Monday 29 January 2018

Sharing the cake of Malaysia's rice industry

GUEST BLOGGER

By Lebai Sudin

Seperti yang aku janjikan nak tulis pasal kek industri beras, pasal krisis beras 1970-an, kesan krisis matawang pada 1998 kepada beras, dan yang paling semua orang tak sedar, krisis harga beras 2008.

Macam yang aku tulis dalam posting sebelum ini,


apabila harga beras pasaran dunia melambung pada 1973, pengimport-pengimport yang diberikan permit import beras enggan bawa masuk beras. Mereka akan rugi kerana kerajaan mahu beras di pasaran tempatan kekal mampu dibeli oleh rakyat.

Kita tak cukup beras ketika itu. Maka, LPN diberi hak pengimport tunggal. LPN sebagai agensi kerajaan tanggung kerugian. Import beras pada harga mahal, jual pada harga murah, berniaga apa tu?

Industri beras bukan untuk mengaut keuntungan. Perniagaan beras ni macam buat tugas negara. Beras tak macam hartanah iaitu makin mahal setiap hari, tak dapat kawal langsung. Tokeh-tokeh  kaya dalam HDA tentukan harga ikut pasaran, yang kerapnya kerana spekulasi, bukan permintaan sebenar pasaran.


Pemaju perumahan ini nyanyi macam-macam penambahbaikan, kediaman tepi tasik la, dalam taman la, dalm hutan la, eco tourism, natural ekosistem dan macam-macam lagi yang bunyinya sedap…maka harganya pun sedap untuk pemaju dan sekadar kita boleh pandang.

Beras tidak juga seperti perniagaan lain, yang harga tak dikawal. Banyak barang lain yang kalau minyak naik, ia naik sama. Tapi bila minyak turun, ia tak turun. Teh tarik dan roti canai mana pernah turun. Ikan, daging dan sayur di pasar pun macam tu juga.

Tapi dalam hal beras, bagi aku, pemborong ke, pengedar dan pengimport ke, ada tanggungjawab nasional. Beras dikawal selia dengan ketat. Tak boleh sesuka hati nak berniaga, sebab itu setiap peringkat perniagaannya memerlukan lesen.

Kedai runcit boleh jual semua barang keperluan dengan satu lesen perniagaan, tapi bila nak jual beras kena ada lesen berasingan. Pergerakan beras dari negeri ke negeri perlukan permit. Pemborong dan pengedar juga masing-masing perlu lesen. Ada lesen kilang padi, lesen borong dan lesen runcit.

Beras sebenarnya hanya menyumbang 0.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dan komoditi yang paling dikawal selia. Ia adalah tanaman strategik atas faktor keselamatan makanan ruji.

Itu sebab industri beras tidak boleh disamakan macam komoditi lain seperti kelapa sawit dan getah, seperti ada setengah pengunjung blog ini membuat andaian.

Berbalik kepada krisis harga beras. Betullah kata seorang pengunjung blog yang komen dalam posting terdahulu. Katanya, beras adalah komoditi sangat sensitif untuk dibiarkan kepada pasaran menentukannya. Maka, dasar pengimport tunggal dilaksanakan sejak krisis 1974. Inilah yang diwarisi dan diteruskan oleh Bernas sehingga hari ini apabila LPN dikorporatkan dan diswastakan.

Aku nak tambah kat sini, dua tahun selepas LPN diswastakan menjadi Bernas, krisis mata wang Asia tahun 1998 menggegarkan rantau ini. Harga beras melambung kerana Ringgit merudum. Banyak syarikat gulung tikar. pasti ramai ingat. Keadaan Bernas ketika itu dilaporkan turut meruncing.

Pada 2008 pula, harga beras di pasaran antarabangsa naik tiga kali ganda. Ramai tak sedar, kerana kita masih beli beras di pasaran tempaatan pada harga yang agak stabil, naik pada kadar 30 peratus. Ketika itu, Thailand sebagai contoh (negara yang ramai banggakan sangat dalam bab beras), harga berasnya melonjak 105 peratus.

Jadi, siapa tanggung perbezaan kos yang besar ni? Bernas. bukan kerajaan lagi, kerana LPN dah jadi swasta. Berapa kerugian ditanggung Bernas? Laporan tahunannya menunjukkan mereka rugi RM92 juta.

Kalau beras pasaran antarabangsa rendah, ada cerita lain pulak. Kegiatan seludup pula menjadi-jadi. Khabarnya, jumlah juga beras sampai ratusan ribu tan setahun. Sudah tentu ini juga beri kesan kepada pesawah, pengilang dan pemborong.

