerusi lebih dari lain² parti cuma tidak dapat bentuk kerajaan. Akan kuat selepas pemilihan di umno.

    Kenapa lebai sudin nak libatkan pemilihan di dalam umno dengan rakyat??? Yang menentukan, mengundi adalah ahli.

    Mereka bukan lagi membentuk sebuah kerajaan tetapi sebuah pembangkang.
    Pandangan kita ke atas mereka juga mesti berubah.
    Penilaian mesti kepada sejauh mana mereka berjaya menjadi pembangkang yang berkesan.

    Jika berjaya, potensi mereka untuk menjadi kerajaan semula masih ada.

    Tidak pasti sejauhmana kstabilan PH selepas Tun berundur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelmarin Pemimpin BN dan ahli2 mereka merompak,
      mencuri,
      menolong pencuri,berkongsi hasil pencurian, menjaga kedudukan,pangkat diri sendiri lalu rakyat tidak dipedulikan, maka di humban oleh rakyat dari menjadi kerajaan. Sekarang sudah menjadi pembangkang mula lah bersembang yang mereka akan menjadi pembangkang yang baik untuk mendapat kepercayaan rakyat supaya rakyat akan memberi mandat di PRU15 untuk mengembalikan mereka menjadi kerajaan.
      Wahai rakyat adakah diantara mereka yang meminta maaf atau yang menyuarakan penginsafan,kekesalan diatas tindakan mereka? Tiada(Elek pochi)
      Kepada rakyat yang bodoh,yang jahil,yang tutup mata dan telinga saya cadangkan ambillah pencuri2 BN yang muda jadi menantu kerana sekiranya kecurian berlaku lagi maka ia hanya berlaku di rumah kamu. Ia tidak melibatkan rakyat lain. Kalau pengkhianat bangsa,agama dan negara ini dikembalikan berkuasa maka mereka akan memporak perandakan negara maka rakyat yang pandai menilai seperti kami dan cucu cicit beberapa keturunan pun turut sengsara. Cukup2 lah.
      Terima kasih

      Delete
    2. Tidak ada pilihan, umno akan terus diisi dengan muka² lama 80%..Muka² lama ini memang tidak boleh tawan semula Putrajaya sekelip mata.

      Jika mereka mengambil masa 15 tahun, umno pada masa itu 80% muka baru.

      Delete
  4. Biar lah dorang hidup dlm mimpi, kadang2 dorang ni hanya akan sedar diri selepas UMNO di batalkn pendaftaran nya sdikit masa lagi...gud luck.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batal sahaja this useless party. Tak payah menegak benang basah. Alamak

      Delete

  5. Quote " rakyat tidak mahu melihat rupa bentuk UMNO yang sama ".

    Ertinya pimpinan yang ada hari ini harus berundur ,dan UMNO diterajuai olih muka-muka baru .

    Kalau muka lama ,perangai lama ,gelagat lama ,lagak lama ,mana ada perubahan takgitu ?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ertinya pimpinan yang ada hari ini harus berundur,dan UMNO diterajuai olih muka-muka baru...yes, what future Umno has with recycled leaders? Keangkuhan masih menebal dalam diri pemimpin Umno lama. Their DNA has become arrogance.

      Keangkuhan yang menyebabkan Tajuddin Rahman cuba menolak kecurian berbilion ringgit daripada 1MDB dan menganggapnya sebagai “perkara kecil”….this is really what he said, ya: “projek meganya seperti Proton dan lain-lain menanggung kerugian, namun kita tidak minta dia meletakkan jawatan tetapi terus menyelesaikan masalah itu. Ia hanya wang,” katanya. Ye ke??? “Hanya wang” pulak. Cantik lah tu. Ia sememangnya satu keangkuhan untuk menyamakan kecurian paling besar dalam sejarah Malaysia dengan kegagalan usaha komersial.

      Now this fella is running for VP.

      Good luck Umno, semoga berjaya...with this quality.



      Delete
  6. Yes, AG has been appointed!..Now let’s nailed MO1’s balls to the wall!!!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Annie's boy, Guan Eng, just released another red file today, on some Suria Strategic Resources wateverthehellitis. Another multi-billion ringgit scandal going kaput.

      How Najib, UMNO and BN can rip apart the future of the country just to enrich themselves, I will never know.

