Saturday 6 July 2019

Stories forwarded by a friend - Jual harta negara

I'm in a lazy mode these past few days. It's one of those periods. That's why I'm not writing.

Maybe tomorrow.

For today, I just want to share what my friend in Kuantan forwarded to me via What'sApp.

While I feel that I'm losing interest, she's so into these things of late.

I even thought of giving her this blog...but of course she would not want it.

These are the latest that she sent me;



Saya telah diugut pihak tertentu kerana Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin menuduh saya ‘menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan’ dipercayai melalui artikel saya yang bertajuk ‘400 Hari Pakatan Jual Lebih RM20 Bilion Aset Negara’. 

Demi Allah, saya dengan ini menjemput anda semua menyemak sendiri kesemua fakta dan laporan yang telah saya gunakan sebagai rujukan untuk artikel saya tersebut. 

1. Fakta kerajaan Pakatan menjual IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November 2018 dengan harga RM8.42 bilion: https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-divest-16-ihh-mitsui-rm842-billion dan juga (https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-asset-sales-set-p…). 

2. Fakta Khazanah menjual syarikat insurans Turki, Acibadem Sigort dengan harga RM1.25 bilion kepada syarikat UK, iaitu Bupa: https://www.dealstreetasia.com/stories/khazanah-turkish-insurer-bupa-105118/. 

3. Fakta seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion https://www.reuters.com/article/axiata-group-m1-divestiture/update-2-malaysias-axiata-accepts-offer-for-singapore-mobile-operator-m1-idUSL3N20A3G0. 

4. Fakta Khazanah jual saham TNB sebanyak 85 juta unit: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/04/551718/harga-saham-tnb-menjunam-permodalan-pasaran-susut-rm25-bilion 

5. Fakta penjualan 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria yang bernilai RM3.7 bilion: https://www.omv.com/en/news/190201_omv_and_sapura_energy_close_agreement?fbclid=IwAR3Rry-ABDb7kR5cNT0-bQX-7BOVvKewKjxuCMdbTKYZbRB-6yglj4BiI28. 

6. Fakta Axiata di bawah Pakatan telah menjual perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta: https://www.techinasia.com/malaysia-axiata-digital-sells-venture-portfolio-singapore-pegasus 

7. Fakta lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta: http://www.bhplus.com.my/bisnes/korporat/2019/02/531221/khazanah-jual-saham-bank-filipina-rm415-juta. 

8. Fakta Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/boustead-jual-hotel-royale-chulan-bukit-bintang-pada-rm197-juta-201284 

9. Fakta Khazanah menjual 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham https://www.freemalaysiatoday.com/category/tag/cimb/ 

10. Fakta bangunan Konsulat Malaysia di Hong Kong setinggi 28 tingkat telah diumumkan akan dijual kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion: https://www.sinarharian.com.my/article/20365/BERITA/Nasional/Penjualan-bangunan-konsulat-di-Hong-Kong-secara-tender-terbuka 

11. Fakta Boustead Plantations mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah miliknya yang berharga RM1.2 bilion pada April 2019 (https://themalaysianreserve.com/2019/04/25/boustead-plantations-plans-to-sell-land-worth-rm1-2b/) 

12. Fakta FGV dan Tabung Haji cuba menjual aset ladang sawit bernilai RM4.13 bilion di Kalimantan, Indonesia: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/04/556443/fgv-tabung-haji-pertimbang-jual-aset-perladangan-di-indonesia 

13. Fakta Tun Mahathir sendiri mengaku secara terbuka bahawa beliau berminat untuk menjual aset untuk meraih pendapatan: “Saya berminat untuk menjual beberapa aset sebagai usaha untuk meraih pendapatan...Kita ada banyak aset…kita ada tanah, syarikat milik kerajaan, fasiliti, institusi yang dimiliki kerajaan…dan ada di antara aset-aset ini yang sedang kita pertimbangkan”: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-akan-jual-aset-demi-kurangkan-hutang-negara-tun-mahathir-210316. 