Jadi, apalah sangat kek yang nak dikongsikan tu. import beras setahun dibenarkan pun pada tahap 30 peratus bagi menampung kekurangan bekalan tempatan. Malah, import beras bukanlah kek, bukan juga keistimewaan, tapi satu kemudahan yang digunakan untuk subsidi silang (cross subsidy).

Kalau mahu kata kek industri beras tempatan, memang dah dikongsi pun oleh ramai pengilang, pemborong dan peruncit.

Aku selidik sana sini dan hasilnya -  terdapat lebih 3,400 pemborong beras di negara ini dengan 13 daripadanya adalah anak syarikat Bernas. Kilang pula, ada 224 kilang yang aktif dan daripada jumlah itu, hanya 30 milik Bernas. Selain itu, ada 42,000 peruncit yang menjual beras dan Bernas langsung tak terlibat dalam peruncitan.

Nah, itulah perkongsian kek industri beras negara. Tepuk dada tanya selera…

18 comments:

  1. Kalau dah banyak tu je BERNAS punya pemborong dan pengilang. Balance tu siapa punya?

    ReplyDelete
  2. Annie dan Lebai Sudin makan dedak Syed Mokhtar.

    ReplyDelete
  3. LLN privatized and became TNB. LPN privatized and became Bernas. Madey breaking up TNB near monopoly of power supply which gave rise to IPPs such as YTL, Tanjung Energy, Genting Sanyen and Jimah Power plant.

    Despite all this, TNB has not lost its dominant position in power supply. If TNB can be so generous and magnaminous, why can’t Bernas?

    ReplyDelete
  4. prince turki sent to high security prison since he unable to kautim saudis with MYR2,600,000,000 that MO1 claimed returned??? donation was never returned similar to ipic USD3,500,000,000!!! After tipu those arab sohais, MO1 & jho low can happily shalalala!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Look like MO1 only share the 1mdb cake with jho low, other dumbos are the real sohais.

      Delete
    2. The sohais are Malaysians and not the Arabs because we have to pay the USD3.5B twice.The Arabs just enjoyed the commissions and we have to pay back the loans via gst and extra income taxes.

      Delete
    3. The sohais are those dumbos who believe demi bangsa & agama, why allow mara to pay double the price for melbourne property wakakaka

      Delete
    4. Why blame the sohais ? These were made dumb long ago via Umno education, Umno culture and Umno indoctrination. The end result...easy kacang to reap them off, so easy that they don't even know what's happening...they only moan..eh, semua sangat complicated lah. That's the success of such mind dumb-down while the elite creams and sapu all and leave the debts for the dumbos to pay for eternity. But there is some consolation : at least these poor buggers get to say they have supremacy in race and religion, yay !

      Delete
  5. Terima Kasih Lebai Sudin.

    Sekarang, saya mulai faham mengapa Pak Lah menaikkan harga beras dari sekitar RM18 ke RM28. Tapi yang saya pelik, mengapa kenaikkan dibuat secara mendadak dan tidak sedikit demi sedikit. Harga minyak pun Pak Lah pernah naikkan secara mendadak begitu.

    Sudah tentu ada peniaga yang ...untung besar, lebih-lebih lagi, mereka yang menyimpan stok yang banyak.

    Sekali lagi, terima kasih Lebai Sudin.

    ReplyDelete
  6. Thx lebai sudin for the explaination abt the padi induatry in this country. Ive followed your writing. Obviously there are some agendas of certain people when they attacked Bernas. I believed it is not for the better.but for their own intetest. Pls dig some more lebai sudin.

    ReplyDelete
  7. Apa istimewanya kalau jadi pengimport beras?...kalau baca tulisan ni, macam tidak untung sangat..

    ReplyDelete
  8. Can not compare TNB to Bernas. even though there are IPPS, but they were merely generate electricity. their business is not direct with rakyat. they supply powers to TNB, and TNB still controlling transmission dan distribution.

    turn over as well as revenue were very high in tenaga industries as compared to Beras.

    ReplyDelete
  9. Stock piling can control price stability and supply
    Padi farmers and millers can enjoy consistent incomes

    Fadzireen

    ReplyDelete
  10. ****tard Nazri messed up the malaysia 2020 logo

    Arrogant and idiot piece of shit
    Say no to closed tender dealings
    It’s not fair and unhealthy because it promote mediocrity culture

    ReplyDelete
  11. Salam Lebai Sudin

    thanks so much of your writing on financial crisis 1998 and another beras’s price hike 2008. People need to know and understand the actual character of padi dan beras industries. If u can call it industry. To me, based of my experienced as i wrote in my comment of your earlier posting, this commodity its not an industry.