      In China, Najib would be executed by anti-aircraft gun for this kind of high treason to the country. Malaysia, probably only 20 years jail, and he might escape getting sebat! :(

      Delete
    2. this LGE always spook the market & economy adoi

      Delete
    3. Better to get the market corrected to the fundamental level and then let it rise in tandem with economic growth and proper political management of this country than for its levels to be based on lies and deceit lar.

      As a very famous market investor once said... in the short term, the market is a voting / popularity contest, in the long run, it is a weighing machine.

      Besides, instead of being angry at LGE, I'd rather direct my anger at Jib, Mah, UMNO and BN. Its funny how some folks are busy accusing LGE of roiling the markets when the whole damn cause of it was because we had some of the biggest crooks in the history of mankind treating the country's finances as a personal ATM machine.

      Malaysia was practically one GE away from becoming another Greece or Cyprus, or even worse, Argentina or Philippines. But yeah, we angry with LGE because he spook markets! :P

      Annie still hasn't replied to me on what she will do if mighty Tajudin Abdul Rahman actually wins an UMNO Vice President-ship! Will she apply to serve as LGE's political secretary? :o :D

      Delete
  7. Hi,
    It's not want to change, the "money" factor still there. Don't forget, Umno still have assets, properties & cash in accounting. Unless all lesap already, like Tengku Nan check and stop giving candies to division, how they operate if no money? All gone already? Tun Mahathir left some money to Badawi and Badawi pass the money to Najib. Don't tell me, it's all gone and lesap already. As long KJ is there, and fight for some post, he has a chance to get his share of Umno money if it is disbanded by ROS. That's why Jamal wants to fight for the Youth post, it's all about controlling the money and accounts. So, who now can sign to take out the money? Najib pasing pasing the post to Zahid, is it constitutional to umno laws and done accordingly? Can Zahid signed out to take the money?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try asking Ku Nan what happened...based on what he said last year in Perak:

      Menurut Tengku Adnan, aset dan harta-harta UMNO sebelum ini misalnya bangunan dikawal oleh UMNO negeri atau bahagian sehingga kadang kala wujud kesulitan jika berlaku perubahan kepimpinan.

      “Bila ada perubahan kepimpinan, harta UMNO seperti bangunan di kawasan tertentu (pengurusan) entah ke mana, macam-macam berlaku“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Bahagian UMNO Kuala Kangsar.

      Hmmmmm, "macam-macam berlaku“ ye betul lah tu. Maybe already converted to Birkin handbags or NY penthouse, kut. Shahrir Samad says it's normal for a man to have RM114 million in 26 different currencies at home. Biasa lah, takde hal, hoorey! Look the other way...


      That is why Umno lost...people like Shahrir. Now the new Umno slogan is "rejuvenation". Ha ha. A slogan is a slogan lah. Nyatalah perjuangan ketuanan bangsa ialah melalui perbuatan dan perlaksanaan....bukan dengan slogan dan omongan kosong. Umno have slogans, but do they have moral values? Perjuangan ketuanan bangsa didukong oleh usaha menegakkan kebenaran dan keadilan. Not slogans....

      Delete
    2. dumbo all sohai for allowing jho low to songlap dumbo monies wakakaka

      Delete
    3. You think Roastmah dan Pokjib semua "sohai" ke ? They are the most avaricious of the lot...no amount in the whole world enough to satisfy their humongous obscene greed. Jho Low is the useful Cina to do all the manouevring and he gets to get a substantial cut out of it. And most likely the fatty Low is the proxy to hold some of the loot for too for this tamak couple.

      You all know 1MDB is only part of the story. What happened to all the songlap money from KWAP, Felda, TH, EPF, Mara, Khazanah, BNM dan banyak2 lagi. Pokjib dan Roastmah have a lot to answer for. Lim Guan Eng said he's deprived of sleep...so much work just to dig into huge hole found in the Finance Ministry. The "red files" which contained Off Balance budget expenditures and payments etc are privy to the eyes of ONLY 2 persons...Najib as PM and Najib as Finance Minister. But some of the red files allowed to be viewed by accomplices like Serigala guy...a real wolfy guy with scary red eyes...like wolf given the duty to guard the chicken house. So direct your anger to the big bad wolves rather than to the people who does the clean up job or the macais.