14. Malah, terbaru portal perniagaan terkemuka The Edge Markets melaporkan bahawa Pakatan kini merancang untuk terus menjual aset-aset Khazanah iaitu UEM Sunrise, UEM Edgenta, UEM Builders, Cement Industries of Malaysia (CIMA), Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dan juga pegangan dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) serta Malaysia Airlines Berhad (MAB): https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-asset-sales-set-pick?fbclid=IwAR1xt9UNGJJIKlGNt5uXEviULK5B5WKkWJHyo7_lRcPdW3PWuPQ823NmbWc 

15. Kesemua laporan ini adalah berdasarkan rujukan langsung daripada portal utama seperti The Edge Markets, Reuters, Astro Awani, Deal Street Asia, The Malaysian Reserve, dan pelbagai portal berita arus perdana dalam negara. Adakah tuan Penasihat Media Perdana Menteri menuduh kesemua portal ini ‘menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan’? Jika ya, maka silalah ambil tindakan ke atas kesemua portal ini. 

16. Seharusnya sebagai seorang Penasihat Media Perdana Menteri yang dihormati ramai, beliau perlu menjawab kesemua persoalan yang diajukan Pensyarah Universiti Awam dengan matang dan profesional, bukannya bertindak mengeluarkan kenyataan di media sosial. 

17. Kurang manis apabila Penasihat Media Perdana Menteri ‘mengarahkan’ ‘Pihak UKM dan Kementerian Pendidikan tolong pantau kualiti penghujahan dan kecenderungan ideologi kakitangan akademik mereka’ di media sosial. Ini bukan sahaja kurang profesional dan kurang matang, tetapi juga bertentangan dengan prinsip kebebasan akademik yang dilaungkan pihak kerajaan selama ini.

18. Semoga tindakan Penasihat Media Perdana Menteri yang dihormati ini tidak diulangi lagi pada masa akan datang, sekali gus tidak menghalang para pensyarah lain untuk terus terlibat memberi pandangan kritis kepada dasar-dasar kerajaan demi kemajuan negara kita bersama. 

19. Secara peribadi saya tiada dendam apatah lagi benci sama sekali terhadap Penasihat Media Perdana Menteri kita ini dan saya maafkan tuduhan beliau bahawa saya ‘menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan’. Namun, sebagai Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), saya tetap berpegang teguh dengan Falsafah UKM iaitu ‘"Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan universiti". 

Maka insyaAllah saya akan terus memberi teguran dan pandangan kepada kerajaan, sesuai dengan tugas saya sebagai Pensyarah Sains Politik di UKM. 

Terima kasih, Abdul Muein Abadi



Credit Najib Razak 

A Kadir Jasin cuba menipu rakyat lagi. 

 Biar saya bongkarkan sekali lagi. 

 Dia tuduh bahawa saya memaksa LTAT untuk beli konsesi projek AES dan ini telah menyebabkan LTAT rugi sehingga perlu jual aset. 

 Sekurang-kurangnya, Pak Kadir mengaku bahawa LTAT sedang kuat jual aset. 

 Tapi dia cuba salahkan saya. 

 1. Sebenarnya, kerajaan PH telah membeli balik projek AES dari LTAT tahun lepas dengan harga asal pembelian LTAT. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-bayar-balik-duit-rm555-juta-ltat-untuk-aes-183269 

 2. LTAT beli RM555 juta. LTAT jual balik RM555 juta. Part mana yang rugi sehingga perlu jual tanah? Dan jika bisness projek AES ini tak baik, kenapa kerajaan PH ambil balik, Siap mereka mansuhkan diskaun saman AES dan menambah kamera pula. 

 3. Seperti yang saya pernah tulis beberapa kali, sebab utama LTAT mengalami kesusahan sekarang ialah hampir semua pelaburan terbesar LTAT telah rugi tahun lepas akibat ekonomi Malaysia merudum selepas PRU14, 

 4. Boustead Holdings, Boustead Plantations, Boustead Heavy Industries - semua rugi pada tahun 2018 walaupun mencatat keuntungan dan prestasi yang baik pada tahun 2017. Sebagai contoh, pelaburan terbesar LTAT iaitu Boustead Holdigns untung RM876 juta pada tahun 2017 tapi RUGI RM488 juta pada tahun lepas. Boustead Holdings tak pernah rugi dalam tempoh 9 tahun saya PM. Bukan itu sahaja tetapi, harga-harga saham pelaburan utama LTAT juga jatuh teruk. https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155998272510952/ 

 5. Jika harga saham turun, syarikat rugi dan dividen tak bagi, bagaimana pula LTAT tak mengalami kesukaran untuk membayar dividen? 

