GUEST BLOGGER
By Lebai Sudin
Salam semua.. am back!
Aku kembali nak bicara soal padi dan beras. Mauduk aku nak tengok makanan utama ini dijaga dan diurus dengan baik. Jadi aku turut menunggu dengan debar apa model baru bakal dicadangkan oleh menteri baru jaga padi dan beras..YB Salahuddin Ayub.
Tahniah YB…jadi menteri pertanian. Orang Johor jaga padi dan beras kali ini, negeri yang bukan sahaja tak banyak padi, tapi sikit sangat. Ada sawah sikit-sikit di Muar dan Endau Mersing. Aku orang utara, tahu sikit-sikit sebab pernah juga berkelana ke Johor.
Salahuddin orang Johor, lebih tepat orang Pontian. Tak ada sawah padi rasanya kawasan tersebut. Seingat aku, Pontian lebih kepada nanas, durian dan kelapa yang kini ramai dah tukar kepada kelapa sawit. Selain itu, nelayan.
Jadi, Salahuddin mungkin tak biasa dengan padi macam orang kat utara seperti aku. Tapi tak apa, dia pegang amanah (nama parti pun Amanah) dan dia kena pikul amanah dengan betul-betul.
Ramai yang nak jumpa dan dah jumpa pun Salahuddin pasal padi dan beras. Kumpulan Padi Rescue pun apa lagi, memang ambil peluanglah dan siap hantar proposal 40 muka surat.
Menteri didesak penuhi janji manifesto Pakatan Harapan mengenai soal beras. Padi Rescue dah tuntut janji no 10 Manifesto, yang ditafsirkan sebagai melaksanakan 100 peratus SSL, yang mana beras tak bergantung kepada import. Ditafsirkan monopoli Bernas dihapuskan, AP import dibuka kepada lebih banyak syarikat. Kononnya cara itu akan menurunkan harga beras.
Kepada Salahuddin…baguslah dengar dulu apa kata semua orang, dengar cadangan mereka, kemudian buat lah keputusan dengan betul demi kebaikan semua orang, rakyat dan negara.
Cuma harus diingat, tak semestinya semua mesti baru. tak semestinya sistem lama tak betul. Tak semestinya dengan beri AP kepada banyak syarikat akan selesai masalah.
Harus diingat bahawa Bernas (dulunya LPN sebelum diswastakan), menjalankan tanggungjawab kerajaan sejak krisis beras pada tahun 1973 dan 1974, apabila harga beras dunia melambung naik. Pengimport ketika itu enggan bawa masuk beras, malah berlaku kegiatan menyorok beras supaya harganya naik.
Sebab itu, LPN wujud dan menjalankan tanggungjawab mengimport beras dan lain-lain kegiatan kepentingan nasional seperti menstabil harga, menjaga stokpile, menjadi pembeli terakhir padi dari pesawah tempatan dan sebagainya.
Iniah peranan yang dimainkan oleh Bernas, sekali pun sebagai entiti swasta. Mereka kena pastikan bekalan sentiasa cukup dan menjaga stokpile. Beli semua padi pesawah apabila pengilang swasta tak mahu beli kerana mutu rendah.
Di Kelantan, dah bertahun-tahun kilang swasta tak beli padi pesawah, Bernas lah yang selamatkan hasil pesawah di negeri itu. Khabarnya padi dibeli itu tak boleh jadi beras pun. Rugi itu ditanggung Bernas.
Kerana itu Bernas diberi tanggungjawab mengimport beras, supaya ada subsidi silang untuk memikul tanggungjawab nasional sebagai pembeli terakhir padi, penjaga stokpile dan menstabilkan harga beras.
Sebenarnya tak timbul pun istilah monopoli atau pengimport tunggal. Ia bukan perjanjian antara kerajaan dan Bernas. Perjanjiannya, Bernas memikul amanah kepentingan nasional dalam industri beras dan diberi tugas mengimport beras sebagai subsidi silang.
Bernas pula diberi tanggungawab mengurus pemberian subsidi kepada pesawah. Untuk itu, Bernas terpaksa meletakan seorang kakitangan, macam pegawai subsidilah di semua kilang di negara ini. Siapa bayar gaji tu?…
Apabila peruntukan subsidi lambat dikeluarkan kerajaan, siapa mendahulukan bayaran itu kepada pesawah?
