Friday 8 May 2015

KJ, handsome and now brave

I'm publishing in full here the statement by Umno Youth chief Khairy Jamaluddin on the Tabung Haji-1MDB issue.




Kenyataan Akhbar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) ingin menzahirkan kebimbangan kami berkenaan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji (TH) daripada 1MDB.

Pembelian tanah ini dikatakan sebagai pelaburan bagi TH yang melalui proses penilaian yang wajar disetiap peringkat.

PPUM tidak menafikan keperluan TH untuk membuat pelaburan. Pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah harus dibuat oleh TH bagi menjana pulangan yang dapat diagih kepada para pendeposit TH dalam bentuk dividen.

Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksana.

Disini PPUM memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan juga TH dalam beberapa perkara:

Soalan kepada MOF

1) Berapakah harga yang dibayar oleh 1MDB untuk tanah keseluruhan TRX dan daripada itu berapa harga yang dibayar oleh 1MDB secara pro rata bagi tanah yang dijual kepada TH sebesar 1.56 ekar ini?

2) Apakah benar perancangan awal sebelum tanah TRX dijual kepada 1MDB, adalah untuk kerajaan menjual tanah ini kepada Pelaburan Hartanah Berhad, iaitu sebuah syarikat di bawah Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera yang ditubuhkan untuk meningkatkan pemilikan hartanah dikalangan mesyarakat Bumiputera?

3) 1MDB akan menerima RM188.5 juta daripada penjualan tanah ini kepada TH. Duit ini akan diguna untuk tujuan apa?

Soalan kepada TH

1) Tidakkah berlaku satu konflik kepentingan dalam transaksi ini memandangkan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail, juga merupakan Ahli Lembaga 1MDB? Apakah wujud konflik kepentingan lain yang melibatkan pegawai kanan TH dalam transaksi ini?

2) Adakah benar, diskaun yang kononnya diberi oleh 1MDB dalam penjualan tanah ini sebenarnya ditawarkan kepada TH atas persetujuan TH membayar 100% daripada harga tanah ini sebaik sahaja Perjanjian Jual Beli (SPA) dimeterai? Sekiranya tidak, bilakah pembayaran penuh untuk tanah ini akan diselesaikan? Adakah TH pernah menyelesaikan pembayaran 100% bagi mana-mana bidang tanah yang dibeli sebaik sahaja SPA ditandatangani sebelum ini?

3) Apa asas penilaian yang dibuat oleh Panel Pelaburan TH yang meluluskan pembelian ini? Apakah benar laporan risiko yang dibuat merumuskan pelaburan ini sebagai berisiko tinggi? Apakah benar pembelian bidang-bidang tanah yang dibuat di kawasan berhampiran dibeli pada harga yang lebih redah daripada apa yang dibayar oleh TH untuk tanah ini?

PPUM menggesa agar soalan-soalan diatas dijawab dengan segera. Tujuan soalan-soalan ini ditanya adalah untuk mendapat pencerahan yang lebih lanjut memandangkan pembelian yang dibuat oleh TH ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengundang kemarahan rakyat.

Umum mengetahui isu 1MDB ini sudah menjadi semakin runcing. PPUM amat risau sekiranya institusi seperti TH digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.

Sebarang usaha untuk menyelamatkan 1MDB yang boleh merugikan rakyat tidak boleh diterima.

8 Mei, 2015

34 comments:

  1. Oh KJ, please KJ, please KJ, don't stop! No, please don't stop, faster, faster, faster. All night long, all night long, allll night.......

    Love,
    Pwincess.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkahkah well done pwincess! How many times u cum?

      Delete
  2. In my humble opinion whatever the price paid by TH to 1MDB is based on a willing buyer willing seller basis.As a seller, TH has no right to ask how the payment is spent by the seller.KJ is trying to score some political points from this issue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TH has never ask how their payment is spent by the seller....It is the TH depositors...the rakyat biasa who is asking those question....

      The TH investment is not the real issue...however people just felt disgusted to know that their money is used parrtially to help bail out debt ridden 1MDB that should not have been there in the first place!!!!

      That is why the commotion and the anger....

      sincerely,
      from One of TH depositor!

      Delete
  3. sapew dier nim...uwaaaaaaaaa...melayu dijajah oleh melayu....

