Sunday 23 August 2015

The bangsat are already here

I read this posting by Big Dog

Bersatu teguh, bercerai bangsat

and was reminded of an old posting in my blog.

Big Dog's posting was about the warning by PM DS Najib Razak who is the Umno president, of the fate that awaits Malays should Umno loses its power to govern this country.

My old posting was not exactly about that but it is also about the fate of Malays.

Both featured the word "bangsat".

The not so harsh English translation of the word are extremely poor, destitute, rogue, rascal and vagrant.

You may find the more colorful translation of the word "bangsat" if you care to check it out yourself.

I believe Big Dog's "bangsat" refers to the poor, vagrant and destitute meaning of the word.

Reading through his posting, I'm afraid, I have to argue that there are already a lot of poor, vagrant and destitute Malays now.

Anyway, the "bangsat" in my old posting actually refers to the rogue and rascal Malays who cause their fellow Malays to become poor, vagrants and destitute like the ones mentioned in Big Dog's posting.

The old posting was actually not written by me.

I was just publishing an email sent to me.

The date was Sept 20 last year. It's in Malay.

The posting attracted 72 comments, which was quite a lot for this blog.

You can click on the link here to read it, complete with the comments,


Anyway, knowing how lazy you all can be to click on the link, I'm republishing the email again here to remind us all that there are already "bangsat" of all varieties among the
Malays, even now that Umno is still in power.

Melayu Bangsat....bunyi nya macam menghina bangsa sendiri. 

Tapi itulah hakikat yang berlaku di atas tanah air ku apabila ada segelintir di kalangan orang Melayu yang berkuasa dan diberi kuasa menjadi tidak amanah dan bertanggungjawab dalam membela bangsanya yang kononnya majoriti, tetapi berpecah-pecah menjadi minoriti. 

Malah, kelompok kecil Melayu yang berkuasa dan kaya raya serta hidup senang lenang sanggup menjadi perosak yang akan menghancurkan masa depan bangsanya atas dasar pembangunan dan kemajuan.

Mereka gunakan kuasa dan jawatan untuk kepentingan peribadi dan keuntungan yang masuk ke dalam poket sendiri dan sekelompok kecil rakan-rakan kongsi dari yang sekecil-kecil projek sehingga yang besar berbilion ringgit.

Mereka sanggup menjadi ejen-ejen atau rakan-rakan kongsi syarikat asing untuk mengambil alih tanah-tanah milik kerajaan dan hartanah orang-orang Melayu dengan janji-janji manis bagi memperbodohkan bangsanya sendiri kononnya atas dasar pembangunan dan kemajuan negara.

Melayu ini tidak mahu bersusah-susah mengemukakan cadangan disusuli  tindakan untuk membangunkan bangsanya yang mungkin dianggap sebagai usaha yang sia-sia kerana bangsanya dikatakan terlalu sukar untuk diubah dan dibangunkan untuk bersama-sama menikmati hasil kemajuan dan pembangunan yang dijana.

Akhirnya, kekayaan yang dijana kononnya hasil usaha sekelompok kecil Melayu yang kaya dan berkuasa, berpendidikan tinggi, berputar-putar di kalangan mereka, tanpa sedikit pun ada rasa bersalah dan jiwa untuk membela bangsa mereka yang semakin merempat, hidup susah dan merana secara ikhlas dan jujur.

Betul lah seperti kata pepatah Melayu itu sendiri, harapkan pagar, pagar makan padi, seperti haruan makan anaknya sendiri. Inilah yang sedang berlaku kepada bangsa Melayu. 

Malah, kelompok kecil Melayu ini sanggup menyalahkan bangsa mereka sendiri atas kemiskinan dan kesusahan yang dihadapi kerana kononnya bangsa Melayu ini tidak mahu mengubah sikap dan minda menjadi manusia yang rajin bekerja dan kuat berusaha.

Melayu yang dibawah sana sebenarnya, ramai yang kuat berusaha dan rajin bekerja, cumanya ada kalangan mereka yang benar-benar rajin bekerja dan kuat berusaha, kurang atau tidak langsung diberi peluang kerana tidak termasuk dalam kelompok-kelompok tertentu.

Ramai Melayu yang di bawah sana menggunakan keringat dan tulang empat kerat untuk menyara keluarga, menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti bagi meningkatkan taraf ekonomi.

