Tuesday, 12 June 2018

Rice industry - an open letter to Salahuddin Ayub

Today I just want to highlight this open letter to Agriculture Minister Salahuddin Ayub about the future of Malaysia's rice industry under the new Pakatan Harapan government.


The letter is from:
Haji Marzukhi Othman.
Mantan Pengurusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia.
Pengarah Urusan Kumpulan Dibuk Sdn Bhd.


Assalamualaikum. Salam sejahtera. 

Disini saya ingin memberi pandangan ringkas tentang kedudukkan industri padi dan beras negara sekiranya monopoli mengimpot beras oleh Bernas ditarik balik atau dibuka kepada pengimpot tempatan. seperti yg diusulkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ,Tuan Hj Salahuddin Ayub untuk dibawa ke mesyuarat mingguan kabinet. 


Saya bukan nya mahu memihak kepada Bernas tetapi pandangan saya ini adalah untuk kepentingan semua pihak, terutama nya para pesawah dan juga pemain dalam rantaian industri dan juga pengguna. 


Disini kita perlu memahami beberapa perkara asas peranan Bernas bila di beri hak monopoli dalam mengimpot beras. 


Perkara asas yang telah ditetapkan dalam syarat pengswastaan LPN oleh kerajaan kepada Bernas adalah seperti berikut;


1. Mengurus Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) kepada petani.

Syabas kepada pihak Bernas dalam menguruskan pengeluaran Subsidi kepada petani dengan cemerlang. Pengkalan data petani yang dibangunkan dan dinaik taraf setiap masa adalah lengkap dan efisyen dan sekarang ini boleh dikatakan tiada ketirisan berlaku dalam pengeluaran Subsidi kepada petani.

2. Menguruskan stockpile beras negara.

Pada masa kini Bernas diberikan tanggungjawab untuk memastikan bekalan beras negara sentiasa mencukupi untuk setiap rakyat di Malaysia termasuk warga asing dengan harga yang berpatutan. Harga beras di Malaysia lebih rendah daripada Indonesia malah jika dibandingkan dengan harga beras di Thailand, harga beras tempatan adalah lebih rendah. Dengan ini pujian harus diberikan kepada Bernas kerana berjaya mengawal harga beras di pasaran dan mampu dibeli oleh rakyat.

3. Bernas sebagai pembeli padi yang terakhir.

Ini adalah salah satu tanggung jawab sosial kepada petani supaya setiap biji padi yang dihasilkan oleh petani dapat dipasarkan , tidak kira kualiti dan kuantiti walaupun pihak Bernas terpaksa menanggung kerugian. Adalah dianggarkan pihak Bernas terpaksa menanggung kerugian sekitar RM50 juta setahun diatas pembelian padi tempatan daripada petani. Ini adalah satu pengorbanan Bernas dalam memastikan sekiranya pihak kilang swasta enggan membeli padi kerana kurang bermutu atau berlaku lambakan pengeluaran padi.Lebihan padi yang dibeli oleh Bernas akan disalurkan kepada kilang-kilang Melayu melalui Skim Pusat Belian Padi, Skim Upah Mengering dan Mengisar. Ini banyak membantu pengilang-pengilang Melayu untuk terus beroperasi.

4. Meneruskan Skim-Skim yang dilaksanakan oleh LPN kepada pengilang-pengilang Melayu.

Melalui Skim Pusat Belian,Skim Upah Mengering dan Mengisar dan Skim Upah Mengisar, ianya amat membantu pengilang-pengilang Melayu yang rata-rata menghadapi kesukaran menyediakan modal yang besar untuk membeli padi dalam meneruskan operasi mereka. Dalam keadaan persaingan daripada pengilang swasta (Bukan Melayu) yang hebat, Skim Bernas amat diperlukan oleh pengilang Melayu walaupun ada segelintir pengilang yang tidak amanah dalam mengendalikan padi yang dibekalkan oleh pihak Bernas. Pengilang yang tidak amanah ini lah yang selalu menimbulkan onar dan mengatakan skim Bernas membunuh pengilang Melayu. Mereka menjual beras yang dikisar dan tidak membuat bayaran balik keatas harga padi yang dibeli oleh Bernas dan ada kilang-kilang yang berhutang melangkaui puluhan juta kepada pihak Bernas.

MASALAH YANG AKAN TIMBUL SEKIRANYA HAK MONOPOLI IMPOT BERAS OLEH BERNAS  DITARIK BALIK .