Oleh itu, kepada YB Menteri, tuan perlu meneliti betul-betul isu ini. Ini adalah hal berkaitan urusan padi selepas tuai. Urusan di kilang, bidang borong dan runcit.
Sebenarnya, kalau nak cerita soal nasib pesawah, ia tak ada kena mengena dengan Bernas yang diserang oleh pengilang dan pemborong.. Urusan pesawah dari segi pengeluaran setiap petak atau relung sawah adalah di bawah unit khas di Kementerian Pertanian.
Pesawah jadi umpan kepada isu ini..sedangkan ada sasaran pihak-pihak yang hanya mahukan AP import beras. Mereka hanya mahu raih keuntungan tanpa fikir tanggungjawab nasional. Maka digunakanlah istilah pecahkan monopoli, ada conflict of interest Bernas dari segi nak untung dalam urus beras negara.
Walhal Bernas diberi tanggungjawab di samping menjadi pengimport beras untuk negara. Bernas kena jaga kepentingan beras tempatan dalam urusan dan dasar mengimport beras.
Aku percaya Salahuddin boleh fikir baik-baik isu ini. Jangan hanya nak ubah semata-mata kerana ini kerajaan baru. Semata-mata ada momokkan istilah monopoli, semata-mata kerana ia dalam manifesto, semata-mata atas dasar demokrasi. Seharusnya kita buat yang terbaik untuk rakyat dan negara.
YB… Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
Aiseh...tak ada isu lain ke nak bangkit si Annie ni...
ReplyDeleteaiseyyy..macammana hang tahu yg annie yg membangkitkan issue ini...keldai
DeleteAnon 23:50. Kau tu tahu sangat ke?
Deleteyah
DeleteNon issue
ReplyDeleteWhat a silly article. Waste of space
ReplyDelete
ReplyDeleteWell said Lebai Sudin , very informative articles . not many knows what going on behind the rice pot.
Sorry lebai sudin, saya sampai skrg x faham apakah masaalah nya. Adakah harga beras dikira mahal kat msia ni atau sdg mendadak naik?
ReplyDeleteSaya mengaku, saya makan beras import jadi x boleh komplen mahal. Namanya pun import; tapi saya lihat ada byk pilihan utk pengguna, tepuk poket tanya selera.
Anon 22:50
DeleteRice is our staple.. so tak bole fikir "tepuk poket you" saja as masih terdapat ramai masyarakat dari golongan fakir miskin, depa nak beli beras 1kg (beras tempatan) pun adakalanya tak mampu. PH semua dari puak cerdik pandai kaya2 belaka so kena lagi bg sikit pencerahan..
Hang takmai dari Utara atau kampung jd hang tak akan tau sgt masaalh2 sawah bendang..
...this is a very good article.
TQ Annie..
Professor Nasi Lemak
Prof unknown 04:19, issue nya adalah kemiskinan tegar yg diwarisi, bukan harga beras. Harga beras mesti mengambil kira usaha pesawah & kos penanaman, kalau murah sgt pesawah nak makan apa?
DeleteSemua org nak gaji/ pendapatan tinggi tapi nak brg murah. It doesn't work that way, mesti ada keseimbangan.
Lagi satu, pesawah di msia mesti berusaha menanam beras berkualiti lebih tinggi utk meninggikan pendapatan & kurangkan pengaliran beli beras import.
Saya setuju dengan komen Anon 9:26.
DeleteSaya setuju dengan prof nasi lemak
DeletePositive thinking...
Jho low
Prof Nasi Lemak is a dumbass fourth grade professor celup whose student is Jho Low the fugitive swindler. The student learnt from the fraudster teacher...ha ha.
DeleteAnon 09:26
DeleteYou cuba buat satu plot belakang rumah and tanam beras basmati. ?? Aiyoo kamu ni.. takde ka Prof soil studies kat sini habaq bg dia paham sikit.
Anon15:16
As a Prof saya jual nasi lemak oberseas. Kira terra la, even yr Mat Sabu as Defense Minister, Master pun tarak..
What has Jho Low got to do with beras??
