Tuesday 21 November 2017

Gondrong's message for the coming Umno general assembly

(Annie's note : Gondrong said he doesn't mind being criticised. However, I hope those who disagree with him will not resort to extreme vulgarities or being seditious in the comments section. Thank you.)

GUEST BLOGGER

By Gondrong

Perhimpunan Agung Umno  5-9 Disember, 2017 adalah perhimpunan agung terakhir parti siasah terbesar dan amat berpengaruh di negara ini menjelang PRU14 tahun depan.

Seluruh rakyat negara ini terutama orang Melayu akan memberi tumpuan terhadap isi kandungan dan mesej yang mahu disampaikan oleh UMNO dan barisan kepimpinannya.

Begitu banyak pandangan sama ada bersifat membina mahu pun serangan menghina dan pelbagai tohmahan percubaan untuk menghancurkan imej dan reputasi parti dan kepimpinannya.

Namun ia tetap berdiri teguh memperjuangkan kepentingan dan hak orang Melayu terus memelihara serta melindungi rakyat pelbagai kaum dan agama dalam sistem demokrasi raja berperlembagaan.

Umno melalui perjalanan yang cukup panjang dan berpengalaman sebagai parti teras komponen BN. Terus melakar sejarah sebagai parti yang diyakini untuk terus memimpin negara ini pada masa senang dan susah, masa bergolak atau aman damai atau tenang.

Dalam keadaan diserang dari dalam dan luar, Umno tidak boleh leka dan syok sendiri, sebaliknya perlu terus mengatur strategi meneutralkan 'racun' yang cuba ditusuk dalam sehingga ke jantung' untuk melumpuh dan membunuh parti itu.

Orang Melayu sedar akan keadaan itu lalu bangkit mempertahankan parti itu supaya tidak tersungkur layu kering dan mati. Lantas, kebobrokan yang didakwa berlaku dalam parti perlu segera diperbetulkan dan diperbaiki supaya tidak terus menjadi bahan dan senjata ampuh untuk pihak luar menjahanamkan parti dari dalam.

Perhimpunan Agung pada kali ini menjadi tempat untuk mengatur strategi menggerak bala tentera secara sederap dan bersinergi serta penuh yakin untuk menang dan berjaya dengan gemilang pada PRU14. Mentaliti menang ini adalah mesej penting kepimpinan  kepada akar umbi untuk bangkit dengan penuh yakin dan keazaman tinggi membawa panji-panji Umno untuk terus membela dan melindungi  untung nasib orang Melayu.

Orang Melayu sebenarnya tidak mempunyai pilihan terbaik untuk mereka bergantung harapan kerana tiada parti berasas kaum Melayu dan pribumi yang benar-benar mampu menyaingi Umno. Hakikat yang perlu Orang Melayu terima.

Parti  serpihan Umno bermula dari PAS, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Amanah Negara serpihan PAS masih terumbang ambing dalam menentukan hala tuju perjuangan .

Sukar bagi orang Melayu  mengharap hasil perjuangan mereka untuk berteduh dan berlindung, selagi parti-parti ini survive atas belas ihsan DAP yang dikatakan akan terus diberi mandat oleh kaum Cina.

Orang Melayu perlu ingat perpecahan dikalangan mereka sedang diguna dan dijadikan sebagai 'advantage' untuk menjadikan negara Tanah Melayu ini berpecah-pecah dengan semangat kenegerian semakin menebal apabila negeri-negeri terus menuntut hak mereka yang didajwa  terus terhakis dan hilang. Sebagai sebuah negara berpaksi kepada sistem raja berperlembagaan, keadaan bernegara secara demikian tidak sihat dan perlu dihindari.

Sistem demokrasi Raja berperlembagaan perlu terus dipelihara dan diperteguh dengan agama Islam bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu adalah terasnya. Perjuangan perlu terus diperkukuh kerana sudah ada anasir yang mempertikaikan perkara itu yang pada hakikat keadaan yang mana ianya tidak boleh dikompromi dan perlu tindakan tegas bagi melindungi dan memelihara sistem.

Lantas Umno mesti kuat dan terus dimantap.. Mentaliti menang disuburkan pada perhimpunan kali ini bagi berdepan 'peperangan' yang dikatakan hebat iaitu PRU14 ibu segala PRU.

Teruskan perjuangan dan binalah kekuatan untuk orang Melayu menjadi teras bagi sebuah negara Malaysia yang utuh hindari dan sembuhkanlah 'penyakit dalaman' bagi survival umat Melayu  beragama Islam atas mukabumi yang bertuah ini.

TAMBAHAN

Tanyalah TDM, DSAI, MY, SJ, MM, ZI, AKJ dan lain-lain yang telah meninggalkan Umno mengenai jasa dan budi Umno kepada orang Melayu termasuk nikmat dan manfaat serta laba yang mereka sendiri perolehi berbanding apa yang diperolehi ramai lagi pejuang Umno di bawah sana.

Ingat legasi yang mereka tinggalkan untuk Umno kesinambungan perjuangan orang Melayu seterusnya   diwarisi oleh anak cucu mereka.  Kenanglah jasa dan budi Umno yang jadikan mereka pemimpin terbilang berkat kekukuhan Umno yang dibina daripada akar umbi orang Melayu.

103 comments:

  1. Umno ada kenang jasa orang Melayu kebanyakan ke, Tuan Gondrong ?

    Come GE13 orang Melayu dah tuntut umno berubah dah kepemimpinan umno pun tahu hal ni. Tapi tapi tapi umno gagal berubah dan diubah malah bertambah rosak.

    Lagi nak harap apa dari umno ni ?
    Pembesar umno ramai nya cakap pusing pusing. Nak kata bodoh, ramai yang sekolah tinggi tinggi. Boleh jadi terlebih pandai sampai menyakitkan hati orang Melayu sendiri.

