Saturday, 26 May 2018

Malay poems, remembrance

I first posted these


three days after the GE13, five years ago

I love these poems.

Today, while thinking of the GE14 outcome I just felt like reading them again.

Manusia Berbudi Dan Kenang Budi

Melayu itu orang yang bijaksana. 
Nakalnya bersulam jenaka. 
Budi bahasanya tidak terkira. 
Kurang ajarnya tetap santun. 
Jika menipu pun masih bersopan. 
Bila mengampu bijak beralas tangan. 
Melayu itu kaya falsafahnya. 
Kias kata bidal pusaka. 
Akar budi bersulamkan daya. 
Gedung akal laut bicara. 
Menikam dengan pantun. 
Menyanggah dengan senyum. 
Marahnya dengan diam. 
Merendah bukan menyembah. 
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan. 
Setia dan sabar tiada sempadan. 
Tapi jika marah tak nampak telinga. 
Musuh dicari ke lubang cacing. 
Tak dapat tanduk telinga dijinjing. 
Maruah dan agama dihina jangan. 
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali. 
Silaturrahim hati yang murni. 
Maaf diungkap senantiasa bersahut. 
Tangan diulur sentiasa bersambut. 
Luka pun tidak lagi berparut.

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu? 
Masihkan tunduk tersipu-sipu? 
Jangan takut melanggar pantang, jika pantang menghalang kemajuan. 
Jangan segan menentang larangan, jika yakin kepada kebenaran. 
Jangan malu mengucapkan keyakinan, jika percaya kepada keadilan.

Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Usman Awang
Perhimpunan Melayu Johor (PMJ) 18 December 1988.

PERJUANGAN SEPANJANG HAYAT

Bersatulah bangsa ku, bersatu lah
Dihadapan sana menanti cabaran tak terjangkau
Ombak ribut taufan kan menyerang
Seperti sejarah silam yang telah memahatkan
Keruntuhan Melaka masa lalu
Dek kelemahan bangsaku

Ingatlah bangsaku
Hanya perpaduan menjadi benteng ampuh
Hanya perpaduan menjadi benteng ampuh
Hanya perpaduan menjadi benteng ampuh

Kejayaan bangsa dan negara selamanya
Ditegakkan dari tonggak perpaduan
Kerana perpaduanlah penjajah diusir berambus pergi
Kerana perpaduanlah kemerdekaan dicapai sebebas-bebasnya
Kerana perpaduanlah komunis dihapuskan keakar-akarnya
Kita lalu mendirikan sekolah, membina masjid, hospital
Gedung besar untuk kita kecapi bersama
Membangunkan ekonomi bangsa
Menukar rimba belantara menjadi kota besar
Kilang tersergam dimana-mana
Ladang menghijau hasil mahsulnya melimpah ruah
Pelabuhan dan jalan raya pun terbentang untuk semua
Anak-anak kesekolah dan universiti
Orang muda bertungkus lumus mengumpul rezeki
Yang tua hidup aman damai dirumah sendiri

Hanya perpaduan yang teguh, persatuan yang kukuh
Akan menyelamatkan bangsa daripada dihancurkan
Oleh onar dalam dan onar luar
Oleh oportunis dan pengkhianat yang licik
Menabur duri dan onar sepanjang jalan menuju wawasan besar kita

Maka ayuhlah kita menginsafi diri
Bahawa dikampung dan didesa dibandar dan juga dikota
Racun fitnah dan pembohongan telah disebar
Dan membangkitkan kebencian dan permusuhan
Percayalah semua ini telah disemai oleh tangan kita sendiri
Oleh bangsa sendiri yang telah lupa diri
Dan mabuk dalam nikmat kemakmuran
Dihasut dengki peribadi dan ketamakan diri
Telah berpecah belahlah bangsa kita
Dalam segenap bidang kehidupan
Dan sipetualang itu sedang merayau-rayau diudara
Sesekali melangkah kebumi sesekali meninggi keawan
Ada yang sedang bersembunyi dihutan subur kita
Ada yang sedang berlayar dilautan luas kita
Disungai-sungai bumi tanah air kita
Mereka sedang menunggu waktu terbaik
Untuk merampas dan menjarah apa yang kita nikmati

Inilah sumpah perjuangan untuk watan dan bangsa merdeka
Dan perjuangan untuk watan adalah perjuangan suci
Perjuangan ini adalah perjuangan sepanjang hayat
Dalam segala bidang keagamaan, keilmuan, ekonomi dan budaya
Dan maka perjuangan suci ini harus dihayati
Dan digerakkan oleh seluruh anak watan
Kerana perjuangan ini tanggungjawab semua