      Delete
  8. Salam

    semua yang ada dalam umno sekarang yang pernah pegang jawatan letak jawatan..kalau nak pun jadi jawatankuasa pemandu aje...ala dulu pun kerajaan najib ada pemandu idris jala kan..kepimpinan wala melalui tauladan ok...

    nasihat ikhlas..dari presiden hinggalah ke ketua cawangan umno bahagian, biar semua orang baru...orang yang tidak d kaitkan sekurang2nya dengan 1mdb...tidak d kaitkan dengan sayangkan jawatan sbb tu tak tegur...pemimpin yang ada sekrang hanyalah pengecut dalam umno...kalau ada namakan satu selain zaharin sang kelembai yang tegur najib itu dan ini hatta mengenai 1mdb sekali pun...namakan...

    tak d nafi memang ada yang masih bersuara tapi d mana suara mereka dahulu...orang2 ini yang kita perlukan...berani bersuara wp kena kecam oleh sape2 je geng najib razak...

    bayangkan dari presiden sampailah akar umbi semua orang baru, pakatan harapan tiada modal nak kata pemimpin sipolan ini dan itu adalah orang ysang sama mempertahankan najib...senang cite sayang jawatan gadai maruah..sayang jawatan hilang kerajaan bn umno...

    gie7

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gie7
      Kalau semua baru susah juga.tak ada pengalaman mentadbir parti.
      Prof Kangkung

      Delete
    2. Mahdzir Khalid claimed that the Najib 2.6 billion "donation' (actually songlap from 1MDB) was to "defend Islam."

      Ishhhhhh...orang yang tidak beragama pun tahu bahawa adalah sesuatu yang tidak masuk akal bagi orang yang berfikiran waras, dan lebih-lebih lagi jika ia beragama, untuk memilih seorang pencuri supaya dikekalkan sebagai ketua negara secara sukarela melalui kaedah demokrasi.

      Ini memang kes "denial syndrome" teruk. Persoalan yang paling dasar sekarang ialah bagaimana pemimpin Umno boleh menutup mata mengenepikan tanda-tanda dan bukti-bukti jelas dan sahih bahawa MO1 adalah seorang pencuri? This was "Islamic values" as shown by KBU and MTU from 2015 onwards.

      Now the same pekak/bisu/buta people are running for the (konon) "new Umno" top posts.

      Pendek kata...nothing will change.

      Delete
    3. salam prof...

      baik takde pengalaman..sbb tu saya kata orang lamam jadi pemandu..jadi penasihat..cukup stakat nasihat tapi keputusan biar orang baru buat...reti tak...

      biar takde pengalaman dari satu2 kena angkut masuk balai n mahkamah sbb sangkut kes itu dan ini...

      rasa2 kalau najib sbg bekas perdana menteri boleh kena, agak2 mereka yang bawah yang pernah merasa sedikit atau banyak akan melepas ke...

      biar takde pengalaman tapi berani menegakkan kebenaran..yang berani berkata

      "kami kecewa dengan pimpinan UMNO terdahulu yang Pengecut sayangkan jawatan hingga parti umno yang kami sayang tergadai...kami juga meminta maaf kepada seluruh rakyat malaysia atas kesombongan dan kepincangan pimpinan umno sebelum ini...insyaAllah kami akan perbetulkan..."

      hanya orang baru sahaja boleh mengatakan ini semua..kalau yang kita kenal semuanya..em....

      sayang najib jo low rosmah 1mdb, umno bn tergadai...

      gie7

      Delete
  9. Marah betul Annie yang neutral. :)

    Mengikut bacaan saya dalam media, punca sebenarnya adalah skandal 1MDB.

    Jadi itu satu kambing hitam dah dapat.

    Makanya, yang lain-lain itu tak bersalah kerana khabornya 1MDB yang bersalah.

    Setelah kekalahan UMNO, agaknya barulah mereka dengar perkataan 1MDB dan terperanjat.

    Masa dulu, geng-geng depa agaknya tak pernah dengar perkataan 1MDB.

    Orang putih kata, depa "plead innocence". Tak bersalah.