    Sekarang bila mula ditolak orang Melayu, padan muka la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan berasal dari mana kampung atau bandar. Belajar di mana ? Kerja apa ? Susah dan miskin sangat ke sehingga tak dapat nak cari rezeki. Apa yang tuan telah sumbang kpd agama bangsa dan negara. Kita tanya diri kita dulu sebelum menunding jari. Bilakah orang Melayu tolak Umno? Unno menang 89 kerusi brader. Yang kena tolak komponen mca mic gerakan. Umno terus gagah

      Delete
    2. Ada somebody hantar wassap mesej kat saya.very beautifully worded phrase.It goes something like this 'stupidity is seeing the truth,hearing the truth but still believe in lies'.
      Bukan mereka tak nampak sejarah panjang UMNO yang pernah lalui beberapa krisis tapi masih mampu bertahan.Bukan mereka tak nampak berapa kerusi parlimen yang UMNO menang.Tapi mereka pura-pura tak nampak.
      Prof Kangkung

      Delete
    3. Asal umno yang curi (bukan DAP), umno hidup mencuri beribu ribu tahun wakakaka

      Delete
    4. Off topic.... Annie ur a snake..

      Delete
    5. O0:02

      Aku tak susah pun. Tak tuding jari pada siapa pun. Sumbangan aku, aku tak menyusahkan kerajaan malah sentiasa berterima kasih dengan apa kerajaan umno/bn dah bagi aku. Tapi itu kerajaan umno dulu brader masa PM1~PM4. Engkau ada mata, telinga dan bukan kurang upaya. Lihat la dan dengar sendiri kerunsingan orang kebanyakan tiap-tiap hari. Hari Rabu hari anouncement harga minyak. Engkau syok ye nak tengok minyak naik harga lagi. Ini sebenarnya hal kecik.

      Yang besar kerajaan diberi amanah mentadbir dengan sebaiknya untuk kebajikan rakyat. Yang terlihat hari ni kerajaan telah gagal menyelesaikan berbagai-bagi isu yang merunsingkan malah menambah masalah negara.

      Adakah engkau nak terus percaya kebolehan mentadbir kerajaan hari ni ?

      89 kerusi tu tahun 2013, brader. Itu pun mencungap-cungap siap tanya apa lagi Cina mau. Simpan duit umno tu baik-baik toksah bagi-bagi kat pengundi tengok boleh dapat undi tak. Penyelewengan satu persatu terbongkar. Engkau boleh terima ni ? Fitnah ke ni ?

      Kalau umno tolak najib pun ramai orang Melayu dah mula tak berkenan dengan bahasa pembesar umno hari ni. Haramjadah, bangsat, bangang, kepala bapak engkau. Ini bahasa budak hisap fit. Perdana Menteri tak patut berbahasa macam ni.

      Engkau nak terus sokong umno, sokong la. Aku dah give up dengan peragai umno yang memualkan.

      Delete
    6. Professor Kangkung

      Sejarah akan kekal sejarah.
      Masa depan siapa yang tahu.
      Sejarah umno memang panjang dan berliku. Siapa tak tahu ?

      Tapi kalau dah jelas ada bukti, would it still be lies ?
      You are a true professor I presume, so be one.

      Delete
  2. “Lantas, kebobrokan yang didakwa berlaku dalam parti perlu segera diperbetulkan dan diperbaiki supaya tidak terus menjadi bahan dan senjata ampuh untuk pihak luar menjahanamkan parti dari dalam.”

    Hmmmmm, siapa menjahanamkan parti actually, selain drpd Najib?

    Ahli2 UMNO di akar umbi tidak akan mengkhianati sistem demokrasi secara terancang. Tapi dengan mendiam diri kpd pemimpin2 yang mencuri duit berbilion, korupsi macam macam, mereka sebenarnya mengkhianati parti, bangsa & negara.

    UMNO di bawah Najib tak boleh di katakan menjaga keutuhan dan keselamatan negara, bangsa dan agama. Menjaga keutuhan akaun peribadi Najib, tu mungkin lah. Habis nama negara Malaysia dilenyek di dalam & dan di luar negara.

    Terima kasih, Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno hidup berasas kesatuan kepaduan keteguhan. Ia hidup bukan atas individu. Pemimpin datang dan pemimpin pergi tetapi Umno tetap terus berjuang untuk bangsa agama dan negara. Kalau cerita keburukan dan kebusukan kita semua dah bergelumang dalam tong taik brader

      Delete
    2. 00:08

      Do you understand concept of morality - or you are happy to support thieves?

      Simple question.

      Delete
    3. If you support UMNO and take care malay welfare that fine

      But once you take songlap 1mdb and throwing a stupid party on the other side of the world then you are a dead man

      Your actions does not reflect “mempertahan kan melayu”

      Delete
    4. Support Umno bro. Not individual or person.

      Delete
    5. Najib UMNO is the reason 1mdb mess and Jho Low corruption take place

      Delete
    6. Anak menteri melayu belajar overseas tak belajar universiti tempatan

      Dasar sampah UMNO

      Delete
    7. Saya anak penoreh getah di estet juga belajar luar negara.Terima kasih UMNO yg tak pernah mengabaikan semua orang termasuk Melayu dan bukan Melayu.
      Prof Kangkung

      Delete
    8. You sorang je ke anak penoreh getah
      Yang lain merempat je ke

      Anak menteri kena belajar university tempatan, kalau tidak boleh belah lah UMNO robber

      Delete
  3. Saya setuju jika UMNO dahulu adalah memperjuangkan hak rakyat terutama Melayu. Tapi bukan UMNO sekarang...yang dah terlalu busuk dan hanyir dengan pemimpin yang bongkak dan penipu. Banyak lagi parti berteras Melayu yang lebih wangi dari UMNO sekarang.