Ni sorang lagi pak turut. Org Putih kata u hv herd mentality. So moo moo repeat after me;
Jho Low..Jho Low Jho Low
fraudster, fraudster fraudster
swindler swindler swindler
Professor Nasi Lemak
Unknown 22:16..Diamlah profesor nasi dedak...kau macam kera kena belacan.
DeleteUnknown 22:16, ko ni x layak nak pakai nom de plume professor. Zaman skrg ni dah boleh tanam high yield crops dlm bilik dah, x payah ada ladang. Ikan salmon yg cerewet tu pun skrg ni boleh ternak dlm tangki je. Kat china scientist tgh cuba tanam padi dlm air masin.
DeleteSkrg ni baru aku paham apasal industri ni x berubah. Sebabnya, org2 yg bodoh sombong macam kau dlm industri ni. Kalau dok tanam padi ikut cara nenek moyang 50 thn dulu, memangla nasib x boleh berubah. Baik la import je beras dari vietnam atau myanmar.
Anon 00:05
DeleteMemang betul sokong 100%.
Tu pasal Tun boh anak dia kat Kedah... hmm byk tanah2 kosong sana bole dah mula industri canggih2 tanam padi cop PH.
Apa la Bernas ni.. get lost la, dah ketinggalan zaman. Sll bendang byk ikan, jadi sekarang bole mula ternak katak2 dalam tu.
Aiyooo.. tak payah la pusing2 putar kasi rakyat melelong.
Kekekeke
Professor Nasi Lemak
Unknown 14:25, what a waste of space u are.
DeleteAnon 15:26
DeleteRepeat after me;
BERNAS BERNAS BERNAS BERNAS
Berkaitan
MUKLIS MUKLIS MUKLIS MUKLIS
KEDAH CM KEDAH CM KEDAH CM
JELAPANG PADI JELAPANG PADI
BERAS COP PH BERAS COP PH
$$$$$$$$$$$$$$$$$
Professor Nasi Lemak
Prof nasi lemak basi,
DeleteHujah macam budak darjah 5. Kesian pelajar2 sdr jika sdr benar2 seorg ahli akademik. Org macam sdr lah pelingkup anak bangsa.
Anon 21:49
DeleteKalo mengajar mooo suruh repeat dn hafal cukup.. so repeat aloud;
1. BERNAS
2. BERAS
3. JELAPANG PADI
4. NEGERI KEDAH
5. KETUA MENTERI
6. MUKLIS boboy TUN
7. TANAH BYK
8. BERAS PH
9. $$$$$$$$
Professor Nasi Lemak
Annie in 1970 and 1980 Vietnam was not even a rice exporter. China rice yields are low. Not much alternatives to rice as staple
ReplyDeleteLebai Sudin,
ReplyDeleteThks for the article.
And thks for your commitment to the padi farmers of Malaysia.
Generally speaking, I feel that we should be looking at increasing our yield - how? Gua tak tau sbb gua bodoh.
While we are doing the research on increasing the yield, how do we look after the padi farmers who are suffering? Gua tak tau sbb gua bodoh.
If we cannot increase our yield and become competitive in the rice industry, we are better off closing down the industry and importing our rice.
Changing our diet to other cereals may be another option.
But, I know this is senang cakap je.
Guys like you are valuable to the padi farmers of Malaysia - you give a shit about what happens to the very ppl at the frontline of the industry, the padi farmers.
Armchair wannabe economists like me can only talk abt unrealistic ideal scenarios.
I hope you will keep writing. kerp agitating, keep on the bavks of authorities to find better dolutions for our padi farmers.
Good luck.
Gladiator
rasanya harga beras makin naik sebab zakat fitrah naik je.
ReplyDeleteharga beras pun tak sama tempat lain. sebab kat rumah (kl), kampung sendiri, kampung isteri lain kadarnya
BERNAS doing a good job already. I think the CEP (and hopefully the minister as well) now fully understands the role played by BERNAS, especially in relation to its social obligation.
ReplyDeleteOrang belajar tinggi. Orang belajar pandai. Mungkin mampu beli beras terbaik import. Mungkin faham nasi is not our only source of carbohydrate. Mungkin faham less carbo consumed the better. Itu buat mereka dan kita yang duduk kerusi empuk dalam suasana nyaman dingin. Yang kadang makan nasi. Kadang roti. Kadang pasta.
ReplyDeleteTetapi. Orang luar bandar. Orang kurang mampu. Beras itulah penyambung kehidupan. For their daily laborious routine.
