Thursday 27 August 2015

An interesting story about the RM2.6 billion donation

There is this commenter who wrote an interesting story at my last posting about the RM2.6 billion deposited into the personal account of PM DS Najib Razak.

I don't know whether the story is true or not but it's even better than my


It's in Malay, so those of you who don't understand Malay, please ask your Malay friends to translate for you.

If you don't have a Malay friend, than it's too bad for you.

Sorry, I'm too lazy to translate it.

So, here is the story as related by the commenter,

PART 1

Kisah Benar 'Dana Politik $633 juta kepada Malaysia' - Rahsia

Bismillahirohmanirohim, segala pujian bagi Allah S.W.T, Selawat dan Salam ke atas Rasulnya Muhammad S.A.W. Setiap orang akan diuji oleh Allah, tidak kira kedudukan atau darjat, ujian tetap akan diberi, Nabi Adam yakni Nabi pertama dan Hawa yang berada di syurga juga diuji Allah apatah lagi manusia yang berada dibumi Allah ini.

Ulasan ini amat berat dan sensitif untuk diceritakan, malah akan menyentuh soal rahsia dan imej negara. Tetapi kita harus istiqamah dan kebenaran harus diceritakan, insyallah umat Islam dan Melayu di Malaysia boleh menerima dengan hati terbuka, yang diminta adalah supaya mereka faham, soal sokong atau tidak pula hak individu.

Memang benar $633 juta diberi kepada Perdana Menteri Malaysia oleh pihak Arab Saudi, nilai ini agak kecil bagi mereka kerana setiap hari mereka mengeluarkan 12 juta tong minyak berbanding Malaysia yang hanya 600 ribu tong sehari. Kerajaan Arab Saudi dari dulu lagi memberi dana sumbangan kepada beberapa pemimpin dan negara islam untuk 1) Memerangi perkembangan Syiah 2) Benteras kumpulan 'penganas' yang memerangi mereka 3) sumbangan kemanusian 4) sumbangan sulit kepada negara islam yang teranaiya 5) Umat Islam yang berada dalam negara yang majoritinya bukan Islam yang ditindas 6) bantuan politik 7) biasiswa bagi perkembangan ajaran Islam ala Wahabi 8) Pertahankan Sunnah wal jamaah Sunni sebagai pegangan utama umat Islam dunia

Pemberian dana seperti ini dilihat pelik malah akan dikritik oleh mereka yang bukan Islam. Perspektif orang Islam dan bukan Islam berbeza dalam konteks mempertahankan kesucian Islam dengan pegangan kita sebagai Sunnah wal jamaah. Kerajaan Arab Saudi dan Iran walau dilihat oleh kaca mata orang bukan Islam sebagai negara Islam tetapi ideologi mereka amat berbeza dan Orang Islam cukup faham akan perbezaan ini.

Malaysia dilihat sebagai rakan strategik bagi kerajaan Arab Saudi, kita perlu faham hubungan dengan Arab Saudi bukan hanya untuk menentukan jumlah jemaaah Haji atau pembelian minyak malah perbincangan tentang kebimbangan ancaman terhadap Islam di rantau Asia dan perkembangan Syiah merupakan antara agenda utama perbincangan tanpa diketahui oleh rakyat umum.

Memang ada pihak terkejut, marah dan tertanya-tanya tentang dana $633 juta yang diberi oleh pihak Arab Saudi kepada Najib Razak dan bukan terus disalurkan kepada akaun UMNO, sudah pasti bukan semua pihak boleh menerima ulasan ini tetapi apa yang diminta supaya orang Islam dan Melayu berbuka hati untuk menilai realiti ini. Pihak Arab Saudi telah menggenakan beberapa syarat kepada beliau untuk kegunaan Dana tersebut.

