GUEST BLOGGER
By Lebai Sudin
Salam sejahtera..
Selamat berkenalan kepada sesiapa sahaja yang mengikuti blog ini.
Minggu lepas tuan punya blog ni minta aku menulis sesuatu. Aku jawab, nanti aku cubalah.
Agaknya sebab sampai hari ni aku tak tulis-tulis juga, si Annie ni pagi tadi aku tengok buat posting macam nak merajuk.
Jadi aku tulis la ni bagi dia gembira sikit.
Adalah sikit pengalaman nak kongsi sebagai catatan.
Aku ini dan lebih separuh abad hidup…Panggil sahaja aku sebagai Lebai Sudin. Cucu Lebai Ali.
Asal dari utara dan merantau sejak awal 80-an ke Lembah Klang hinggalah ke negeri-negeri Pantai Timur kerana mencari rezeki.
Sekarang kembali semula ke Lembah Klang..dan aku membuat kerja bebas (tak tahu betul ke tidak istilahnya). Ada kerja ada pendapatan, tak ada kerja..pendapatan pun tak ada…macam gitu lah lebih kurang.
Sebenarnya aku nak cerita aku ini pengguna tegar MRT.
Sejak ada MRT..kalau aku perlu pergi buat kerja..aku naik MRT.
Best! memang best.. aku bayar lebih RM3 nak ke TTDI. Kalau ke Bangsar lebih RM4. Itulah dua destinasi harian aku bila ada kerja.
Aku kata best..sebab dulu aku pengguna tegar bas mini.
Bayar 50 sen..naiklah sampai mana.. tapi macam-macam bau ada..hapak, tengik, masam..entah apa lagi baunya.. hari-hari naik bas mini macam sardin..
“Belakang-belakang..masuk-masuk.. dalam-dalam.. jerit tukang tiket tak kira dia tu lelaki atau perempuan..sama saja..menjerit..ramainya perempuan..
Kalau time peak hours..aku naik lemas dalam bas mini.. kena pula hujan..adui..mahu pengsan berhimpit-himpit.
Itu dulu..siapa ada pengalaman itu…pasti faham apa yang aku cerita.
Sekarang MRT.. memang selesa..kalau peak hours pun dan kena berdiri..masih ada ruang berdiri rapat-rapat..tapi tak lah sampai berhimpit-himpit.
Satu lagi aku suka MRT ini, banyak juga aku buat pahala..beri orang kurang upaya, perempuan tua tempat duduk aku. Pimpin orang buta sampai ke luar dari stesen MRT dan macam-macam lagi pertolongan boleh diberi.
Bukan aku sorang yang buat macam itu..ramai yang suka tolong orang ini, tak kiralah lelaki ke perempuan.. tak kira bangsa pun.
Ada satu peristiwa..sebenarnya dah tiga kali berlaku ke atas aku. Kali pertama, seorang gadis beri isyarat minta aku ambil tempat duduknya. Alamak..aku dah nampak macam warga emas ke?
Kali kedua, seorang Mat Salleh..dia bangun offer tempat duduk, dan minggu lepas seorang budak belasan tahun pun buat perkara sama kepada aku.
Dalam ketiga-tiga insiden berkenaan, aku tolak offer mereka dengan cara baik. Aku belum rasa tua sangat dan masih boleh berdiri sepanjang perjalanan, walaupun ada rasa lenguh-lenguh.
Ada tak sesiapa lalui pengalaman macam aku..kalau ada..apakah itu tanda-tanda kita semakin dimamah usia tua?
Apa pun, aku suka MRT kerana memudahkan aku.
Terima kasih kepada yang menyediakan perkhidmatan ini.
Hahaha, kenangan mengusik jiwa - naik b.m.w - bas mini wilayah! Yup, mmg padat macam sardin. Saya bawak briefcase gi kerja, tak payah pegang pun, briefcase x jatuh! Kalau dah terlewat, bmw jadi pilihan dari teksi sebab bmw boleh drive sebelah atas kerb!
ReplyDeleteSaya pernah naik bas mini zaman 80an dulu.walaupun tak pernah menetap di KL tapi pernahlah juga merasa naik bas mini.Belum lagi mencuba MRT tapi dari apa yang saya baca tak ada lagi yang beri komen negatif tentang MRT.
