Tuesday 9 July 2019

Jangan tulis pasal jual harta negara

This is a continuation of my previous post,

Stories forwarded by a friend - Jual harta negara

Received this via WhatsApp from my friend this morning,

Susulan ugutan dan fitnah politik tempoh hari, saya sekeluarga amat terhutang budi kepada semua pihak yang mendoakan keselamatan kami. 

 Begitu ramai para Ulama, Profesor, ahli keluarga, dan rakan-rakan yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada kami. 

 Namun begitu saya secara rasminya telah diarahkan untuk tidak lagi menulis tentang sebarang isu politik yang sensitif. 

 Saya akur sepenuhnya dengan arahan ini, meski pun sedih dan terkilan kerana tidak lagi berpeluang untuk menyumbang sudut pandangan kritis kepada pentadbiran negara selepas 10 tahun berkhidmat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

 Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui betapa barisan pentadbir UKM hari ini telah memberi kebebasan akademik kepada kami para pensyarah – sebelum adanya campur tangan seorang Penasihat Perdana Menteri tempoh hari. 

 Wajib juga bagi saya mengambil kesempatan ini untuk membersihkan nama beberapa individu yang telah dilempar tuduhan yang tidak sepatutnya oleh Penasihat Perdana Menteri ini. 

 Sungguh tidak disangka sama sekali Penasihat Perdana Menteri yang gagal menjawab kesemua fakta yang saya hujahkan tempoh hari telah bertindak menuduh pihak-pihak yang tidak berkaitan sama sekali. 

 Dalam tuduhan di bawah, nama Naib Canselor UKM, Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abdul Shukor dan juga Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Abdul Wahid Omar telah dituduh sebagai “duri dalam daging” kerajaan iaitu “the deep state”. 

 Saya ingin membersihkan nama baik Naib Canselor UKM dan juga Pengerusi Lembaga Pengarah UKM daripada tuduhan Penasihat Perdana Menteri ini. 

 Demi Allah, kami tidak pernah bertemu, bermesyuarat, apatah lagi terlibat dengan sebarang konspirasi seperti mana tuduhan liar Penasihat Perdana Menteri ini. 

 Saya telah berkhidmat dengan UKM lebih 10 tahun, sejak zaman pembantu penyelidik, Tutor, hinggalah kini menjadi Pensyarah. 

 Tidak pernah ada pihak yang kalah berhujah fakta dengan saya bertindak menuduh yang bukan-bukan kepada Naib Canselor dan Pengerusi Lembaga Pengarah UKM sebegini rupa. 

 Untuk ini, saya mohon sepenuh kemaafan kepada Naib Canselor dan Pengerusi Lembaga Pengarah UKM kerana telah dilibatkan dalam hal ini. 

 Berkenaan penulisan saya tempoh hari pula, saya menulis sepenuhnya berdasarkan laporan rasmi dan berkredibiliti, yang telah pun saya buktikan satu-persatu, bukannya dari sumber fitnah atau pun rekaan seperti tuduhan Penasihat Perdana Menteri ini. 

Tiada konspirasi ‘deep state’ sama sekali. 

 Ketahuilah bahawa tugas Pensyarah Sains Politik adalah sama dengan tugas doktor kesihatan: keutamaan tugas doktor bukan untuk maklumkan mana anggota tubuh pesakit yang sihat dan normal, sebaliknya untuk memberi amaran apakah penyakit dan masalah yang dihadapi seseorang pesakit.

 Begitulah keutamaan tugas Pensyarah Sains Politik: untuk maklumkan apa risiko dan masalah yang bakal dihadapi oleh kerajaan – contohnya perangkap geopolitik jika bertindak menjual aset negara dengan terlalu banyak dalam masa yang terlalu cepat, perangkap kuasa lunak (soft power) dan kuasa penembusan asing (sharp power), hutang yang melambung dari RM686 bilion kepada RM800.8 bilion dalam masa lebih 400 hari sahaja, pemberi posisi strategik kepada warga asing dari kuasa besar, dan sebagainya. 

 Seperti mana bukan tugas doktor untuk memberi ‘gula-gula’ kepada pesakit, bukan tugas Pensyarah Sains Politik untuk mengampu kerajaan. 