    Padi and beras is something need to driven by a responsible party and watch closely by the authority, in our case is government. This is the strategic crops and can’t simply let the open market to decide. if that so, we are going to gamble our strategic source of food and food security of the country. In short, managing padi and beras is a national duty.

    Ive just hope that the government stay calm and do not easily fall into the trap of people with personal agendas.

    ReplyDelete
  12. Industri beras bukan untuk mengaut keuntungan.” Itu tidak betul Pak Lebai. Kalau begitu sudah lama Syed Moktar serah balik Bernas kepada Kerajaan.

    Syed Moktar masih kaut keuntungan, tapi tidaklah seperti pemilik Bernas sebelum dia.

    Soalan yang patut ditanya kenapa LPD diswastakan menjadi BERNAS? Kenapa Bernas diberi hak (monopoly) Sole Importer?

    Jawapanya, sebagai pengimpot tunggal, Bernas akan dapat keuntungan yang sangat lumayang dari hasil polisi Kerajaan nakkan 90% "self-sufficiency" berasaskan kepada terusan subsidi yang sengaja tidak mahu dilaksanakan.

    Sebelum Syed Maktar ambil alih Bernas, kos pengeluaran padi lebih kurang RM 1200 se tan. Baja, transport, benih padi, incentive ratusan ringgit keluaran padi dan lain-lain dalam bentuk subsidi cicah lebih RM1.5 bilion setahun hingga sekarang.

    Masa itu, beras di beli dari Thailand harganya lebih kurang RM 700 se tan.

    Rakyat makan beras masa itu lebih kurang 2 juta tan setahun. Keluaran negara ialah 1.3 tan setahun, lebih kurang 700 ribu tan diimpot.

    Ketika itu kiriaan kasar Bernas buat keuntungan dari program subsidi padi negara ialah lebih dari RM 350 juta setahun sebagai pengimpot tunggal.

    Harap maklum, berasmati, beras wangi, beras kilat penghalusan dan beras berkoliti tiada dikenakakan sekatan harga. Nasib baik harga beras dari Vietnam 🇻🇳 dan beras campur masih boleh dalam kawalan harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Lebai ooo Pak Lebai....
      ...haru...haru...

      Saya dok perati dan ikuti penulisan tuan ni coz melibatkan makanan utama bagi diri saya dan hampir keseluruhan rakyat malaysia.

      Dari apa yg orang komen dan apa yg saya baca Pak Lebai tulis serta bacaan saya ni saya rasa macam ramai tak faham or keliru macam saya la....isu

      1. Kaut keuntungan daripada konsessi...(terus check kat bursa malaysia boleh tengok profit kat sini..tu pun baru tahu) saya tengok margin keuntungan bernas ni if nak dibandingkan dengan syarikat konsessi lain yang terlibat dalam tenaga, telekomunikasi or semazhab dengan nya jauh beza ooo...margin tak sampai 10% pun...so mcm mana dapat keuntungan lumayan tu???? Dah lah industri yang sgt rigid undang2 lah aktalah kawalan harga lah..

      2. Pasal monopoli..seingat saya baca lah untuk beras tempatan ni bernas kawal tak sampai 40% kot..Pak Lebai pun ada tulis kann...pastu beras import ni bernas bawak bagi isi yang tidak cukup pastu kerajaan yang tentukan kouta tu kan. Saya pun ada terbaca semasa m3 google pasal bernas ni yang depa dapat import sebab nak cross subsidy tanggungjawab yang diorng kena buat. Maybe Pak Lebai boleh eloborate kot tangggungjawab bernas ni.

      3. Hahhhh ni yang paling keliru dqn pening...hang komen kat atas ni cakap pasal kos keluar padi dan bernas dapat untung subsidi padi.....puas dok baca sana sini..cuba tanya sana sini semua kata sejak bila bernas or even LPN terlibat kuar padi...depa buat keje lepas tuai...so apa kaitan nya...

      Sat nak pi cari maklumat lagi lah...

      Delete
  13. Lebai SUdin,

    Thks for the followup article.

    From what I can tell, there may be lots of rice mills and wholesalers but nothing seems to be said about what R&D has been done to improve harvest yields.

    I am curious as to how much effort the govt has put into R&D and improving yields.

    Gladiator

    ReplyDelete