Saturday, 11 July 2015

Rosmah's supposed statement (updated)

UPDATES

Unspinners had posted again the Rosmah's statement which was earlier taken down,

Rosmah jawab fitnah atas dirinya

ORIGINAL POST

I think things are really getting quite bad for PM DS Najib Razak and his wife DS Rosmah Mansor.

This seems so, because the attacks against Rosmah in particular appears to be hitting the mark of late.

Anti-Najib forces are at the moment pushing hard on the allegation that she got people depositing up to RM2 million into her account.

You can read about it at,

OutSyed the Box's,
Rosmah Mansor And The Great Bungle 

Zam's
GABENOR BANK NEGARA DR.ZETI WAJAR LETAK JAWATAN


Then there was the supposed statement by Rosmah that I read at the pro-Najib super blog Unspinners just now.

It was however taken down a while ago.

The blurb for it as appeared on Rockybru's blog roll before it was taken down,


Rosmah jelaskan isu-isu terhadapnya -Berikut kenyataan penuh Datin Seri Rosmah yang dipetik dari Badut Rakyat yang menjawab fitnah dan tomahan terhadapnya: *Dengan nama Allah yang Maha Pemur...
21 minutes ago


I don't know why it was taken down, but maybe they will put it up again later.

Nonetheless, I noticed that Unspinners had said they got the statement from another pro-Najib blog called Badut Rakyat.

The blog appears quite popular with over 10 million hits/ visitors as according to its stats counter.

So I searched the blog and found that the supposed statement by Rosmah was still there,







The supposed statement in full (I'm putting it here in case Badut Rakyat also has to take it down later):

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan. 

Pembaca yang amat dikasihi :

Tibalah masanya saya sebagai seorang insan,dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini.Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya,maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.

Alhamdulillah,anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan.Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat,bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut,mereka boleh menerima penjelasan daripada saya.Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan.Cuma,mereka hairan,terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya.Saya mana ada pegawai,saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.Justeru,saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya.Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'

Pertama : Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu,19 Oktober 2006 

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian.Nauzubillah.Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari.Saya juga takut gelap.Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu.Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu.Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur.Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu. 

Kedua : Cincin berlian berharga RM24 Juta 

Saya berani bersumpah,cincin itu tidak ada di tangan saya.Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya.Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi.Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit,New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur,Malaysia.Ia sampai pada 16 April 2011.Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011.Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011 

Ketiga : Berjoli di luar negara 

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas.Selain itu,saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah.Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi.Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat,Britain,Perancis,Jepun dan Korea sudah maju dan kaya.Jika mahu berbakti,sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita.Kita mahu buat kerja,bukan glamour.Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur.Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli. 

Keempat : Pembaziran Projek Permata

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas.Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya.Sebagai anak bekas guru,saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia.Pendidikan harus bermula daripada awal.Justeru,saya mencadangkan penubuhan Permata.Ini idea baru.Tidak apalah,kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan. Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub,kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik.Semuanya mereka satukan.Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang.Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya. 

Kelima : Bergaya dengan perhiasan mewah

Seperti kebanyakan isteri pemimpin,saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara.Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri.Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.Apabila saya ke negara tersebut,mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita.Itulah adab sopan melayan tetamu.Sebagai meraikan kehadiran tetamu,kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan.Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin,jam,perhiasan diri dan sebagainya.Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.Apabila orang memberi kita sesuatu,sudah tentu tidak manis untuk menolaknya.Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu.Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati.Dan,apabila telah diberi,saya pun memakainya.Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan.Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan.Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka.Saya tidak boleh menghalang.Tetapi,malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.Pendek kata,saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan 

Keenam: Isu 'First Lady' 

Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah.Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden,Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara.Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri.Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis,ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita. Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham.Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu. 

Ketujuh : Isu menjadi Perdana Menteri Keenam Mana mungkin? 

Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak.Kalau dia orang biasa pun,saya akan bersama dia.Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz.Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri.Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib,maka saya menjadi sasaran.Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja,maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu.Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda.Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita.Tapi,caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang.Itu salah dan tidak ada etika.Agama juga membenci perbuatan itu. 

Pembaca yang amat dikasihi :

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf,syukur Alhamdulillah.Saya sentiasa memaafkan.Tak apalah mereka memfitnah saya,Tuhan akan beri yang baik kepada saya.Ingat zaman nabi dulu,bila orang kutuk baginda,baginda beri pisang kepada orang itu.Semoga Allah memberkati para pembaca semua. 