1. Kerajaan perlu menubuhkan satu agensi yang akan menguruskan stockpile beras negara dan perlu bangunkan gudang-gudang atau menyewa gudang-gudang untuk menyimpan beras dengan kapasiti sekurang kurangnya 500,000 tan . Ini adalah sekitar bekalan untuk 120 hari sahaja. Nilai beras stockpile ini adalah sekitar RM 1 billion. Kos yang tinggi untuk selenggara setok juga terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan nya beras yang dijual dari stockpile akan berkurangan mutu nya dan tidak menjadi pilihan kepada pemborong kerana mereka terpaksa memproses semula beras beras tersebut sebelum dipasarkan.


2. Pihak kerajaan perlu mengadakan hampir 500 kakitangan baru untuk menguruskan pembayaran subsidi harga padi kepada petani. Kakitangan ini  ditugaskan di pusat-pusat belian padi di PPK dan juga di kilang-kilang yang membeli padi. Ini melibatkan perbelanjaan sekitar RM70 juta hingga RM100 juta setahun kepada kerajaan . Disamping itu pihak kerajaan perlu menyediakan pengkalan data petani yang baru dan satu sistem baru perlu dibangunkan dan melibatkan bajet besar kepada kerajaan.


3 Sekiranya permit impot beras diberikan kepada pemborong-pemborong yang mengimpot beras, adalah dibimbangi akan berlaku keadaan yang mana pengimpot ini menyalahguna permit yg diberikan dengan mengimpot lebih daripada  yang dibenarkan. Sekiranya ini berlaku , ianya akan memberi kesan langsung kepada lambakan beras dalam pasaran. Ini akan memberi impak yg besar keatas pasaran beras tempatan dan menjejaskan pengilang-pengilang. Sekiranya pengilang beras tempatan tak dapat memasarkan beras mereka dalam masa tertentu, ia akan memberi kesan secara langsung keatas operasi kilang dan pembelian padi daripada petani. Kita semua sedia maklum bahawa trend tuaian padi di negara kita adalah secara bermusim dan kebiasaannya jangkamasa musim tuaian bagi sesuatu jelapang padi sekitar 3 hingga 4 minggu sahaja. Dan ini akan menyebabkan lambakkan padi kerana pihak kilang tidak dapat mengeluarkan beras musim terdahulu sebelum musim bermula kerana persaiangan beras impot. Sekiranya perkara ini berlaku ianya akan memberi impak yang negatif kepada kerajaan PH. Kita perlu  ingat bahawa BN dan Pas memenangi banyak kerusi didalam kawasan jelapang padi.


4. Sekiranya pihak Bernas tidak lagi mendapat hak monopoli keatas Beras impot, maka sudah tentu semua Skim yang diberikan kepada kilang Melayu dihentikan. Boleh dikatakan semua kilang-kilang Melayu bergantung modal untuk membeli padi kepada pihak Bernas. Kilang-kilang Melayu amat sukar untuk mendapat pembiayaan Bank kerana gagal menyediakan cagaran yang mencukupi. Pada masa kini pengilang-pengilang  Melayu mendapat peruntukkan modal pusingan tanpa faedah bagi membeli padi sekitar RM200 juta daripada Bernas. Sekiranya dana ini ditarik balik oleh Bernas, saya pasti ianya akan memberi impak yang besar keatas semua pengilang Melayu untuk terus hidup dan bersaing didalam pasaran yang sangat kompetitif. Kita takut tidak akan ada lagi tempat bagi pengilang Melayu dalam industri padi dan beras negara.


5.Sekiranya Bernas bukan lagi sebagai pembeli terakhir padi daripada petani, saya bimbang petani akan diperlakukan sewenang-wenangnya diatas hasil tuaian yang dipasarkan ke kilang-kilang swasta . Ini adalah kerana petani sudah tidak ada pilihan yang dapat membantu mereka bila ditekan oleh pengilang yang hanya mementingkan keuntungan sahaja .


Dengan penerangan yang serba ringkas ini saya harap sangat pihak  YB Tuan Hj Salahuddin Ayub sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil pandangan semua pihak iaitu pesawah, PPK,  pengilang, pemborong dan Bernas sebelum mengambil  keputusa menarik balik hak monopoli mengimpot beras oleh Bernas.


Sekian Terima Kasih.


Please also click on this link and read;

Pernahkah beras tak cukup? 