 6. Itulah sebab dividen LTAT masih belum diumumkan walaupun sudah masuk bulan Julai dan Mat Sabu pernah janji akan umum pada bulan Februari lalu. Masa saya PM, LTAT tak pernah rugi atau dalam kesusahan. Bayar dividen tinggi-tinggi tiap-tiap tahun tanpa gagal atau lewat. Kalau BN tinggalkan "Najis", di mana datang pulak aset negara untuk PH jual? 

 7. Pak Kadir juga sebut tentang penjualan hotel 4 bintang di Bukit Bintang, iaitu kawasan strategik setiga emas milik, Boustead kepada syarikat Singapura dengan harga yang boleh dianggap rendah. Penjualan hotel ini kepada Singapura telah diteruskan walaupun Mat Sabu pernah janji tak akan berlaku. Tapi apa yang dia tak sebut ialah media melaporkan bahawa LTAT juga sedang menjual tanah-tanah strategik mereka yang dekat dengan The Curve dan di pusat membeli-belah MyTOWN di Jalan Cochrane. Kalau dulu, LTAT akan memajukan tanah-tanah ini kerana The Curve dan MyTOWN memang projek LTAT, "Ghazali revealed that Boustead is eyeing to dispose of another one or two assets including its land in Jalan Cochrane and Mutiara Damansara, as well as some properties." https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/04/25/boustead-group-sees-return-to-profitability/ Sekarang dijual sahaja tanah lapang itu supaya pemaju swasta boleh memajukan. 

 Sudah-sudahlah. Kalau niat mereka ialah untuk menjual aset-aset negara secara lambak, tak payah nak gunakan saya sebagai alasan untuk menipu rakyat.

46 comments:

  1. Jual lah....biar mamposss Negara ni...pakat berebut buat duit...bloody hell those who make unscrupulous decision to let go national assets.

    ReplyDelete
  2. Blogger A Kadir Jasin sudah kepanasan.beliau sudah tidak bolih terima kritikan.banyak komen2 yang tidak sehaluan telah tidak di siarkan.
    Betul lah orang cakap,nak uji kredibiliti seseorang tu berilah dia sedikit kuasa atau wang.Sekarang ni A Kadir Jasin pun dah pandai ugut gertak orang lain yang tak sehaluan.Wartawan senior konon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro, sila hujah di blog AKJ ye! Tukar kerajaan next PRU bukan penyelesaian, jika ada unsur tak betul, bawa ke mahkamah. Kalau rasa diri tak bersalah, jangan banyak tangguh-tangguh ye. Buktikan.

      Delete
    2. Pelik & Ajaib.Kes 1MDB yg minta tangguh AGC .Konon2 semua bukti dah siap sedia.Kes 1MDB tangguh ini tak pula pentaksub PH bising2.

      Delete
  3. Anon 10.30. Kau pernah ke baca blog org tua ni? Aku dah beberapa kali mengkritik dia melalui blog dia sendiri tapi tak satu pun komentar aku dia paparkan di blog. Kebiasaannya org tua ni hanya memaparksn tulisan pembodek pembodek macam kau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau guna Anonymous kot... pasal tu komen tak keluar?

      Delete
  4. Inila perangai pentaksub mahathir yang dah hilang pertimbangan kerana terlalu taksub dan ego yang melampaui batas. Ada hikmat di sebalik keangkuhan pentaksub pentaksub ini. Mereka ni tanpa menyedari memberikan jalan mudah untuk pengundi di PRU akan datang membuat pilihan. Teruskanlah perangai hodoh tu. Tak sabar rasanya nak tunggu PRU 15.

    ReplyDelete
  5. The cheap land given to monkeys like LTAT shouldn't have happen anyway.

    The other thing is the meat and vegetables are innocent if the dish taste awful. It's the cook's fault. Macam tu pun tak faham ka. Study so much for what? Monkey brains are no meant for analysis.

    ReplyDelete
  6. I dont about the lecturer. But i wont take words from he who claim his fortune comes from his family. This guy lied many times about the so called derma.