ReplyDeleteDari aspek ini saya puji Najib sebab dia buat projek yang ada direct impact kepada rakyat golongan pertengahan dan bawahan.BR1M satu lagi contoh idea yang baik.
1MDB? yg tu masuk bab lain.tu kita cerita lain kali.
Prof Kangkung
Sdr kangkong, kamu tak boleh beza pembangunan utk rakyat dan cuba mencuri duit rakyat. 1mDB? kih kik kih…ceritalah sikit pasai Felda, TH, MARA, YAPEIM & entah apa lagi yg penyamun Bugis tu dah ‘sentuh’.
DeletePecah amanah dan halalkan duit samun...hidup bermewah-mewahan dgn tak ada soal-jawab sedangkan rakyat miskin curi barang makan ditangkap tapi bapak penyamun terlepas begitu saja.
Sebenarnya hati hitamnya tu tau dosa2 yg dia buat...tapi demi nak pertahankan kuasa maka mulutnya sentiasa berbohong dan menipu...kemudian dipangggil semua tukang angguk mengiakan dan menyokong apa yg keluar dari mulutnya.
Ini semua kerana kuasa. Kuasa tu ialah talian hayat yg menjadi benteng untuk mengelak dari sebarang dakwaan dan tangkapan.
Berlindung di sebalik akta dan kuasa demi nak selamatkan diri dan keluarga.
Tak boleh tidak...apa saja yg boleh selamatkan kuasanya akan dibuat.
Inilah orang yg pikir dia bijak sampai dia lupa ada yg lebih bijak dari dia.
Inilah org yg kata kononnya dia cuma takutkan Allah saja......tapi tak pula takut dgn hukum Allah dan dosa makan wang haram yg dicatit di buku kirinya.
Pelik tapi benar tapi jangan lupa kamu dalam pengawasan Allah. Hukum Allah sedang berjalan dan kamu penyamun akan jatuh juga akhirnya.
Pada yg berakal...jangan harap apa2 kebaikan dari org yg munafiq, tidak amanah dan penipu...sebab segala yg dibuat hanya akan menjurus kepada kemusnahan dan jahanam saja.
Anonymous15 November 2017 at 22:20,
Delete"Pada yg berakal"
Your comment will therefore not apply to Kangkung. His brain 100% matches his name. However it is not full of vitamins.
Prof Sawi
Tepat perompak, lanun, penipu laknatullah. Memimpin rakyat jadi terhina lari dari ajaran lslam n akhirnya membawa ke Neraka Jahanam. Cakap tak serupa bikin
DeleteTak boleh dipercayai langsung!!!
Cukup ini kali lah!..
Wah2..anak beranak hdup senang lenang,yg rkyat plak kau tekan...jibby satu keluarga g mam..
Deleteminyak naik lagi. sikit hari tambang dan harga barang akan naik lagi. ramai yang tak tau nak nangis ke nak ketawa.
ReplyDeleteorang umno nyalahkan dunia. orang pas kata nasib le. tapi ramai orang kata padan muka.
Oleh kerana hutang 1MDB terlalu besar dan membebankan, kerajaan terpaksa pula ‘tutup lubang’ hutang 1MDB melalui Projek East Coast Rail Link (ECRL) yang berjumlah RM30 bilion melibatkan syarikat China Communications & Construction Company (CCCC).
DeleteBagaimana hutang 1MDB ditutup?
Kos Projek East Coast Rail Link (ECRL) ialah RM30 bilion manakala kontrak yang ditawar kepada CCCC berjumlah RM55 bilion.
Persoalan yang perlu diberi perhatian saat ini ialah, jika kos projek ECRL berjumlah RM30 bilion, mengapa kontrak yang ditawar kepada syarikat dari negara China itu mempunyai lebihan RM25 bilion?
Kekhuatiran terbesar rakyat Malaysia bahawa projek dengan kos berlebihan sebanyak RM55 bilion ECRL ini merupakan cubaan untuk menyedut sehingga RM25 bilion untuk membayar hutang 1MDB, bagi menutupi puluhan bilion ringgit yang telah diubah secara haram di luar negara.
ECRL...ha ha!
DeleteIni adalah satu lagi projek gajah putih yg ingin dibina oleh najib al-songlap. Sedangkan keretapi pantai barat pun suam2 kuku ada hati nak bina lagi satu dipantai timur.
