Wednesday, 17 January 2018

Attempt to hijack Malaysia's rice industry

GUEST BLOGGER

By Lebai Sudin

Pada ketika aku menulis mengenai mengapa StraitsTimes Singapore berminat mengenai industri beras di Malaysia,


rupa-rupanya ada satu media online MalaysiaGazette menyiarkan artikel ada spekulasi mahukan bisnes di tangan Bernas sekarang.

Bernas masih belum tahu nasib selepas 2021? 


Artikel tu macam mengesahkan persoalan yang aku bangkitkan.

MalaysiaGazette memetik sumber-sumber yang mengatakan belum ada tanda-tanda status dan kedudukan Bernas sebagai pemegang permit tunggal pengimport beras negara dapat dipertahankan.

Katanya, ini kerana terdapat spekulasi bahawa beberapa pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan membabitkan industri pertanian turut mengintai peluang untuk berkongsi ‘kek’ yang sama dengan Bernas.

Apalah kek yang nak dikongsikan sangat tu..soal kek ini aku akan cerita kemudian. Kali ini aku nak bicara soal usaha untuk memburukkan industri beras negara dan serangan terhadap Bernas. Apa motifnya?

Kalau ingat, Annie ada menulis bahawa Pengerusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia, Musonnef Md Radzi adalah antara orang terlibat memulakan gerakan NGO Padi Rescue, yang desak kerajaan tubuhkan semula LPN. Kumpulan ini mendakwa Bernas yang memainkan peranan LPN telah gagal membela pesawah, pengilang malah industri beras keseluruhannya.


Musonef adalah seorang pengusaha kilang yang mempunyai hutang tertunggak dengan Bernas sehingga lebih RM6.5 juta. Dia bertindak mengasak Bernas apabila Bernas mula mengambil tindakan undang-undang berikutan hutang tidak diselesaikan.

Gerakan Musonef ini pula dilaporkan mendapat pembelaan pemimpin pembangkang, Datin Seri Wan Azizah yang mendesak kerajaan supaya menghalang Bernas mengambil tindakan undang-undang.

Kemudian serangan ke atas Bernas ini disiarkan pula ST Singapore yang mendapat ulasan penganalisa politik syarikat KRA (Karim Raslan Associates), yang kemudiannya dipetik dan siar semula oleh Malaymail.

Dan akhirnya Malasysiagazette pula menyiarkan artikel spekulasinya.

Maka, bermula dengan masalah sebuah syarikat pengilang yang berhutang (yang pemiliknya tahu mengapa dia berhutang begitu banyak), isu padi telah dibawa hingga kepada perhatian akhbar negara jiran dengan alasan kononnya memberi impak kepada pilihanraya umum dan akhirnya kepada soal hak mengimport beras.

Nampak pihak-pihak yang berminat dalam hal ini tidak peduli dengan beras sebagai satu industri strategik negara.

Apakah mereka membela pengilang yang mensia-siakan peluang yang diberikan kepadanya sehingga menanggung beban hutang begitu banyak? Pengilang pula kononnya mahu membela pesawah yang sentiasa mendapat pembelaan kerajaan melalui Kementerian Pertanian.

Maka, muncul pula pihak-pihak berkepentingan yang mahu mengambil peluang dengan mengeruhkan sedikit suasana dan kemudian menangguk di air keruh.

Semua ini macam ada udang di sebalik batu, atau kalau kononnya mahu membaiki keadaan,,,mengapa lain yang sakit, lain pula dibebatnya?

Aku rasa dah sampai masanya masyarakat disedarkan dan memahami kedudukan industri beras di negara ini. Ia bukan industri yang boleh mengaut keuntungan besar, kerana ada tanggungjawab terhadap rakyat dan negara dalam industri ini.


Sebagai anak nelayan dan hidup dalam kampung pekebun kecil aku amat memahami persoalan ini.

Kerajaan didesak supaya memastikan hasil padi pesawah dibeli pada harga tinggi, tetapi pada masa sama, kerajaan juga didesak supaya memastikan harga beras murah untuk menjaga rakyat terbanyak pula.