    Selamat Tinggal UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno dulu kini dan masa depan adalah sama iaitu membela untung nasib bangsanya. Luaskan pandangan dan jangan sempitkan pemikiran tuan. Kalau tuan Melayu ingatlah budi dan jasa dan apa pula sumbangan kita pada nusa dan bangsa. Jangan negatif

      Delete
    2. Setuju .kita sokong parti bukan individu
      Prof Kangkung

      Delete
    3. Prof Kangkang, sokong Parti siapa presiden sekarang. Jadi sokong parti macam sokong klepet juga. Bodoh betul. Sebenarnya saya padan muka kepada sesiapa yang sokong umngok membabi buta dulu, inilah akibatnya. Melayu sapu melayu. Melayu klepet melayu bagi cina gemok joli sakan. Ketuanan Jho Low,semua melayu lain di BN diam macam tikus. Tak malukah,manusia jenis apa ni. Terpaksa berlagak bodoh yang 1mdb bersih. Umgnok jaga melayu konon. Semua jadi Dedakman. Ptuuiu

      Delete
  4. Macai kurap UMNO perlu lihat apa yang umno buat, bukan apa UMNO janjikan

    Sokong Pakatan Rakyat Bukan kartoon UMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kartun kartun Umno banyak budi dan jasanya. Macai kurap Umno terus bekerja membantu bangsanya. Macai kurap Umno menyelunsuri kampung dan pedalaman memastukan kebajikan rakyat terjaga. Macai kurap Umno mencari penyelesaian kpd isu anak muda. Cumanya sebahagian kita terlalu manja dan selesa. Suka cari salah bukan cari penyelesaian. Suka memomok kan orang lain tetapi diri sendiri ke longkang.

      Delete
    2. "Kartun kartun Umno banyak budi dan jasanya."

      If you are talking of the eras of Tunku, Tun Adbul Razak, Tun Hussein Onn and Tun Dr Mahathir, the statement is true.

      After that, it's false.

      Sorry.

      Delete
    3. Najib Razak turun dan berhenti jadi perdana menteri

      Najib Razak menghina macai umno

      Delete
    4. Anon 00:19. If I say I love UMNO people
      What does make you feel about me?

      Jho Low

      Delete
  5. Gondrong,

    Wah, very motivating, very inspiring.

    You are talking about an UMNO that no longer exist.

    UMNO today exist only to feed the cronies.

    The entire UMNO machinery is geared to just one ideal - make money while you can and damn the poor.

    The ordinary Malay is being played for a sucker.

    Let me give you one example.

    Near my kampung, in the middle of nowhere, are two BIG Malay restaurants.

    Each restaurant can sit at least 150 to 250 people.

    Each restaurant employs at least 20 workers. (I have counted up to 15 and I heard some more in the kitchen)

    I have been to those two restaurants at random times on random days - not once but several times.

    There is hardly ever anybody there - the food is lousy, the teh tarik is lousy.

    The workers just sit around doing nothing.

    And who owns these two restaurants?

    An UMNO crony.

    Yes, you may say that the crony is sharing his wealth with other Malays.

    Yes, you may say that the crony is giving jobs and helping Malays.

    But think about this.

    You can be certain that those workers are being paid a pittance.

    And those workers are in a dead-end no-win position.

    They learn nothing, develop no worthwhile skills and will never move up the ladder of success.

    Their children are doomed due to the poverty of their parents.

    Is this helping Malays?

    Wouldn't it be better to put that money, hijacked by the crony, into a better school system?

    Wouldn't it be better to put that money, hijacked by the crony, into developing programs which can uplift the children of those poor Malays?

    Meanwhile, the UMNO crony has a beautiful mansion by the beach, has a couple of beautiful young wives, has several luxury cars, etc etc.

    And you know what?

    I will bet you ANYTHING that I can find many such restaurants in many other parts of Malaysia - not just in my kampung.

    So, when UMNO has its general assembly soon, and if you do attend, ask those very powerful UMNO people you may know - - spare a thought for those poor Malays in those two restaurants in my kampung.

    Ask those powerful UMNO folks - what is the perjuangan today?

    Another wife?

    Another luxury car?

    Another trip to Europe?

    Gladiator

    ReplyDelete
    Replies
    1. You re so negative. Like Umno do nothing. You live in this harmony and peaceful country, people can make million of ringgit. One Indonesian said " atas jalan di negara anda ini asa banyak lombong emas. Saya boleh berniaga dengan selesa. Memiliki 20 gerai jusl air minuman berselerak di sekitar bandaraya dengan pendapatan RM30k sebulan." kata pendatang Indonesia itu. You still said about cronies, while lot of people making wealth in this country. U ask Syed Mokhtar ananda and Vincent how he get a first million . U ask yourself what is your contribution to yourself family community and nation

      Delete
    2. 00:39,

      Maybe you are Gondrong himself?

      But never mind...that's fine.

      We cannot reduce everything in life to money. Yes, people can make 30K from selling drinks but we should be more worried that people can make 2.6 billion overnight by stealing public funds.

      Malaysians should worry about ethics and good moral values also, not just money.

      Delete
    3. Spot on bro/sis 0039
      Prof Kangkung

      Delete
    4. Abdullah ibn Mas’ud reported:
      The Messenger of Allah, peace and blessings be upon him, said, “You must be truthful. Verily, truthfulness leads to righteousness and righteousness leads to Paradise. A man continues to be truthful and encourages honesty until he is recorded with Allah as truthful. And beware of falsehood. Verily, falsehood leads to wickedness and wickedness leads to the Hellfire. A man continues telling lies and encourages falsehood until he is recorded with Allah as a liar.”

      - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī 5743,

      Delete
  6. Satu penulisan yang memual dan meloyakan. Pergi mampuslah UMNO !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdulillah anda masih sudi membaca tulisan daya.Terimakasih. Semoga kehidupan anda dirahmati

      Delete
    2. Gautama Buddha last:

      Tiga perkara tidak dapat disembunyikan lama iaitu: matahari, bulan,dan Kebenaran.

      Delete
  7. Grondrong! Huhhh memang sesuai nama ini. Ini lah orang kata sokong membabi buta. Woi Gondrong,which part of the world did you get your education. If you have this kind of mentality, please stop being Annie's guest blogger. Not only you sound stupid, i think you must have look stupid also. I think its not necessary for me to comment further to rebutt your opinion.
    Please read the first 4 comments.
    Enough said.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for your comment. Am happy u still want to read my 'ugly' piece.Different people have different perspective and opinion. And thanks for rhe respond. I like.

      Delete
    2. I think Dracula looks at human beings differently from Rasullulah.

      Delete
    3. The other day u complained to Annie vout the rough comments u received... nd now u sarcasticaly say thank you for the comments ... U mmg hantu laaaa... go masturbate, u cheap skate..