Sekian daripada saya, 
Rosmah Mansor
  
I think it's actually quite well written.

Hopefully I don't have to take it down too.

Well, you know lah these days, anything can happened. 

83 comments:

  1. Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya.

    (Al-An'aam 6:123)

    ReplyDelete
    Replies
    1. She can create everything she want but still there evidence that shows this crook is a crook the latest ,regarding RM 2 million being deposit to her account by thier macai or pencacai who glad to be pencacai , this has being confirm by this crook lawyer yesterday but a little twist said that the money not from 1MDB but who care , you already bad because you denied at first and get kantoi latter than you told the truth , Hope for the best all this crook must go to jail.

      Delete
    2. Am not trying to protect her...we need to wait for the probe or until you see the real proof then you only can said she's a crook. The report from SR is just an A4 report and everyone can do such a report. When you banked in or do any transactions sure has transactions slips and why they dont show this?
      So lets wait for the outcome and see who's the real crook is?

      Delete
    3. In this country you can wait until the cow comes home and you still wouldn't get an outcome. Have a miserable wait bro. In the meantime more plundering will happen in front of your eyes.

      Delete
    4. well otak banyak kecik, the A4 document has proven to be true. LOL


      Delete
    5. rosmah can just deny the transactions....duh, manyak kecik itu otak

      Delete
    6. tak pelik ke, sendiri adakan lepas tu sendiri kasi hukum, apo cerito ni jang?

      Delete
  2. Cakap lain, buat lain. Husband dia dah bagi tafsiran dalm video yang tersebar luas.

    ReplyDelete
  3. what about the 2 million ringgit deposits??? i m sure she have many more other banks accounts and many many more millions ringgit....

    ReplyDelete
  4. ask apple u answer orange....

    ReplyDelete
  5. Adakah En. Roslan Sohari deposit 2 Juta Ringgit kedalam akaun bank Datin Rosmah? Dari sumber apa duit sebanyak itu dan untuk tujuan apa wang itu disalurkan kepadanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu lah! tapi kalu mahu dapat pisang percuma boleh cuba

      re: Kata Rosmah: "Tak apalah mereka memfitnah saya,Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu."

      Tolong lah! jangan buat perumpamaan dirirmu dengan Nabi kita yang akhlaknya termulia, rahmat Allah kepada segala alam semesta

      Delete
    2. saya makan paling kurang 6000 kalori sehari

      yang benar,
      rossie man

      Delete
  6. Annie,
    It looks like that someone from Bank Negara will have to resign. RPK wrote that some senior officials from Bank Negara Malaysia leaked info to the WSJ. And now you have Zam calling for Zeti resignation. I am afraid her days are numbered.

    Plus the letter from Rosmah lawyer is very harsh asking for BNM to investigate Rosmah account leak within 72 hours. I think the letter is more stern than the pathetic Najib's lawyer letter.

    Anyways on the other side Pas has formally severed ties with DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu parti Mao-Chin Peng lagi satu parti Islamist - dulu diorang kahwin haram .... kini mahu main padang lain.

      Delete
  7. Relax bro.bgi pluang org explain. Lau dh benci mmg ape statment pun org xcaya. Semoga doa agar Allah tunjukan kbenaran.ini ujian ke atas dia agar dia insaf. Klau btul dia buat ade balasan lau dia bcakap bnar insyallah kita pun yg tuduh2 dia ni pun dpt balasan. So stiap pbuatan jahat ade balasan tmasuk kta ni. Ape2 pun taksubkan kduniaan mrugikan kita je. Kerna wang ringgit kuasa dn kkayaan yg berugama pun tersungkur. Hye kdg2 tkenang btapa kita yg tiada ape2 ni get no respect not even from relatives jdi dsebab inila org blumba nk bduit dn bharta agar tidak dpdg rendah soal budi bahasa tiada nilai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOL, melayu memang rata-rata bangang

      Delete
    2. ya la whatever asal jangan tutup perbuatan mungkar kerana dirasuah atau takut jawatan melayang , heee... benci aku dengan enviroment korup.