Sistem lrt di kl yg murah tambangnya pun dinaikkan lebih 100% oleh najib ni. Ini semua projek nk "paw" duit rakyat utk bajet pru utk kekalkan kuasa. Cukup2 la memperbangangkan rakyat.
Yg boleh terima idea2 kau ni jib hanyalah org yg level sama bahlol spt saleh kruak, rahman dahlan, jamal jamban, tajudin pasir salak, nazri aziz serta pemakan2 dedak tegar yg ketawa terbahak2 dlm dewan persidangan armno pwtc!
02:45
DeletePls don't also forget one thing - the leaked term sheet that shows that the ERCL mark-up in price was to be paid DIRECTLY to IPIC in UAE.
IPIC is the party that was cheated by the fake Aabar set up by Jho, Hippo & Jibbi to songlap 1MDB bonds.
It was there in black & white and not denied by CCCC.
Hence...
...the gomen marked up the price so that WE can bail out 1MDB.
To give mercy to UMNO macai is to being cruel to yourself and your 7 keturunan
DeleteHaha bas mini, bangkok bank dan bus stand kelang satu nada. Gambaran paling tepat tentang bas mini ada dlm katun Lat. Lat lukis gambar ditraffic light merah dimana didepan sekali ada mat motor, kereta dan bas menanti lampu bertukar hijau. Bila lampu bertukar hijau je yg mendahului memecut kehadapan sekali ialah 3 bas mini tak tahu dari mana datangnya. Nostalgic.
ReplyDelete"Terima kasih kepada yang menyediakan perkhidmatan ini."
ReplyDeleteRakyat Malaysia, lah.
Tak kan lanun Bugis tu bayar sendiri...
macam la sblm lanun ada xda tren2 ni semua...akhir kata kepala bapak kau....
Delete1MDB: Apa dan berapa jumlah yang diseleweng?
Delete1) AS$1.83 bilion – Pelaburan Petrosaudi
2) AS$1.367 bilion – “Cagaran” Aabar (BVI)
3) AS$0.855 bilion – “Cagaran Tambahan” Aabar (BVI)
4) AS$1.56 bilion – Pelaburan 1MDB “Global Investment”
Jumlah: AS$5.612 bilion atau RM24.7 bilion
1MDB bukanlah agensi kerajaan. Namun, apa yang pasti, 1MDB ialah syarikat pembangunan milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Kerajaan juga turut memberi beberapa pinjaman dan jaminan hutang yang dibuat oleh syarikat itu.
Berikut disenaraikan apa dan berapa yang terpaksa ‘ditanggung’ rakyat Malaysia:
5) RM5.0 bilion – Bon 30 tahun jaminan kerajaan (2009)
6) RM0.8 bilion – Pinjaman 10 tahun dari SOCSO pada 2010 (dijamin kerajaan)
7) US$3.5bn – Bon 10 tahun dijamin IPIC yang ditanggung MOF Inc (Kementerian Kewangan Diperbadankan) (2012)
8) AS$3.0 bilion – Bon 10-tahun, “Surat sokongan” kerajaan (2013)
9) AS$1.0 bilion – Pendahuluan IPIC, ditanggung by MOF Inc (2015)
10) AS$0.23 juta – Bayaran faedah oleh IPIC, ditanggung MOF Inc (2015/6)
Jumlah = RM5.8 bilion + AS$7.73 bilion = RM39.8 bilion
Ishhhh...hampir 40 bilion!
DeleteTapi pemakan dedak pun terus anggok tanpa berfikir antara pelaburan atau pengadaian.
1MDB pun dikatakan "pelaburan" tapi hakikatnya berhutang.
ECRL syarikat bina dulu...kerajaan bayar hutang kemudian...sape kena kow2 akhirnya? Rakyat jelata lah.
Pelaburan strategik katenye...sebenarnya..nak cari modal dr projek itu utk bayar hutang 1MDB.
Bukan blh caya penyamun2 seekor tu.
Cakap asyik menipu aje...
Hidup BN, hidup UMNO, hidup melayu, hidup Islam......bersatu kita bersatu...menjahanamkan negaraku...bila sudah jahanam, padan muka korang pilih aku....
DeleteLebai Sudin,
ReplyDeleteThks for sharing your MRT experience.
I have not tried it yet cos I have no reason to.
Maybe next time when I go to KL.
Gladiator
Gladiator,
DeleteMRT = LRT in different places.
