Thursday, 4 January 2018

When Malaysian rice industry attacked by Malay Mail, Singapore's ST and Karim Raslan's outfit

GUEST BLOGGER

By Lebai Sudin

Selamat tahun baru 2018, dengan harapan kehidupan kita semua menjadi lebih baik. Pastinya semua orang mengharapkan masa hadapan yang lebih baik. Hari ini yang lebih baik dari semalam.

Dalam mengharapkan yang baik itu, aku terbaca berita yang kurang baik dua hari sebelum tahun baru. MalayMail Online melaporkan kononnya industri beras negara sedang bermasalah.

Report: Ahead of GE14, paddy farmers up in arms over Bernas


Sedangkan kita tak dapat rasa pun ada masalah dengan beras di pasaran.

Ingat tak aku pernah tulis pasal isu padi? Ada NGO menamakan diri mereka sebagai Padi Rescue dan menuntut 14 perkara daripada kerajaan.




Katanya memperjuangkan nasib pesawah dan penanam padi. Sejak itu, aku monitor juga kalau-kalau ada orang bercakap atau tulis pasal isu ni.

Dan akhir-akhir ini yang tertonjol atau sememangnya nak ditonjolkan ialah soal import beras walaupun masih disebut membela penanam padi.

Artikel Malay Mail Online kata Bernas monopoli industri beras di Malaysia, termasuk kebenaran mengimport beras. Maknanya Bernas satu-satunya pengimport beras di negara ini.

Aku check..betul hanya Bernas yang boleh import. Sebab apa, sebab ketika beras boleh diimport oleh banyak pihak, pengimport swasta enggan import ketika krisis beras awal 70-an. Harga beras meningkat di pasaran antarabangsa, sedangkan kerajaan mahu memastikan harga beras kekal rendah di pasaran tempatan. Maka, pengimport beras tak mahu bawa masuk beras. Kita kekurangan beras…pengimport swasta ni peduli apa..mereka bukan ada rasa tanggungjawab.

Maka, masa tu kerajaan terpaksa minta LPN (sekarang Bernas) mengimport, sebab beras tak ada dalam pasaran. Maka, LPN tanggung kerugian dan sekarang tanggungjawab itu diteruskan oleh Bernas. Kerajaan pula letak wakil dalam lembaga Bernas dan ada kuasa veto pulak..

Inilah yang sebenarnya berlaku mengapa ada dasar pengimport tunggal, supaya negara dapat kawal pembekalan dan harga beras.

Satu lagi, artikel Malay Mail tu mendakwa isu panas di kalangan pesawah ialah kerana Bernas monopoli pasaran beras. Pelik aku, apa pasal mereka kata Bernas monopoli pembekalan beras, sedangkan ada banyak pengilang dan pemborong swasta dan persendirian. Bila aku search…rupanya ada lebih 200 kilang beras di negara ini dan ada lebih 3,000 pemborong serta lebih 40,000 peruncit beras.


Tapi ada lagi yang lebih pelik dalam hal padi atau beras ni. Artikel Malaymail Online yang aku baca tu memetik laporan Straits Times Singapore. Akhbar negara jiran itu mendakwa industri beras Malaysia sedang panas dan akan beri kesan kepada Pilihanraya Umum akan datang.

Growing discord in Malaysia's paddy industry


Apa hal ni? Bagaimana ST Singapura memandai-mandai ini. Akhbar itu memetik kenyataan seorang penganalisis politik dari KRA (aku google KRA ia syarikat Karim Raslan..aku tak tau siapa dia ni, tapi nampak macam orang besar), Amir Fareed Rahim.

Dalam artikel itu Amir Fared kata, isu padi sangat sensitif dan sangat bahaya kerana pesawah adalah pengundi  penting di luar bandar dalam pilihanraya.

Wow…terer Amir Fareed ni. Dia tahu ke bahawa Bernas lah yang menyelamatkan penanam padi di Pantai Timur, khususnya di Kelantan. Semua pengilang swasta tak mahu beli padi di Pantai Timur. Astro Awani ada melaporkan yang kualiti padi di Kelantan merosot.

Bernas beli padi di Kelantan walaupun kualiti rendah


Tak ada siapa nak beli. Maka, Bernas beli semuanya kerana itu adalah tanggungjawab Bernas yang ditetapkan kerajaan. Jadi, apa cerita ini.