 Bukan salah Pensyarah Sains Politik jika kami memberi ‘ubat’ (nasihat) yang ‘pahit’ kepada kerajaan. 

 Segalanya saya lakukan demi melihat negara kita menjadi negara yang kuat dan bermaruah. 

 Saya berdoa semoga satu hari nanti Allah izinkan saya untuk kembali menyumbang secara kritis kepada pentadbiran negara. 

 Buat waktu ini, Mohon doakan semoga pengajian PhD saya di Leiden University, Belanda ini dipermudahkan – tanpa mana-mana ugutan dan campur tangan politik lagi. 

 Sekali lagi, hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa anda semua mendoakan kami sekeluarga.

 Ya Allah, peliharalah UKM, lindungilah aku sekeluarga. Hamba-Mu, Abdul Muein Abadi 8 Julai 2019


So, the moral of the story - Don't write about the sale of country's assets.

Otherwise you will get in trouble.

Better still, don't write anything critical against the government.

This is Malaysia Baru, okay.

Unless, of course if you are willing to take the risk.

Well, I don't mind writing about such things because I actually have nothing much to lose.

I'm lucky because my boss also never kacau me about what I wrote....even if it's not in line with his thoughts.

Actually, even if I decide not to write critical stuff, that's not because anyone is putting pressure on me. That's because I was being lazy.

Cheers

35 comments:

  1. Saudara yang berasa terancam, ini bukan seperti apa yang saudara teori kan dalam Singgah sana Sains Politik yang ada dalam tulisan

    2. Saudara di ANCAM kerana THIS IS POLITIK
    3. Dalam POLITIK, its either U WITH ME or NOT
    4. Berkecuali mahupun BERPEGANG PADA PRINSIP adalah DILARANG dalam POLITIK

    Kesimpulan:

    Pilih Salah Satu dari DUA PILIHAN; with or Against!

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Herman, apa dah jadi dengan kebebasan politik? Bukan Malaysia Baru PH ini terbuka untuk komen dan kritik? Dulu marah BN kata kejam dan kongkong kebebasan politik. Akhirnya PH yg jauh lebih melampau. Buatlah apa nak buat selama kuasa ditangan. InsyaAllah balasannya juga akan tiba.

      Delete
    2. Mr J, itulah POLITIK
      2. Dalam tadbir urus POLITIK sebagai contoh saya sendiri memilih Pasukan Mahathir
      3. Dalam pembuangan undi, dah 3 kali saya koyak Kertas Undi
      4. Kebebasan bersuara tidak ada kaitan dengan Saudara ini; YAKIN dan PERCAYA lah Saudara di atas ni pun ada Modus Operandi nya biarpun, maybe dia Lone Ranger; pasti ada Niat dan kehendak nya

      KESIMPULAN:
      Sokong ikut TAJUK.

      Delete
    3. Sedihlah Herman, apabila prisip dan janji dilaungkan hanya cakap kosong. Ramai yg pangkah PH berdasarkan kata kata mereka yg kini saudara sahkan sebagai dusta politik.
      Kalau PH pandai tadbir satu hal. Kini negara merudum dari segala aspek kecuali harga barang dan cukai. Kehidupan rakyat bukanlah mainan politik. Akhirat tu juga benar walau ramai yg lupa.

      Delete
    4. Berilah peluang kepada Pasukan Tun M
      2. Pasukan Tun M ni tak sama dengan Pasukan dr.M dulu...

