Saturday 2 March 2019

Selamat mengundi, Semenyih....and remember the Pakatan's promises

It's polling day in Semenyih.

I think I will hang around here until the result is announced later this evening.

That's because I enjoy observing things on the ground during an election.

Sometimes what you see and hear from afar, is not the real picture, unless you are there yourself to witness it.

As for this Semenyih by-election, what I noticed most by being on the ground was that many people are quite fed up with Pakatan, despite them voting for it in GE14 less than a year ago.

Pakatan people are just talks and not much else.

That's what most of them said and I have to agree.

Have the people's life really improved because of the change in government last year?

I don't think so.

Prices of goods are still high or even worse, race relations definitely worse than before, many people are losing their jobs, etc etc.

The only pleasure is for some who hate the truly Malay-led government of BN and wanted it to be destroyed.

They think their kind can do a better job.

But really, on the ground, most people I met here don't really care about all that politics too much for now.

For them, it's about bread and butter issues as well as the GE14 broken promises of Pakatan.

Well, at least that's the sentiment among the Malay majority constituents.

A friend yesterday asked me via WhatsApp about the claim that Pas paid Sarawak Report to settle their case and I said it doesn't really matter in Semenyih.

It's just a sign of desperation.

The SB's report must be in by now and it most probably indicates that Pakatan may likely lose the by-election.

That's why they needed to have a last minute "bomb" to undermine the Pas-Umno cooperation which is giving them nightmare here as it was in Cameron Highlands several weeks ago.

The problem is that the target of the bomb is actually Pas supporters whom Pakatan needs to stop from voting for BN.

The claim needs to convince them that Pas leaders are corrupt, the way the same claim managed to persuade many Umno members to go against their party leaders in GE14.

Well, Pas supporters are not the same as Umno supporters. They believe in their leaders more than anyone else.

So, it's not going to work, okay.

It's not even convincing in the first place. Anyone can bank-in a sum of money to Sarawak Report and then claimed it's from Pas.

You know la how people lie these days....just like the Pakatan's GE14 manifesto.


And after all, the people on the ground in Semenyih can't really be bothered by such nonsense.

They should know better what's in their heart and who to vote for.

Well, just wait and see their decision by the end of today.

For me, the Semenyih voters may send either a strong message to the Pakatan government to get their acts together or just be happy with getting rid of BN and be contented with Pakatan's promises....doesn't matter that they were unfulfilled.

Selamat mengundi.

24 comments:

  1. Hayooooo Annieee, kalau BN naik balik and NAJIB jadi PM, semua barang turunkah dalam tempoh 9 bulan dan hutang 1MDB semua langsai....??????
    Kak Ros takkan nak bershoppin glagikah ke Milan, New York, Paris.....beli beg Bijan......HAHAHAHA.
    Takpa, mungkin semua barang akan turun. Najibkan BADUT.

    0k....here's something to ponder. Are Intelligent or belong to the opposite group............???

    Strategi badut Najib
    Faisal Tehrani - February 28, 2019 9:00 AM

    Dalam sebulan dua ini, perhatian kembali diberikan kepada Najib Razak, bekas perdana menteri ekoran perubahan pendekatan kumpulan politik beliau.

    Sesuai untuk mendepani kes demi kes mahkamah yang sedang bersusun, dan menenggelamkan segala aspek negatif mengenai kebejatan pentadbiran beliau sebelum pilihan raya umum ke-14

    Juga, demi meluruskan semula persepsi tingkah laku isteri dan ahli keluarga Najib, kumpulan yang menangani imej atau citra, dan juga pemain komunikasi Najib telah bertindak dengan satu strategi seragam, saya namakannya strategi badut.

    Strategi tersebut mudah dan licik, dan bukannya menunjukkan kepandaian Najib. Strategi tersebut ialah menenggek kebodohan sebahagian besar rakyat yang “buta huruf politik”.

    Bagaimanakah strategi itu dilakukan? Pasukan Najib menggunakan teori komunikasi massa dengan lincah dan media pula malangnya, dengan cepat membeli.