Amir Fareed tau tak, sikap pesawah apabila hasil padi mereka molek dan bermutu, mereka jual kepada pengilang swasta, tetapi apabila hasil tak kualiti, mereka jual kepada Bernas kerana kerajaan dah tetapkan Bernas wajib beli padi petani.

Laporan ST Singapore tu kata hampir 300,000 pesawah ada di Malaysia. Sebab itu undi mereka penting. Hei..satu undi pun penting. Tapi aku nak bagi tau..semua orang tahu penanam padi dapat subsidi harga padi, dan rekod penerima subsidi padi kerajaan menunjukkan sekitar 155,000 pesawah. Fikirlah sendiri apa tujuan penulisan ni.

Sebab itu aku hairan, kenapa ST Singapura berminat dalam hal ini. Mengapa pula KRA nak terlibat bagi komen pasal hal ini. Siapa KRA ni? Kenapa nak beri komen melalui media Singapura. Lepas tu Malaymail Online pula petik dan siar di Malaysia.

Adakah ini cara pihak tertentu untuk merendah-rendahkan dan memperlekehkan industri beras negara kita? Guna media luar dulu untuk burukkan dan disambut pula oleh media tempatan.

Kalau benar soal penanam padi, ia bukan di bawah Bernas tetapi di bawah Kementerian Pertanian. Kalau benar soal penanam padi, bukankah penanam padi dapat subsidi harga padi, subsidi baja dan racun. Seburuk mana sekali pun hasil padi tanaman mereka, Bernas tetap kena beli. Bernas wajib beli kerana ia dasar kerajaan. Tidakkah ini bermakna penanam padi sentiasa mendapat pembelaan? Lalu apa?

Lalu, apakah soal membela pesawah itu sekadar alasan tetapi sasarannya ialah bisnes yang ada dalam tangan Bernas sekarang?

10 comments:

  1. Singapura seorang pesawah pun tak ada. Apa depa tau pasal kerumitan nak manage rice industri macam kat Malaysia. Pesawah nak harga tinggi untuk padi. Pengguna nak harga rendah untuk beras. Pengilang dan pemborong, termasuk BERNAS, tersepit tengah-tengah.

    ReplyDelete
  2. BERNAS tu kalau macam PETRONAS..dah lama ditatang oleh Najib.

    ReplyDelete
  3. Lebai Sudin,

    Thks for the article.

    As usual, you are very careful abt how you say things so you do not offend anybody but then you are Melayu and that's how Melayus are - you don't want to make trouble, nice, polite, etc.

    I confess I have not looked at the rice industry in any detail so it is difficult f or me to make much sensible comment.

    This much I know - rice growers seem to be struggling to make a living.

    I dont think many rice growers drive BMWs or Mercs despite the fact that they feed us!!!

    I mean, if you produce the stuff which I need to feed me, you should have some advantage over me, right?

    Yet, strangely, our padi farmers tend to be poorer than me.

    I wonder why...

    Oh well, like I said, I have not looked into the rice situation sdo it is difficult for me to give any clever comment.

    Gladiator



    ReplyDelete
    Replies
    1. Purata luas sawah per pesawah 2ha aje. Susah sikit nak banyak income.

      Delete
  4. Karim Raslan writes in the Edge.everbody knows which side the Edge is.
    Prof Kangkung

    ReplyDelete
  5. Saya selalu perhatikan bila cakap pasal padi or beras selalunya hanya bernas je. Makna kata bernas ni buat semua ke. Tapi apa yg saya tahu sepanjang saya hidup tak pernah pulak tak dapat makan nasi or tak dapat beli beras (saya lahir lepas merdeka).

    ReplyDelete
  6. Good job Lebai Sudin. Penulisan yang ‘bernas’ tentang Bernas..

    ReplyDelete
  7. the rice you grow you don't eat. pulut bang kok sawadikap

    ReplyDelete
  8. Fikir sejenak. Beras naik harga penanam padi macam tu jugak. Beras tak naik harga penanam padi susah jugak. Ikan naik harga nelayan macam tu jugak. Ikan tak naik harga nelayan kat takok tu jugak. Singapura pulak, apa2 bersangkutan dengan negara tu sumernya tak baik. Takde minyak, takde sumber asli, keluasan tanah " only a red dot on the map " tapi yg anehnya singapura adalah antara negara2 didunia yg tertinggi pendapatan per kapita. Ini yg aku tak suka ngan singapura ni..

    ReplyDelete
  9. Isa Samad hold najib by the balls

    Well then do you still want to vote najib and let isa samad rape our country once more?

    ReplyDelete