Sunday, 6 December 2015

Pengiktirafan untuk MIROS dan tanda keselamatan jalanraya tidak seburuk yang disangka

Seorang kawan yang membaca posting saya yang terdahulu dimana saya menyatakan ingin menulis perkara lain dari politik telah mencadangkan supaya saya membaca dan mengulas mengenai artikel ini,

Miros as Asean’s road safety hub a good sign for Malaysia


Artikel tersebut menceritakan bagaimana Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah dipilih sebagai Pusat Keselamatan Jalan Raya Serantau Asean kerana kejayaan negara ini dalam menangani cabaran-cabaran keselamatan jalanraya.


Sebelum saya menulis lebih lanjut, ingin saya terjemahkan sedikit isi artikel berbahasa Inggeris tersebut ke Bahasa Malaysia supaya para pembaca dapat mengetahui sedikit sebanyak latar belakang apa yang diceritakan.

MIROS yang diterajui Kementerian Pengangkutan telah ditubuhkan pada Jan 3 2007 sebagai pusat ilmu dan maklumat keselamatan jalanraya negara.
Pusat kajian serantau itu pula menumpukan usaha pencegahan berdasarkan informasi dimana hasilnya menjadi dasar kepada polisi, pembuatan undang-undang dan tindakan untuk mengurangkan jumlah kemalangan serta kecederaan dan kematian dijalanraya diMalaysia dan juga rantau Asean.
Ianya mengepalai tiga lagi pusat kajian iaitu Pusat Penyelidikan Bio-mekanik dan Keselamatan Kenderaan, Pusat Kajian Perubahan Sikap Pengguna Jalanraya dan Pusat Kajian Kejureteraan dan Persekitaran Keselamatan Jalanraya..
Pemilihan MIROS sebagai pusat kajian serantau Asean itu telah dibuat pada Nov 27 tahun lepas ketika Sidang Menteri-menteri Pengangkutan Asean ke-20 di Mandalay, Myanmar dengan tujuan mempromosi serta menawarkan pengetahuan tentang keselamatan jalanraya kepada kesemua 10 ahli negara Asean.
Antara penekanan utama yang diberikan adalah mengenai undang-undang dan peraturan jalanraya, data kemalangan jalanraya dan penangkutan, latihan keselamatan jalanraya dan kempen dalam komuniti.
Usaha sedemikian dianggap penting memandangkan cabaran yang dihadapi negara-negara Asean dalam menangani permasalahan jalanraya memerlukan kepakaran dan kaedah berbeza bergantung kepada situasi yang berbeza bagi setiap negara.
Sidang menteri-menteri pengangkutan Asean itu juga telah mengakui terdapat perbezaan dalam memantau situasi keselamatan jalanraya disetiap negara yang mana hasilnya adalah pengamatan yang kurang tepat mengenai keadaan sebenar dalam usaha mengurangkan jumlah kemalangan.
Ini kerana, setiap negara Asean berada dalam pringkat pembangunan ekonomi yang berbeza menyebabkan tahap keselamatan jalanraya dan pengawasannya yang berbeza. 
Sebagai pusat keselamatan jalanraya serantau, MIROS kini bertanggungjawab dalam membantu negara-negara Asean dalam meningkatkan tahap keselamatan jalanraya serta merangka dan melaksana program-program keselamatan jalanraya sesuai dengan keperluan berbeza setiap negara. 
MIROS juga akan menseragamkan kaedah pemantauan keselamatan jalanraya dan menyediakan panduan teknikal dan kepimpinan bagi mencapai matlamat tersebut.
Apa yang dapat saya fahami dari isi kandungan artikel tersebut ialah kadar kemalangan dijalanraya Malaysia adalah tidak seburuk yang saya sangkakan selama ini.
Saya pernah beberapa kali membuat posting mengenai kebimbangan saya itu,
Walaubagaimana pun artikel tersebut menerangkan bahawa kadar kemalangan jalanraya dinegara ini, walaupun kelihatan membimbangkan tetapi tidak lah seburuk sangkaan saya.
Kawan saya yang menyuruh saya membaca artikel berkenaan menerangkan bahawa cara pemantauan kemalangan jalanraya berbeza-beza bagi setiap negara menyebabkan perbandingan yang tidak tepat memperlihatkan Malaysia sebagai antara negara yang mempunyai kadar kemalangan antara yang tertinggi,
Kawan saya yang pernah mendengar penerangan mengenai perkara itu oleh Ketua Pengarah Miros Prof Dr Wong Shaw Voon memberitahu saya bahawa kadar pemantauan Malaysia adalah dianggap lebih baik dari kebanyakan negara-negara Asean lain menyebabkan jumlah kemalangan dan kematian dijalanrayanya yang kelihatan tinggi dari segi perbandingannya.
Contohnya, diFilipina, seseorang yang meninggal dunia selepas tempoh 24 jam kemalangan tidak dikira sebagai mati akibat kemalangan itu walhal diMalaysia tempohnya adalah sebulan.
Oleh kerana itulah MIROS telah dipertanggungjawabkan antara lain untuk menyelaras pemantauan keselamatan  jalanraya dinegara-negara Asean sepertimana diterangkan dalam artikel tersebut.
Perlu juga diingat bahawa kadar pembangunan diMalaysia adalah pada tahap dimana lebih ramai orang menggunakan jalanraya jika dibanding kebanyakan negara Asean yang lain.
Ini bermakna kebarangkalian berlaku kemalangan dinegara ini lebih tinggi.
Thailand contohnya adalah negara Asean yang paling hampir tahap pembangunannya dengan Malaysia dimana kadar kemalangan jalanrayanya lebih tinggi sedikit. Difahamkan Thailand juga mempunyai sistem pemantauan keselamatan jalanraya yang hampir serupa dengan negara ini.
Singapura pula sebagai satu-satunya negara Asean yang boleh dianggap telah maju sepenuhnya mempunyai kadar kemalangan yang rendah hasil dari sistem pendidikan keselamatan jalanrayanya yang berkesan dan juga saiz negara itu yang kecil memudahkan pelaksanaan undang-undang jalanraya dan merendahkan kemungkinan kemalangan berlaku..
Difahamkan adalah trend diseluruh dunia iatu sebuah negara yang mundur tidak mencatatkan kadar kemalangan jalanraya yang tinggi. Ia hanya meningkat apabila pembangunan negara tersebut bertambah baik hinggalah kesatu tahap dimana ia mencapai status negara maju seperti Singapura dan negara-negara diEropah dimana kadar kemalangan tersebut mula menurun.
Wong walaubagaimana pun menegaskan dalam artikel itu bahawa pihak berkuasa jalanraya Malaysia akan terus mengambil serius usaha menurunkan kadar kemalangan dan kematian dijalanraya negara ini. 
Beliau dipetik sebagai berkata bahawa "there is always room for improvement", bermaksud akan sentiasa ada ruang untuk menambah baik langkah-langkah menurunkan lagi kadar kemalangan dan kematian dijalanraya.