Bersatulah bangsaku, bersatulah
Sesat ditengah jalan, kita pulang kepermulaan langkah
Lupakan saja tamak haloba yang membuahkan dendam
Amarah, dengki, khianat, kesumat dan permusuhan
Yang berasa bersalah memohon ampun, dan kita maafkan
Yang tua dihormati, yang muda dikasihi

Bersatulah bangsaku, bersatulah
Ayuh kita berdiri teguh menentang
Segala cabaran dan rintangan
Jangan biarkan cita-cita besar kita kandas
Dan terjurumus kejurang maha gelap maha dalam itu
Percayalah, sesal kemudian tidak berguna apa-apa
Rumah nenek moyang kita bangunkan
Dari jerih perit perjuangan silam ini
Jangan dibiar terlepas ketangan orang lain
Dan disini hari ini, berjanjilah wahai bangsaku
Perjuangan ini perjuangan sepanjang hayat

Datuk Abdul Ghani Othman

Kembara Puisi Darul Ta'zim
Saujana, Johor Bahru


Hopefully no one will accuse me of being a racist for posting these poems. InsyaAllah.

38 comments:

  1. poem by usman awang..menyentuh hati dan perasaan..he was one of the towering malays..asking the malays to unite..so very true..sekarang ni melayu berpecah empat..what to do..dah nasib..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa pulak orang melayu kena pecah empat?

      Ada juga saudara mara saya yang menyokong parti politik berlainan, tetapi tak ada pulak bermusuhan, baik-baik belaka.

      Adakah kerajaan Pakatan Harapan ini untuk penyokong pakatan harapan saja. Tak ada.

      Di Johor dan Selangor, pembangkang pun diberikan peruntukkan.

      Tak ada sebab untuk orang melayu untuk berpecah walaupun mengundi lain-lain.

      Ada orang melayu yang suka makan mee goreng. Ada juga orang melayu yang suka makan nasi goreng. Adakah orang melayu berpecah kerana semua tak makan nasi goreng.

      Delete
  2. During Najib reign, Melayu under him are like hantu jembalang. Racist as fck. Jamal Yunos that racist gangster grabbing bibles, crosses, threatening other races and religions with approval from Najib himself. The IGP did nothing and the people has to raise to the Sultan to step in. Banning of laundry bizness in Johor and many other racial agitations.

    Now that fcker Jamal run away, this kind of activity should be slap and arrested in the first place during previous government rule but allow to run amok....with the police just watching. Fck la this kind of racist Melayu. Should straight tangkap and masuk lokap still playing the racist theme.

    There no such thing as Melayu, as there are Chinese, they made up of Bugis, and Javas and others like Hakkas, Teochew.....

    The racial calling theme by Annie...to run again the racist storyline to revert back to the rule to the evil corrupt Najib Melayu. Altantuya case will be open, Razak will be thrown into jail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Read Malay poems also cannot...sigh

      Delete
    2. Melayu itu orang yang memang pandai pun, thats why they loves me

      Jho Low

      Delete
  3. Orang Melayu tak mahu belajar dari sejarah, tu lah masalah sebenar.

    Pada zaman pra-merdeka, pemimpin Melayu telahpun melakukan banyak penyelewengan dan menyalahguna kuasa sehingakan mampu diperbodohkan oleh Inggeris. Kuasa dilepaskan, tanah digadai, maruah dijual beli.

    Perkara yang sama juga berulang sehingga zaman Lanun Bugis (2009-18). Typical "feudal" mindset. Ada pemimpin yang masih dijulang dan disanjung walaupun diketahui banyak bersandiwara dan rasuah ("cash is king") hanya kerana dari keturunan kenamaan.

    Jadi kemana sudahnya nasib dan masa depan orang Melayu? Adakah mahu terus diperbodohkan, terus diperkotak-katikkan, atau cukup dengan mengambil sikap “biarkanlah”?

    "Enough is enough" = PRU14 = sayonara Umno.

    Rasa jelek sehingga muntah. Rasa hormat sekelumit pun dah tiada. Bangsa dah dibangsatkan, klepet dah dicop ‘halal’, KBU sembah dedak jer. Itulah zaman Lanun Bugis, 2009-18.

    Keparat keparat politik hipokrit "Islam" ke, politik "cash is king" ke, kita dah tak mahu dengar lagi. "Enough is enough". Politik Zaman Batu Umno in dah tak laku. Terlalu banyak retorik...tanpa hasil. So sayonara Umno, you have stolen enough, bye bye. Cukup dah.