Siapa yang sanggup menggalas tanggungjawab ini? Apakah mereka yang dalam fikiran  sentiasa mengira dollar n cents macam dalam sektor hartanah boleh dipercayai diberi tugas ini?

Saya akan bicara lagi hal ini, khususnya ketika krisis beras sekitar awal 1970-an, krisis kewangan 1998 dan kesannya kepada beras serta isu beras 2008. Tunggu tulisan akan datang.

17 comments:

  1. BERNAS adalah LANUN yang menipu rakyat ! Berapa & sangatlah hasil pengeluaran Beras Negara ini? Slebihnya di Import dr Tahailand & Vtnm...beras murah 15% hancur lalu digaul dengan Beras 5% keluaran Negara ! Lalu dijual pd harga yg sgt mahal... kalo mau bicara, biar tahu perkara, kalo mahu membela biar benar adanya !

    ReplyDelete
  2. Siapa lah sebenar....lebih maha lanun yg membawa masuk secara haram dan menjual dgn harga lebih murah dari harga beras tempatan....pastu pengilang yg membeli dgn menipu timbangan...pastu...pengilang yg mengaku membela nasib petani padahal bertindak utk kepentingan sendiri...jgn nk tunding sahaja jari tu sebelah mata sedangkan sendiri pun tak tahu kebenaran yg sebenar...

    ReplyDelete
  3. Lebai Sudin,

    Thanks for the article, it was interesting reading.

    I confess I know very little about the rice industry other then that it is comtrolled by Syed Mokhtar Al-Bukhary.

    I look forward to more articles from you explaining the issues which concern you.

    Gladiator

    ReplyDelete
  4. Thx Lebai Sudin. i ve been following your writing, in which i considered a fair writing. i ve no specific interest in this issue, except once i was a member of both LPN and Bernas.

    I started with LPN as lower rank admin staff, and involved in privatisation process. but i left just before the financial crisis in 1998 to pursue my degree and after that doing something else on my own. Now, i m retiring senior citizen.

    Lebai Sudin, i would like to know what happened in that 1998 and ten years later as u promised to write. hopefully u can enlighten me on that, cause i know that rice industries is not something simple as ABC. Its too strategic and sensitive a commodity to be left to the market.

    Based on my experienced, there were several licensed importers in the early 70s. Come rice crisis 1974, these importers were unable to bring in sufficient rice due to pricing and supply. I believed something similar will happen if we leave this national responsibilty to the open market.

    If its true there is a move to liberalise the rice industry in this country, as called by various parties, lets hope not for the worse.

    ReplyDelete
  5. Alahai abang lebai…

    hang fokus betoi pasal hal padi dan beras ni. Baguih la..tidak ramai orang nak ambil tau pasal hal ini. Sebab kita tak rasa apa-apa pun pasal beras ni. Pi la kat kedai mana, kita boleh pilih beras apa kita nak. tak ada masalah.

    Elok la abang lebai oii.. hang tengok sikit, kot-kot ada orang nak mai kacau. Benda duk elok-elok, tak ada apa hal, depa saja nak buat onar. Puak-puak mcm ni, bukan buleh harap sangat, depa nak buat duit je.

    Tu, depa yang ada kilang, tau nak pakai keta besaq je.. buka nak jaga kilang depa baik-baik. Bila utang dah belonggok, baru dan kalut. minta kerajaan itu ini. Masa kerajaan duk jaga depa, ada depa peduli, duk melaram. Masa senang tak sedaq diri.

    Elok sgt tu abng lebai, hang mai cerita apa yang patut pasal beras ni. supaya orang semua tau apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  6. Tukar topik la Annie. Bosan la cakap pasal beras..

    ReplyDelete
  7. Bagus juga ada orang seperti Lebai Sudin yang sentiasa perihatin dan 'menjaga' kelangsungan industri padi & beras Negara. Semoga Rakyat terpelihara dari musibat mereka-mereka yang pandai cari jalan mudah untuk memperkayakan diri sendiri dan kelompok mereka dengan mengunakan sumber makanan staple atau ruji Rakyat Malaysia.