      Delete
    3. Kita tunggu hasil siasatan. Dont jump the gun

      Delete
    4. giving an opinion doest not mean jumping the gun, rossie masih lagi free to makan 6000 kalori sehari, kalau dalam lokap tak dapat kot ... lol

      Delete
  8. She can lie to the whole world and get pats on her shoulders, but can she lie to the person in the mirror, she herself. All greed, ego and lies for what? At the end of the day, 60 days after our death, our body will be reduced to nothing, only bones.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa punya cerita ni, apa kena mengena, bodoh beragama arab.....

      Delete
    2. oi bodoh tu mummy kat mesir yang masih berbadab lepas berkurun mati tu apa cerita ngok?

      Delete
  9. Funny la this letter by Rosmah. Whateverlah..

    My anakbuah who currently works as a driver under the payroll of jlo but has never met his boss said that he had driven all the way to Singapore just to collect Rosmah dress. Harga RM300k sepasang. Whoo aaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Who's your anak buah?

      Delete
    2. melayu standard jadi driver cina je. lol

      Delete
    3. Ini driver mengular.

      Delete
  10. If you support her and later she is found guilty of a lot of wrong doing the that makes you morally an accessory btw, has the motive behind the murder of altantuya or Husain najadi been established?

    ReplyDelete
    Replies
    1. If I whacked her and later she is found to be innocent, what does it makes me? I don't support Rosmah but I believe that we need to be fair with her...or with anyone else for that matter.

      Delete
    2. Yes Please.

      Delete
    3. fair to everybody, free country, kasi lah opinion, apa salah ....

      Delete

  11. Biasalah Melayu PHD, adinda Ms Annie
    just jealous she has a talented Hollywood producer son
    and a tycoon son-in-law kan?

    Dosa kering?
    What do gossipers this Ramadan get in the next world? Maybe she's outlandish but she's picking up lots of millions Pahala kerings from fitnah
    that may in-sya-Allah save her Akhirah.

    NB. More huhu, just wonder what they have waiting on Tan Sri Muhyiddin(?)
    who apparently did a great great job while MB Johor.


    Haji M Zin
    Alor Gajah DPH

    ReplyDelete
    Replies
    1. “Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yang berdosa) sesiapa yang redha dan menuruti (perbuatan munkar)”. Sahabah bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka bersolat”

      (Riwayat Muslim).

      Pemimpin kita telah menunjukkan penyelewengan mereka secara terang-teramg, seolah-oleh mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut nafsu serakah mereka. Adakah kita masih mahu berdiam diri atau lebih teruk, menyokong.

      Delete

    2. Setuju penyelewengan disabitkan Mahkamah, Sdr ANON 13:51
      dulu in-sya-Allah, bukan menyokong tertuduh atau penuduh,
      selagi TQ mereka bersolat kan?

      Perhebatkan gossip dilaman sosial(?) & perbuatan maksiat
      .. dijanjikan bahawa tangan akan menjawab jawab sendiri kepada Allah SWT, kan?
      ( Surah Yaa Siin, 36: 65 )


      Walau bagaimana bakinya di sambut,
      Salam Ramadan al-Mubarak !


      Haji M Zin
      Alor Gajah DPH

      Delete
    3. tangan boleh bercakap di akhirat. ....WAKAKAKAKA kartun

      Delete

    4. Not only in al-Quran Sdr ANON 16: 07
      and really not kartun, also in the Bible kan?

      "Thine own mouth condemneth thee and not I:
      yea, thine own lips testify against thee."

      -- Old Testament, Job (15: 6)


      Haji M Zin
      Alor Gajah DPH

      Delete
    5. wakakaka, sama lah kartun nya ..... haji kartun

      Delete
    6. Engkau yang kartun kut.

      Delete
    7. mana ada, hang lah, maka pak kartun anak mesti kartun doh. lol

      Delete
    8. quran ngan bible lebih kurang tapi orang kristian kat malaysia nak guan perkataan Allah jealous lak ..... hahahahaha

      Delete
    9. bila tangan boleh bercakap, tu baru betul kartun. lol

      Delete

    10. Ya Akhirat itu benar, seperti juga mati kan(?) Sdr ANON 22:35
      bagi golongan mukminin.


      Haji M Zin
      Alor Gajah DPH

      Delete
    11. berak dan kencing tu pun benar tapi tak bermakna nirvana itu benar kan haji? golongan mukmim sendiri kasi label sendiri syok gitu? LOL

