Tuesday 17 April 2018

No such thing as padi crisis

GUEST BLOGGER

By Lebai Sudin

Salam Sejahtera,

Dalam sibuk-sibuk nak PRU-14 ni, elok juga cerita lain sikit.

Asyik hal politik pun bosan juga. Lebih-lebih lagi tengok kerenah orang politik, yang dulu duduk semeja dah bergaduh dan lagi pelik, yang dulu bercakar kini berpeluk-peluk. Entah ye entah tidak.

Aku…tetap nak cerita pasal padi. Sebenarnya ada juga le kaitannya dengan PRU-14. Ada macam suatu usaha nak hangatkan isu padi, beras, LPN dan Bernas ketika musim pilihan raya ini. Macam nak menangguk, ambil kesempatan atau nak tumpang semangkuk.

Sebab itulah, secara berterusan Padi Rescue yang mengakui memperjuangkan industri padi dari semasa ke semasa membangkitkan tuntutan 14 perkaranya. Mereka kata nak bela nasib pesawah. Tapi 14 perkara itu paling pokok suruh kerajaan hidupkan semula LPN (Lembaga Padi Negara). Peliknya, LPN ketika wujud dulu, bukannya jaga soal pesawah, LPN jaga post harvest.

Samalah juga bila LPN jadi Bernas, ia jaga selepas tuai. Sebelum tuai, Kementerian Pertanian le…


Dalam bab pesawah ni, yang kononnya diperjuangkan oleh Padi Rescue (walhal ramai pengilang yang melibatkan diri atas kepentingan kilang mereka), aku ada terjumpa satu rencana video di facebook.

Nama facebook tu, Apa Khabar TV.

Musonnef Md Radzi, pengilang padi di belakang gerakan Padi Rescue ada ditemubual dalam video apa khabar TV ini. Beliau jadi jurucakap kepada gerakan Padi Rescue. Beliau bercakap soal nak bela pesawah, dan sempat dia selit pihaknya sebagai pengilang bagi platform kepada perjuangan pesawah.

Tapi video Apa Khabar TV ini memang adil. Musoneff bercerita tentang nasib petani, kesusahan petani sedangkan beliau bukan petani.

Menariknya, petani yang ditemubual oleh Apa Khabar memberi cerita berbeza. Dalam video yang sama, petani mengakui bahawa pendapatan mereka lumayan, ada yang RM5,000 dan RM15,000 sebulan. Ada yang dah miliki aset untuk urusan kerja sawah hampir setengah juta.

Mereka kata, yang susah ialah pesawah yang tidak turun ke sawah atau tidak memantau kerja-kerja di sawah. Pesawah yang rajin ke bendang dapat atasi masalah penyakit, serangga perosak, padi angin, sambau dan sebagainya.

Betullah, kalau tak pantau dan tengok sendiri, siapa yang pedulikan bendang kita. Siapa yang nak ambil tahu kena pastikan tiada serangga perosak seperti siput dan lain-lain.

Malah, dalam bidang apa pun, kita kena ambil tahu, kena terlibat dan kena pantau. Tak percaya tanyalah pemilik kedai mamak. Kalau biar kepada pekerja sahaja uruskan dari A hingga Z, melingkuplah.

Aku ada kawan operator stesen minyak. Dia memantau urusan kaunter setiap hari. Kalau tidak pasti akan berlaku masalah. Aku juga ada kawan yang berniaga pasar mini, tetapi gagal apabila semua urusan serah kepada pekerja.

Maka, bidang apa pun, setidak-tidaknya kena pantau sendiri.

Kalau tidak macam mana Petani Mahu Jadi Tuan Padi, Tuan Beras seperti yang dikehendaki oleh video dalam facebook Padi Rescue. Mahu jadi tuan, tapi orang lain usahakan bendangnya dan semua urusan berkaitan. Dia duduk goyang kaki. Apabila padi dituai dengan mesin dan diangkut oleh lori, dia tak ikut ke kilang pun. Macam mana dia nak tahu kualiti padinya. Boleh ke begitu?

Aku bukan mahu merendah-rendahkan sesiapa, namun video Apa Khabar TV jelas menunjukkan macam mana petani berjaya. Tontonlah, kita akan faham mengenai di mana ada kemajuan di situ ada jalan.

