Monday, 9 June 2014

A Johorean's letter to his MB

I'm reproducing in full this open letter from a Johorean lawyer to Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


The more important parts are those highlighted.

Hassan Karim
d/a Tetuan Hassan Karim & Co.,
Peguambela & Peguamcara
Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat,
82000 Pontian, Johor.
Tel: 07-6881839 (H/P:0127931148)
Tarikh: 7hb Jun 2014

Kepada

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Besar Johor
Pejabat Menteri Besar Johor,
Aras 3, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor

YAB Datuk Seri,

Asalamualaikum Saudara,

PER: RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH JOHOR

Dengan rendah hati saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Hassan Karim seorang rakyat Johor, warganegara Malaysia yang tinggal di Pontian, Johor serta beralamat seperti di atas.

2. Surat terbuka ini ditujukan dan dialamatkan kepada saudara selaku Menteri Besar Johor. Saya ingin merujuk perkara yang tersebut di atas iaitu mengenai Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor, ringkasnya RUU (LPHJ).

3. Saya mendapat maklum dari media bahawa pada hari Isnin ini 9.6.2014 RUU (LPHJ) akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Nusajaya. RUU(LPHJ) itu jika diluluskan oleh DUN maka ia akan menjadi satu enakmen yang mempunyai ciri-ciri, antara lainnya seperti berikut:-

(a) ia memberi kuasa kepada Sultan Johor untuk menyelia akaun LPHJ;
(b) Sultan Johor mempunyai kuasa membubar dan melantik ahli lembaga pengarah baharu;
(c) Sultan diberi kuasa menentukan jumlah elaun dan saraan ahli lembaga pengarah;
(d) Sultan diberi kuasa melantik seorang pengarah yang boleh dipilih sebagai Ketua Eksekutif LPHJ.

4. Saya percaya jika RUU (LPHJ) seperti yang ada sekarang diluluskan maka ia akan membawa implikasi bahawa Kerajaan Johor yang dipilih oleh rakyat memberi kuasa kepada Sultan untuk terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan.

5. Saudara sebagai Menteri Besar yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia tentu lebih faham bahawa RUU (LPHJ) yang akan dibentangkan di DUN Johor ini adalah bercanggah dengan konvensi sistem berkerajaan di Malaysia yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

6. Saudara sebagai Menteri Besar Johor mestilah menjadi banteng untuk mempertahankan kedua-duanya iaitu institusi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Saudara mesti mengambil apa juga langkah untuk mengelakkan supaya Sultan Johor tidak terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri secara langsung sebagai kuasa eksekutif. Ini untuk mengelakkan Sultan Johor dari terdedah kepada penghinaan. Sebagai contoh, sebagai seorang yang dilatih sebagai peguam, saudara tentu faham bahawa jika Sultan diberi kuasa untuk membubar dan melantik ahli lembaga pengarah LPHJ, maka keputusan Sultan itu adalah satu keputusan eksekutif kerajaan dan ia boleh dicabar di mahkamah di dalam prosiding Semakan Kehakiman (Judicial Review). Sanggupkah saudara melihat kebawah duli Sultan Johor diheret ke Mahkamah Sivil sebagai seorang responden oleh pihak-pihak yang berasa terkilan apabila diberhentikan sebagai ahli lembaga pengarah? Jika ini berlaku tidakkah Sultan akan terdedah kepada penghinaan? Jika saudara masih sayangkan Sultan!

7. Saya ingin bertanya, adakah saudara mendapat nasihat perundangaan dari Penasihat Undang-Undang Negeri Johor (PUNJ) apabila saudara sebagai ketua Majlis Jemaah Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, mudahnya kerajaan Johor hendak membentangkan RUU (LPHJ)? Jika ada nasihat dari PUNJ, apakah nasihat mereka? PUNJ memikul tanggungjawab sebagai penasihat undang-undang kepada Kerajaan Johor. Siapa yang menderaf RUU (LPHJ) ini? Adakah diteliti oleh PUNJ? Jika PUNJ berkata “ Yes” sahaja terhadap RUU (LPHJ) itu nyata sekali PUNJ telah melakukan satu kecuaian. Tapi ini satu spekulasi sahaja.