      Delete
    4. I welcome all comments including rough. I told annie to release all but he said some he has to delete/remove kena ikut house role. We have to respect annie

      Delete
    5. Annie is a guy..? hahaha...

      wats a house role..?

      prof kantoi Ah Meng your ex English teacher...?

      waukahkahkah....!!!!



      Delete
  8. Annie,

    I am not trying to be disrespectful of his efforts, but Saudara Gondrong should work for Bernama or Utusan.

    The arguments are very cliche, standard, 100% Umno propaganda - above all, the 'Umno is the only saviour of the Malays' argument. Hardly. The Malays in Selangor don't need saving by Umno, they (as well as the Chinese, Indian, DLL) only need saving from the greed & stupidity of the Federal govt.

    However this is a democracy (well, unless you try and make Umno accountable for its wrongs!) so Gondrong is free to defend his POV.

    But I would love to see a defence of Umno that does not rely on these old, tired propaganda points.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Am Ok bro you can hentam me. You can hentam Umno. With this comment Umno will be more better after the party win 2/3 majority in PRU14. No worries

      Delete
  9. This is the UMNO now...syok sendiri. Your piece of writing is a crap...i have spent 3 minutes if my life in vain reading your syok sendiri article. We came expecting Annie's writing. I want to let go but then after reading your comment on us reading your crap made me have this comment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for reading my piece. Your comment make me feel more energize. Thanks bro/sis.

      Delete
  10. Get rid of Najib, UMNO

    And we Malays will support UMNO back.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imej Najib sudah terjejas teruk. Kredibilitinya seakan-akan sudah hilang. Dah jadi bahan jenaka dan senda gurau. Orang ramai tidak lagi ambil serius apa yang diucapkan setiap kali beliau muncul di khalayak. Najib tidak boleh lagi terus menebalkan muka dan memekakkan telinga seolah-olah tiada apa yang terjadi. Kerajaan yang diterajuinya juga akan tergugat.

      Apa sahaja yang Najib lakukan, semuanya jadi serba tak kena. Tiada apa lagi yang nak dicanangkan. Rakyat tidak lagi memberikan kepercayaan kepadanya untuk terus menerajui negara. Keluh-kesah rakyat dan kritikan-kritikan yang dilemparkan sudah mencapai tahap puncak. Kredibiliti dan imej Malaysia sudah terjejas teruk.

      Delete
    2. Ya! reject the bangsat-one and the herd mentality.

      Delete
    3. no man, dont u think those who supported najib isnt corrupted as well. chances are,, this guys only think for themselves, be damned with the people.

      dont make that mistake of going back to umno. we'll just be repeating the same vicious loop.

      ive only got one life time to suffer like this now.

      no more umno. ever !

      Delete
  11. Tidak dinafikan UMNO pernah berjasa ,tetapi UMNO sekarang diwarisi olih barisan pemimpin dan depimpinan yang tidak pandai mengenang jasa dan amanah yang dipertangongjawabkan .

    Tidak keterlaluan kalau dikatakan ,barisan kepimpinan UMNO sekarang langsong tidak memahami apa itu perjuangan UMNO ,berdasarkan tindak tanduk mereka yang terserlah.

    Tidak ada apa yang salah dengan UMNO sebagai sebuah parti ,yang jelas terasnya memperjuangkan ugama ,bangsa dan negara Melayu , tetapi kini dirasakan nyamok didalam kelambu sudah terlalu banyak dan ramai merasakan kelambu harus dibakar kerana sudah tidak mampu lagi untuk menampar nyamok satu-persatu .

    Persidangan UMNO,

    Pembetulan bukan bolih dibuat dengan laungan semangat dan janji-janji yang membakar ,ia perlu satu pentejemahan yang sebenar.

    ReplyDelete
  12. Dulu lain, sekarang lain Encik Giondrong.
    Dulu memang umno memperjuangkan nasib Melayu tetapi sekarang umno memperjuangkan nasib Najib dan kuncu-kuncunya. Melayu hanya dilihat sebagai PENGUNDI yang mesti undi umno.
    Minta maaflah En.Gondrong, saya tak mungkin akan undi umno lagi.
    Saya tak mahu Malaysia jadi macam Zimbabwi - amik masa 35-40 tahun untuk tolak Mugabe dan Grace. Ketika itu, apa yang tinggal untuk diperjuangkan..............??????
    Melayu tidak perlu umno tapi UMNO yang perlukan undi Melayu.
    Masanya sudah tiba Melayu hidup tanpa umno.
    Umno hanya sebuah party, perjuangan ada dalam hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Umno hanya sebuah party, perjuangan ada dalam hati'

      Cik minah, saya setuju dgn kenyataan di atas. Saya akan tukar channel bila keluar najib or zahid hamidi kat tv. Masaalah nya, saya x rasa pembangkang adalah lebih baik. Saya pun akan tukar channel kalau nampak lim guan eng kat tv.

      Sampai sekarang saya x tahu apa yg pembangkang perjuangkan selain dari nak jatuhkan bn.

      Delete
    2. Tak perlu untuk tolak UMNO slow slow
      Tak perlu tunggu 40 tahun
      Tolak UMNO sekarang mampus sekarang lagi banyak lagi selamat dari kekejaman UMNO

      Delete
    3. anon 11.91

      engkau tidak rasa pembangkang lebih baik tapi adakah keadaan di
      Selangor and Pulau Pinang begitu terok pentadbirannya.

      Cuba pergi lah ke Pulau Pinang dan tanya kepada penarik beca pemamdu teksi sama ada ke keadaan lebih baik atau lebih teruk sekarang dibawah pimpinan pembangkang berbanding dengan pentadbiran BN dulu, baru engkau akan tahu keadaan yang benar.

      Delete
    4. Anon 17:46, u mean those rickshaws & taxi drivers that didn't have their vehicles submerged in the flood?

      There is no difference, their crony developers made millions, the minnions got the crumbs, that too at the expense of their environment.

      Delete
    5. "....u mean those rickshaws & taxi drivers that didn't have their vehicles submerged in the flood?"

      Is the said flooding a yearly happening ? It was reported that an equivalent of one and a half month of total rainfall happened in just ONE night of continuous rainfall non stop for 7 hours that fateful day...so unprecedented freak climate change ! And to casually sweep in to comment as though this is a yearly or even monthly occurrence that so irk the poor taxi/rickshaw drivers...sheesh...exaggeration much ??