1) Benteras pengaruh Syiah dirantau Asia -

Secara sulit pihak Iran sedang bergerak aktif dalam mengembangkan pengajaran Syiah di Indonesia, Malaysia, Selatan Thailand, Singapura, Selatan Filipina dan Brunei. Mereka menggunakan beberapa pendakwah secara sulit dan pelajar untuk memasuki institusi seperti jabatan kerajaan, kolej dan Universiti. Kita dapat melihat beberapa kes di Selangor dan beberapa negeri lain dimana jabatan agama telah mengenal pasti cuma atas arahan pihak berkuasa media kurang mewawarkan sahaja.

bersambung

PART 2

2) Selesaikan isu penindasan umat islam di Selatan Filipina dan Selatan Thailand -

Pada tahun 2014 Najib Razak telahpun mengadakan proses pendamaian antara pihak kerajaan Filipina dan Selatan Filipina yang majoriti penduduknya adalah orang Islam sama juga dengan keadaan dengan kerajaan Thailand dan Selatan Thailand yang majoritinya penduduknya orang Islam. Proses pendamaian ini dapat diadakan bukan kerana Najib Razak begitu pintar untuk berunding tetapi realitinya sebahagian $633juta yang diberi oleh pihak Arab Saudi diamanahkan untuk memastikan pihak Muslim di Selatan Filipina dan Selatan Thailand bersedia dengan kuasa autonomi yang bakal diberi. Umat Islam tahu penindasan dari pihak kerajaan yang bukan Islam kepada penduduk Islam sememangnya berlaku. Malaysia ditugaskan untuk memastikan barangan kesihatan, bantuan kemanusiaan dan kelengkapan sekolah diberi dan bukan melatih dalam aspek peperangan.

Kenapa Pihak Arab Saudi begitu Kisah tentang pendamaian dirantau ini? Ini kerana Iran telahpun mengambil kesempatan dengan keadaan konflik dengan memberi sumbangan kepada mereka dengan syarat ajaran Syiah dibiarkan berkembang di rantau Asia. Peperangan antara pihak Arab Saudi dan Iran ini memang payah untuk orang bukan islam memahami tetapi hingga kini di Timur Tengah juga peperangan di Yemen merupakan peperangan proksi dan ada yang katakan Malaysia terlibat secara sulit dalam hal ini atas nama kesetian Islam Sunnah wal Jamaah Sunni.

Selain dari ideologi agama, pihak Arab Saudi juga tahu di kawasan konflik ini terdapat hasil minyak dan gas yang banyak, perjanjian eksploitasi minyak antara Malaysia dan Thailand juga berlaku diperairan kawasan konflik begitu juga di Selatan Filipina.

Malaysia juga tidak terkecuali dari jenayah penculikan di Selatan Filipina oleh segelintir kumpulan yang mahu merosakkan usaha Malaysia mencapai proses pendamaian. Kisah Lahad Datu mengingatkan kita bahawa proses pendamaian rantau amat penting dan Malaysia mengambil inisiatif untuk memastikan keadaan disitu diketatkan. Ada pelbagai pihak yang ingin mengagalkan proses ini dengan membuat aktiviti penculikan.

3) Memerangi kumpulan IS dan kumpulan yang tidak menyokong kerajaan Arab Saudi -

Pihak Arab Saudi dan Malaysia sering membincangkan masalah ini dan mereka tahu kumpulan IS telahpun mendapat sambutan oleh sesetengah pihak walau rakyat tidak tahu. Konflik di rantau ini juga merupakan resepi bagi IS mendapat rekruit untuk terlibat dalam ideologi ekstrem mereka.

Oleh itu pihak Arab Saudi mahu kepimpinan Malaysia untuk memerangi IS dengan pelbagai cara dan antaranya mengadakan proses pendamaian dan memberi kelengkapan keselamatan dan melatih pendakwah-pendakwah yang boleh digunakan untuk memberitahu ummah tentang bahayanya kumpulan tersebut. Ini adalah realiti sebenar keadaan.

bersambung

PART 3

4) Pastikan UMNO memerintah Malaysia -

Ini adalah yang diwawarkan oleh pihak media sebagai alasan utama dana diberi hakikatnya jika mereka mahu Najib Razak melaksanakan amanah tersebut maka dana ini seharusnya digunakan untuk memastikan UMNO menang di PRU-13.

Inilah persoalan yang sering ditanya kenapa bukan terus ke akaun UMNO, ini kerana amanah sebagai pemimpin Islam kini bukan hanya tertakluk kepada wilayah dipertanggungjawabkan tetapi ke rantau. Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan dihormati di rantau Asia pasti dapat menjalankan proses pendamaian ini.