8. Jadi siapa sebenarnya yang menderaf, mendesak supaya RUU (LPHJ) ini dibentangkan? Adakah Sultan Johor tahu? Adakah baginda setuju? Atau adakah baginda Sultan yang mengarahkan supaya dibentangkan dengan peruntukan seperti yang ada sekarang? Ini satu pertanyaan. Saudara mesti telus. Perkara ini sudah jadi isu nasional.

9. Sekarang saudara perlu memikul satu lagi tanggungjawab. Saudara jadi Menteri Besar kerana saudara menang sebagai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri Permas, dalam negeri Johor. Parti politik saudara UMNO/Barisan Nasional menjadi parti yang menang majoriti di DUN Johor. Saudara tidak berada di dalam DUN Johor kerana dilantik oleh Sultan. Rakyat yang lantik saudara. Jadi saudara perlu memikul satu lagi konvensi sistem bernegara dan bernegeri di Johor dan Malaysia ini iaitu sistem Demokrasi Berparlimen.

10. Demokrasi berparlimen adalah secara mudah difaham ialah kuasa rakyat yang memilik satu kerajaan iaitu kerajaan pilihan rakyat melalui satu pilihanraya yang bersih dan adil. Jadi tugas saudara sebagai Menteri Besar ialah sentiasa bersikap cermat, waspada, dan sentiasa cemburu supaya kuasa kerajaan pilihan rakyat tidak diceroboh oleh pihak istana. Bukan seperti apa yang berlaku sekarang. Saudara telah buka pintu seluas-luasnya untuk Sultan berkuasa di dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri khususnya dalam satu bidang yang amat penting dan strategik iaitu sektor perumahan dan hartanah. Jadi saudara telah pecah amanah yang diberi oleh rakyat. Saudara telah gagal untuk mempertahankan sistem demokrasi berparlimen di Johor. Perlu diingat, Johor bukan satu negeri berdaulat dan merdeka sendiri. Johor adalah satu komponen dalam Persekutuan Malaysia yang merdeka.

11. Saudara selaku Menteri Besar perlu memikul tanggungjawab terhadap isu ini yang boleh menjadi satu skandal perundangan dan perlembagaan. Saudara perlu dipersalahkan sekiranya akhirnya institusi raja dan Sultan Johor dihina rakyat. Saudara perlu melindungi hal seperti itu berlaku. Ini memerlukan seorang Menteri Besar yang bijaksana, tegas dan berpandangan jauh untuk menasihati Sultan, jika di pihak Sultan sendiri yang begitu ghairah untuk mempunyai kuasa eksekutif. Saudara mesti menasihati baginda.

12. Saudara selaku Menteri Besar patut turun padang dan mendengar keluhan dan kegelisahan rakyat. Adakah saudara tahu bahawa di Johor sekarang sudah menjadi satu rahsia umum bahawa Sultan Johor secara langsung atau melalui nominenya atau proksinya terlibat dalam hal perniagaan termasuk dalam sektor perumahan dan hartanah. Saudara tentu sedar sektor hartanah terutamanya hartanah mewah sedang berkembang pesat di Iskandar Malaysia? Saudara tentu sedar banyak kawasan laut dan selat serta pantai sedang rancak di tambak di Johor Bahru dan Iskandar Malaysia seperti di Nusajaya dan Gelang Patah, juga Pengerang. Adakah saudara sedar bahawa tanah-tanah yang ditambak itu kemudiannya di jual kepada syarikat-syarikat pemodal asing dari Singapura, Hong Kong dan China? Masakan saudara sebagai Menteri Besar tidak sedar tentang hal ini atau saudara mahu menafikannya? Adakah saudara sedar ada dakwaan bahawa Sultan Johor terlibat dalam menjual tanah-tanah itu kepada syarikat milik asing?

13. Dengan saudara yang menerajui RUU (LPHJ) pada hari Isnin depan ini, maka saudara yang mesti pikul tanggungjawab jika Sultan Johor akan dipersoalkan oleh rakyat. Jika Sultan Johor terlibat dengan perniagaan dalam bidang hartanah, dan enakmen baru jika diluluskaan memberikan baginda kuasa ke atas urusan pentadbiran hal perumahan dan hartanah, tidakkah itu akan berlaku percanggahan kepentingan (conflict of interest)? Sepatutnya saudara elakkan perkara ini daripada berlaku.Ini satu kecuaian saudara.