Try it, then thank Tun Dr M for the idea of bringing metro rail system to Malaysia in the first place in the 90s :)
i too puzzled with praise given to mrt. what is so difference between mrt and lrt (which has been here for many years)?
DeleteMRT bukanlah sesuatu yang baru kerana ia hanyalah kesinambungan kepada LRT yang telah dibina ketika era pentadbiran Tun Mahathir Mohamad sebelum ini.
ReplyDeleteNajib barangkali boleh berbangga dengan MRT jika negara sebelum ini tiada LRT, Komuter, Monorel, ETS dan sebagainya atau sekiranya MRT yang dibinanya tidak menggunakan tiang dan hanya terawang-awang di atas awan.
Dari segi idea, mewujudkan rangkaian LRT, Monorel dan ETS oleh Tun Mahathir jauh lebih wajar dibanggai kerana ia dimulakan dengan tiada apa-apa berbanding MRT yang hanya merupakan kesinambungan dan tokok tambah semata-mata.
Ibarat kata, apa yang Najib lakukan dengan membina MRT ini hanyalah umpama menambah sayur atau daging kepada sekawah kari yang sudah disiapkan rencah dan kawahnya oleh Tun Mahathir.
Malulah sikit kalau ia pun nak syok sendiri!! (ShahbudinHusin 16/11/2017)
Actually good point.
DeleteWhat is MRT but just an extension of LRT?
Thank you Tun!
This Najib is 100% like Trump, full of hot air and trying to claim credit for ideas of his predecessors!
Macam lahanat la korang ni. Melayu, cina, India survive nak hidup...korang dok melantak duit free...takpe, Mati nanti bawak la duit tu byk2...
DeleteLebai Sudin, Annie's guest blogger is only trying to highlight Najib's big ACHIEVEMENTS as orderd by big boss,Mat Maslan the 3.85 gpa. Unfortunately, by mentioning BASMINI as comparison to MRT, you people got lost with nostalgic memories of "Those were the daysss..............." (sight).
ReplyDeleteHehehe....kesian Lebai Sudin sebab dia mengharapkan kita semua berbangga dan mengutuk bas mini.
Agree Cik Minah.
DeleteI also travelled by "BMW" when started working but then switched to LRT.
That was the Big Leap Forward for KL transport. Not MRT.
By PRU14, I think Bijan will be claiming HE actually was the architect of Malaya's independence, not Tunku Abdul Rahman!
Shameless man.
Too much focus on transportation,lets take a breather
DeleteRemember Cyberjaya,envisioned by Tun M mirroring US Silicon. Valley
A forgotten town,situated in our backyard lets make it great again
Malaysians mudah lupa
If Malaysians are well connected we do not have to move peoples from A to B
Thus, reducing traffic congestion in the city
On-line/real-time these are the future
Do not delve in industries that departed us long time ago
Return on investment
The Pareto Principle, named after economist Vilfred Pareto,that specifiies an unequal relationship between inputs and outputs
The principle states that 20% of the invested input is responsible for 80% of the results obtained
Example in business,you managed/controlled/maintained a pool of 20% customers that contribute 80% of your revenue
No need to run around like headless chickens
Investment in transpotation infrastuctures are expensive and expecting a ridership of 20% is not cost effective
Existing infrastructures is sufficient
Fadzireen
Lebai Sardine, its jus a cheap write up.. nmpak sngat your intentions..
ReplyDeleteget real bro...
ReplyDeleteAii yaaa !, lebai lu apa hat maa aa ?.
Nazri aziz tu kawan saya
ReplyDeleteJangan apa apa kan macai tu
Jho Low
We should stop paying tax. Let tis bastard ministers get unpaid. Why use our tax pay money to enjoy luxury life. The rakyat work hard to support their families in hardship but still bravely facing it. Our govt are not forseeing the rakyat's problems as a priority instead indulging in their own private lives lavishly with the rakyat's pymts..
ReplyDeleteKalau setakat makan gaji dengan duit rskyat setiap bulan apa nak takut. Bukan penyamun dan perompak bodoh. Cuma penyamun aje yang takut di tangkap
ReplyDeleteAnonymous @ 16 November 2017 at 10:21,
ReplyDelete//MRT = LRT in different places.//
Yeah, sorry, I knew that and I should have qualified my comment as such.
I was just referring to the MRT by it's official name.
Maybe I should have said that I have not travelled on the new extension to the LRT :)
Gladiator