Ada yang tanya apa habuan disebalik pemberian ini, jawabnya pelaksanaan atas permintaan syarat tersebut kerana Pihak Arab Saudi lebih kaya dari segi hasil bumi dari Malaysia. Oleh itu logiknya tiada apa yang Malaysia boleh beri Pihak Arab Saudi tidak boleh beli sebelum dana diberi.

Ada yang tertanya juga kenapa dana sebegini tidak diberi kepada pemimpin terdahulu. Ada diberikan namun konflik kini makin terjadi-jadi dan pengaruh pihak Iran dan barat makin tersebar. Kali ini tugas spesifik diberi untuk memastikan keamanan rautau Asia dijamin.

Apabila cerita mengenai dana ini disebarkan di Wall Street Journal iaitu sebuah akhbar dari New York, kita agak janggal tetapi sebenarnya pihak barat tahu dimana selebih dana itu disalurkan dan mereka menunggu sahaja pemimpin disoal untuk beri penjelasan. Mereka tahu penjelasan ini bakal memalukan Malaysia kerana kita dianggap menyokong pihak Muslim di Selatan Thailand dan Filipina yang negara jiran anggap sebagai musuh dalaman.

Sekarang ini pihak pembangkang ingin mengadakan demonstrasi, adakah kita pernah tertanya bagaimana sesetengah NGO dan parti politik mendapat dana mereka? hak mereka untuk berdemonstrasi harus dihormati tetapi sebagai umat Islam kita harus waras dan istiqamah samada semua yang dilakukan oleh mereka benar ikhlas dan tidak ada agenda yang atau tangan luar yang masuk campur

Najib Razak sudah menjadi menteri begitu lama, beliau dan keluarga tidak memerlukan dana sebanyak ini untuk hidup bahagia tetapi apa yang beliau lakukan adalah amat berat dan sukar untuk orang bukan islam bahkan orang Islam memahaminya. Sokong atau tidak itu hak individu tetapi apa yang mahu disampaikan adalah kebenaran yang ditidak disebut-sebut.

Semua pihak terbabit akan membantah dan tidak akan mengaku ada saluran dana ini, kerana sememangnya rahsia. Seharusnya dana seperti ini dijadikan rahsia tanpa umum tahu, tapi demi kebenaran dan sangka fitnah ia terpaksa diluahkan walau pahit.

Penulis berdoa agar Allah S.W.T membuka hati kepada para pembaca dan menilai secara rasional dan logik tentang kegunaan dana tersebut. Akhirnya Allah S.W.T akan menilai segala yang dilakukan. Walllahwalam.


Salam

47 comments:

  1. yes. wow, blame Iran & the Jews! thats a first :P

    Oh but before we forget, Saudi Arabia is also a close ally of the United States. eh? ;)

    signed
    Middle Class Fence Sitter yg dah menyampah dgn Najib



    ReplyDelete
  2. you know, i have this feeling about they wanted troublesome issues like this and about that company to be talked in the most nonsense fashion. the objective is to get people very confused and at the same time to inject somekind of 'i have enough of this and dont want to care anymore' feeling. so like this people will no longer got any interest in such matter and these scandals will be soon forgotten.

    i bet sometime in the future some goodies will come down from sky. something like ...... money.

    ReplyDelete
  3. bla bla bla bla bla bla teori konspirasi budak sekolah bla bla bla bla bla.....

    ReplyDelete
  4. wowww.. i so believed the story. never knew najib was so closed with clerics and islam organisation in malaysia.

    ReplyDelete
  5. Karut punya cerita! As a Muslim and longtime BN supporter, I'm disgusted that these spin suckers are using Islam to exonerate one man's greed and lies.
    I won't vote BN as long as that fool is in power. Look at the economy! And he dared to say thank goodness for GSTor else the government tak cukup duit. Who robbed us first??!!
    And his calling Malays " bangsat!" What a word to use. I cringed when I heard it.
    Toh puan should have rubbed chilli on his lips!
    Even Anwar is better than him!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bedosa la ngaku muslim klu u x...apa la..agak2 la pn klu nk komen..