Tetapi apa yang dilakukan sekelompok kecil Melayu yang kaya raya dan senang lenang yang memperolehinya daripada kuasa yang ada pada mereka.

Melayu sibuk berpolitik sehingga berpecah belah sesama mereka.

Nasib bangsanya kurang dibela. Malah menggunakan kuasa dan kedudukan, kelompok kecil Melayu ini sanggup menjual negara tumpah darahnya atas dasar pembangunan dan kemajuan.

Melayu bangsat tidak sedar bahawa apa yang mereka lakukan sebenarnya, mereka sedang menghakis kuasa yang ada pada mereka. Menjual tanah kepada orang asing bermakna kita sedang menghakis kuasa yang ada. 

Percayalah, kerakusan di kalangan segelintir kelompok Melayu ini yang sedang membaham bangsanya yang kerdil, miskin, susah dan semakin merempat secara berterusan ini, tanpa sebarang pembelaan yang penuh ikhlas dan jujur, maka apabila sampai masanya nanti, Melayu akan kehilangan kuasa.

Kalau orang Melayu sendiri sudah bosan dan semakin meluat, terhakisnya keyakinan bahawa sistem yang ada boleh melindungi mereka, sudah mula berbicara dan mempersoalkan pasal perkara-perkara yang begitu sensitif, yang mana tidak pernah dibahaskan secara terbuka sebelum ini, seperti hak  keistimewaan mereka, Raja-Raja mereka dan agama Islam yang dianuti mereka, maka semakin mudahlah anasir-anasir dari dalam dan luar membaham bangsa yang menjadi semakin bangsat dan kerdil dan terus merempat di atas tanah air mereka sendiri.

Berbicaralah mengenai nasib bangsa Melayu, maka ia akan dianggap sebagai suatu perkara yang mengundur ke belakang. Topik yang dianggap oleh segelintir orang Melayu sebagai tidak relevan lagi dan menyusahkan.

Itulah tanda-tanda awal bahawa bangsa Melayu akan terus dihina, dicaci dan diremehkan kerana yang meremeh, menghina, mencaci dan merendahkan martabat  orang Melayu adalah bangsanya sendiri.

Sekian, terimakasih.

44 comments:

  1. Kita mahu UMNO tetapi kami tak mau PRESIDEN dan PM yang bangsat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat masukkan pemimpin - pemimpin UMNO yang bangsat sekali.

      Bila UMNO mainkan sentimen ni kita tahu UMNO itu sendiri yang bangsat. Kita nak isu pragmatik buklan setakat retorik sahaja. UMNO yang berkuasak kan. Takkan salah orang lain lagi. Kesian juga cina miskin yang ramai, tak pasal - pasal kena main.

      Dah 2015 la beb. Should focus on fairness. Contohnya isu ketidakserataan dan diskriminasi jawatan - jawatan tinggi dalam sektor swasta.

      Isu orang umno yang tak nampak macam ada kerja tapi kaya raya.

      Delete
  2. Selangor was taken by opposition, the malay there never become 'bangsat'. However, some of UMNO politician in Selangor who actually become 'bangsat'.

    ReplyDelete
  3. Dr. Mahathir telah menjaga ketulenan perjuangan Melayu yang beragama Islam sejati. Sekarang, jenis Tai Gor Jib itu menjaga kepentingan nafsu tamak haloba dan dengki khianatnya sendiri (tapi ia bersandarkan kepada retorik "ketuanan Melayu dan UMNO") Maksudnya dialah yang merupakan BANGSATWAN UTAMA yang tidak pernah muncul dalam sejarah Melayu moden sebelum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke atau wayang kulit.

      Delete
  4. "At what point then is the approach of danger to be expected? I answer, if it ever reach us, it must spring up from amongst us. It cannot come from abroad. If destruction be our lot, we must ourselves be its author and finisher. As a nation of freemen, we must live through all time, or die by suicide."
    - President Lincoln, January 27, 1838 Lyceum Address

    God on High saith to His Messenger s.a.w. thus:

    “O My servants, I have forbidden injustice for Myself and forbidden it also for you. So avoid being unjust to one another.” (Sahih Muslim)

    “We sent Our Messengers with clear signs and sent down with them the Scriptures and the Scales in order to establish Justice among the peoples …” (Quran, Iron: verse 25)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib is living in his own narcissistic world ... Everyone else is expendable

      https://youtu.be/EvXH-XCwsQg

      Delete

  5. The Bangsat are already hear .

    That is the titles of your posting , 'Annie' . Just to be clear, what do you means by saying that the Bangsat are already hear .