    Namun... saya nak tanya satu je.

    Sebagai ketua keluarga, perlukah saya membeli dan simpan beberapa kampit beras, lebih dari biasa, sebagai persediaan menghadapi keputusan PRU14 nanti?

    Maklum saja lah... saya ramalkan, kekecohan akan berlaku dalam dua keadaan berikut:-

    1. PH kalah kerana banyak penipuan. Pembangkang dan penyokong mereka tak puas hati dan keluar kejalanraya untuk protes.

    2. BN kalah. Geng Baju-Merah dan mereka yang selama ini hidup 'senang' kerana amalan 'Cash is King' menjadi terdesak kerana akan hilang punca rezeki-mudah... keluar kejalanraya untuk mengembalikan Kerajaan Kleptocracy.

    ReplyDelete
  8. Sorry Annie, off topic:

    https://www.nst.com.my/news/exclusive/2018/01/326214/integrity-officer-shocker-macc-men-pulled-govt-agencies

    "FORTY-SEVEN Certified Integrity Officers (CeIOs) with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) tasked with smoking out corruption and abuse of power in the civil service have been yanked out from ministries and agencies they were overseeing."

    ...looks like the civil service lords have won this battle...

    ReplyDelete
  9. I remembered my varsity time 20 years ago our ministers talked about how to produce more engineers.
    Now our ministers talked about how to work multiple jobs and work part time job(s)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Graduates unemployed. Blame it on 4th Industrial revolution

      High cost of living. Blame it on notorious traders to blame raising the price

      High petrol price. Follow the Saudis’ example. They don’t complain.

      GST tax. If Saudis don’t complain. Why should Malaysians?

      Weakening ringgit. Other currencies also weakening. It’s good for tourism as well.

      Delete
  10. A video that went viral recently on the actual worth in weight for packed rice
    Two ten kgs bags of rice was inspected for tampering
    It was intact
    When mounted on the weighing scale it shows only nine kgs

    Fadzireen

    ReplyDelete
  11. Admin Sila Baca Dan Hadam...

    Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kewujudan lepasan universiti yang terpaksa menjual nasi lemak, menjadi pemandu Uber dan seumpamanya adalah petanda kegagalan kerajaan di negara ini. Menurut bekas perdana menteri itu seseorang rakyat di negara ini memasuki universiti bukan bertujuan untuk menjadi penjual nasi lemak atau pemandu. Katanya, golongan terbabit menyara hidup dengan menjual nasi lemak atau pemandu Uber kerana peluang pekerjaan tiada.

    "Mereka terpaksa menjual nasi lemak sebab mereka tak ada peluang kerja, dan ini menunjukkan kegagalan keraaan mentadbir negara kita supaya orang yang terlatih dengan ilmu yang tinggi dapat pekerjaana yang memberi pendapatan setanding dengan tahap kebolehan mereka. Bukannya kita nak latih mereka nak jadi pemandu Uber dan penjual nasi lemak. Kalau kita nak (mereka jadi) jual nasi lemak, kita patut ada universiti yang mengajar kita bagaimana nak jual nasi lemak. Sebaliknya mereka yang terlatih dengan kepakaran tinggi ini patut bekerja dengan menggunakan kebolehan dan ilmu yang mereka perolehi. Kita sedar oleh kerana ekonomi tak baik, peluang pekerjaan kurang, maka lepasan universiti terpaksa menjual nasi lemak. Kita tak boleh bangga dengan mereka yang terpaksa menjual nasi lemak atau menjadi pemandu Uber untuk menampung pendapatan sebab mereka tak ada pekerjaan," - TUN M

    admin- PUTAR BELIT GAYA UMNO "Mahathir hina pemandu grab, uber & penjual nasi lemak"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Standard la ni. Statement bodoh terbaru ialah dari MCA Youth yg kata jual nasi lemak & jadi pemandu teksi sapu lebih mulia dari jadi pelacur atau gangster.