    I do however wonder about wht the lecturer is saying. But khazanah way of liquidating strategic assets to make money has been going on since pak lah. U can ask the tingkat 4 guys for tht.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli & Jual utk untung tak apa. Jual harta tapi khazanah rugi.
      kerajaan dulu UNTUK '9 tahun' jual aset 45.308 bilion. khazanah untung & aset khazanah naik dari RM33.7b ke RM82.3b (naik 244%)..
      kerajaan sekarang jual aset (2018-2019) 2 tahun RM20b. aset khazanah rugi RM25 bilion walaupun telah menjual aset..
      kerajaan dulu bina aset & jual utk keuntungan,
      kerajaan sekarang jual aset, rugi RM25b (Dh lh dlm masa 2 tahun sahaja dh 20b di jual kerajaan PH(Penipu Hari2).. Itu pun masih RUGI lagi 25 bilion..

      Delete
    2. You sell you buy you gain you lose are part of investment.you sell because you have to pay loan or debt. Short term loan 1mdb and src yg treasury kena bayar tu dtg dari mana. Treasury have no problem kalau rakyat di paksa bayar dan simpan depreciating assets. That is the reasons why previous govt introduce gst.
      If rakyat want gst new govt can reintroduce with gst 10%

      Delete
    3. Wow tingkat 4 guys were right to sell them all ?

      U really need to ponder why ph resorted to selling all these assets. Somethings got to give. Gov needs money after all the tahi from previous gov.

      Wht r u gonna do ? Keep spending money we dont have ?

      Delete
  7. Jual negara kamu semua tak mau bising?

    ReplyDelete
  8. Di mana blog pun kalau kritik masih komen yang sopan santun, fakta bukan fitnah membabi buta..tiada maki hamun dan gelaran buruk..95% DISIARKAN walau tiada sehaluan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Kluangman, banyak komen saya Tuan tak siarkan walau tiada satu pun perkataan tak santun. Bila Tuan tak dapat lawan hujah maka Tuan tak siarkan. Kalau tak sehaluan dengan fikiran Tuan maka ditapis sebahagian komen. Kenapa taksub Tun sangat? Bukalah minda dan lihatlah. Lepas lebih setahun PH hanya bawa bala pada agama, bangsa dan negara. Terpaksa saya tumpang blog Annie untuk beri nasihat pada Tuan. Kalau kat blog Tuan memang tak disiar. Apa takut Bossku?

      Delete
    2. Komen ikut TAjuk pun penting..Tak recycle hujah pun penting..
      Bukan taksub, Kebanyakan fitnah Tun tanpa SATU pun DIDAKWA..
      ITU nak DISIARKAN?

      Delete
    3. Iyalah 17.42 apa nk malu rembat duit org.

      Tapi saya masih ada rasa malu lagi

      Delete
    4. Tuan Anon 22:55, keluarlah dari tempurung ke alam nyata. Sebelum negara benar benar dijual habis. Ayuh bantu kami sedarkan mereka yg masih tidur.

      Delete
    5. Haha i like ur reply mr j.

      Kami dh lama celik. Sejak 1mdb lagi. Sejak hutang dgn tnh besar china lagi. Hampir2 tergadai. Walaupn sri lanka dh hilang portnya kamu semua masih taksub pak najib.. Kamu pula terlepas train cerita pn dh bercelaru mahu jadi auta pula. Balik2 kami yg di bwh tempurung ?

      Betul2 x malu ni boss

      Delete
  9. Had just took a peek at Datuk A Kadir Jasin blog. There were 17 commments, at least 5 are critical of his opinions.

    Still wonder if government officers are now allowed to show their grievances in public. They should display some kind of neutrality and concentrate on their jobs. Or go full time into politics.

    ReplyDelete
  10. This prof is mischevious
    Using only the headlines to serve his inclinations
    In each transaction there is a rationale behind the sale
    So read it yourself

    Fadzireen

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...This prof is mischevious..

      ni sorang lagi hakim kentot.

      Professor Nasi Lemak

      Delete
  11. When price is right you sell.When price is right you buy. So what is the problem. In investment you should not be too sentimental. I made my money by buying and sell propertie at small scale. Bayar hutang made so profit than buy and sell. If tell a person that he is stupid that is slander. If i tell a person that he is stupid and provides reasons that is academic. Academician should be academic not a slanderer.