      Delete
    6. Anon 11.51

      Saya bersetuju dengan anda. Agenda pembangkang hanya nak jatuhkan BN. Tapi kandungannya untuk kemaslahatan rakyat tidak jelas. Opposition perlu lebih drp BN kalau nak jd kerajaan. Tawarannya kena lebih menarik secara keseluruhan. Dalam keadaan opposition pun carca marba, agenda perjuangan tak tentu hala, perkara babitkan teknikal pun nak cari salah orang baik hentikan lah. Perbaiki dan perkukuh dalaman tu dulu barulah cerita tawaran terbaik kepada rakyat mengatasi BN. E.g. apa alternatif terbaik kpd gst, sistem pe didikan bagaimana yang mahu diguna bagi menggantikan sedia ada.

      Delete
    7. anon 15.17

      Pengundi Selangor dan Pulau Pinang telah memilik pembangkang untuk menjadi kerajaan pada PRU 2008, dan pada PRU 2013, pengundi masih lagi memilik pembangkang menjadi kerajaan mereka. Tidak kah ini satu bukti bahawa parti pembangkang telah mentadbir kedua dua negeri ini dengan memuaskan hati para pengundi 2 di dua buah negeri ini. jika tidak saya percaya BN tentu akan di pilih semula untuk menterajui Selangor and Pulau Pinang.

      Kejayaan parti pembangkan mentadbir kedua2 negeri ini adalah bukti parti pembangkang juga boleh mendtabir negara dengan memuaskan para pengundi di negara ini.

      Delete
  13. Are you sure dumno 'berjuang' for agama & bangsa, to everyone & anyone look like dumno 'berjuang' for MO1 & sheikh jho low right...

    ReplyDelete
  14. quote from outsyed the box:

    Under Kepala Bapak, there are 7 million Malays who have joined the BR1M list.

    Meaning 7 million Malays are poor. This list is growing.

    Under Kepala Bapak, the number of unemployed Malay graduates is over 200,000.

    Under Kepala Bapak the Malay economy is dying.

    This is the "disaster category".

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10:31,

      The tragedy of Umno is that billionaires and millionaires have flourished under cronyism but the normal rakyat (and not just Malays - all races) are left behind.

      Delete
  15. Penagih Dadah = Melayu
    Mat Rempit = Melayu
    Buang Anak baru lahir = Melayu
    Graduan Menganggur = Melayu
    Peneroka Felda terbeban hutang=Melayu
    Ramai yang muflis = Melayu
    Hutang PTPTN = Melayu
    Kes rasuah SPRM = Melayu
    tak pandai bahasa Inggeris = Melayu

    Itu lah perjuangan UMNO untuk orang Melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan penyokong umno tapi saya x setuju yg semua masaalah sosial diletakkan atas parti politik.

      Pernahkah anda terpikir yg ada sesuatu yg kurang dalam budaya masyarakat melayu yg menyebabkan masaalah sosial 1,2,3 diatas berleluasa? Bagi saya masaalahnya adalah konsep mendidik anak2 yg kurang tepat dalam masyarakat melayu & konsep agama yg terlalu orthodox.

      Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa hingga mereka merubah sesuatu di dlm diri mereka.

      Delete
    2. Anak menteri melayu belajar overseas tak belajar universiti tempatan

      Dasar sampah UMNO

      Delete
    3. Anak menteri melayu mmg suka "Lundang", Paris, New York jer. M'sia kan 'low-class' sangat?

      Tapi it's Ok lah. Biarlah menteri-menteri dan timbalannya dan anaknya bercuti & berjoli panjang. Bukan senang nak habiskan duit peruntukan kerajaan, kan?

      Sebenarnya ini adalah satu pertanda dimana betapa kurang minatnya memperjuangkan nasib rakyat. Ok lah...PRU 14 nanti rakyat pun sudah boleh kenal siapa yang boleh diharapkan jaga negara dan rakyat jelata....

      Delete
    4. 1. Penagih Dadah = Melayu SEBAB Tauke besar dadah Cina.
      2. Mat Rempit = Melayu SEBAB Bengkel motor Cina sokong ubahsuai motor.
      3. Buang Anak baru lahir = Melayu SEBAB Peniaga porno Cina berleluasa
      4. Graduan Menganggur = Melayu SEBAB Syarikat Cina diskriminasi ambil pekerja
      5. Peneroka Felda terbeban hutang=Melayu SEBAB Along Cina kaut untung beri pinjaman
      6. Ramai yang muflis = Melayu SEBAB Perniagaan Cina tipu konsumer Melayu
      7. Kes rasuah SPRM = Melayu SEBAB Cina guna kekayaan mereka utk sogok Melayu
      8. Tak pandai bahasa Inggeris = Melayu SEBAB Lazim nya Melayu dari kecil banyak masa diberi utk belajar Al Quran.

      Moral nya... Jika lebih kuasa diberi pd Cina DAP, semakin teruk lah Melayu.

      Delete
    5. Anon 16:30.

      "8. Tak pandai bahasa Inggeris = Melayu SEBAB Lazim nya Melayu dari kecil banyak masa diberi utk belajar Al Quran."

      Melayu tak pandai Bahasa Inggeris kerana 'banyak masa diberi utk belajar Al Quran'?

      Tentunya bukan kerana DAP.
      Habis tu, masa PAS berpelok dengan DAP dan Guan Eng dulu, Haji Hadi dan Nik Aziz buat apa? Gelintir pelir je ke?

      Delete
    6. Even ministers send their children to international schools

      Delete
    7. Firebrand,
      Yeah blame everybody for all the failures but yourself. Wakeup before it is too late!!!

      Delete
    8. firebrand, cukup sedih baca pengakuan anda, kena cerdik sikit jangan senang bagi orang tipu ok?

      Delete
    9. Firebrand kau ni melebihlah. Main perli melayu pula. Semua yang kau sebut itu melayu yang bodoh tapi salahkan cina. Siapa yang suruh tidak pakai otak. Bukan semua melayu bodoh macam kau sebut tu. Banyak yang pandai.Ya tak ya juga kau pun satu dari otak selut tu baru boleh bagi komen begitu.