    Who's actually 'the Bangsat' ? ,that you have in mind .

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Father of All Bangsat was Anwar Ibrahim aka Kaki main pungkoq. But today the New Father Bangsat is Mat Sabu, the man who first nick-named Anwar, Al-Juburi.

      Delete






  6. Hai Annie,
    Sebenarnya Najib tak perlu lah menyatakan melayu akan jadi bangsat kalau tak sokong UMNO , sebenarnya bukan UMNO yang tak disokong tapi yang tak disokong adalah Najib dan kuncu kuncunya yang berimankan jawatan / kedudukan ini harus di fahami. Ada lah satu yang sia sia kalau kita berusaha bertungkus lumus memperbaiki nagara ini untuk kembali kepada keadaan asal kalau Najib dan kuncu kuncu masih memegang kuasa , contoh kalau seseorang mengidap sesuatu penyakit untuk sembuh kuman yang menyebabkan penyakit itu harus dihentikan atau dilenyapkan ,tak guna kalau kita merawat tapi kuman masih ada , serupa la dengan keadaan negara yang sakit ini , virus atau puncanya adalah Najib dan kuncu kuncu nya mereka harus dibuang ,baru jalan memperbaiki keadaan akan mudah kerana tiada halangan dan campur tangan.

    Sebenarnya kuasa akan hilang dari tangan orang melayu sekiranya lanun lanun dan penyamun macam najib dan kuncu kuncunya terus memerintah , ini bukan fitnah , isu RM 2.6 billion dalam akaun najib sudah menjadi tanda tanya dan najib serta kuncu kuncunya yang campur tangan dalam task force yang dahulu sudah mencurigakan dan menjelaskan ada penyelewengan berlaku , Jadi saya ulangi kenyataan bahawa virus seperti Najib dan kuncu kuncu nya mesti dibuang baru kita boleh bercakap tentang memperbaiki keadaan negara ini . Walau pun keadaan agak sukar dan kurang menyakin kan saya percaya orang ramai akan ada yang memberi sempati kalau penyamun dan perompak harta negara (Najib dan kuncu kuncunya ) telah tiada dan ada usaha usaha yang tulus di lakukan sesudah itu untuk memperbaiki keadaan.




    ReplyDelete
  7. Orang bangsat ialah mereka yang menjaja cerita begini dan yang mempercayainya.

    Datuk Hamzah Kassim said at the Gopeng Umno division annual general meeting on Sunday.

    He said the RM2.6bil "donation" to Najib came with three conditions.

    "The first was that the donor must not be named.

    "Secondly, the money must be put under the Prime Minister's name.

    "The third condition was that there should not be any reciprocation," he added.

    He said that the money should not be questioned as it was merely a donation.

    "Importantly, it's not the rakyat's money,"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok la UMNO tu umno kepong pun macam di bangsatkan saja , pemimpin umno kepong pun jenis menjilat ja tak ada guna pun . Lebih baik tutup saja umno di kepong tu .

      Delete
    2. Ya, ya, ya and it took them so many months to come up with the doner story. You do realise that in doing this they have validated the claims by WSJ and that Thingy Report about money flowing into someone's Account. Further, if it was a donation why was an almost equivalent amount transferred out post GE13. Also how come the then DPM had no clue about the donation?

      Delete
  8. The real and biggest bangsat is Najib himself.

    ReplyDelete
  9. Annie,

    Perkatann Bangsa ini saja dikeluarkan untuk mengalihkan perhatian.

    Apa lagi yang dia nak cakap.

    Macam-macam yang keluar dari UMNO, bangsat, yahudi, evangelist dan lain-lain yang diplay-back berulang-ulang tapi yand ditanya, tidak dijawap dengan betul.

    Nanti keluar lagi macam-macam perkataan lain.