31 comments:

  1. Hi Annie,
    Syed Mokhtar is holding 70% of Bernas. It's private. The question, if rice is consider a security, does it make sense to be in the hand of a private single businessman like Syed Mokhtar holding all the monopoly to the country rice industry?
    Remember, Syed Mokhtar sold away Tun Proton to the chinese Geely...this made Tun very angry. Tun is looking at Syed Mokhtar monopolies in the country and wanting to break them.


    ReplyDelete

  2. Haji Marzuki Othman , got a point's there , change should be for the better ,not something to get worst .

    ReplyDelete
  3. This letter and the Bernas article sounds reasonable. I think our main concern should be food security. And for that we must uphold our own rice production as well.

    Bernas is right that we should not loose focus on the word monopoly. We have not highlighted enough how Bernas also looks after the welfare of the smaller contibutors to our food security. I appreciate that.

    ReplyDelete
  4. And our next question will be who will benefit from the proposed break up of the so called Bernas monopoly? A thorough analysis with no vested interest is much needed.

    ReplyDelete
  5. but many know bernas is one of the most corrupted biz enterprises around, from top to bottom level.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please elaborate instead of just throwing general accusation like that. Thank you.

      Delete
    2. let start with a simple question, y china can feed the 1.4b population n still export rice while msia cant, n import somemore? n y india n perhaps japan oso can do export?

      it seem every retail, wholesale, miller that deal with rice need license, n most businesses get bernas help to obtain / renew tis license. all rice transportation cross states borders also need permit, n bernas also able to help. and the most funny part is customer that buy rice from bernas need bank guarantee, as if u r one beggar begging for rice. the bernas staff n worker whenever free will drop by at all this business to drink coffee, once or twice a week.

      n the worst part is bernas import the very low quality rice selling to wholesaler n retailer at premium, the diff go into dun know whose pocket. just compare the siam rice in msia vs spore vs hk, msia r actually eating shit from bernas monopoly.

      bernas steal enough to function as required whether stockpile or subsidies, the only justification for bernas monopoly i can think of is they perhaps did support the malay rice miller, but for how long u wan to do this? forever?

      n did the agri ministry really support the petani? or work along with bernas to curi macam najib? is that not the main reason y until today we still import rice?

      Delete
    3. So, that's the corruption of Bernas. You should report all these to MACC or police or whomever. Thank you.

      Delete
    4. it is mind boggling that you’ve yet to figure this out. whats the point to report to macc when the system would continue to cultivate corruption? we cant be forever catching pencuri n penyamun. what we need to do is an overhaul, like how the rakyat let umno/bn go.

      salahuddin ayub is doing exactly that, end the monopoly will solve at least half the problem. dun thank me, thank the new agriculture minister who not only understand the cause, and act on it, while u still talk abt the symptom, come on, u can do better.

      Delete
    5. The problem here is that you are making accusations based on assumptions, not facts. Thank you.

      Delete
    6. my problem is u still not able to answer my simple question y msia import rice while vast populated countries like china n yr fav japan can export rice.

      its yr turn to elaborate n not just make accusations.

      u can verify my assumption if u could grasp the respective margin of imported rice among bernas, miller, wholesaler n retailer.

      Delete
    7. This blog post is about the issue of ending Bernas' import of rice, not about why Msia rice farming is not sufficient enough. You should ask your questions at the right forum and to the right person. And of course it's best not to make wild accusations while you are at it. Thank you.

      Delete
    8. Pengguna di negara ini akan menikmati harga beras lebih murah apabila dasar monopoli ke atas pengimportan beras oleh syarikat Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dihapuskan.

      Saya sokong ura-ura sahabat saya, YB Salahuddin Ayub membawa isu monopoli beras ke jemaah menteri minggu lepas dan disusuli dgn PM Tun Mahathir Mohamad menugaskan beliau menyediakan kertas cadangan membuka monopoli itu.

      Hak mengimport beras perlu diubah kepada sistem pasaran terbuka bagi memberi peluang kepada peniaga yang mempunyai permit.

      Oleh demikian, pelaksanaan sistem monopoli itu ada kemungkinan lebih baik ditukar kepada sistem pasaran terbuka.

      Langkah ini manalah tahu mungkin memberi manfaat peniaga malah memberi kelebihan kepada pengguna/rakyat menikmati kadar harga lebih rendah dan berbaloi sambil menikmati beras berkualiti, harum mewangi & enak dimakan.

      Tak gitu, kan..kan..kan......!!