    ReplyDelete
  4. Ok lah now nampak ada telur sikit. But before this eksyen saja lebih. Retorik memanjang. Sekarang baru nampak ada keinginan dan usaha untuk menjadi wakil kepada rakyat. Ingin saya nasihati KJ supaya beliau ikhlas dalam membela rakyat dan memperkatakan sesuatu demi rakyat. Tanpa keikhlasan beliau takkan kemana kemana. Dan secara jujur saya melihat KJ akan berpaling tadah dan sedang mencari political master yg baharu hehehehe semoga anda beroleh kejayaan.

    P/s : masih terbayang bayang kelaku pemuda pemuda umno melambung najib sampai terkangkang ahjib dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. An opportunity.
      Is it part of the strategy to become the youngest PM?

      Delete
  5. Habis semua harta negara nak dilanunnya untuk menyelamatkan dana pelaburan yang masih kabur tentang niat asal dan tujuan ianya diwujudkan. Walaupun kerajaan sudah pun ada Khazanah, satu lagi dana pelaburan bernilai berbilion-bilion dirasakan perlu diwujudkan.
    Entah dimana duit berbilion-bilion tersebut dilaburkan. Aset apa yang dibelinya, apakah bentuk pelaburannya, siapa yang menguruskan pelaburan tersebut dan tanpa proper accounting duit keluar masuk, secara tiba-tiba dana tersebut dikhabarkan sangat tenat dan sarat dengan hutang-piutang.
    Dari satu tabung ke satu tabung, semua nak di'aim'nya untuk menyelamatkan dana tersebut. Lebih 22 tahun ayahanda Tun M dan Tun D berhempas-pulas, bertungkus-lumus mengumpul harta kekayaan supaya rakyat Malaysia dapat hidup mewah untuk tempoh sekurang-kurangnya 7 keturunan lagi, kini sudah tiada apa lagi yang tinggal melainkan hutang keliling pinggang.
    Tak cukup dengan harta negara, duit dalam poket rakyat pun nak dilanunnya melalui cukai 6 peratus bagi setiap barangan yang dibeli oleh rakyat. Setiap barang yang rakyat beli, kerajaan 'pow' 6 percent. Kerajaan dah jadi macam gangster sekarang kaki pow. Itulah namanya rakyat didahulukan. Ya, rakyat didahulukan untuk menghulur dulu setiap hari tak kira pagi dan petang, siang dan malam.
    Oh tuhan. Selamatkan negaraku tanah tumpah darahku.

    ReplyDelete
  6. Minta penjelasan aja not bold enough. How about giving pressure to both TH n 1MDB......

    ReplyDelete
    Replies

    1. Either the Chairman TH resigns .. or the person who appointed him Sdr ANON 18: 56


      Haji M Zin
      Alor Gajah DPH

      Delete
  7. Well needless to say more as i had been mentioning previously that Jibby Kangkung and Hippo is just trying to "clean up" every penny left in government coffers.

    Zack

    ReplyDelete
    Replies
    1. Right, we do no wrong .... the PPUM

      https://www.youtube.com/watch?v=oMqWiezlrW0

      Delete
  8. KJ populis... dia tahu isu ni dekat dengan rakyat. kahkahkah. plastik sangat.

    ReplyDelete
  9. Looks like KJ has abandon the bandwagon. Knowing him probably he is looking for a new bandwagon to latch on to further his career. As for the solidary support shown by he and his goons to Najib and the 'mejulang Najib' sideshow was just a gimmick after all.

    Typical of KJ.

    ReplyDelete
  10. The red bean(UMNO) army, synonyms with umno color is at every blog trying to debunk facts. Try harder 'bangang' bloggers. Convince us with all the facts pointing towards 1 MDB scandal is real. No need to polish the rotten apples. Just throw it away . Wasted efforts.

    ReplyDelete
  11. Ronald Reagan lagi hensem, dia serang Iraq

    Netanyahu pun hesdem, dia bunuh rakyat Palestin

    Cukuplah mengatakan si polan sia polan itu hensem,

    Kita tak tahu hati perut mereka

    ReplyDelete
  12. Brave or opportunist...he knows the ship is sinking...time to make a move....

    ReplyDelete
  13. What if that piece of land or the whole lot of it, falls into the hands of/sold to, say Ananda Krishnan, YTL, or some wealthy tycoon from China?
    Would the Ketua Pemuda feign apprehension too?
    If Syed Mokhtar Al-Bukhary or Dr.M's son were to buy that prime land, who do you (the commentators) think, would make the most noise?

    Therefore, the best options are:-
    1. Najib resign immediately as PM cum Finance Minister. (Sure the ringgit will strengthen).
    2. Disband 1MDB and the Rakyat bear the losses that could no be redeemed. Sue Najib, and those responsible for the losses. (Sure the credit rating will strengthen. Corruption Perception Index, too).