    ReplyDelete
  12. Aisay Annie...when you sell property the country gets some money. Better than yr good fren Annie who steals money, thereby enriching only himself, family & cronies. Willing seller willing buyer...so what is the problem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem. Sell la everything. I don't care.

      Delete
    2. Jual secara terangan - ISU besar, dosa besar, salah besar

      Kelepet - APA malu bossmu?

      Delete
    3. duit tinggal kesan boleh jejak..

      lepas jual jejak ke rakyat nak bising apa??

      Delete
  13. Klepto tried selling Bandar Malaysia. He failed because he got too greedy...no, wait, it should be "he got humongously greedy". 1MDB was the "too greedy" part.

    How on earth did we end up with a sicko like that?

    ReplyDelete
  14. Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mempunyai asas apabila mempelawa semua parti Melayu untuk menyertai Bersatu, kata Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin

    “Saya fikir sebab di sebalik (pelawaan) adalah sesuatu yang perlu kita fikirkan dengan serius.

    “Beliau (Mahathir) bimbang politik Melayu terlalu berpecah belah, yang mana memang betul,” kata Khairy semasa sidang akhbar selepas bercakap di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

    Reply
    6 July 2019 10:27 pm
    Othman Ahmad
    Othman Ahmad
    Long long ago, there was a great meeting for a debate between Sunni & Shia. The meeting was well attended by so many Shia Scholars, but only a sole (one) Sunni Scholar attended.

    The Sunni Scholar walked in late with his sandal under his armpits. All the Shia Scholars were bemused and he was asked, “why have you entered holding your sandal….??”.The Sunni Scholar calmly replied, “I heard the Shias in the time of prophet SAW used to steal sandals”.
    Upon hearing this, all the Shia Scholars stared at each other feeling bemused. They protested angrily and told the Sunni Scholar, “How can that be, THERE WAS NO SHIA IN THE TIME OF PROPHET MUHAMNAD SAW”.
    The Sunni Scholar smiled & calmly replied, “There you are, we are all one in Islam, and with that ends our meeting for debate”.
    ————————————————————————–‘

    Moral of the story:
    There was no faction/s such as Sunni-Shia sect when prophet Muhammad SAW.was alive. There is only one deen in islam.

    Therefore, the brilliant Anugerah Illahi Tun Mahathir is absolutely CORRECT that Malays too should be One United Ummah under One Umbrella.

    ps:
    The said Sunni Scholar is non other than Imam Ahmad Hambali, RA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Othman, moral of the story really is that Syiah adalah fahaman yg tiada dalam Islam. Maknanya sesat. Begitu juga PPBM. Tun hancurkan perpaduan Melayu semata kerana kuasa. Kini bila dah tersepit maka tiba tiba perpaduan Melayu jadi penting. Itupun ikut terma dan syaratnya. UMNO kena bubar dan masuk PPBM. Kenapa PPBM tak bubar dan masuk UMNO? Bubarkanlah Parlimen. Biar rakyat kini tentukan siapa yg wakili Melayu. Ikut prk Semenyih nampak UMNO jadi pilihan.
      Buanglah taksub Pak Othman. Pemerintahan Tun kini hanya bawa bencana pada agama, bangsa dan negara.

      Delete
    2. Mr.J kata... "Tun hancurkan perpaduan Melayu semata kerana kuasa."

      Jika Najib tidak guna orang-tengah kelabu-asap bernama Jho Low untuk tubuh TIA, kemudian menjelma jadi 1MDB yang menyebabkan Negara-Islam kita dicop sebagai Kleptocracy atau Negara yang diperintah oleh segerombolan pencuri, sudah tentu, tidak ada sebab munasabah bagi Dr.M untuk kembali menjadi PM.

      Jika kita amati, 'kembali menjadi PM' adalah last resort setelah segala usaha untuk menurunkan, hanya Najib, menggunakan saluran dalaman UMNO dan Raja-Raja Melayu, gagal.