    ReplyDelete
  10. najib mamang dah sah bangsat, tapi big dog yang jilat punggong rosmah tu pon bangsat jugak. mana ada sorang muslim yang sanggup ambik nama samaran "DOG" kalau dia tak bangsat. tulang dah dapat tu yang jadi kaki jilat punggong rosmah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa jilat belakang. Depan kan ada.

      Delete
  11. rasanya macam jibby nak lepaskan geram sebab kat media sosial orangramai menghentam dan memaki hamun dia.

    ReplyDelete
  12. Kalau pemimpin tu bangsat, janganlah nak divert issue dengan mengatakan bangsa Melayu tu bangsa yang bangsat. Pemimpin bangsat, rakyat di bawah ni tak semestinya bangsat.

    ReplyDelete
  13. As an example, you cited those who corner land meant for the Malays and flipping it for huge profits. Isn't that what 1mdb has done or do you have a different opinion?

    ReplyDelete
  14. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/rm2.6-billion-for-najib-is-to-fight-dap-jewish-threat-says-umno-leader

    Instead of properly explained why all those donation monies ended up in the president's personal account and why broad denial at early stage when it was first revealed by the WSJ, this guy saw it fit to find a scape goat for his boss predicament. Funded by Jewish huh? Then which gomen outfit heavily borrowed from Jewish bank (Goldman and Sach) with higly unusual high interest rate to raise fund? Care to explain mister?
    He's trying to defend his bos without all the facts and invented one himself out of nowhere. I would love to see DAP drag this guy to court to give evidences what he said contained any truth at all.

    ReplyDelete
  15. Those who support opposition memang bangsat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. On the same note, those who lives in Bangsar are bangsarts?

      Delete
    2. Saya setuju dengan anon 5;35.

      RM2.6B pergi ke kepada orang kita juga, tidak ada masalah. Kes Mara, kes lembu pun tak apa. Kita boleh sabar. Duit jatuh, GST pun kita boleh sabar. Kos sarahidup tinggi pun kita boleh sabar.

      Kalau harga barang naik, kita boleh puasa dan banyak dapat pahala.

      Yang kita tak boleh sabar, bila sokong yahudi. Walaupun tidak ada bukti kerana ini dah melampau.

      Delete
    3. anon 5.35 n 10.36,
      kesian hgpa ni...bukan setakat bangsat ja hgpa ni malah aku yakin inilah contoh manusia2 haram jadah n bangang yang dimaksudkan najib tu....

      Delete
    4. eri

      Saya rasa anon 10.36 tu sarcastic.

      Kalau harga barang naik, kita boleh puasa :)

      Delete
    5. Eri..
      apa kono ko ni..
      tersurat dengan tersirat ada beza..
      yang ko..main langgo aje macam steamroll

      Delete
    6. assalammualaikum.....hahaha....

      Delete
  16. Kita ni kononnya dikatakan bijak, pandai, cerdik, adil, jujur, waras, siuman, sederhana, suai manfaat, berkecuali, patriotik, suka bergaul dan bertoleransi rupa-rupanya kita ni sebenarnya bodoh, dungu, tolol dan bebal.

    Kita tidak menjangka bahawa sebodoh-bodohnya kita, kita masih boleh rasa sangat terhina. Maruah bangsa kita telah dingaibkan sambil itu kita dihukum terlebih dahulu sebelum diperiksa bahawa Melayu Islam itu dikata terbangsat hendaknya.

    Sayang masyarakat kita ni! "Sudah jatuk ditimpa tangga pula". Sekian lama, kita telah digasuk dan dipukau dengan sesautu gejala penyakit jiwa yang amat sirius. Ditambah dan diamput dengan kata-kata yang kita ni bangsat pulak. Sebodoh-bodohnya kita, masih ada lagi rasa pedih untuk diterima dan susah untuk ditelan bulat-bulat!!

    Serta serba salah kita dibuatnya, kita sebagai bangsa Melayu totok tidak habis-habis dan beterusan mehadapi dilema, sepatak kata perpatah Melayu;

    "Ditelan mati mak, diluah mati bapak"
    Kenapa? Tak pasal-pasal kali ini kerana kepimpinan Si Bongkak menamai bapak Bangsat tu.