    So long, sayonara.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa hal lah pulak ni. Sajak2 tu tak de satu pun perkataan "Umno".

      Delete
    2. Nabi berhutang untuk kebaikan. Tak bebankan orang lain apalagi umatnya.

      Najib berhutang untuk bayar hutang 1mdb...and our future generation still must carry the beban...

      Perbezaan terlalu jauh bak bumi dan langit.

      Delete
    3. marilah kita bersatu menantang penyangak dan perompak wang rakyat

      Delete
  4. Annie, dua tiga posting lepas dah cantik.. gear empat, kona baring..

    Apahal lak balik gear satu posting ni haarrrr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KD,

      Engkau kebelakangan ni suka sakat Annie. Hahaha

      Delete
  5. Melayu di negara ini akan bersatu semula dlm masa terdekat. Ia akan berlaku apabila Tun M (the glue that stick together the parties in PH) kembali kpd penciptanya. When Anwar takes over as PM, the DAP will play the puppeteer. PKR will split into two factions with Azmin leading the other. Azmin's PKR will join PAS and UMNO to form a stronger Melayu group.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No way, Jose.

      PPBM will be strongest Malay party in PRU15.

      Umno is dead & buried.

      Delete
    2. Sorry bro.

      No true Melayu Islam will allow the chauvinist Chinese DAP to dictate the way they live in their Tanah Melayu.

      I would like to believe that the PPBM leaders are true Melayu Islam who will not be mere puppets of the DAP.

      Delete
    3. Org Melayu akan bersatu.samada kembali semula kepada UMNO atau majoritinya masuk bersatu
      Bersatu will be bullied by its much stronger partners in PH if Tun M is no longer around.
      May be Bersatu will become the party for the Malays if Tun M is around a bit longer.Otherwise,many Malays will return to UMNO's fold .
      Prof kangkung

      Delete
    4. melayu kena bersatu dan bermaafan di bulan ramadhan walapun rm2.6 billion beliau ambil

      muah ciked eheks..

      Jho Low

      Delete
  6. Poem dedicated to Ah Jib Kor...

    Altantuya hamba tak kenal
    Sirul Azhar hamba tak tengok
    Kena fitnah rasa sengal
    Fitnah orang rasa seronok

    Pergi shopping jadi hobi
    Tak muat kereta pakai lori
    Aku dicemuh dan juga dicaci
    Nasib baik ada balaci

    Kapal selam buatan Peranchis
    Belajar memandu tak pandai-pandai
    Biar kotor biar najis
    Apa yang penting hajat ku sampai

    Pak Lah Badawi dikatakan baik
    Mr Clean jolokan bodek
    Najib 'handsome' bibir menarik
    Tapi akal dikatakan pendek

    Musuh bahaya dalam selimut
    Berbagai cara cuba gagalkan
    melancong dan duit akan ku pungut
    walau ku pijak teman dan rakan

    Presiden Umno idaman hati
    Perdana Menteri mesti jadi
    Akan ku cuba sebelum mati
    Tiada yang boleh halang lagi

    Seloka ini gurauan hati
    Jangan berduka jangan bersedih
    Ambil iktibar mana yang murni
    Buang yang keruh ambil yang jernih

    ReplyDelete
  7. Melayu memalukan. Penganut pahaman orthodox nenek moyang ikut ikutkan. Kesudahannya akal terkunci mati berkali Kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Melayu memalukan"...ya, mindset cannot change. Bangsa Melayu mana ada lagi kemulian. Dah kena bangsat dan rela dibangsat demi dedak. Pada zaman Umno, hero Melayu adalah...penyamun Bugis, gangster Jawa, shopping songlap queen Minangkabau, munafiq Hadi Ada Wang etc.

      Mereka yang kononnya diangkat ulamak hanya tahu "saya tak lihat apa2, saya tak dengar apa2, saya tak cakap apa2...." tapi depan rumah ada Porsche Cayenne baru...custom numberplate....hmmmmmm?

      Yang paling heran, masih mahu bangsa Melayu dan Muslim di hormati...

      Delete
    2. Seronok dia orang ni mengutuk bangsa Melayu. Lepas geram lah tu.

      Delete
    3. Kutuk Ameno = x sama kutuk bangsa Melayu

      Ameno are biggest traitors to the Malays.

      Cayalah...