      KESIMPULAN:
      Berilah peluang, jangan cepat mengaku kalah dan Hina Tanah Tumpahnya Darah ��

      Delete
    5. Herman, mereka yg berfikir boleh ramal kemelut ekonomi dan politik kini dari sebelum pru14 lagi. PH merupakan gabungan parti yg tak sebulu, berlainan agenda dan tak sehati. Agenda mereka hanya jatuhkan DSN dan UMNO. Ibarat perkahwinan bersama antara ular, biawak, khinzir dan keldai. Hubungan luar tabii mereka ini tidak akan hasilkan zuriat walau ke hari kiamat. PH tak pernah punyai polisi dan rancangan yg disetujui bersama atau shadow cabinet yg boleh rangka pelan pasca jadi kerajaan. Kini setelah menang mereka tiada punyai arah ekonomi atau politik. Hanya perebutan jawatan dan kuasa antara mereka. Masing masing bawa agenda masing masing dalam jabatan yg mereka kuasai. Atuk dengan kereta terbang, Teo dengan kepentingan sekolah Cina, Nobita sibuk jual aset Melayu/berhutang, Mat Sabu dengan agenda Syiah yg musuhi Arab Saudi dan Kekanda Menteri dengan Islam liberal.Lepas 14 bulan perintah ekonomi merudum, Saudi tarik quota haji tambahan, hutang negara lonjak, peneroka/nelayan/petani merana. Yg senyum Sekolah Cina dan kroni kroni Menteri.
      Bukankah dah cukup azab pada rakyat terutama Melayu? Apakah kita mahu lihat negara bangkrap sebelum sedar?

      Delete
    6. Jangan silap dalam bacaan politik, Mr J!
      2. PM Malaysia yang ke-6 sama sekali bukan dijatuhkan oleh pihak lawan
      3. Silap malaon tersebut adalah kerana TIDAK BELAJAR DARI KESILAPAN hampir tewas di Pekan pada PRU 1999
      4. Mengkarong tuh terlalu YAKIN dan PERCAYA kepada para inner circle nya

      KESIMPULAN:
      Lihat lah KEANGKUHAN asyik menyalahkan Fake News sedangkan terlupa agaknya, satu jari dituding keluar, SEMBILAN MENUDING DIRI SENDIRI

      P/S: AYUH SUPPORT OUR CURRENT Govt.-of-the- DAY!

      Delete
    7. Herman, jangan bankrapkan negara. Mari kita sama sama usaha tumbangkan Kerajaan yg terbukti hanya merosak. Jom bersamaku dan bersama Ummah. Akhirat pun dapat....amiin.

      Delete
    8. I beg to Differ
      2. Selamat Maju Jaya

      KESIMPULAN:
      Kepelbagaian itu art of the Game!
      bon Voyage

      Delete
    9. Mr J 04:39, sebelum ni posting2 kau boleh juga lah aku baca.Tapi yang ini buat aku pecah perut ketawa terbahak2.Kau ni sama taraf dengan sorang ustad tengah berhujjah dalam group wassap dia. Cuma bertentangan fahaman je. Dia kata sistem demokrasi ni sistem yahudi.Sesiapa yang ikut golongan syirik ..khawarij penghianat agama..macam2..Amacam kau nak join berhujjah dengan dia ke.. ...hahahahaa..

      Delete
    10. "Akhirat pun dapat....amiin."

      Nak dapat apa... penyamun pun hang sokong.

      Satu dunia cop Negara Islam kita sebagai kleptocracy atau dipimpin oleh segerombolan pencuri, lagi hang nak berharap dapat ganjaran di Akhirat.

      Hang sudah berperangai macam Pak Lebai PAS dah ni.
      Dulu depa kata, sokong PAS masuk Syurga.
      Last-last, masuk UMNO. He he he.

      Delete
  2. Aisay Annie...in yr previous post when Kadir Jasin was critical of LGE regarding Gamuda you were so quick to sing praises abt KJ. Now you hentam him for taking a lecturer to task. Make up yr mind Annie...u either with KJ or not? BTW I think KJ could have handled the matter better....just rebut all the points one by one...what is so difficult. This present gomen other than a few from DAP, are useless. The MP's from Bersatu are the pits...below shit level!the only saving grace, is that they are bersih....so far.