      Semuanya tak berani nak ulas perkara pokok, kenapa kadar pengganguran & underemployment graduan amat tinggi sampaikan doktor pun ada menggangur?

      Delete
  12. Anon 10:14

    Biarlah bicara pasal beras. Ia penting untuk kita semua..melainkan kalau orang malaysia dah jadi orang putih lah.

    Lagipun asyik politik..politik..politik...lagi bosan.

    ReplyDelete
  13. Anonymous @ 18 January 2018 at 19:49,

    //High petrol price. Follow the Saudis’ example. They don’t complain.//

    I found the following on another website.

    Wriiten in very simple BM which even a dummy like me can read and understand it without using Google translate!! :)

    Gladiator
    ==================================

    Najib kata rakyat di Saudi tak kisah pun dengan GST dan harga minyak. Rakyat Malaysia saja kecoh.


    Najib hanya nampak bab harga minyak dan GST sahaja. Dia tak bandingkan berapa pendapatan warga Saudi  dan kos hidup di Saudi berbanding Malaysia. 


    Saya ambil contoh mudah, gaji jururawat dari Malaysia yang bekerja di Saudi puratanya 3 kali ganda berbanding di Malaysia. Jururawat gred 1 menerima gaji sekitar RM8 ribu, gred 2 RM10 ribu dan gred 3 RM14 ribu. Ini baru satu contoh.


    Di Saudi tak ada tol dan tak ada cukai jalan. Sebab itu mereka tak kisah pakai kereta besar. Kereta saiz  seperti di Saudi kalau digunakan di Malaysia, pemiliknya akan termenung panjang bila nak bayar cukai jalan. 


    Rakyat Saudi juga menikmati pendidikan percuma. Rakyat Malaysia terpaksa bergolok bergadai bila nak masuk universiti. Di Saudi tak ada PTPTN. Di Malaysia PTPTN dah jadi jembalang yang menakutkan dan mengejar para graduan.


    Kos perubatan di Saudi sangat murah untuk warga Saudi. Di Malaysia, kalau kita kemalangan dan ada bahagian tulang yang patah, paling kurang sekitar RM2 ribu perlu disediakan secara tunai sebelum pembedahan dilakukan. Belum lagi caj item-item lain. Ini cerita di hospital kerajaan, bukan hospital swasta.


    Harga kereta juga usah bandingkan antara Saudi dan Malaysia. Jauh lebih murah di sana. Tentunya ada sebab dan alasan boleh dikemukakan kenapa harga kereta di Malaysia lebih mahal. Tapi hakikatnya memang ia mahal!


    Begitu juga kos perkhidmatan telekomunikasi yang boleh dinikmati dengan kos yang jauh lebih murah di Saudi berbanding Malaysia.


    Malah harga air mineral di Malaysia lebih mahal dari Saudi.


    Sebab itu bila Najib nak bercakap tentang GST dan harga minyak di Saudi, Najib juga perlu bercakap dalam bab pendapatan dan kos hidup di negara sendiri.


    Dr Azman Ibrahim

    ReplyDelete
  14. Sekarang dah banyak tempat sedang mula musim menuai padi di Sabah ni Annie on the West Coast area.
    I just bought a kilogram of beras kampung dekat Pasar Tuaran for RM10. Sedapnya makan beras baru kena tuai kisar.
    Beras kampung pun sudah naik harga sekarang, sometime 1.5kg di pasar sahaja direct dari pesawah RM15~16.
    I think nasib baik pesawah di sini boleh jual hasil tuai mereka sendiri direct to customers.
    Orang Jepun pun suka beli shopping local made beras di Sabah ni. Antara sebab harga pasarannya boleh tahan. But harga boleh tahan is because of the quality as well.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kalau saya dapat ke Sabah lagi. Last kesana tahun 2012. Memang hasil bumi di Sabah extra special. InsyaAllah kalau saya kesana lagi saya akan try cari beras padi kampung macam yang Tukang Kebun cakap. Di Jepun, antara yang saya paling enjoy ialah naik keretapi boleh lihat pemandangan sawah padi disana. Very calming.

      Delete