      Delete
    9. En Othaman,
      Saya cadangkan encik baca semula surat terbuka kepada Salahuddin tu secara cermat dan berlapang dada. Ini bukan isu politik dimana ada pihak yg perlu menang dan ada yang perlu kalah. Ia nya isu yg perlu ditangani dengan betul demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia. Tak semua yg datang dari sebelah PH tu baik dan tak semua yg datang dari BN tu buruk. Terima kasih.

      Delete
    10. Ok, considered, maam.....!!

      Delete
    11. its interrelated annie, that's y the letter talk abt stockpile, subsidy etc. i am fine if u have no answer or dun wan to answer, as long as bernas main income is from import n privately own (privatised under mahathir), they would find ways to ensure we forever need to do import.

      othaman, my point is not cheaper rice, i hope we could achieve self sufficiency wrt stable food supply like rice. to end the monopoly is merely the first step.

      Delete
  6. Arti 153 does not say whichever business that you want to get into even if you absolutely have zero ability and brain (after 60 years of NEP), the government must use MY money to subsidies your stupidity IN PERPETUITY!

    That's NOT your inalienable right.

    ReplyDelete
  7. Sekiranya perkara ini berlaku ianya akan memberi impak yang negatif kepada kerajaan PH. Kita perlu ingat bahawa BN dan Pas memenangi banyak kerusi didalam kawasan jelapang padi.

    ReplyDelete
  8. Politics, politics, politics...

    ReplyDelete
  9. Make business descisions, provide food security, leave politics out. We can pay a little more eventually if things are put in perspective. Like fixing the income levels.

    ReplyDelete
  10. Instead of ending Bernas's monopoly I think the government should look into how to better our local production and quality.

    Sekinchan's model should be our national standard nationwide.

    This will directly benefit the farmers in term of production, quality and income.

    In addition, the government should be looking seriously into developing 2nd active income for our farmers. Rice by products could be the way forward.

    To ensure a successful venture, this effort can be channeled through farmers' corporative thus allowing central management and the injection of experts and professionals. This will also allows a proper product planning and marketing.

    Not all monopoly is bad. And the PH government should do a proper study before making a half baked decision. If there are shortfalls in Bernas, then we should put an effort to better it instead of reinventing a working system.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes the agri ministry shouldn't keep on harping n restrict the rice variety chosen by the farmer, instead should support n improve on it. otherwise how do we compete with thailand?

      Delete
  11. soon acute BN will die & i got no BN to bash but lucky annie amoy still got handsome LGE to bash adoi

    ReplyDelete
  12. "Adalah dianggarkan pihak Bernas terpaksa menanggung kerugian sekitar RM50 juta setahun diatas pembelian padi tempatan daripada petani."

    Agri Ministry trying to save Bernas from losing 50M every year. Bernas should support this .

    ReplyDelete
  13. I had once worked as an IT consultant for Bernas some time ago and I do have some knowledge on their business model. I feel that Haji Marzukhi's points and concerns are quite valid. The measures as proposed by Salahuddin might solve some of the issues with regards to its monopolistic position but at the same time it could also create a much larger problem that would plaque the entire local rice industry. I suggest a thorough study should be carried out before proposing any other measures that might be deemed hasty and half baked.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1mdb business model oso not bad.

      Delete
    2. What in the world does that got to do with my comment? On the internet you can be anything you want. It's strange that you choose to be stupid

      Delete
    3. all tis biz model curi in the name for rakyat bangsa n negara. u cant get it bec u not choose to be stupid, u r stupid.

      Delete
  14. i think let the bernas still monopolize the rice commodity business and its distribution in malaysia since there are experinced in this industry since ago and let only government should take major participation in their business model and decision making toward benefits of folks..for instances..add government shareholding .

    ReplyDelete
  15. HY let me try to understand..

    Malaysia needs about 2.0 mill rice. We produce about 1.9 to 2.0 million paddy, that about 1.2 to 1.3 mill rice. That's the reason why we need to import cause we just about 60% self sufficient...that why we are nett importers...well how to increase self sufficiency well increase the paddy productivity but how, well increase granary area and increase the yield capability...but who are responsible for that...maybe you know..

    ReplyDelete
    Replies
    1. the above mf bbdullah talked abt sekinchan model, their yield is close to 8.5 tonne per hectare. allow more flexible price control, grant more variety especially fragrant rice to improve farmer income, learn from vietnam, china, india not necessary the west or japan. i think agriculture ministry should take the lead n role to provide incentive, land, subsidise n etc. n if bernas can't support n have very little responsibility on tis, better treat it no diff like other private ownership co, lets it compete in the open market.

      shd u have better idea, please share, i am willing to hear n learn.

      Delete