      Delete
    10. Firebrand

      Your tactic can work 5-10 years ago.....now people not so stupid anymore. Please lah try something else.....kerje bodo lah nie

      Delete
    11. anon 11.47

      rakyat memilik pemimpin untuk memimpin mereka dengan dasar yang baik. Jika pemimpin tidak betanggung jawab dan hanya mementingkan diri and kroni2 nya sahaja dan tidak mentadbir negara degan dasar yang baik maka rakyat akan susah.

      Kita lihat negara jiran kita Singapura, ada kah masyarakat melayu di sana menghadapi masaalah sosial saperti yang terdapat di negara kita ? Jawapan nya tidak, kerana kerajaan sana mempunyai dasar yang baik.

      Delete
    12. Anon 16:25,

      "Kita lihat negara jiran kita Singapura, ada kah masyarakat melayu di sana menghadapi masaalah sosial saperti yang terdapat di negara kita ? Jawapan nya tidak, kerana kerajaan sana mempunyai dasar yang baik."

      Ok, kalau hujah anda benar, apa kata kita hapuskan keistimewaan org melayu & letak kan islam setaraf dgn agama2 lain, i.e. kita bubarkan jakim, jais & yg setara dgnnya. Inilah perbezaan yg ketara antara msia dgn s'pura.

      PH ada berani untuk lakukan ini?

      Delete
    13. anon 17.03

      ini bukan soal PH atau pun BN, ini soal kepemipinan yang baik dengan dasar yang mementingkan rakyat dan negara, dan bukan pemimpin yang rasuah, salah guna kuasa dan mementingkan kroni kroni sendiri.

      Delete
  16. "Dalam keadaan diserang dari dalam dan luar, Umno tidak boleh leka dan syok sendiri, sebaliknya perlu terus mengatur strategi meneutralkan 'racun' yang cuba ditusuk dalam sehingga ke jantung' untuk melumpuh dan membunuh parti itu."

    Ehmm... 'racun' yang dimaksudkan adalah Razak Baginda, Deepak Carpet & Jho Low.
    Kepala-Bapak kepada 'racun-racun' ini adalah Najib dan Rosmah.

    Selagi Najib & Rosmah menjadi Presiden UMNO, selagi itulah ahli-ahli UMNO akan membazirkan banyak tenaga & WANG, setiap kali PRU untuk "meneutralkan 'racun' yang cuba ditusuk dalam sehingga ke jantung' untuk melumpuh dan membunuh parti itu".

    Contohnya, Razak Baginda... setelah lebih 15 tahun, Altantuya masih menghantui UMNO-Najib... hari ini, dalam bentuk pertanyaan... siapa arah bunuh Altantuya?
    Bayangkan berapa banyak WANG Rakyat yang dihabiskan untuk 'menutup' mulut Sirul yang sedang menetap di Pusat Tahanan Immigration Australia? Nak extradisi Sirul tak boleh, kerana Australia tidak ada hukuman mati. Makanya, undang-undang mereka menghalang extradisi sesaorang yang akan menjalani hukuman-mati di Negara tersebut.

    Oleh yang demikian, oleh kerana UMNO masih mahu mempertahankan semua 'makluk-perosak' diatas... bukannya mempertahankan Bangsa, Agama, Institusi Raja-Raja atau Negara... maka adalah lebih baik dihumbankan saja UMNO-Najib kedalam longkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well said RD.

      In fact Umno has been the real racun to Bangsa, Agama, Institusi Raja-Raja dan Negara.

      There is nothing left about this UMNO Baru apart from the leaders, the KBU and their macai stealing and dividing public funds.

      How do we feel when we see someone with Mat Maslan's record happily getting RM2 million from 1MDB while we suffer to tutup the massive lubang left by 1MDB's debts?

      Delete
    2. I got no problem with mat maslan getting 2 million, 20 million or 200 million .

      As long as not from public funds .

      Thru own efforts, why not?

      Just don't steal it.

      Delete
  17. Ban toll highways

    Vote opposition

    Jho Low

    Ah silap vote UMNO

    ReplyDelete
  18. maaf sekiranya para perwakilan masih berpegang pada ketaatan pemimpin yang terang2an merompak hasil rakyat, mensabotaj pendidikan bangsa sendiri (refer sabotaj education outsyed) dan mementingkan elitis school,

    maka parti itu secara keseluruhan sehinggalah ke akar umbi adalah pengkhianat bangsa, agama dan negara.

    ini jgalah yang saya comment tentang muhidin sehinggalah dia membuat pendirian tegas sehingga dibuang parti. inilah cth pemimpin yang berpendirian kukuh dan berlandaskan agama. inilah perjuangan agama bangsa dan negara.

    kelakar para perwakilan dan menteri2 hanya tau melaungkan agama bangsa dan negara namun sebenarnya bacul dan meratah maruah agama dan bangsa sendiri.

    mati hidup semula pn saya (kami) berpatah arang dengan parti yang sudah busuk sebusuk2nya seperti bangkai yang tidak mungkin kembali berseri.

    melayu itu bermaruah, melayu itu sudah lama survivalnya sejak zaman srivijaya, semenjak zaman majapahit semenjak zaman kerajaan funan,

    tidaklah gugur org melayu kerana parti yang mengkhianati bangsa ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 14:15 setuju 100% excellent comment

      Delete
  19. Finance Twitter is on Annie's blogroll, now. Thank You Annie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yay...luvv FinanceTwitter ! But sudah banned kan ? But there are ways to reach this blog, so obviously banning doesn't work la

      Delete
    2. Dear JJ.

      In this day and age, nobody cares whether any blog is ban or not. It will only make it more popular.

      Just as some dimwit wanted to ban Despacito?

      You're right... banning doesn't work.

      Delete
  20. Judging from the article and the following comments, the monkeys are still stupid after 60 years of NEP. I am going back to sleep.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang stupid. Bacalah apa Saleh Kruak cakap, "Bolehkah rakyat Malaysia jadi kaya kalau tukar kerajaan....???"

      Nak tanya sikit, "Adakah kita semua nak tukar kerajaan, tak mahu undi UMNO/BNPAS sebab nak kaya....????