    Teori komunikasi massa seperti yang dikemukakan Melvin L De Fleur dan Sandra Ball-Rokeach (1980) dan boleh dibaca menerusi terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka 1982 yang menjelaskan 2 jenis komunikasi dengan massa oleh politikus.

    Komunikasi pertama ini antara lain bercirikan berikut:

    a. Merendahkan cita rasa rakyat. Strategi ini dilakukan dengan menghujahkan rakyat telah melakukan kesilapan membuang Najib dan Barisan Nasional (BN) yang korup kerana mereka lebih baik berbanding Pakatan Harapan (PH).

    Sambung di bawah.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. yawn...panjang sangatlah Cik Minah...Kalo orang mengandung, dah lama beranak tau...

      Cik Min Bling Bling

      Delete
  2. Sambung dari atas

    b. Melekakan atau membuai rakyat ke alam politik cetek. Strategi ini dengan cara menujah aspek sensasi meriah riuh, tetapi tanpa kedalaman isi, seraya menjadikan rakyat sebahagian peserta “fun fair”. Najib menggunakan pelbagai slogan yang memuaskan penggemar “low culture”.

    Komunikasi di atas bertentangan komunikasi kedua – komunikasi demi kesejahteraan masyarakat. Komunikasi jenis ini menurut De Fleur dan Ball-Rokeach, antara lain bercirikan:

    a. Mendedahkan kejahatan dan perbuatan rasuah, yakni hanya masyarakat prihatin dan berpendidikan dengan hala tuju negara yang akan memberikan perhatian kepada kebobrokan korupsi dan menginginkan sifat unggul peradaban.

    b. Petunjuk kebebasan bersuara yang mana suara rakyat diberi keadilan sebenar apabila faedah demokrasi dan “high culture” diberi ruang besar. Dalam hal ini, media yang menyuguhkan komunikasi jenis ini akan melakukan “development-oriented journalism” demi memastikan masyarakat didewasakan hubungan dialog dua hala.

    Pasukan Najib menggunakan komunikasi pertama dan mempersetankan rakyat dengan kaedah membadutkan diri kerana ia dapat memuaskan selera rendah – ala maharaja lawak – untuk rakyat yang berada di bawah.

    Ia disambut dengan meriah kerana 60 tahun pemerintahan BN, pembadutan pernah, malah masih, menjadi jalur arus perdana. PH yang merupakan gabungan longgar dan ditalu satu demi satu masalah, tidak atau masih belum sempat, untuk melakukan perubahan budaya kebalikan badut itu dengan segera.

    Fenomena ini terjadi kerana pasukan Najib dengan cepat menguasai keadaan “betwixt and between” seperti yang pernah dinyatakan Victor Turner dalam “The Ritual Process” (1976).

    Meskipun ungkapan di atas diperkenalkan Turner untuk menjelaskan situasi antropologi sesuatu kaum yang mengalami perubahan, ia juga dapat digunakan untuk melihat keadaan tidak stabil masyarakat (khususnya Melayu) di Malaysia pasca PRU14.

    Keadaan “betwixt and between” bermaksud “tidak di sini dan tidak di sana”. Ia adalah satu posisi, menurut Turner, sebagai keadaan mendua atau “limination”. Keadaan “ambivalensi” ini ialah apabila dunia lama cuba ditinggalkan, tetapi dunia baru belum dicapai atau tidak jelas haluannya.

    Dalam situasi ini, masyarakat akan mengalami halusinasi politik, abstraksi objektiviti dan ia terpancar apabila mereka mulai menampilkan sikap “ambiguous” atau saling bertentangan sehingga mereka tidak dapat bersikap dengan luhur dalam pelbagai “monumental events”, termasuklah insiden yang akan menentukan hidup mati bangsa.

    Pasukan Najib telah, saya yakin tanpa mereka sedari, dan disedari pula oleh PH (tetapi tidak ditangani kerana mereka sudah penat) merebut ruang “betwixt and between” ini untuk kepentingan dan agenda barisan.

    Sesiapa yang menang dalam ruang “betwixt and between” ini boleh melakukan 2 perkara ini: Satu, menyuburkan semangat “fight for change” atau kedua, melunturkan semangat “fight for change”.