      Delete

    12. OK benar bagi yg cenderung berbicara, Sdr ANON 17:52
      nak berenang dalamnya


      Haji M Zin
      Alor Gajah DPH

      Delete
    13. kesiannya asyik kutuk Islam, 17.52 dan sewaktu dengannya. kenapa takut pada Islam? kenapa rasa inferior? kalau anda ateis atau mengikut agama lain, tak perlu takut pada Islam. tak perlu rendahkan mertabat diri anda dengan mengutuk orang lain, mentertawakan fahaman orang lain. kenapa anda terlalu insecure? kasihan sungguh, anda mempamirkan ketololan diri anda yang mempunyai inferiority complex yang sangat mendalam. awas saudara, situasi ini tidak baik untuk sanity diri anda. jangan terlalu membenci orang lain, nanti kebencian itu memakan diri anda sendiri. jagan terlalu awal ketawakan orang lain, nanti menangis tak berlagu. kasihan.

      Delete
  12. Hukum mengumpat itu haram dengan ijma’ melainkan pada 6 tempat yang diharuskan mengumpat padanya iaitu :

    Orang yang mengadu pada penguasa tentang kezaliman seseorang dengan menyebut nama orang zalim itu dan perbuatannya bertujuan untuk menghentikan kezalimannya

    Orang meminta tolong bagi menghilang maksiat pada sesuatu tempat kepada yang berkemampuan dengan menyebut nama pelaku maksiat dan kesalahannya bertujuan untuk menghentikan maksiat itu

    Orang yang meminta fatwa daripada yang berkelayakan tentang sesuatu masalah yang terpaksa menyebut nama dan kelakuan seperti seorang isteri bertanya tentang hal suaminya dan sikapnya yang buruk

    Orang yang menakutkan orang Islam lain tentang kejahatan seseorang supaya terselamat daripada keburukan orang itu seperti menyebut kelakuan jahat seseorang perempuan yang diingini untuk dikahwini bila ditanya agar bakal suaminya tidak tertipu dan selamat

    Menyebut nama seseorang yang masyhur dengan nama buruk seperti Amin Tempang dan sebagainya

    Menyebut nama orang yang menzahirkan kejahatannya bertujuan supaya orang lain berhati-hati dengannya dan juga agar dia menghentikan kesalahannya itu.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengantuk lah ... ZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzz

      Delete
    2. Sahih! terima kasih pesanan saudara; Jadi lebih jelas batasan ruang perselihan dalam hal-ehwal kemasyarakatan ...

      Delete
    3. bertambah mengantuk, ZZZZZZZzzzzzz, orang cina kafir kat malaysia makmur je tanpa benda2 sahih syok sendiri

      Delete
    4. WAKAKAKAKA ..... mengumpat pun boleh jadi harus, lawak siot kaorang ni......

      Delete
  13. Kenapa syak wasangka - anak dan menantu dia orang kaya-kaya , mungkin 2 juta tu duit raya.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Husnu zan terbaeek, untuk Zakat kut(?) Sdr ANON 14: 15


      Haji M Zin
      Alor Gajah DPH

      Delete
    2. zakat 2 million dari harta mana en haji? laki dia pun gaji 22k saja sebulan.

      Delete

    3. Ya zakat RM2 juta jika simpanan $ dan syer berjumlah RM 80 juta kan(?) Sdr ANON 01: 36

      Dah bayar zakat harta tahun ini?


      Haji M Zin
      Alor Gajah DPH

      Delete
    4. haji blurrr ...... bini berapa haji dah bayar zakat untuk semua? LOL

      Delete
  14. Just tell the truth eventhough it hurts..dont support her either but due process has to be given.just honest in doing the job by the task force or else Allah will bestowed upon us misery and problemsssssssssss.

    ReplyDelete
  15. bukan duit rayalah....baru pecah tabung....itu yg masuk skit skit tu...lama2 2juta...ha...amacam....korang malas menabung....bagi orang pisang pun tak nak... sarcastic

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 juta dah kecoh. Sekarang Malaysia dah Makmur lah.

      Delete
  16. I think DRM's answers tu came out a few years ago....rasanya cerita lama la....i remember reading something very similar long time ago...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang tahu tu doh, the anon who quoted it is just being sarcastic... duh..