      Annie nye bff

      Delete
  6. I have strong feeling since the appearance of USD 700M issue, the money is linked to 1MDB, that it. I dont think that SAUDI royal care about malaysia. Sekiranya betul apa yg diceritakan anon tsb, drp awal lagi mereka dah boleh memberikan sebab2 kenapa USD 700M dimasukkan kedlm akaun peribadi. It was also detected 42M money from SRC Int masuk dlm akaun peribadi Najib...can anybody give the reason?

    ReplyDelete
  7. Desperate PM, calls for desperate explanation! If this issue still persist,I won't be surprise TPM Zahid finally ADMIT that he lend Ah Jib Kangkong the money so once and for all closed the story!!

    alfie

    ReplyDelete
  8. Suruh najib jawab sendiri lah. Buat apa orang lain jawab.

    ReplyDelete
  9. RE: ".... 7) biasiswa bagi perkembangan ajaran Islam ala Wahabi 8) Pertahankan Sunnah wal jamaah Sunni sebagai pegangan utama umat Islam dunia."

    Kenyataan di atas adalah salah dan karut sebab:- Pak Saudi Wahhabi itu sudah selama 100 tahun telah menentang fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah yang berakidah Ashairah dan beramal dengan disiplin tasawwuf di rantau Nusantara (kecuali para Islamist PAS).
    Kaum Wahhabi tolak pelajaran mantiq/logic dan idea ketuhanan mereka menjisimkan Zat Allah dan bercampur adukkan sifat Allah dengan sifat makhluk yang hina dan rendah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spanish Arabic Fusion Music:
      https://www.youtube.com/watch?v=pDOGSh9kgyA

      The Arabs have this pearl of wisdom:

      أباد الله خضراءهم ابذل لصديقك دمك ومالك
      “Offer to your friends your money and your blood, but do not exalt yourself thereby: Your enemies won’t believe you and your friends do not need it.”

      This saying concerns "Altruism", and how you should not be keen to explain why you’re doing good to anyone, because the explanation itself usually defeats the noble motive.

      Delete
    2. Dr Danial Zainal Abidin : Penjelasan tentang Wahabi

      https://www.youtube.com/watch?v=cnI7H1z-tZI

      Delete
  10. annie, annie... komen mengarut macam tu pun kamu masukkan dalam ni... heran la dengan pemikiran kamu ni annie... kadang2 ok, kadang2 macam budak sekolah (yg terima saja apa yg disumbatkan keotak mereka)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. I is agree with you anon 15.39. Annie ni fikiran dia tak stable. Not strange, women ni kalau lama2 tak kawin otak jadi tak stable. I used to love Annie, but now she sounds so stupid and very very very unstable.

      Delete
    2. Ada banyak typing error kat atas tu ye

      Delete
    3. Funny, auntie Annie has accepted probable story or hearsay as probable truth. Lawakla u ni, ada extra sikit intelligence dari bimbo. Tapi takpe, a lot of men like bimbos

      Delete
  11. Why Cant Najib TSMY before unless he have his own agenda, which now suck

    ReplyDelete
  12. Based on this cerita kartun.....now that the US$2 Bil has been dibekukan oleh pihak Singapura.......boleh kah Pak Arab itu minta Singapore lepaskan wang itu yang konon nak lawan puak puak Iran dan anti Islam ?

    Cerita sesuai untuk budak tadika beb !

    ReplyDelete
  13. Tu artikel dari cybertrooper askar kacang hijau.... use religion to justify and blame syiah/jews...

    ReplyDelete
  14. What nonsense!! Dah tak de keje ke annie..komen hampas pun siar..

    ReplyDelete
  15. Annie,

    Point no 3 is already wrong. IS was created on 2014 and the money comes in on 2014.
    Arab Saudi enemies are not necessarily our enemies. Malaysia is not at war with the Yamani Houthi. We are not proxy of the Saudi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayyidina Abu Bakr as-Siddique (r.a.) said:

      "Striving against wicked enemies (kuffar) is regarded as a minor striving while striving against one’s lower desires (nafs al-ammarah) is regarded as the great struggle (jihad al-akbar)."