    Bersambungdi bawah.....

    ReplyDelete
  3. Bersambung dari atas........

    Dalam hal ini, kebadutan Najib sedang melunturkan semangat “fight for change” orang Melayu dengan jayanya. Orang Melayu sebagai sasaran, tidak sedar dan asyik dilambung “selfie”.

    Hal ini dapat dilakukan dengan manipulasi 2 segmen paling popular dan cemas buat orang Melayu, iaitu aspek bangsa dan agama.

    Kita melihat bukan sahaja orang surau, masjid dan para lebai mengampunkan Najib dan pemimpin lain yang korup, tetapi masyarakat bijak pandai di universiti juga terbodoh-bodoh melakukan hal sama, seolah-olah luka parah terhantuk kecelakaan terdahulu tidak pernah terjadi.

    Ruang “betwixt and between” yang sedang dijuarai pasukan badut Najib ini semakin meluas dan merebak dengan cepat sekali.

    Akibatnya, makin ramai yang terikut-ikut dengan kebadutan Najib, termasuk pengguna media sosial, ahli politik PH sendiri dan lebih mencemaskan, generasi muda yang sepatutnya berpendidikan tinggi dan celik politik di universiti.

    Media pula, demi memenuhi nafsu rendah struktur piramid terbawah masyarakat dengan gesit menyahut pendekatan komunikasi Najib yang merendahkan cita rasa rakyat, melekakan serta membuai rakyat ke alam politik cetek.

    Adalah mengejutkan media yang sebelum ini menguasai langgam komunikasi untuk mendedahkan kejahatan dan perbuatan rasuah serta berperanan menjadi petunjuk kebebasan bersuara, yang mana suara rakyat diberi keadilan sebenar demi faedah demokrasi; bagaimanapun, telah tercebur dalam gejala “penny press”.

    Dalam hal ini, Hussain Mohamed dalam “Politik Melayu Masa Kini: Beberapa Isu dan Permasalahan Dalam Penulisan Popularnya” pernah menyatakan “penny press” mewakili “low culture” yang mana ia mengambil format “penny novel” murah, mudah, tiada kedalaman laporan dan kejituan naratif serta bersifat masyhur atau pop.

    Dalam hal ini, gejala “penny press” adalah ringan, ringkas, remeh dan membeli komunikasi yang juga ringan, ringkas, remeh dan mengabaikan sama sekali pendedahan kejahatan dan rasuah.

    Oleh sebab itu, kita melihat beberapa portal berita terikut-ikut menyuguhkan kebadutan Najib dengan alasan ia menghiburkan atau disuntik sedikit argumen; ia merupakan “kebangkitan semula yang bijak”.

    Minggu ini, Semenyih akan menjadi medan politik yang direbut dengan pelbagai implikasi. Siapa yang menang di sini akan menjadi petunjuk ruang “betwixt and between”, iaitu siapa yang akan dapat meneruskan agenda masing-masing.

    Jika PH masih hilang haluan dan gagal memantapkan diri, 4 tahun lagi kita akan melihat komunikasi merendahkan cita rasa rakyat dan melekakan atau membuai rakyat ke alam politik cetek, seperti yang berlaku selama 60 tahun, akan kembali.

    Jika pasukan badut yang berpeluang menakluk ruang “betwixt and between”, 4 tahun lagi kita akan mengucapkan selamat kembali kepada “fun fair” kejahatan, perbuatan rasuah dan kegagalan demokrasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikminah
      Panjang lebar sgt buang masa aje kamu tulis ni.. manifesto PH you juga yang karang ke?

      Hari ini menang esok harga minyak turun. 2hb nenang 3hb semua masalah Semenyih setellll.. yang ni rakyat nak. Bebel banyak2 pun tak guna kalo janji 100hari pun tak mampu.

      BTW toktua2 yang 5ekoq pi mana?

      Semenyih kalah pun takpe.. yang penting semangat ahli2 UMNO dan PAS tetap teguh. Tun saja dok mamai UMNO dah mati.. orang dah tua2 mengantuk asyik terlelap tidoq kut?