    ReplyDelete
  10. Call me a perennial romantic but I do believe that UMNO can be salvaged.
    Ada hikmahnya UMNO dan BN kalah dalam pru lepas.Sekaranglah masa yg sesuai untuk UMNO mengatur langkah dan betulkan semula parti.Ramai orang masuk UMNO dulu dgn pelbagai motif.Ada yg nak kejar kedudukan,ada nak jadi menteri dsbnya.Mereka akan tinggalkan UMNO kerana skrg UMNO dah tak boleh janjikan itu semua.Yg tinggal dalam parti adalah mereka yg berjuang atas semangat UMNO.
    Hidup UMNO
    Prof Kangkung


    ReplyDelete
    Replies
    1. Prof Kangkung
      how to believe your Bohong Nasional, you were the bangang one who said dumbos can win GE14 wakakaka

      Delete
    2. Of course Umno can survive.. don’t worry.. if jellyfish without a brain can survive 60 million years so can Umno .. lollllll

      Delete
    3. Prof kangkung still on umno payroll, so still need to spew gibberish.

      Delete
    4. 0029
      I am living a comfortable life with my salary.no need to be in umno payroll.
      Prof Kangkung

      Delete
  11. Lebai Sudin,

    It is no use for us to discuss why UMNO failed, OK?

    As far as UMNO bigwigs are concerned, it is not their fault for losing.

    It is really the fault of the voters for not voting UMNO, you see.

    As for what UMNO should do from here?

    Well, it doesn't matter what we say - you and I have no money to influence the results, OK?

    Over the years, money, and not merit, was all it took to climb to the top of UMNO.

    Given the faces who are going to contest for the top positions, it looks like more of the same in UMNO.

    But as Anonymous @ 5 June 2018 at 14:40, pointed out, it may not be about winning back government in PRU15.

    Maybe it is all about control of UMNO assets.

    There is enough money in UMNO to keep quite a few people in luxury for a long long long time.

    Gladiator

    ReplyDelete
  12. after MO1 lost GE14, dumbos finally found their voices mcm anina try me & annie fcuk you dumbos got 'talent' wakakaka

    ReplyDelete
  13. Aku nak tgk Mr Tajuddin terpilih supaya Annie boleh masuk DAP. :P

    ReplyDelete
  14. Sebagai bekas penyokong-tegar UMNO, saya amat bersimpati dengan nasib yang menimpa Party yang dipernah di labelkan Keramat ini.
    Harap-harap, ROS tidak bertindak kejam dengan mengharamkannya kerana melanggar perlembagaannya sendiri, iaitu tidak melakukan pemilihan melebihi 18 bulan yang dibenarkan.

    Bukan semua ahli menyokong amalan Cash is King. Mungkin bilangan mereka kecil, tetapi masih ada yang jujur dan percaya dan yakin, mereka menyokong UMNO demi Bangsa, Agama & Negara.

    Hakikatnya, oleh kerana pernah lama menjadi Kerajaan dan tahu segala selok-belok mengkelepet WANG Rakyat, UMNO/BN adalah pilihan terbaik jika Rakyat inginkan Pembangkang yang berwibawa, untuk memantau dan mengawasi Kerajaan PH.

    Namun, jika keyakinan Rakyat (tanpa mengira Agama & Bangsa) mahu dikembalikan kepada UMNO, ada dua perkara yang sama penting untuk Ahli-Ahli UMNO lakukan terlebih dahulu ketika PAU nanti:-

    1. Semua kepimpinan tertinggi yang lama, mesti disingkir. Pilih Tok Pa sebagai Presiden & Tok Mat sebagai Timbalan kerana pada saya, hanya mereka saja yang Bersih, Cekap, Amanah dan tidak pernah terpalit sebarang scandal.

    2. Berhentikan samasekali, sebarang kerjasama-politik dengan PAS terutamanya, menyokong Hudud-PAS, jika UMNO mahu pengundi bukan-Islam menerima mereka kembali.
    UMNO mesti ambil sikap tegas Dr.M, tidak pernah berganjak pendiriannya, mengapa beliau tidak setuju dengan Hudud PAS. Sebab itu bukan-Islam, lebih-lebih lagi DAP sangat percayakan beliau, terutamanya selepas PRU14.

    Hubungan dengan PAS, cukup setakat hanya berbaik-baik sesama Bangsa & Agama, tetapi berbeza fahaman-politik.