    ReplyDelete
    Replies
    1. The person who is responsible need to be accountable.

      Delete
  14. Tak tahu siapa kita nak percaya lagi. Cepat-cepatlah keluarnya baki wang yang ada dalam TH, paling kurang kita tidak lagi bersubahat dengan pemerintah yang mencuri harta rakyat.

    ReplyDelete
  15. sorry annie the one who is brave is actually Tun Mahathir the only UMNO politician who dared critizice 1MDB. KJ is deserting a sinking boat kalo x dari dulu dia x julang PM. Satu malaysia tau something wrong with 1MDB dan satu Malaysia tau Ketua UMNO Youth julang PM ..

    Don't spin la.. and kalau nak real hero nama dia ialah RAFIZI RAMLI. So let's give credit to those who deserve it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar betul Rafizi? Lu minum tuak ke?

      Delete
    2. Rafizi & Tony Pua dah cito lamo dah. When Tun M makes noise, then only the mass start listening

      Delete
  16. With one by one including DPM jumping ship, the PM better make a pact with Anwar and PKR and use the ISA.

    Your survival until GE14 depends on your move now.

    ReplyDelete
  17. Well, history do repeat itself. During Ahmad Badawi time, Tun starts the engine and Muhyiddin is the driver...this time round too...Tun starts the engine and Muhyiddin is on the driver seat now. So is KJ and by tomorrow more drivers will be on board.
    Pls get it done with and everyone can move forward...if not day in day out you only see 1MDB only in the news.

    ReplyDelete
  18. This orchestrated attack by DPM, KJ etc should have been done way before this. But better late than never. Give it another month, if things dont change I sure as hell am going to take out every cent I put in TH.

    ReplyDelete
  19. Mamat ni opportunist. Chairman TH tu his good buddy apa. Macam la kita dah lupa dia punya perangai dulu masa FIL was in power.

    Annie, setakat handsome tapi takde semangat jati diri serupa tak payah. Dia ni mana reti hidup susah. Dia anak ambassador, bukan anak org kampung yg mak bapak kerja keras menabung duit dlm TH sebab nak pergi haji.

    Cari la lelaki yg 'bertanggungjawab' bukan yg selalu menangguk di air keruh. He's eyeing something. Umur pun still 40's kan????

    ReplyDelete
    Replies
    1. I agree. KJ may be good looking but he looks slimy too. Don't forget his reign of terror during Badawi's time. Don't forget his apple polishing "give Anwar his passport" time. This fella can't be trusted. Macam lalang. Orang kanan dia pun orang kuat DAP. To me this press statement came a bit too late. Most especially bila gambar dia julang PM came first. Memang betul muka tak malu.

      Somehow he reminds me of Anwar when he was young and handsome. One thing for sure this guy is as ambitious as Anwar. I don't trust him at all.

      Delete
    2. Alamak handsome ka mamat ketoi arang ni???? Mamat ni mana ada prinsip. Masuk politik pun ikut pintu belakang pastu sembang pandai. Jangan la percaya kepada khairy ni, dia mempunyai keperibadian yg tidak boleh dipercayai. Beliau adalah lalang. Dia sebenarnya adalah pemuja anwar ibrahim.

      Delete

  20. Congratulations to PPUM for finding it's long long lost voice, anakanda YB Khairy

    There's hope for UMNO if Pemuda becomes relevant again to attract more Gen-Ys who are crying for full integrity and greater transparency.


    Haji M Zin
    Alor Gajah DPH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Haji.. No offense, whatever Tuan Haji is smoking i'd have some.. If KJ's / PPUM current statement ni you take as PPUM's long lost voice dah keluar balik, obviously Tuan Haji tak kenal KP-KP PPUM and chief depa... Grandstanding depa terrer lah.. Trust me, i know PPUM!!

      - Traz A-

      Delete
    2. Tuan Haji,

      Do some research on Pak Lah's tenure and where the Petronas royalty money went. Please.

      Delete
  21. INGAT........
    DUA pengurusa KANAN LUTH PERNAH DI PENJARAKAN ATAS KESILAPAN .......
    SAYA FIKIR APA YANG BERLAKU SKRNG ANTARA MDB DAN LUTH LEBIH SERIUS.
    AMY KOMEN ? ANNIE..........

    ReplyDelete
  22. handsome? During AAB's time, did everyone forget? Monsoon Cup, Masid Crystal, royalty money for the folk of Terengganu went to whom? Anyone remember Patrick Lim? Oh boy....Annie you should know better.

    ReplyDelete