Menurut beliau lagi, setiap nyawa itu amat berharga dan usaha gigih akan diteruskan untuk mengelakkan kadar kematian dijalanraya terus tinggi.
Pada hemat saya, ini adalah satu pendirian yang baik dan diharap kita diMalaysia akan berjaya sampai ketahap keselamatan jalanraya yang diharapkan itu tidak lama lagi apabila negara ini mencapai status negara maju, InsyaAllah.

10 comments:

  1. MIROS di bawah kepimpinan.Najib makin menampak kan kecemerlangannya.

    Ini semua hasil kerja kuat Najib malah Datin Rosmah sendiri diganggu bising, tidak dapat tidor lena memikirkan keselamatan mat rempit.

    Dengan perlantikan Zahid sebagai TPM, dalang yang menyebabkan kemalangan jalanraya akan dikenalpasti dan dicari hingga ke lubang cacing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MIROS jabatan Cina7 December 2015 at 16:04

      MIROS ini adalah helah orang Cina untuk mengadakan Jabatan Jalanraya yang mereka boleh control kontrak dan tender.
      Sebetulnya sudah ada Jabata Keselamatn Jalanraya yang bertanggung jawab ke atas keselamatan jalanraya selain dari pada Jabatan Kerja Raya yang diketuai oleh orang Melayu.
      Cuba perhatikan MIROS diketuai oleh orang Cina, dan diwarwarkan oleh akhbar inggeris Cina TheStar.
      Mereka yang buat projek nak kaut duit melalui kamera.
      Cina nak kuasai transport system malaysia sebab itu Transport Minister Cina buat MIROS.
      Dan pak angguk Najib, setuju saja. Bukan dia sedar pun

      Delete
  2. Harap-harap Miros sedar bahawasanya selain Remp-it, lebuhraya adalah tidak selamat selepas tengah malam bilamana kenderaan berat memecut macam pelesit (melebihi had kelajuan) yakni melebihi kelajuan kereta yang bergerak di lorong sebelah kanan seolah-olah tidak ada apa yang menghalang kelakuan yang berisiko bahaya terhadap lain-lain pengguna ini atau tidak ada siapa yang pemandu pelesit ini takutkan. Hendaknya pemaharajalelaan dapat di hentikan sebelum ianya membawa padah.

    ReplyDelete

  3. Ini Malaysia ,macam-macam agencies dan jabatan atak maa aa ,atak kasi baik atau titak Wa tak tau lea aa ,manyak susah mau cekap maa aa .