    UMNO juga mesti membawa emej jujur dan tidak beri ruang/implikasi yang boleh menampakkan UMNO & PAS akan bergabung, terutamanya jika kedua-dua party tidak punyai cukup kerusi untuk menubuhkan Kerajaan.

    Bayangkan kerisauan bukan-Melayu/Islam yang mahu memberi undi kepada calon party komponen dalam BN seperti MCA/MIC, jika terdapat kemungkinan UMNO/BN akan bergabung dengan PAS, selepas PRU.
    Saya amat yakin, jika diberi pilihan, bukan-Melayu tidak akan setuju samasekali, PAS diberi jawatan PM atau TPM.

    UMNO juga mesti menjauhi dari bersikap extremist dan melampau dalam berAgama. Contohnya, seperti memberi pandangan:-

    - paksa wanita-Islam bertudung.
    - mangsa-rogol boleh kawin dengan perogol.
    - hukum bunuh sesiapa yang murtad.
    - contohi semangat Jihad Daesh/ISIS.
    - sokong 'Dobi for Muslim Only'.
    - mengambil pendekatan keras, seperti menghukum kapir Puak Syiah atau mahzab lain yang tidak berpegang dengan Sunah Wal Jamaah. Label-melabel sesama Melayu sebagai Anti itu-ini dan sebagainya.

    ReplyDelete
  15. shud go through process of purging & purification for a new dumbo, if not GE15 total kaput wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bro...

      tok pa ok kot..tapi kalau tok mat tak payah..ni api dalam sekam..dia nilah kalau punca umno kalah dialah puncanya...bila tsmy dalam mesyuarat mt usul supaya ada pertandingan n boleh lawan najib, tok mat yang usul supaya tidak d pertandingkan n pertahankan najib...orang macam ni ke umno nak harap...kalau nak d persilakan...

      cari orang lain je..biar orang tak kenal tapi boleh kata apa yang kepimpinan umno buat dahulu adalah salah dan kami menyesal...ada ke yang nak bertanding arini kata najib salah..tapi duk salahkan orang itu dan ini sampai lupa takut nak tegur sbb sayang jawatan...senang cite BACUL...

      apa jadi pada tsmy...dia orang no 2 kerajaan...yup kena buang tapi arini dia jadi orang no berapa dalam kerajaan yng baru pun tak tau...tapi kita akan kenang tsmy sebagai penegak kebenaran..kalau jawatan no 2 dia boleh tak sayang n tegur demi negara,..apalah yang ada dalam kepimpinan UMNO terutama mereka yang hentam tsmy n tun...

      gie7

      Delete
  16. Anonymous@ 5 June 2018 at 17:53,

    //Aku nak tgk Mr Tajuddin terpilih supaya Annie boleh masuk DAP.//

    I don't think Annie really meant that :)

    Gladiator

    ReplyDelete
  17. Aiyaa Annie,

    You are being silly.

    Why you want to revive UMNO.?

    PPBM is UMNO with a clean slate and more modern features.

    You can compare UMNO like an old volvo car design in year 1957, all the parts are worn out like the chairs, all goyang-goyang, the radio also not working, no aircon. The Engine always give trouble. The biggest problem is that it is using carburetor system. It is using and wasting too much fuel.

    If you want to repair the old volvo, very difficult. You want to find spare parts also difficult.

    PPBM is like the new Volvo XC90. It is the rated the safest car in the world.

    You get GPS system, air bag front and side, ABS, all wheel drive, latest automatic transmission system.

    The best thing is that it is using hybrid engine (on certain model) so it is fuel saving.

    Why you want to revive the old volvo? It is old and so much trouble already.

    Better buy a new car.

    ReplyDelete
  18. Jangan salahkan UMNO kerana terjadi macam ini.

    1.Salahkan pemimpin lapisan UMNO yang tak berani menegur secara berhemah pemimpin atasan UMNO

    2. Salahkan pengundi yg tak mengenang budi atas jasa jasa UMNO

    3.Salahkan pembangkang kerana sentiasa menabur fitnah

    Najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau KJ tegur nanti tak dapat dedak lagi sebab tu beliau diam sebelum ge14

      Delete
  19. Whatever it is, it is a good change and a good wake up call for everyone. People are entitled to expect better if not the best from politicians.

    ReplyDelete