      Delete
    2. Monkey sebenarnya semakin bijak. Sebab dia boleh memainkan emosi dan mengawal gerak laku. Yang marah akan kena jual brader

      Delete
    3. Dalam that Saleh Ketiak's brain, hanya Money, Money Money la....sure rhyme with Monkey kan ?

      Delete
  21. Italian football coach kena sacked bila Italy gagal masuk final World Cup.

    Malaysian football coach masuk boleh terus main bola-bola dia sendiri dgn FAM officials walaupun Malaysia football team gagal masuk final Asia football.

    UMNO punya pasallaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 21:24

      Malaysian football coach just sukahati tukar A-G, opps I mean "referee"

      Delete
  22. Anonymous @ 22 November 2017 at 00:39,

    //You re so negative.//

    I should be positive about seeing other people being exploited?

    //Like Umno do nothing//

    Let's say, I have RM1,000 to share between 10 people.

    I give RM1 each to 9 of them and keep RM991 for myself.

    I have done something, right?

    Nothing to complain about, right?

    After all, each person has an average share of RM100, right?

    //You live in this harmony and peaceful country, people can make million of ringgit.//

    So, you making millions of ringgit?

    I will bet that you don't.

    Stop kidding yourself, my friend.

    Open your eyes and look around you.

    Many of those making the millions and the billions are UMNO cronies.

    I look around my kampung and that is what I see.

    There are not that many who have made their millions thru good honest hard work.

    //Memiliki 20 gerai jusl air minuman berselerak di sekitar bandaraya dengan pendapatan RM30k sebulan//

    OMG, so Melayus should go sell air minuman by the roadside?

    Is this the vision your UMNO has for Melayus?

    //while lot of people making wealth in this country//

    I have no problems with anybody who makes their money in a halal manner.

    I do object to people who make money because they were handed projects on a silver platter, who receive kickbacks, who screw over others, etc.

    //U ask yourself what is your contribution to yourself family community and nation//

    I am happy to give you an insight into myself.

    Obviously I cannot give exact details as I do not want to be be identified and be arrested for some of my past comments.

    Contributions to myself :
    - I am a graduate from a world-class university overseas.

    - I have a background in engineering, science and commerce.

    Contributions to my family :
    - I looked after my father as he grew old

    - I looked after the piddling few acres of land he had as a jaga kebun learning how to identify weeds, what fertilisers to use, etc etc.

    What he makes from those few piddling acres in one month, I can make in a couple of days in my job but I said nothing to him because I did not want him to think I was grudging it by looking after him.

    Contributions to community :
    - I have given talks to young children in primary schools in my kampung to encourage them to excel despite the fact that we all share very humble beginnings.

    - I speak to community leaders to agitate for better services like rubbish removals, improved drainage.

    Contributions to the nation :

    - I try my best to engage with as many people as possible from all walks of life, Malays, Indian, Chinese, Orang Asli, rich, poor, those who have mental retardation, those who sleep in the streets, etc

    I have NEVER been able to convince myself that my race or my religion or my education makes me superior to another person.

    - I am committed to getting rid of a corrupt system of government in Malaysia.

    - I am committed to finding a government which truly cares about the people REGARDLESS of race or religion.

    - I am committed to finding a government who treats EVERYBODY EQUALLY REGARDLESS of race or religion.

    And you?

    What are your contributions to yourself, your family, your community and your nation?

    Gladiator

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gladiator

      "What are your contributions to yourself, your family, your community and your nation?"

      He has eaten more dedak than you!

      Delete
    2. Saya hanyalah sekadar usahawan kecil berniaga kecil2an di kampung.

      Adalah sedikit kebun diusahakan hasil titik peluh bekerja di syarikat swasta.

      Mencari rezeki untuk keluarga isteri dan empat anak.

      Sebelum ini menjaga ibu yang terlantar sakit dan telah kembali ke rahmatullah, baru-baru ini.



      Memberikan sedikit pekerjaan kepada penduduk kampung berkebun dan terus mencari rezeki.

      Kepada masyarakat terutama di kampung beri pendedahan mengenai peluang dan bantuan kerajaan untuk bisnes dan peluang pekerjaan dan pendidikan.

      Kekuatan penduduk kampung ambil peluang dalam ekotourism.

      Galak orang kampung pelajari bahasa inggeris dan mandarin.


      Berkat usaha ini beberapa kampung sudah dikunjungi ramai pelancong dalam dan luar negara.

      Banyak kampung telah mendapat manfaat daripada usaha-usaha kecil ini.

      Saya akan terus bantu masyarakat dalam usaha-usaha kecil ini untuk mereka mencari dan memugar peluang disediakan sebaik mungkin.

      Masyarakat ini bukan sekadar menunggu saja bantuan kerajaan tetapi mereka berusaha keras untuk memajukan diri dan keluarga.

      Kalangan mereka ada yang tidak dapat pun bantuan terus dari kerajaan tapi atas kerja keras dan peluang disediakan mereka berjaya.

      Mereka ini terus beri sokongan kepada kerajaan kerana kerajaan yang ada inilah masa mereka susah dan kerajaan inilah masa mereka senang.

      Jasa dan budi kerajaan yang ada ini pastikan bumi bertuah dihuni pelbagai kaum dan agama terus hidup harmoni aman dan tenteram untuk mencari rezeki meneruskan kehidupan
      mencari kejayaan dunia dan akhirat.

      Delete
    3. Kami orang Melayu tidak pernah lupa pada budi dan jasa. janganlah dipermainkan perasaan orang Melayu. sekali terluka akibatnya mendalam.

      Delete
  23. UMNO IS THE MOST EFFECTIVE PARTY.

    Effective at making money disappear from...

    1MDB

    SRC

    KWAP

    Tabung Haji

    YAPEIM

    Felda

    & banyak lagi.

    HOOREY!!!!!!!!!

    HIDUP UMNO!

    PI MAMPUS LAH RAKYAT!

    HOOREY!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  24. Anonymous @ 23 November 2017 at 12:12,

    //Saya hanyalah sekadar usahawan kecil berniaga kecil2an di kampung.....//

    Eeeerrr... yes?

    Is this a response to my question to Anonymous @ 22 November 2017 at 00:39?