      "Those scholars (ulama) who seek for wealthy people, are the enemies of Allah Most Glorious and High; while those wealthy people who search out the scholars, are the friends (wali) of Allah Most High and Sublime."

      Delete
  16. Annie,

    I think the title " An interesting story about RM2,600" should be modify to "A dumb story version about Rm2,600 for the idiots"

    Refer to Chedet for his version which is very enlightening.

    ReplyDelete
  17. Malaysian are not stupid people. whoever wrote that article were just saying stupid things, which make Najib more an idiot. Even the ex-deputy prime minister was trying to convince some of us that his ex-boss was growing senile and that we should do anything to stay on power.

    ReplyDelete
  18. 1. Betulke duit sedekah itu dari Arab Saudi?

    2. So Foreign Affairs Malaysia boleh dirasuahkan dan dikuasai oleh pihak ketiga?

    3. Lain kali Singapura pun menyumbang. Baguslah tu

    4. Tak mau Wahabism di Malaysia

    Satu lagi cerita.

    Najib saja yang boleh manjawab

    ReplyDelete
  19. Hai Annie,
    Minda dan cara fikir penulis yang annie paparkan itu lah yang sering memalukan agama islam , dan membangsatkan umat melayu islam , hidup penuh dengan angan angan kosong dan suka percaya kepada perkara rekaan dan hayalan , Saya ada soalan nak tanya , Goldman sachs dan APCO dua syarikat yahudi paling ternama di dunia diguna oleh najib untuk propoganda dirinya dimata dunia satu lagi diguna untuk bantu dapat dana hutang sehingga membebankan negara , dengan bayaran riba yang tinggi kepada syarikat yahudi ini ,tak pernah dalam sejarah mana mana PM malaysia guna cara seburuk ini untuk melanun duit negara . Ok penulis itu boleh cipta apa saja cerita untuk sedapkan tengkolok beliau tapi kalau sumbangan untuk negara malaysia pun tak payah la PM nak masuk akaun sendiri itu lanun punya kerja ,guna jawatan sebagai PM melaysia ,tok arab gila mana bagi wang kepada negara ,hunjung hunjung masuk akaun pribadi apa kejadah ni . Kalau jenis lanun kata lanun la apa ingat rakyat malaysia bodoh macam penulis yang annie paparkan diatas.

    ReplyDelete
  20. En penulis article ini, berapa you dibayar ya? Kalu nak menipu atau mereka cerita, pergi la KL Pac. You boleh bercerita ber jam jam. Nak jaga fahaman Islam kononya... tapi PM sendiri lebih berat kepada libelism dan nak membantu selatan Thailand n Filipina plak. Habis kenapa Abu Sayaf tak habis2 mngkidnap dan minta pampasan itu ini. Dah dapat rm2.6 bil, bagi la separuh kat Abu Sayaf tu

    ReplyDelete
  21. bijak-bijak... mcm teori konspirasi mh370...muahahahaha... agak2 siapalah yang penulis ni nak 'kencing' ek... apapun kudos...dia buat research la jugak.

    ReplyDelete
  22. Annie,

    ZAM has an interesting take on you... Come to think of it definitely makes sense. You have been exposed. What say you?

    ReplyDelete
  23. Komentar loyar buruk macam ni pun you nak bagi publisiti ke Annie. Depa ingat kitaorang ni KBU ke nak percaya cerita karut-marut macam ni..

    ReplyDelete
  24. Annie, saya dengar khabar lain lah

    Sedekah tu dari Saudi Arabia adalah kebetulan kerana mereka :-

    - Mahu Rosmah bertudung penuh

    - Tak suka perempuan kat Malaysia memandu kereta dan mahu Kerajaan Malaysia melarang kelakuan seperti ini di tanahair kita

    - Mahu jantina perempuan dikiringi oleh saudara laki jikalau keluar rumah seperti di Saudi Arabia

    Kerajaan Saudi Arabia memang sebuah kerajaan modal yang harus dicontohi oleh Kerajaan Malaysia. Mereka membawa banyak munafaat kepada rakyat mereka.