So to say that this is a non issue. Is a tad arrogant. To decide based only on economics consideration. Is a tad inhuman.
Food Security. Affordable Education. Affordable Health Care. Tanpanya what is the point of trying to be negara maju.
Welcome back Lebai Sudin
ReplyDeleteSekelumit pandangan saya reformasi industri padi dah sampai masa untuk di pertingkatkan. Pendekatan melantik BERNAS dahulu tepat dengan keperluan dahulu. Besar kemungkinan keperluan telah berubah sekarang. Walaubagaimana jasa BERNAS tetap akan dikenang dan ruang BERNAS nak terus berniaga masih ada.
Pembangunan industri padi tak boleh dibuat secara komprehensif oleh pihak syarikat yang bergantung kepada hasil jualan yg di offset dengan konsesi impot beras. Ruang aktiviti yang dijalan oleh BERNAS terhad oleh keberuntungan dan modal.
Masa kini cabaran pembangunan industri padi ada pelbagai dan perlu diolah oleh agensi kerajaan dengan peruntukan khusus kerajaan supaya program pembangunan yg bersifat jangka panjang juga dapat dibuat.
Isu peningkatan yield per acreage padi sawah vs padi huma, penggunaan pesticides yang lebih terancang termasuk bio-friendly, benih lebih lebat dengan R&D, value adding pendapatan pesawah dengan aktiviti penjualan padi untuk makanan manysia sementara jualan sisa jerami untuk makanan terbakan serta sisa sekam untuk ‘arang’, isu sustainable development kerana pencemaran daripada pembakaran sawah secara terbuka, isu teknologi terhad dimana teknik menuai cuma mengutip 30 - 50% hasil padi sementara baki bertaburan, isu tiada penghasilan pesawah moden walaupun terdapat kolej dan pusat pembelajaran pertanian padi hingga ke peringkat tvet tahap 2 dan 3, Mungkin banyak lagi isu yg tidak nampak kerana saya pun seperti Gladiator - bodoh katanya.
Cuma yang pasti bukan isu ialah, siapa yang lahir di tempat tak ada sawah tak bermakna dia tak boleh belajar dan faham aspirasi pembangunan industri padi.
We do have to give the benefit of the doubt until and unless some further evidences can be presented that the paddy industry can no longer be improved further if BERNAS is no longer doing the government job
I do believe competency and ‘jasa’ are not to be weighed on the smale scale since it serve different objective n deliver different impact
..nowwhat..
Here's one perspective:
ReplyDeletehttp://www.thesundaily.my/news/2018/07/12/rice-price-and-everything-not-so-nice
Excerpts:
" Lowering the price of rice involves three parties – Bernas, consumers and rice growers – and the three interlocking issues: The monopoly to import rice, the controlled price of white rice in Malaysia and the financial viability of growing rice in this country.
In a recent newspaper interview, Bernas' chief executive officer Ismail Mohamed Yusoff made three points. First, about 60% of rice consumed in this country is produced by local farmers. Second, the price of locally-produced rice is fixed by the government. Third, imported rice, which accounts for 30% of Malaysia's consumption, cannot be sold at a price lower than the local variety.
Allowing other companies to import rice won't reduce the local price of rice because the imported grain must be sold at the same price or higher than the local variety. This suggests the need to cut the controlled price of locally-grown rice. However, a lower price could mean more financial hardship for local rice growers.
PH's decision to terminate Bernas' monopoly may be a response to a memorandum submitted last October to the then Najib administration by Padi Rescue, a non-governmental organisation (NGO) representing farmers, rice millers and warehouse owners. Alleging "unfair practices," the NGO proposed ending Bernas' role in overseeing the supply of rice, including its monopoly on rice imports.
If the price of local rice remains fixed while the international price of the grain fluctuates, this could have two possible outcomes.
If the global price of rice falls below that of the local variety, the importer makes windfall profits.
However, a higher international price will either compel the importer to absorb the price differential or stop importing rice. In the latter event, there could be a significant shortfall of rice. "
mcm MO1, i eat quinoa so i wont comment here wakakaka
ReplyDeletewhats the diff btw padi nasional n kereta nasional? the social obligation is to enrich bernas owner n proton crony.
ReplyDelete