    ReplyDelete
  4. Pernah naik bas spres? Pengguna bas spres boleh tak tolobg sahkan berapa kelajuan bas berkenaan setelah memasuki lebuhraya. Lihat pada spedometer apakah 90km/j, 110 atau 130.

    Isu yang cuba di ketengahkan adalah kelajuan sering dikaitkan dengan "kelajuan itu membun..." namun ada bas ekspres gunakan kelajuan untuk membuli kenderaan lebih kecil terutama di lebuhraya.

    Bayangkan insiden ini, semasa sedangkan memandu kereta di lorong tengah pada kelajuan 110, tiba tiba datang bas spres dari belakang menyuluh lampu tinggi kearah kereta di depan dan kalau kereta tadi tidak bergerak ke kiri - beri laluan -kereta tadi akan dihimpit dari belakang. Kalau himpitan tak jalan, dengan garangnya bas tadi bergerak ke lorong kanan sekali dan dalam sekelip mata hilang dari pandangan.

    Soalanya, apa yang dapat penumpang lakukan terhadap bas yang ditumpangi kalau ianya dipandu dalam keadaan bahaya. Dan apa yang dapat dilakukan oleh pengguna berhemah kalau dibuli bukan saja oleh saiz kenderaan jauh lebih besar malah kelajuan yang jauh lebih menakutkan.

    Tolong, tolong, tolong

    ReplyDelete
  5. Salam Hormat Annie:Saya ingin berkisah mengenai cara pemanduan mayoritas/kebanyakan pemandu disini(Jakarta).Kelihatan kalau kita memandu terutama di Kota terbesar Jakarta ini,kita akan alami pemanduan yang bersopan(hanya kita akan kedengaran bunyi klakson/hon dari kenderaan)itu adalah agar hati hati memandu bukan tanda marah.Kebanyakan kemalangan yg terjadi disini adalah kereta atau motorcycle yg di langgar oleh metromini/minibus atau di langgar oleh Truk truk besar atau bus kerana system pemeriksaan kenderaan commercial di Indonesia tidak begitu baik saperti kita di Malaysia.Asal boleh jalan..kalau disini.

    ReplyDelete
  6. Bukan saja aksi cemas dan mendebarkan dapat di tontoni di sepanjang jalanraya bahkan ada juga aksi-aksi yang menjelekkan. Kalau anak kecil masih boleh faham, kalau bapak budak dengan selambanya meletakkan tangan di bahagian alat sulit dan dalam masa sama 'air' memancut didepannya, apa yag berlaku sebenarnya.

    Kalau aksi itu berlangsung jauh di dalam hutan atau belakang pokok besar, tak siapa akan berasa jelek tetapi aksi yang sering dilihat berlaku tidaklah jauh dari bahu jalan. Apakah ianya terpaksa atau mukanya terlalu tebal. Yang pasti ini bukan kes 'guru kencing berdiri....'. Ia berkaitan penghayatan nilai kesopanan dan kesusilaan. Cumanya, apakah yang mendorong nilai-nilai sebegini diletakkan begitu rendah di bahu-bahu jalan.

    ReplyDelete
  7. Twitter dan laman-laman sesawang yang lain melaporkan kesesakan trafik di sekian-sekian batu dari arah utara ke selatan susulan kemalangan tetapi yang peliknya kesesakan trafik di batuan yang sama tetapi dari arah selatan ke utara adalah sama teruknya atau mungkin lebih teruk. Kenapa cam tu.

    ReplyDelete
  8. saya pernah memegang jawatan su majlis keselamatan jalan raya selama 2 tahun.ketika itu mkjr d bawah kepimpinan tan sri ramon navaratnam yg amat aktif.banyak yg pengalaman yg bolih sya kongsi bersama dan hidupkan semula majlis tersebut.

    konsep 3e (EDUCATION, ENFORCEMENT DAN ENGINEERING) perlu d hidupkan semula. kerja2 enforcement yg telah d swastakan harus d hidupkan semula dgn mkjr memainkan peranan pencegahan dan pengajaran.

    mengujud kan jabatan n pusat kajian tidak bermakna jika ia nya tidak mendapat perhatian serius drpd pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  9. Dear Annie,

    No one gives a s**t! All ministers and will just leave your report and think about other matters that will enrich their pockets. Life goes on while;

    1. Express buses will still overspeed and drivers do more than 1 trip a day.
    2. People still balik kampung at late night without enough rest and speed on the highway.
    3. A lot will not bother about seatbelts at the back and let their children roam around without childseats (which are actually cheaper than their car modification)
    4. Speeding, speeding in their jalopies.
    5. No enforcement except to make money with roadblocks
    6. Etc, etc.

    All these start with Education, Enforcement and back to proper role modelling.

    ReplyDelete