      Tapi klo PH menang best juga.. teringin sangat nak naik Grab terbang.

      Professor Nasi Lemak

      Delete
  4. Hey Annie,

    I think, logically, it takes time to fulfill the promises. I mean with the money issues and what not.

    Even, in hospital, the first thing the doctor do is to stabilize the patient first. After that, then the doctor will proceed to cure.

    Ok. We will see what Pakatan will do in the coming months.

    But, you said that PAS members abide their leaders.

    Are you really sure about that?

    Because from what I understand, the instruction was to tone down but from what I understand, the members did not abide.

    Let me give you an example,

    A man have five dogs. All the dogs abide the owner will.

    We can say that the dogs are obedient.

    But, what happen if an outsider throw a meat to the dogs. Will the dogs take it.

    This is just an example.

    What I am saying is that probably you are oversimplifying the matter. Things might be much much more complicated then what you know.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 12:20
      Kamu tak pandai train your dogs la gitu. Mungkin anjing awak selalu biaq kelaparan kut?

      Professor Nasi Lemak

      Delete
    2. Anon 12:20
      highlight the cruelty of najib regime what most people like amiga maria chin dance

      Delete
  5. Terimakasih atas lapuran & komen.
    Harap jangan lupa,selepas keputusan PRK malam ni ,tolong hantar lapuran.

    ReplyDelete
  6. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/03/02/bentong-mp-demands-lynas-shutdown-after-company-admits-it-cant-meet-mining/1728458

    -Lynas will shut down in 6 month. Thousands of workers, majority Malays will lose jobs. PH government will be even more POPULAR among the Malays. Hoorayyyyyy!!!.....

    ReplyDelete
  7. BN sudah menang di Semenyih. Tahniah, pengundi Semenyih. Anda memang cerdik. MB Selangor kata, Pembangunan di Semenyih akan IKUT JADUAL. Keutamaan ialah dun-dun party Harapan. Kena penuhi janji takut nanti kalah lagi bila ada prk. Jadi DUN Semenyih, kena tunggu PRU15 kalau BN dapat rampas Selangor. Kalau gagal dan dun Semenyih masih bawah BN , tunggu PRU16 pulak or 17,18, 29, 20.....hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikminah
      Terima kasih atas nasihat ugutan gini untuk memberi kesedaran kepada pengundi2 Rantau dlm prk tak lama lagi. TQVM

      Sejak bbrpa tahun ini pemimpin PH tertinggi juga gemar heboh satu dunia bahawa Melayu bumiputra ni jenis PEMALAS, TIDAK AMANAH, MUDAH LUPA serta berbuih ayaq liok sebutan2 menghina spt KAKI DEDAK, KAKI TONGKAT, KAKI PEROMPAK, KAKI RASUAH, MAT REMPIT, BODOH, dok BAWAH TEMPURUNG, MONKEYS dan macam2 lagi kata2 menghina dan menjijik.

      Rantau 50+% terdiri dari pengundi MELAYU BUMIPUTRA.

      Therefore tak payah la dok kempen sana, buang masa saja nak harap golongan ini sokong PH.

      Hmmm sekok menteri saran tanam buluh.. ramai sgt makluk guna chopstick dan colek gigi kut sampai tak cukup bekalan sedunia??? Ehh eh klo tak silap rangka tanglong dan pun gunapakai buluh juga kan?

      Professor Nasi Lemak

      Delete
    2. Cik Minah,

      BN dan PAS akan guna satu logo. Jangan main-main. Omputih kata Don't play-play.

      Cuma kalau kalau PAS ini, asyik tak jadi aje....

      Contohnya dengan PKR dulu, pokpekpokpek, tak jadi.

      Lepas itu dengan Bersatu, pokpek, tak jadi.

      Dengan Amanah, memang tak boleh.

      Bagus kata Nazri, MCA dan MIC, boleh jalan. Tok Mat pulak kata cool down.

      Ini macam wayang kulit pulak.

      Bila nak bergabung ini? Betul-betul ke olok-olok.?

      Ramai yang mengadu kena kencing, sampai basah kuyup dan bau hancing.