14. Apa tujuan sebenarnya saudara hendak bentangkan RUU (LPHJ) hari Isnin ini? Adakah saudara mahu melihat institusi raja di Johor ini lebih cepat berkubur apabila rakyat marah. Seperti apa yang berlaku dalam Revolusi Perancis dan dekat di sini Revolusi Sosial di Indonesia? Jangan orang melawak akhirnya di dunia ini tinggal raja dan permaisuri daun terup atau daun pakau sahaja. Tinggal raja lekuk, raja sepit dan suku sakatnya.

15. Saudara perlu bertanggungjawab selaku mamak menteri atau Menteri Besar jika peristiwa pemberontakan ke atas raja dan sultan berlaku di Johor. Ingat semula kisah benar Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di Kota Tinggi. Di Pengerang, beratus-ratus nelayan miskin dari pelbagai kaum, tetapi majoritinya Melayu, periuk nasi mereka seperti “dicampak pasir” apabila pasir-pasir di tengahlaut disedut oleh Syarikat Mados Sdn Bhd dengan kelulusan Kerajaan Negeri Johor untuk ditambak di kawasan tangkapan ikan para nelayan tersebut untuk tujuan membina satu projek terminal laut dalam milik syarikat-syarikat besar. Syarikat Mados Sdn Bhd ini sebuah syarikat milik Sultan Johor.

16. Jadi saya nasihatkan sebelum Sultan Johor jadi mangsa skandal penghinaan yang lebih parah, lebih baik saudara tarik balik RUU(LPHJ) itu. Pinda semula. Gugurkan semua peruntukan yang memberi kuasa kepada Sultan dalam enakmen itu. Jangan heret Sultan ke dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri. Saudara sebagai Menteri Besar dan para Exco saudara dalam Jemaah Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mesti pikul tanggungjawab atau akauntabiliti dalam sistem demokrasi berparlimen. Baru ada fungsi Dewan Undangan Negeri untuk lakukan semak dan imbang/check and balance. Jika saudara silap, atau gagal, dalam pilihanraya umum nanti rakyat ada remedi untuk ganti kerajaan saudara dengan kerajaan lain pilihan rakyat. Rakyat tidak perlu marahkan Sultan. Sultan tidak bertanding dalam pilihanraya.

Sekian sahaja surat saya ini. Harap maaf jika ada tersilap kata dan bahasa.

Terima kasih.

Yang benar,
Hassan Karim



P.S 
Khaled, did you advise Tuanku on this one? Please click on the link.

Iskandar Malaysia breaking record land price sales


22 comments:

  1. Adakah Sdr Hassan Karim akan dipanggil dengan penuh kehinaan ke Istana untuk di tampar sebagaimana saranan pihak pro MB di lama ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap Tun Dr Mahathir dapat menjadi peneraju untuk mengubah scenario di Johor. Terlalu banyak penyangak. Johor Corp yang telah ditubuhkan untuk kepentingan Melayu telah diselewengkan dan dipecah-pecah untuk orang -orang (?) Sultan dan Menteri Besar. Kita bongkar kedudukan kewangan Ghani Othman. Dialah petualang yang memulakankan kekecohan ini semua.

      Delete
    2. Anon 12:54
      Actually the new Johor state administration had done what you want in regards to former MB Datuk Abdul Ghani Othman. In fact a team of auditors was send to KPRJ to check on where Ghani had profited from its numerous dealings of building kampung roads, balairaya and surau for villagers throughout the State. The findings of the audit team was submitted to the Sultan of Johor himself. The outcome was ZERO.

      Delete
    3. Anon 10.29 saya berharap sejarah sebelum tahun 1993 kisah " istana dan rakyat" tidak berulang tolong jangan lah tampar -menampar orang sesuka hati, kerana kalau berulang ia akan jadi lebih buruk lagi daripada isu pindaan perlembagaan dahulu kerana tiada apa yang hendak di pinda kecuali kemungkinan besar gelombang revolusi akan berlaku , Ini boleh berlaku dengan mudah kerana 1.Generasi muda semakin tidak menghormati lambang-lambang kedualatan negara, 2. Pihak dalaman seperti Kelompok Anuar peliwat memang suka kepada kekacuaan dan huru hara memudahkan kerajaan pusat menjadi lemah . DAP memang dari asal kejadian mereka tidak dapat menerima segala bentuk pemerintah melayu dan sultan lihat saja menefesto DAP 1969 menentang habis atikel 153 perlembagaan menganai hak melayu islam dan raja-raja . 3 .Bantuan dari pihak luar seperti singapork ada banyak maklumat sahih yang di ketahui mereka dalam usaha meluaskan wilayah diutara dan selatan negara itu , Mula menanam modal dengan membantu Pulau pinang dari segi dana dan nasihat untuk menjadi blok kepada mereka termasuk JB. mereka mempunyai modal yang cukup banyak , ini belum lagi pihak zionis . Jadi saya harap pihak istana tak payah mengulangi tingkah laku dahulu . Kerana allah tidak suka kepada kezaliman . sedar lah ancaman sekeliling kita.