    Lebih senang menjadi seorang Islam daripada menjadi seorang Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersyukur la dengan fitrah allah swt ,kamu di jadikan seorang manusia berbangsa melayu ,daripada dijadikan seekor khinzir , jadi sekali lagi saya katakan bersyukur la banyak banyak , melayu ke negro ke tak salah yang salah individu yang sering lemah suka pada ajakkan syaitan saya malu dengan sikap orang melayu yang macam kamu ini .

      Delete
  17. Hahahahahaha.
    Hahahahahaha.

    Hahahahahaha.
    Hahahahahaha.

    Melayu bangsat.

    Hahahahahaa.
    Hahahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No, Melayu NOT Bangsat.

      It is the leaders who betray their trust who are Bangsat.

      Also, those who accuse Melayus who are of integrity, hardworking, and wanting to build a better life for their children, are themselves Bangsat.

      Delete
    2. We plant the trees and fertilize the soil but the bangsat groupies come pluck the fruits take away our livelihoods .... if only we had our own orchards .....

      https://youtu.be/1Lu1SoL0QKk

      Delete
  18. Kalau orang2 melayu yang kerja teruk2 bayar gst income tax dsb dgn tak dapat subsidi brim krim ayam4u tapi menyampah tengok kepimpinan sekarang yang bongok dipanggil bangsat dorang pemimpin2 tu pulak adalah bangsat haramjadah dan bahalol
    Akutonga

    ReplyDelete
  19. Posting Annie kali ini macam 'menghentam' Najib je.
    Maklumlah Najib pun, melalui 1MDB, menjual 'tanah yang dikhususkan untuk membina pusat perniagaan Melayu. Memperkayakan mereka yang menyokongnya dan kenalan rapat, seperti Razak Baginda dan Jho Low.

    1MDB beli tanah dari kerajaan dengan tersangat murah, dan dijual dengan harga beribu kali lebih mahal.

    Kalau dia lah 'bangsat' yang Annie katakan itu, saya amat setuju.

    ReplyDelete
  20. Tanpa UMNO, Najib lah yg akan jadi bangsat.
    AYUH... kita nyahkan pemimpin2 bangsat ini.

    ReplyDelete
  21. Hanya UMNO sahaja yang mampu untuk menjaga dan memajukan negara.

    Kalau tidak ada UMNO, habislah orang melayu, nak kerja apa? Rasuah akan berleluasa sehinggan berbillion-billion.

    Walaupun pentadbiran di Selangor, naik perbendaharaan negeri sampai RM3.7 billion naik beberapa kali berbanding dengan UMNO, adalah susah untuk kita percaya dengan orang melayu seperti Azmin, atau GHB yang bukan UMNO.

    Hanya orang melayu dalam UMNO yang betul-betul ikhlas dalam memperjuangkan orang melayu. Wang ringgit ditolak tepi, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

    Sukar untuk menjelaskan kenapa UMNO sahaja yang boleh memperjuangkan orang melayu , hanya orang yang UMNO yang faham tetapi itulah hakikatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin dah tubuh syarikat RM2 , DEIG untuk membantu Melayu.

      Delete
  22. Melayu sibuk nak jadi Arab nowadays, lost concentration nak naikkan bangsa, too much pressure nak jadi Arab, macam lalang Melayu ni, sebab tu senang kena pijak

    ReplyDelete
  23. Dulu hanya Najib yang bangsat. Sekarang seluruh UMNO turut bangsat. Bukan sahaja bangsat tetapi bangsat totok. Masa untuk rakyat, terutama melayu, betlindung dibawah parti lain.

    ReplyDelete
  24. Annie,

    Actually, I remember that it is Najib brother that started talking about this, he said a few years back that NEP has been bastardized.

    That was 5 years ago in year 2010.

    Now bastardized translated to malay will be bangsatkan, "bangsatkan" in my opinion is not appropriate word to use.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bastardised = dianakharamkan or dianakluarnikahkan or dianakhasilzinakan...or najib albangsatan allanunan..

      Delete
  25. Aku berpesan kepada masyarakat melayu sekalian agar membebaskan bangsa mereka dari parti politik tidak kira kerajaan atau pembangkang, jadilah bangsa yang bebas berfikir dan bertindak serta tidak dikawal oleh satu dua kepala pemimpin, parti politik tidak memberi faedah pada korang semua tetapi hanya buang KARAN saja...

    ReplyDelete