      Maklumlah, dari dulu, tak pernah sekali pun kena kencing, sekarang ini, baru pertama kali. Itu yang marah itu.

      Dulukan janji ditepati.

      Seriously, betul-betul ke nak guna satu logo ke olok-olok?

      Kalau guna satu logo, bukan nak kena bergabung dulu ke?

      Delete
  8. BN rampas Semenyih bagus. Biar le PPBM ni masuk tadika balik. PH ni macam ikat tali kasut pun tak reti tapi lagak macam ada kilang kasut.

    Rantau ni besok, PH kasi walkover lagi baik. Tak payah la buang masa dan tenaga nak lawan.

    Rakyat mengundi tak bodoh bendul. Rakyat dah nampak PH ni Pakatan Tak Ada Harapan. Pentadbiran merapu. Hasil nya elek.

    Memang ramai kita dulu undi Pakatan dengan Harapan Mahathir boleh la bantu lekas betul kan apa yang dah dirosakkan najib dan bn. Meleset..

    Mahathir pun sebuk sambung kempen PRU14 lagi tak habis2. Menteri2 dia dia dah tak boleh control macam dia control menteri BN dulu. Taring dia dah tumpul la gamak nya.

    Entah le PH. Kita tolak bn pasal dulu bn parti hisap darah. Ph pun nampak nya kong kali kong jugak. PRU 15 ni kena undi calon tak berparti la

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai rumah yang badut BO55ku rosakan selama 10 tahun
      nak setahun baiki. bayar fadeah ECRL pun dah habis rm 200,000,000. ambik pinjam rm 55 billion. anak "puu-kee" lazak sial

      Delete
  9. http://www.bernama.com/en/general/news.php?id=1700822


    The government has paid RM200 million in interest to the main contractor of the East Coast Rail Link (ECRL) says Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

    He said the interest payment is based on the RM55 billion loan taken from China Communications Construction Company (CCCC) as the main contractor of ECRL.


    HOW MANY CINCIN CAN BUY. NOT FORGER THE 100 MILLIONS INTERESRT ON IPIC

    SEMUA BADUT KING TROLL aka BO55ku

    ReplyDelete
  10. In Cameron Highlands, DAP lost.

    In Semenyih, Bersatu lost.

    In Rantau, will PKR lose? Most likely. If Anwar can turn around the bi election wins to PH, he will have the moral high ground to tell Dr M, let me take over the Premiership.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anwar should contest in rantau

      Delete
  11. if you want dumbo bossku + his bigger boss jho low to go to jail, pls vote PH at rantau to tangkap these 1mdb or BN buggers...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 23:45

      Many cases will end up similar to Hadi/SReport RM90j, Anwar's RM1.4j claims, Penang Tunnel, BNM Forex, Perwaja, Taib/SR dn macam2 previous scandals bla bla haiyaa. 1MDB elekkk, bertahun2 sekadar tuduh menuduh aje??

      Kita olang Islam bab2 fitnah dan mengaibkn are no joking matter.. kapiaq2 ajaran mrk lain kut?.

      Pusing2 korner kanan kiri depan belakang last2 ramai "sang2 penuduh" juga kena pakai baju OREN dan humban masuk dalam.

      Awak pun better check on yr family members.. mana tau satni mereka pun terlibat juga??

      Professor Nasi Lemak

      Delete
    2. Anon 23:45

      Haiyaaa. Nak tangkap jho low???

      Imagine RM1.4j paid to SReport pun berapa nama2 mentioned?? Habisssss semua lahsia akan keluaq.

      Lamai olang tengah takut dgn bayang2 sendili tau.. takpe. Yang kena fitnah jangan berhenti teruskan sembahyang hajat, In sha Allah.

      Professor Nasi Lemak

      Delete
    3. Anon 23:45

      .... if you want....?

      so now people should needs to know what they want from a RBA paid dog.

      > james bond

      Delete
  12. bye bye Barisan Nasional, hidup Barisan Bangsa & Agama adoi

    ReplyDelete
  13. seafield riot salah tapi lowyat riot tak salah, dumbos + annie are really upside down...

    ReplyDelete