      Ternyata... yang 'bawa bencana pada agama, bangsa dan negara' adalah Najib, Rosmah & Jho Low.
      Demi mengaburi kecurian dalam 1MDB (dikalangan orang Melayu) ditajanya beribu-ribu Pak Imam tunai Haji. Perbuatan sebeginilah yang membuat orang-kapir pandang-serong dan menyampah Bangsa & Agama orang-Melayu.
      1MDB adalah milik Rakyat 1Malaysia. Bermakna orang-Kapir juga ada 'saham' didalamnya.
      Oleh yang demikian, jika digunakan dana dari MARA, Felda, Bank Islam, TH, Yapiem atau Zakat untuk taja beribu-ribu Pak Imam tunai Haji... OK la. Orang Kapir tiada kepentingan dalam semua badan itu.

      Sepatutnya, jika digunakan dana-hutang 1MDB untuk taja sejumlah Pak Imam tunai Haji, sejumlah yang sama Paderi Kristian dan Tok Sami Buddha/Hindu juga berhak ditaja untuk ke Vatican/Nepal/India untuk ritual mandi di Sungai Ganges demi menebus dosa, sama seperti orang Islam.

      Delete
    3. Thanks rd.

      Sometimes im confuse Thanks rd.

      Sometimes im confuse people like mr j i assume was also there during the struggle. Tun did everything he could. Bersatu was the last resort. I took really long time until tin finally decide to quit umno.

      Its like these people doesnt understand a thing.

      We were all there. Were they not watching this ? people like mr j i assume was also there during the struggle. Tun did everything he could. Bersatu was the last resort. I took really long time until tin finally decide to quit umno.

      Its like these people doesnt understand a thing.

      We were all there. Were they not watching this ?

      Delete
    4. I was in UMNO for almost 30 years but finally abandoned it immediately after GE 13 when I realised majority of the rakyat got fed-up with the looting of the country's wealth & treasury by Rosmah, Najib, Jho Low, Reza, Jahid, Azeeeez, Isa Samad, SRC, 1mdb, etc.

      Delete
  15. I like ur answer annie,let them terjun dgn labu-labunya

    ReplyDelete
  16. Apo la dikecohkan pasal jual harto negaro...agamo terancam bagai! Den masih ingek laie kato-kato banggo satu apek bisnesmen dalam court lamo dulu: "As succesfull bussinesman, dio main juta-juta dalam sehari tau...!"
    Ekaorang yang bising-bising komen 'macam boto sangat' poie la buek repot polis, kalau ado bukti,dio buek salah!'
    Ekao ingek dio sorang yo yang buek berniogo ko? Tontu la, ado pasang 'cable kuning omeh' blakang dio...
    Gini la, selagi ekaorang orang tak nampak kepalo agamo dan segalo ketuanan ekao, tak 'berasap kepalo'...anggap yo la sumuonyo...ado la soporti'business as usual.'
    Tak salah berbezo pendapek...but not too 'harsh'la!
    Harap, semuo dapek hadamkan ...what your kingdoms all about!
    "FOOD CHAINS" - Macam kato hikmah, filem Lion King.

    ReplyDelete
  17. Tak pe lah.
    When the time comes, we will put these evil doers permanently in jail.
    And also whoever in cohorts...
    Dont u agree?

    ReplyDelete
  18. Jual,beli. JUAL, BELI, ini memang adat orang meniaga. Takkan nak beli je walupun rugi mcm bisnes 1Mdb. Meniaga buluh kasap -modal hilang untung pun lesap.Yang penting duit hasil jualan tak masuk akaun sendiri. Atau bershopping sakan, buat belanja majlis kawen anak beratus juta, buat filem porno dan main judi di Vegas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul CikMinah.

      Bukannya jual 100% kepentingan seperti Najib jual EDRA kepada China Komunis. Di jual pula, dibawah harga belian.

      Ataupun... seperti Pak Lah jual seringgit MV Agusta milik Proton dulu.

      Delete
    2. cik minah

      Tu pasai raykat pilih PH dengan penuh harapan nak menuju ka arah Malaysia Baru. Ni nampak gaya dah lebih setahun pencapaian asyik dok undoq belakang.

      Haiyaaa. Cili mayak mahal sikalang. 1kg dekat harga daging tempatan.. apahal ni semua?

      Tanam cili berapa bulan pun dh dapat buah. Mohon semua Menteri2 tulun padang pakat2 tanam cili bole tak? Kan kat opis kerja melilau sana sini tapi tak juga kemana pun..