      Delete
  17. https://twitter.com/versedanggerik/status/619772792867655681

    Musa Hassan
    @TSMusaHassan

    Pendedahan berkaitan satu perlakuan jenayah bukan suatu jenayah ........

    ReplyDelete
  18. Dear Annie,
    I just want to clarify something...I never been to Saudi so I am really curious to know...can they grow banana in Mekah or Madinah? Was banana available over there 1400 years ago? can someone enlighten me please?
    Seriously, one should never use hearsay regarding prophet Muhammad and/or Islam to make his or her case without 100% certainty.

    Anyway, this time, I am choosing not to waste my breath to even comment on your posting and response by RM because I think it is pointless.
    God knows best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. You can get alot of bananas nearby.

      Delete
    2. hadis semua hearsay bro, baik pi baca komik gila-gila ... :)

      Delete
    3. there is no proof of Muhammad ever existed, even in Quran ,,,,, historically pun nada, zippo, yilek!

      Delete

    4. Muhammad SAW is the best following, Sdr Anon 06: 59
      for those who believe in the Last Day.
      ( al-Quran, 33: 21 )


      Haji M Zin
      Alor Gajah DPH

      Delete
    5. says you, best of luck haji al arabi

      Delete
    6. sure, for those who believe in fairy tale. :)

      Delete
    7. point to me haji, where do i find reference(s) in quran to Muhammad?

      Delete
    8. jangan jadi macam ds rosmah haji, anon kat atas tanya epal jawab orange pula

      Delete

    9. Plenty reference, those who choose to see Sdr ANON 17:49
      try Surah Muhammad ( 47: 2 )

      I still respect what you believe, or your atheism Sdr ANON 17:47


      Haji M Zin
      Alor Gajah DPH

      Delete
    10. point to me haji if you, which verse? be specific, i will counter argue.

      Delete
    11. dear haji,

      1. The proper noun ‘muhammad’ is not found written in the Quran.
      2. There is no mention of a simple noun ‘muhammad’ in the Quran either.
      3. What is found written in the Quran are the adjectives “muhammadoon”, “muhammadeen @ 47:2” and “ahmadoo”.
      4. These are all adjectives in the arabic language and are definitely not proper nouns (isme ma’rifah) nor simple nouns (nakirah).

      I am providing you the example below for you to ponder ...

      5:19 ...فَقَدۡ جَآءَکُمۡ بَشِیۡرٌ وَّ نَذِیۡرٌ ...
      5:19 ...But there has come to you a bringer of good tidings and a warner...

      Instead of this translation people are translating something as
      "...But there has come to you Basheer and Nazeer..."

      Delete
    12. so haji rasa bolehkah kita buat kesimpulan dalam quran ada terdapat Nabi Basheer & Nabi Nazeer? :)

      Delete
    13. 1.“muhammadoon” (2 times), “muhammadeen" (1 time) and “ahmadoo” (1 time) in Quran.
      2. Isa (25 times) in addition: 'Al-Masih'(11 times), Maryam(23 times) and Musa (136 times) in Quran.

      Delete

    14. OK TQ but al-Lughatul `Arabiyyah is not the subject of this thread, Sdr ANON 01: 58
      and you can continue with your beliefs, boleh?


      Haji M Zin
      Alor Gajah DPH

      Delete
    15. just taking que from you, cheers haji

      Delete
    16. the anon above is just pointing facts to you haji.

      Delete
  19. Me too , I've read this statement before......it was quite awhile ago. So it's just being recycled. ..

    ReplyDelete
  20. Pembangkang memang melampau. Bukan kali pertama. Dari dulu lagi.

    Walaubagaimanapun, Najib kena berhenti. Tak boleh maaflah, hutang 1mdb yang melampau.

    ReplyDelete
  21. A righteous and non corrupt leader will return any valuable gifts and gratuities they received while in office to them or their family back to the government treasury. But our leaders and their family here explain that if you dont use this expensive items then you are wasting and letting them rot....lolllllll

    ReplyDelete
  22. Bangganya diriku pemimpinku kaya2 dan mewah2 belaka. Duit berjuta2 dab berbillion2 dalam akaun peribadi. Kadar keuntungan bulanan dan tahunan dari deposit tentunya lumayan. Bangganya. Hebatnya. Dari bukan penerima tanah kerajaan, rumah kurnia kerajaan dan brim. Whom should I vote?

    ReplyDelete