      Delete
    4. Ghani Othman is the one that changed the scenario of land development in Johor since the appointment of the present Sultan. He enriched the Chinese and let the Chinese capitalist "surround" the Istana. He never thought of his correct role as a Menteri Besar. He could not control the Istana. So too Khalid Nordin. Sekarang sudah terlambat. Orang Melayu perlu bangkit.

      Delete
    5. Why should an audit report being sent to the Sultan? The Sultan should not have executive power to save Ghani Othman. It should have been sent to SPRM. I am very sure the report included the trade off of the overvalued shares of the companies owned by Lim Kang Hoe. Who is the Chairman of KPRJ? Who else? Khakis Nordin. He can't handle KPRJ Yet he says he can manage the Housing and Real Proerties Board! He has no control over Datuk Moy who is the CEO of KPRJ. Datuk Moy loyalty is to the Sultan. Mati lah Melayu. Mati lah UMNO. No body cares.

      Delete
    6. Go n ask the current MB all that questions. I am sure he can satisfy you with tje answers.

      Delete
  2. Apakah Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor ini dibuat untuk melindungi rakyat, ataupun pelabur-pelabur kapitalis seperti Vincent Tan (Lido Boulevard), Peter Lim (Vantage Stulang Laut), Lim Kang Hoo (Danga Bay), R&F China (CIQ Kastam Tg Puteri) atau Country Garden China (Danga Bay dan Tanjung Kupang)?

    Siapakah yang akan mengaut untung dari pembangunan syarikat-syarikat ini? Siapakah yang menjadi rakan kongsi kepada syarikat-syarikat ini. Ini semua sudah menjadi rahsia terbuka. Jadilah pemimpin yang telus dan jujur tentang peranan melindungi rakyat jelata. Malu lah jadi orang Johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya amat hairan mengapa Najib dan Muhyiddin serta orang-orang kuat UMNO menjadi senyap sesenyapnya.

      Delete
  3. Tajam Perkataan9 June 2014 at 11:13

    This is not targeted to anyone specific, but I think someone used to say, "Kalau nak jadi peniaga, jangan jadi raja. Kalau nak jadi raja, jangan jadi peniaga.".

    The same applies to politicians running Federal and States, "Kalau nak jadi pemerintah, jangan jadi peniaga, nanti habis negara diniagakan."

    ReplyDelete
    Replies

    1. Betut , betut , betut !, Wa manyak sokong , mana bolih buat semua keleja lea aa , lain olang pon mau hilup lor r'r .

      Delete
  4. Ya Allah.berilah hidayah kepada mereka-mereka ini supaya kembali ke jalan lurus yang telah engkau tetapkan bagi hamba-hamba mu.

    ReplyDelete
  5. Anon 10:29,

    Kalau Hassan Karim dipanggil ke istana untuk ditampar, yakinlah peristiwa ini tidak akan dianggap penuh dengan kehinaan tetapi akan meningkatkan taraf beliau sebagai WIRA.!

    Sakit beliau kena penampar akan menjadi pemangkin untuk rakyat 'menyerang institusi raja' dengan hebatnya terutama sekali di alam maya. Saya boleh bayangkan kata kata kritikan pedas yang akan dihamburkan ke arah Istana!

    Paling membimbangkan sekiranya terjadi revolusi social seperti di Indonesia, apabila raja raja diturunkan dari takhta!

    Kalau perkara ini terjadi mana lagi letaknya keadualatan raja?

    Cuma, jangan lupa sebarkan juga nama 'tokoh tokoh' pro MB yang menyarankan supaya Hassan Karim di tampar oleh pihak tertentu. Supaya mereka juga boleh 'ditampar' secara reality atau 'ditampar' secukup cukupnya di alam maya atau media cetak!