    Or are we on a different matter?

    Gladiator

    ReplyDelete
  25. Sorry aaa..mr gladiator to ask u something out of ur comments. Actually I’d came across ur own acknowledgement that u’r more to atheism? Or rather a free thinker if I were to believe ur set of ideas here. Am I right?

    Ha..ha.. I just confused. Wat I know a free thinker is a master of his own life. But u’r quite different….u did talk about ur race, ur religion?...n ur education at a due context tat u ’r a natural conformist n a reverential to other lives too. So how it goes, sir?

    ReplyDelete
  26. Anonymous23 November 2017 at 12:12

    Sir, my cgpa is 3.74. but looking for job now is like digging gold with ur fingers. Scarcity means strong cable is needed to slither in. even d godly Islamic departments r practicing d power of now.

    So…someone might say luck is earned. Even selling water by d roadside stalls can get rich. Yes, I see many….. d young, d beautiful, d handicapped, who do try their hand at it. But I dunno if they really try their luck for riches or d hell of a pain to answer it.

    Well…we see, in d face of increasing threat to our wellbeing, while d market or individual efforts cant effectively address them, increased goment efforts could do much much more to improve it. We need goment stimulus to ward off d situation. Wat we see now is not a clever n significant policy for d benefits of rakyat….its a clever way goment cheat. We pay them to perform…we need more not less. I blame d current worsening social n economic problem to d goment not d rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lot of opportunity outside there. U must be creative. Online business for example. My son and some of his friends still study at local u have started their online biz. Tudung, shoe, hp. They doing OK. With the contact dan networking u have to somewhere else. Dont just wait

      Delete
  27. fatin,

    //Or rather a free thinker//

    Yes, I am an atheist now.

    I have freed myself and my mind from the shackles of religion.

    //u did talk about ur race, ur religion?//

    I don't think you see me talking very much about my race or my religion.

    I don't think in terms of race or religion.

    I have never thought in terms of race or religion from a very young age.

    I think of a person as being a human and if he or she is good or bad.

    It has always been like that in my life.

    Race and religion have always been meaningless to me.

    //n ur education at a due context tat u ’r a natural conformist n a reverential to other lives too//

    If I understand your questions correctly, you are asking if I conform and if I care about the lives of others.

    If so, yes, I do conform to what I believe is right and good, eg I think it is right to wear clothes, it is right not to kill for fun, etc etc.

    And yes, I do care about others.

    If I have misunderstood your questions pls feel free to correct me.

    Gladiator

    ReplyDelete
    Replies
    1. I get u. I couldn’t disagree more. Those r actually more logical to u. people r born atheist anyway. If u want to render some features to ur godless world, be it. just dun give comment on others religion....u've no idea about it since u've none.

      Sorry ya…if I couldn’t put it right.

      Delete
  28. Anonymous @ 23 November 2017 at 12:12,

    //Is this a response to my question to Anonymous @ 22 November 2017 at 00:39?//

    As you have not said anything, pls allow me to make some observations on your comments.

    With the greatest of respect for your contributions, I feel that they appear to serve only some of the community - Malays.

    I may be wrong but that is what I think from reading about what you have done.

    You don't seem to include other races or religions in your contributions to community and country.

    I apologise if I am mistaken.

    Gladiator

    ReplyDelete
  29. fatin,

    //just dun give comment on others religion....u've no idea about it since u've none.//

    So, because I have no religion, I cannot make comments on religion?

    Do you think preventing people from speaking out has helped society progress over time?

    If you do not know what others think of your religion, how would you know you are doing the right thing?

    What if the religion in question is Satanism?

    Don't you want to know if what you are doing is affecting society negatively?

    Isn't a completely independent unbiased opinion from a disinterested party useful?

    Incidentally, from my readings on various religions, Satanists believe that their religion is good and is right.

    Of cos, according to the Malaysian way of thinking, nobody is allowed to criticise nor comment on Satanism, unless they are Satanists themselves, OK? :)

    Gladiator

    ReplyDelete
  30. mr gladiator,

    Am not going to rebut yours. I like d thought done without harshness. It just good if we dun upset our worthiness. Am a muslim, a muslimat in my case…n l do ve my responsibility to it.

    Am not d holier than thou….am not d only righter n others r wrong but, my belief…ny conscience …my spiritual, I dun need meddling from d outsides.

    I, ofcoz, concur with d satanic version in islam. Tats how people are….n islam is not setan free after all. it impossible to reason with. People just do ve bad spirit. We r born tat way. D good happened when we been taught to be good. So, its true…there always bad apples in all religion. In other word, d setan religion or satanism is not about d religion at all. So,,,smack out d setan why religion?

    ReplyDelete
  31. f,

    I am sorry but I have to treat you as a new person who has entered into this discussion - simply because you are using a new alias.

    //Am not going to rebut yours.//

    I am sorry but I do not know exactly what you are NOT rebutting.

    //Am not d holier than thou//

    Anybody with a religion is holier than me :)

    I am an atheist - you know one of those whom some ppl want to ban in Malasia.

    //I dun need meddling from d outsides//

    What you call meddling, others may call expressing an opinion on your beliefs and actions.

    If your beliefs and action affect others, don't you want to know?

    By refusing to listen to the opinions of others, how is this different from being the proverbial katak under the tempurung?

    //People just do ve bad spirit. We r born tat way.//

    Some ppl say that everything which happens is due to the will of Allah.

    Are you saying that Allah has allowed some of us to be born with evil?

    //D good happened when we been taught to be good.//

    What you say is good may be considered bad by another person.

    For example, some ppl are taught that it is good to chop off heads and hands and legs, etc etc.

    Others may be taught that it is good to define a person on the basis of race and religion.

    //In other word, d setan religion or satanism is not about d religion at all.//

    I am sorry but Satanism is a REAL religion by definition.

    I am not sure why you say Satanism is not about the religion,

    //smack out d setan why religion?//

    I wouldn't go around smacking any Satansits :because they will smack me back :)

    If I am not mistaken, Satanists do not believe in forgive and forget.

    Incidentally, just as I don't believe in a god, I don't believe in a satan :)

    Gladiator

    ReplyDelete