      Professor Nasi Lemak

      Delete
  19. Penjajah2 dulu pun sama aje.. kikis abis harta bumi tanah yg bertuah ini, angkut kekayaan bawa balik kayakn Negara2 masing2. Lebih2 bahagi kat pendatang2.. kan lombong2 bijih skrg hanya tinggal lubang besaq melopong2. Sejarah berulang, apa Melayu/ Bumiputra nak dihairankan??

    At least Atok dpt juga merasa, berpeluang bikin istana atas tanah Tin mines. Kekeke..

    Eh otek UMNO bergabung dgn Bersatu? Katak2 yg lompat sekadar pakat bawa masuk 2biji teloq mrk sja ke? Conggak2 jumlah kerusi masih tak cukup???

    Tu la dok habaq dari awal2 lagi. 12/222 payah, macam harimau takde gigi sekadar bole mengaum sja..

    Mana pi Guan Eng yg cerdik pandai tu?? Sibuk godek2 Q2 financial figures ke? Hmmm dont worry.. kan jual aset2 Negara dan aset tabung2 Bumiputra, balance sheet dia mesti tak senget nanti kan?.

    Professor Nasi Lemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam bab 'melayan nafsu tamak Penjajah British', jika dikaji sejarah antara Tanah Melayu dan Tanah Besar China, jelas orang China lebih bijak dan berpandangan jauh demi masa-depan anak-cucu mereka.

      Pemimpin China pajak Hong Kong kepada Penjajah British selama 100 tahun. Setelah British berjaya membangunkan Hong Kong sebagai Pusat Pedagangan Terbesar Dunia, ia dikembalikan kepada China.

      Manakala pemimpin Orang-Melayu pula, dijualnya Tumasek, selagi ada bulan dan bintang. Zaman sekarang... freehold la kot.
      Setelah British membangunkan Tumasek sebagai Pusat Pedagangan dan komersial Dunia, ia 'terlepas' ke tangan Cina-PAP, kepala-bapak Cina-DAP.

      Prof. Nasi Lemak dah lupa ka... 2008 setelah Pakatan Rakyat menang Besar, 1st. time UMNO/BN hilang majority 2/3... Lee Kuan Yew pergi jumpa Guan Eng di Pulau Pinang, lepas tu ke Kelantan pulak, bertemu MB... Nik Aziz siap beri isyarat thumb-up sambil bergambar dengan Kuan Yew.

      Oleh yang demikian, jangan nak hairan tak tentu-hala jika orang Melayu seperti Najib menyebabkan Bangsa, Agama & Negara tergadai kepada Bangsa Asing.

      Delete
    2. RD
      Hang ni tau sejarah atau hang dari keturunan mai sini macam YB Zuraidah or LKS or Atok? Eh eh ramai lagi. Ada sampai bahasa kebangsaan negala sendili pun talak faham.. contoh spt; sekok yg nak jadi wakil rakyat Negala Malaysia yang bela anak2 manusia dan anak2 bulu2. Kekeke

      Aduhhh.. BN mesra dgn PAS dah dok gila bayang ajak2 UMNO masuk? Issshh 12/222 + KATAK2
      (https://en.m.wikipedia.org/wiki/Poison_dart_frog)

      Awat la otak dah celaru PH jadi sampai macam ni?

      ...Oghang kedah cakap dah tak toghah dok...

      Professor Nasi Lemak

      Delete
  20. Aiyo Annie..da mula dpt dedak ke....

    ReplyDelete
  21. Oh lupa pula... Prof. Nasi Lemak.

    Dalam 50 ~ 100 tahun nanti, nak harapkan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kepentingan Orang-Melayu pun dah tak berapa sesuai atau kena pada tempatnya. Maklumlah, ketika itu darah yang mengalir dalam tubuh mereka sudah banyak bercampur dengan darah bekas-penjajah Omputih.

    ReplyDelete
  22. annie shud request some peruntukan to go holiday + rejuvenate in japan so long no write japan tales wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. 14:20 how to go no peruntukan as Annie claimed she is a ronin without a warlord or master but she still can go japan if there is kind donor(s) perhaps bossku & komedi wink wink

      Delete