    ReplyDelete
  6. Ini Gurindam 12 pasal yang keempat:

    Hati kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim segala anggota pun roboh.
    Apabila dengki sudah bertanah, datanglah daripadanya beberapa anak panah.
    Mengumpat dan memuji hendaklah pikir, di situlah banyak orang yang tergelincir.
    Pekerjaan marah jangan dibela, nanti hilang akal di kepala.
    Jika sedikitpun berbuat bohong, boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
    Tanda orang yang amat celaka, aib dirinya tiada ia sangka.
    Bakhil jangan diberi singgah, itupun perampok yang amat gagah.
    Barang siapa yang sudah besar, janganlah kelakuannya membuat kasar.
    Barang siapa perkataan kotor, mulutnya itu umpama ketur.
    Di mana tahu salah diri, jika tidak orang lain yang berperi.

    Dondang Sayang Sri Mersing
    http://www.youtube.com/watch?v=5FKO393Oz1A

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepincangan di negeri Johor telah disebarkan ke bandar bandar dan ke kampong kampong. Tak boleh nak selindung lagi. Mereka yang menyokong mempunyai kepentingan - membuat catering dan sebagainya. Janganlah tunjukkan kita tidak mempunyai ilmu tapi nak menyokong secara membuta tuli. Malu se malu malunya. Tak Nampak ke Cina dah berkuasa di negeri Johor.

      Delete
  7. Apa cerita puncak Gunung Ledang jadi kawasan larangan? Apa cerita tanah sekeliling istana hinggap Bandar Maharani Bandar diRaja termasuk tapak Sekolah Tinggi Muar nak diambil-alih oleh istana? Masjid Jamek yang kat sebelah istana pun tak singgah.

    Tentang perumahan pula, dulu ada undang-undang supaya setiap taman perumahan mesti didirikan rumah kos rendah juga (tak ingat taman perumaha saiz berapa). Tapi kebelakangan ini, sejak MB sebelum ini, kebanyakan taman perumahan dibuat sebaris dan dah merata sampai ke ceruk kampung. Bila dah taman perumahan sebaris, mana nak adanya rumah kos rendah. Itulah taktik pemaju yang direstui oleh kerajaan Johor sebelum ini sehingga sekarang. Mana nak selesai isu perumahan kos rendah dan sederhana?

    ReplyDelete
  8. JOHOR BARU: The provisions of Johor Housing and Property Board Bill, does not surrender absolute power to the Ruler, nor will it see interference the state administration.

    The Royal Court Council president Datuk Abdul Rahim Ramli said the bill must be read together the Johor State Constitution 1895.

    Abdul Rahim also clarified that the word Ruler in the bill was added by the state government and was not on the request of the Ruler.


    ps. as anything issued by the government is not easily believable, I wonder who is telling the truth here.

    ReplyDelete
  9. Enakmen RUU (LPHJ) telah diluluskan oleh DUN negeri Johor. Lambat laun kita akan nampak juga motif sebenar enakmen ini diluluskan. Jikalau memang untuk kebaikan rakyat jelata, alhamdulillah, pemimpin dapat pahala, rakyat dapat nikmatnya. Sekiranya ia hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja, tunggu lah bala yang akan menimpa. Sekiranya yang timbul hanya harga hartanah melambung tinggi, pemaju kaya raya sementara rakyat yang kurang bernasib baik terpaksa tinggal jauh di pendalaman, tidak mustahil ada diantara mereka yang mengadu kepada Allah SWT. Pemimpin dan pemaju kafir tak apa lah sebab dah dapat habuan dunia dan di akhirat tempatnya kita semua sudah tahu. Yang Islam bersedialah untuk menjawab soalan-soalan bocor tanpa ada orang-orang kuat yang boleh memberi syafaat.

    ReplyDelete
  10. I am confused...some say the Sultan is doing this to save land from being sold to foreigners....but on the hand, there are allegations that the Sultan himself has sold off land to foreigners....so, which is TRUE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please go to the link at the last paragraph of the posting to get your answer. Just click on it.

      Delete
  11. Bila rakyat bising, takut juga depa ya!

    ReplyDelete
  12. so, what do you think about LPHJ now?

    ReplyDelete