      Delete
    4. UMNO biggest contribution to Malay Felda is the disappearance of rm7 billion of Felda Money

      Jho low
      Orang Hensem

      Delete
  8. Annie,

    If you want topics to discuss about the current government I can give you. ..

    1. LGE brings his friends in to help in the MOF.
    2. Anwar's family.
    3. Jamal escapes. Security issue?
    4. Ask for updates from sprm and all those task force.
    5. Check on their manifesto to do list


    ...and whole lot more. Just don't harp on petty things. You'll be a good opposition blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamal Ikan Bakar tabloid news jer.

      Ignore that clown.

      Noh Omar gone Noh-Where, his macai will follow.

      Delete
    2. I am referring to polis can't even "jaga" jamal.

      Also, i find it weird that jamal would ran away for such a small offence. May be he knew what we don't know.

      Delete
    3. Maafkanlah Noh Omar di bulan ramadhan yang mulia inj

      Jho Low
      muslim sejagat

      Delete

  9. Melayu itu orangnya bijaksana

    Nakalnya bersulam jenaka

    Malangnya Melayu cepat pelupa

    Pengajaran terdahulu tidak dirasa.



    ReplyDelete
  10. majapahit was destroyed by its own people...

    ReplyDelete
  11. Pangkalan Rindu Hati

    https://youtu.be/mQTTyD8DEXU?list=PL1B3654A9650CF626

    ReplyDelete
  12. Annie,

    Saya setuju benar pasal perpaduan ini.

    Kalau tak kerana Tun M menyatukan umat negara kita dalam 4 parti, 3 melayu dan 1 cina, maka tak akan tumpas BN.

    Kita perlu bersatu untuk menentang kezaliman, keangkuhan, perosak rasuah dan penyangak.

    Kita tidak lupa juga sejarah yang lepas.

    Kezaliman yang berlaku di zaman Bendahara Tun Mutakhir sehingga beliau dan keluarganya sekali dihukum bunuh kerana sifat tamak dan dengki pembesar-pembesar melayu dan salah guna kuasa yang melampau. Tidak lama kemudian, Melaka menjadi lemah dan jatuh kepada Portugis.

    Disebabkan tidak ada usaha untuk menentang kezaliman dan salah guna kuasa, akhirnya negara akan dijajah semula seperti mana yang dikatakan oleh Tun M.

    ReplyDelete
  13. ...dear Annie,

    Why do Indonesia has no concerns with the word Melayu ?

    Sutannahu....

    ReplyDelete
  14. am not too much into dis wonderful dream of poetry words. wat i realised on everyday life is totally of a different feeling. i think we r out of tat rhetoric emotion n now is ready to play any game. times ve changed, except in d east coast, we cant no more entrusted our futures in d hand of an elected few. we r evolving in d participatory democracy. any exaggerated notion of wat may happen to our country, our privilege n religion when we accepted change is no more a lump in d throat or a sense of wrong doing. tat is an old malay pseudo which has lost its world now. we r a new gen which think, behave n act differently.

    ReplyDelete
  15. ...dear Annie,

    Why Melayu is of no concern to Pak Jokowi, yet Pak Zahid(Jawa) is fixated to Melayu ?

    Why Melayu is of no concern to Pak Habibie, yet Pak Najib (Bugis) is fixated to Melayu ?

    Cheers....

    Sutannahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sultannahu, Msians mostly talk no action. Indnesian not much talk just action. Google May 1998 riots, sangat x berperikemanusian. This is what happened when anger just boiled over. This despite Indonesia never emphasized race & ethanicity in their political narrative.

      Delete
    2. i hate rubbish indonesians and i love malaysians 2.6 fold more!

      Jho Low

      Delete
  16. Why still harping on Malay unity? It’s time we embrace Malaysian unity. Unite to rid this country of corruption and make Malaysia great again. Malays as the majority race here should lead and guide all Malaysian irregardless of race and make this a country for all.
    Go Real Madrid go

    ReplyDelete
  17. In front Melayu this and Melayu that, behind Jho Low. Najib will face the wrath of the spirit of Altantuya. This is like the curse of Mahsuri, seven generations Najib Melayus will be curse by Altantuya. They cannot sleep, rest in peace. Forever, the spirit of Altantuya will haunt these people, torture their family for generations. They cannot appease an angry revengeful ghost. BN hancur because the curse of Altantuya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sarankan orang melayu bersatu dan bebaskan dato seri najib dari PHitnah pakatan haprak

      Jho Low
      Handsome Hero
      the excetioner

      Delete