    Hidup Saudi Foreva and Eva!!!

    ReplyDelete
  25. I personally know one such individual claiming he knows said donors. An Egyptian selling carpets somewhere in ampang area last I heard. A close friend has been following this guy for 6 years with hopes of getting such donations to hand out for Islamic purposes as explained above. Either najib managed to get said money or its just a myth. All I know is my friend has lost a lot of money sponsoring the Egyptian guy for air tickets, personal loans etc etc yet no money so far

    ReplyDelete
  26. Just another bullshit story from a bullshit brain.

    ReplyDelete
  27. The reason why i had stopped patronizing your blog because of your stupidity or you are just another pre-paid blogger bangang. Here are the reason why;

    1) The evidence was very clear by WSJ that the money originated from 1MDB.
    2) The Arabs are one hell of a stingy lot and they won't even donate RM 1 let alone RM 2.6b
    3) Logical sense that even the Orang Asli can say that it just doesn't make sense at all. And it looks like the Orang Asli has better IQ than you despite them leaving out of the city without modern infrastructure like internet etc.

    You and Rocky Bru had gone down the longkang and sewage tank too!

    ReplyDelete
  28. Maaf la...cerita ni sangat kelakar dan tak lojik baca pun nak tergelak...Arab saudi nak bantu umat islam? Kalau betul dia nak bantu umat islam dia patot BOMB ISRAEL BUKAN YEMEN!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blogger RPK pun pandai spin cerita yang serupa ini

      Delete
  29. Judge for yourself. This is the character of the man whom Annie continues to vouch for:

    1. Denies he knows J Low.
    Kantoi.
    (makes you now wonder about that "Sumpah Altantuya" he made)

    2. Denies $700 million paid into his personal account.
    Kantoi.

    3. Tells Parliament he has proof there is cash in 1MDB account in Singapore.
    Kantoi.

    4. Says task force has mandate to investigate transparently.
    Kantoi.

    If these were women, the guy's been busted as a serial philanderer four times over. What kind of character is Annie defending?

    ReplyDelete
  30. And Helen Ang, LSS and Dr. Novadri

    ReplyDelete
  31. Annie, oleh sebab cerita dongeng di atas ditulis dlm bahasa melayu, saya ingin bertanya anda dlm bahasa melayu persoalan dibawah:-

    Jika sekarang Najib boleh perkenalkan identiti dan maklumat transaksi dermawan tok arab itu kepada Timbalan baru nya Zahid Hamidi untuk Zahid karangkan cerita kepada umum, kenapa kah dulu Najib tidak boleh pula lakukan perkara sama untuk Timbalan lama nya Muhyidin Yassin supaya beliau dan pemimpin Umno lain ambil maklum dan beritahu kepada umum? Walhal bukankah masa itu Muhyidin bukan sahaja Timbalan PM malah Timbalan Presiden Umno, lebih senior dan lebih tinggi kedudukan berbanding Zahid?

    Tidakkah ini situasi yang sangat aneh lagi pelik?

    She Sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak din juga teringin juga jawatan no, 1,

      Delete
  32. hi Annie,

    my answer is simple. we have our own law. wht the pm does is clearly illegal. there is no more loophole. it is wrtten in the law black and white.

    no one is above law. or at least thats how it should be. in islam we said that

    niat tidak menghalalkan cara.

    and this is me entertaining the nonsense about pm having receiving the money to fight syiah in msia.

    plus why didnt he just said tht to tan sri muhidin when asked in private?

    based on this scenario, its either tan sri muhidin who is lying or najib.

    and i dont feel like rooting for najib.

    ReplyDelete
  33. Saya tak setuju dengan apa yang ZAMkata menulis tentang u, Annie

    Tapi aku memang tak setuju dengan banyak posting dia.

    Bukan semua, kadang-kadang setuju jugak.

    Seperti posting u



    ReplyDelete
  34. Annie malas nak translate. I read few lines and decided malas nak baca coz buang masa.

    Happy Merdeka all. Semoga Malaysia and Malaysians akan merdeka dari all these stupidities soon.

    ReplyDelete