    ReplyDelete
  3. I am not a political scientist but a rocket engineer. In late 70 while in US as a student, i was told by visiting senior civil that when you join govt dont be too smart. The boss will "CLIPPED YOUR WINGS".luckly for me,that i have a qualification that i can work anywhere in this world. So zipped up.
    So my advice to this guy. Dont be too smart

    ReplyDelete
  4. Abdul Muein Abadi ni dulu ada tak tulis pasal jualan asset besar-besaran kpd Cina PRC semasa di bawah kerajaan BN,Najib.....????
    Kalau ada, oklah tu tulisan dia regarding jualan asset zaman PH ni. Memang sah dia studen Phd Sains Politik. Barulah tulisan dia boleh diterima as fair and square sebab kuman diseberang laut dia nampak, gajah di bibir mata pun dia nampak. Otherwise, kita anggap dia MACAI POLITIK NAJIB macam Annie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Minah, bila nak celik? Segala auta jual negara pada Cina sudahpun terurai bila segala projek Cina dilaksanakan kembali. 'Tembok Besar Cina' kat Kuantan pun tak diruntuhkan.Kini LGE nak pergi Cina buat pinjaman Bon Panda. Apa cerita? Hutang negara naik mendadak 110 billion hingga kini dlm tempoh 1 thn PH perintah. Apa jadi dengan nak kurang hutang? Apakah jadi Mahacai itu lebih tinggi maqamnya?

      Delete
    2. Dah lama saya celik. Awak yang masih tidur dalam gua tempurung Mr.J. Pada saya neither Najib, nor Wak Jahit the Pandarogo or Anwar and Azmin care about Melayu and Islam. All they care is power and $$$$$. We the rakyat are their pown. Don't put all the blames on Tun M's door. Bukan Tun M yg rosakan umno but U people yg greedy for $$$$$ sampai tak boleh guna otak utk berfikir. Tun is already 94 yeras old. Apa yg dikejar, dah tercapai. All he wants now is to see Melayu betsatu. Bukan dia nak umno masuk BETSATU.Umno is over. Tun tak bergantung nyawa pada umno. Umno yg mintak nyawa kat Tun M. Any time Tun M boleh arah Ros haramkan umno tapi dia kesian kat sesetengah orang dalam umno yang betul-betul ikhlas berjuang untuk bangsa dan negara. Sebab tu, dia pelawa mereka masuk BERSATU bukan umno, masuk BERSATU, ya. Tapi yg masih celik cuma KJ & Hishamuddin Hussien. Yang lain masih dibuai mimpi indah seolah-olah, u masih ada power to kill.

      Delete
    3. Mr J at 16.42.
      What the fook are you talking la brader.
      "sudahpun terurai bila segala projek Cina dilaksanakan kembali"
      Mana punya gua lu dok bertapa brader. That stupid comment s from you shows how naive and disassociated from why and how the present gomen activated back the lopsided contracts formulated by the gang of crooked kleptocrats.Letih la nak berdialog dengan orang macam awak
      yang tak baca global news tapi dok khatam koran obsolete
      daripada fakwa fakwee bossmu.
      Grow up man and accept reality. Nak tegak benang basah pun
      bukan dalam forum ni. Please lah. Anggap lah sesiapa dalam
      ni pun pergi sekolah juga. Nak klentong dan bodek agak agak lah kawan. I respect your rights to disagree but do it with finesse.





      Delete
    4. Anus 1927...you freeking pig backside bugger dirty filthy pee brain piece of spunk in a donkey's ass, if u letih nak discuss, pull ur flipping pants down and start tossing ur teeney weeny todger in front of the mirror for all I care...

      If these waste paper basket PH perogol quality like that sitiawan asshole ahli majlis ministers that reside in finance that you have now, after shouting with his busuk mouth talking about all the so called selling to Malaysia to China before GE14 and now going on their knees licking the shit covered boot of those china ministers and go back begging like pariahs to China to come back and resume and now they even throw in for free 4000 odd acres to China...blardy rascal...and that u ask us to go and read , u wanker piece of shit...we read more than u do u small brain ninncommpoop...

      And another thing, don't u ever EVER talk about our Qur'an the way you did above...I swear if we know you, we will rearrange Ur blardy front teeth with our Dr Marten boots...don't u say nobody has not told u to behave..

      Blardy piece of crap!

      Delete
    5. Typical of Pakacai and Mahacai. They dont like facts like Anon 1927. Give them facts and they will attack your personality. Like our lecturer friend. Once they cannot refute what he says they threathen him to shut him up. Before PRU 14 they could say whatever they liked as they did not have a federal level performance record. Post 14 months everyone can see their dismal nature....

      Delete
    6. Ingat boleh ikut suka-hati batal penjanjian kontark yang dibuat oleh penyamun tanpa 'exit clause' ka?
      ECRL contohnya... project sudah berjalan. Jika nak batalkan, terpaksa bayar gantirugi >RM20 Billion.

      Pada masa yang sama... dah la rugi RM20 Billion tanpa nampak apa-apa hasil kepada Negara, 'Kerajaan-Melayu' di Negeri Pahang, Kelantan & Trengganu, sudah tentu akan menggunakan asalan pembatalan ECRL sebagai modal bahawa Kerajaan pimpinan Cina-DAP mahu meminggir, merencat atau sabotaj perkembangan ekonomi mereka.

      Mr.J dah lupa ka... MB Trengganu pernah minta Kerajaan PH meneruskan ECRL demi 'pembangunan' ekonomi Negeri-Negeri di Pantai Timur?

      Delete
  5. Is this an academic or political article? An academic article is balanced, has a comparative bent and provides the reader to assess, evaluate and make informed decisions. A one-sided write-up is biased, skewed to favour one perspective, enumerates negatives and becomes a platform for propaganda. An academic can of course be political but must at the same .
    time be objective

    I you want to be an politician don't hide behind your academic facade. Just stop writing supposedly "intellectual" articles.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawabla "tuduhan" dia jika kamu di pihak yang benar...

      maluaperbuskur...

      Delete
  6. Apa pasal kamu akur dengan arahan untuk berhenti menulis? Kalau perjuangan kamu ikhlas dan dipihak yang benar teruskanlah. Jangan menunding jari kepada orang lain yang menjadikan kamu sama nilai dengan semua orang yang berpolitik atas kepentingan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Danda...hang faham melayu dak?
      Baca balik 4 perenggan terakhir ....dia lahni dok buat PHD kat belanda...bila balik dia akan tulih lagi...lah ni DIA nak bagitau satu dunia ini PH dengan orang orang tua pencen second half dah dok buat ugutan tak tentu pasai...dahlah kayu nak reput otak dah senget ...kalu kayu reput tak tau nak hujah balik dok sengap jangan ugut macam Ada meriam buloh Yang dok Ada Dalam seluak pun pistol ayak dah kementot dah pun..pencen macam DIA....whatever it is To the Abdul Muien...keep writing ...you are factual and very easily understood by all...don't worry about all these kayu reput...

      Delete
  7. Orang dah ada kuasa macam tu la. Sapa berani kacau depa...kalau Raja pun depa berani lawan. Kalau pakai akai sama rata sama rasa ni la jadi nya. All must be on equal treatment...strategi DAP la semua ni...bagi rakyat benci...saikologi puak PH...cari isu yang dekat dengan hati rakyat...make it A BIG ISSUE...and use the media to propagate...taktik busukkkkk Ingat KJ mau lawan LGE ka???..Boleh sembang la...end of the day poket juga mau ada isi...

    ReplyDelete
  8. Hahahaha.....this feller Abdul Mueit Abadi cannot even tell the difference between Primary source and secondary source and semua orang sokong dia!!!
    Ada ke dia kata sumber surat khabar tu sumber Rasmi dan berkredibility!!
    Saudara Abdul Mueit Abadi, surat khabar bukan primary source atau sumber rasmi. It is secondary source atau 'hearsay'. Laporan rasmi itu mesti datang dari laporan tahunan syarikat. Kalau dipetik dari surat khabar, ia bukan lspiran rasmi. Jadi saudara tak boleh anggap rujukan saudara itu BETUL. Macsm mana saudara boleh jadi pensyarah 10 tahun dan diberi biasiswa buat Phd di BELANDA sedangkan saudara TAK tahu membezakan yg mana maklumat rasmi yg reliable dgn msklumat seconder yg tak reliable...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pensyarah kutip suratkhabar sekarang boss. Kerja senang sambil minum kopi boleh gebang sampai subuh. Raw data nanti kena buat statistic calculation, error dan leceh.

      Delete
    2. Cik Minaj..primer kah sekunder kah kekande ke or wakandake...the FACT of the matter it's all factual...takda sapa pun Yang dok balaih DIA balik, Yang dok jawab cakap merepek macam cina rba..bodoh nak mampuih hujah langsung takda...itulah banyak sangat depa pi sekolah cina....

      DIA jadi lecturer pasai DIA pandai...hang?! Pandai tang mana??!

      Delete
  9. Anon 23.51 mesti bekas studen dia. Buat rujukan research Phd kat sokabo. HAHAHA.....Ada juga org dah jawab kat blog A.Kadir Jasin tapi just a few syarikat. Nak hurai semua, berjela-jela. Orang banyak kerja lain,malas layan si kangkong ni. Wasting time. Kalau berminat, buka je laporan tahunan Axiata atau mana-mana syarikat yg disebutnya, u can get the real fact. U can google nama syarikat and get the info. Habis cerita.

    ReplyDelete
  10. Aku pun ada PhD tapi taklah membodohkan diri macam orang lain.

    ReplyDelete
  11. En. Abdul Muein Abadi ni pun satu... macam mana sesiapa mahu beri peluang kepada hang "untuk kembali menyumbang secara kritis kepada pentadbiran negara"?

    Dulu tak dengar pun 'suara' hang mengkritik kerajaan ketika:

    - 1MDB yang ditubuhkan tanpa berbincang dalam Kabinet oleh PM yang juga Menteri KeWANGan, beli tanah-pusaka Rakyat yang sangat bernilai dengan harga RM60 kaki per segi untuk dijadikan asset sebagai cagaran berhutang dan guna anak-muda Cina Jho Low untuk berurusan bagi-pihak 1MDB, Kerajaan atau Rakyat.

    - 1MDB jual 100% kepentingan EDRA, dibawah harga belian, kepada China Komunis.

    - 700,00 Kondo mewah di Forest City disasar penjualannya kepada Warga-Asing secara KEKAL yang boleh mengakibatkan Pulau-Tambak itu terlepas dari tangan kita dimasa akan datang, sama seperti apa yang terjadi kepada 'Pulau Tumasek'.

    Jika dulu pun, hang lantang bersuara "demi melihat negara kita menjadi negara yang kuat dan bermaruah" baru la kritikan hang terhadap kerajaan hari ini berkredibiliti.

    ReplyDelete
  12. bagusla hang dpt buat phd kt leiden. aku plak terkandas zaman najib sbb KPT freeze hantar student luar negara sbb negara xde duit. i didnt know wht to do with all the offer letters tht ive gotten...tht was the decisive moment then for me, who to vote.

    but u were dead silence then. im wondering cause we are fellow tutor. u were so understanding because u get to go i supposed ?

    clap3

    ReplyDelete
  13. BEERSABARLAHHHH SAYANGGG

    Nanti tulis jer berita baik2, ekonomi bom bom bommmm...

    Mana tahu dpt jadi senator ker...


    BANkami blog
    bankami.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Okay okay. Doksah gaduh2. Klo 12/222 pun depa taktau analyse buang masa aje.

    Penasihat ekonomi Atok plak, cuba tengok macam mana dia bahas bab ekonomi negala;

    https://azmiarshad.home.blog/2019/07/05/menjawab-kebebalan-pengarah-suruhanjaya-sekuriti-ahmad-faris-rabidin-berfatwa-hibah-adalah-haram-dan-mesti-dipulangkan/

    Negala dgempaq dgn video Azmin, video Anwar, baluni ada lepot kena logol dgn Adun Perak.. dah plak sekok monyet dok sindiaq2 dia pun dok main dengan mama dia pulak???

    Isssh awat la PH sampai jadi lagu ni?

    Professor Nasi Lemak

    ReplyDelete
  15. Kalo nk main skandal nasi lemak, najib pn ade byk skandal. Yg lain2 pn rompak sana sini. Duit tbg haji pn nk sapu. Karang guna istilah hakim kentut kata ciplak plak. Boleh pulang bali paki buah keras sama juga la argument kami awat bn or umno jadi lagu tu ?

    ReplyDelete