Kalau tonton video itu, ada nama kumpulan Kelab Jelapang Padi. Mereka berjaya sebagai pesawah dan bersedia untuk mengongsikan ilmu kepada orang lain. Orang kuat kelab itu, Jaafar Zakaria (Lebih dikenali sebagai Bang Chin), mengalu-alukan orang yang sudi belajar ilmu mengurus sawah. Beliau ada tapak ujian (test plot) padi di halaman rumahnya.

Katanya, mereka yang sambil lewa bersawah akan berdepan beberapa permasalahan. Apabila sawah tidak dijaga dengan betul (bukan lepas tanam biar tunggu hingga padi masak), hasilnya tidak menguntungkan. Padi yang rosak dan padi muda akan kena pemotongan tinggi.

Tahun lalu, Bang Chin menerima anugerah Outstanding Rice Farmer dari International Rice Institute, di Manila. Siapa kata penanam padi tak boleh berjaya dan hanya tertekan hidupnya?

Dalam kawasan MADA sekarang, ada 6,000 pesawah muda berbanding 55,000 petani yang usahakan bendang. Anak-anak muda ini yakin bahawa mereka boleh maju dengan syarat buat kerja dengan betul. Bukan hanya mengharapkan orang lain buatkan untuk kita dan lebih buruk lagi asyik cari salah orang lain, tapi kelemahan sendiri…

Itu pasal malas aku nak ulas tuntutan 14 perkara Padi Rescue…Ketika LPN ditubuhkan dulu pun tujuannya mengurus selepas tuai. Peranan itu dilaksanakan Bernas sehingga ke hari ini. Malah, Bernas adalah pembeli terakhir hasil petani.

Maknanya kalau tidak ada pihak yang beli hasil petani, tak kiralah apa sebabnya (biasanya soal mutu padi yang rendah), Bernas mesti beli. Arahan kerajaan dalam hal ini tiada tolak ansur. Bukankah mereka ini terbela? Lantas perlulah mereka ini berusaha, agar pembelaan itu menjadi lebih bermakna.

16 comments:

  1. Cukup bijak Lobai Sudin ni ...
    Analogi yg mantap ...

    Ceghito parti bungo lah tu ...
    Pemimpin2 berdontang dongtung hulu hilir siang malam dan urusan parti disuruh kek oghang berhingus .
    Bilo pendaftaran kono rejek ..salahkan kek ROS lak .
    Lopeh tu saman ROS lak .

    SiBoboi lak dah khobar sumo ketuo jabatan penjawat awam akan dihobin kalau PH monang Putrajaya .

    Kan hampeh Pakatan anak beranak ni .
    Turn M n Boboi , Lim n Lim dinasti n Aljuburi wife n anak jando famili .

    Waghih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ingat kau ni SYOK SENDIRI la Waghih. Tak ada siapa pun yang percaya dengan komen kau. Dah lah kena ‘gam’ kat blog TS Zam, datang kat sini pula untuk sebar berita palsu.

      PPBM diarah bubar oleh ROS sehari sebelum Parlimen dibubar. Bubar untuk tempoh 30 hari pulak tu. Tu maknanya apa? Kalau bukan untuk menyekat PPBM dari bertanding PRU 14.

      Belum masuk gelanggang dah main kotor. Ni bukan setakat kotor, tapi dah tahap najis mughalazzah. Ikat kaki dan tangan orang sebelum ajak berlawan kata Dr. Maza. Sebijik macam dalam filem Gladiator arahan Ridley Scott.

      Dalam filem tersebut, pertarungan terakhir kalah mati di antara general tentera Rom bernama Maximus dengan Raja Rom, King Commodus telah diadakan dalam suasana yang sungguh tidak adil.

      Sebelum pertarungan, King Commodus datang bertemu dengan general Maximus untuk berkenal-kenalan. Sebaik sahaja berjabat tangan, King Commodus tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau kecil dan menikam Maximus bertubi-tubi di bahagian perut.

      Maximus rebah ke tanah tetapi masih boleh berjalan dan bergerak.

      Dalam keadaan cedera parah, general Maximus berjalan ke Colliseum di mana perlawanan bakal berlangsung. Maximus tidak menarik diri malah tetapi turun ke gelanggang dengan terhencot-hencot dan cedera parah.

      Dalam keadaan general Maximus lemah dan longlai, maka bermulalah pertarungan BERAT SEBELAH antara general Maximus dan King Commodus..

      Itulah yang berlaku kepada Tun dan parti PPBM nya. Walau seribu rintangan menjelma, beliau dan PH akan terus melangkah MARA walaupun patah kedua-dua belah kaki.

      Walaupun terpaksa mengengsot seperti ular, PPBM tidak akan sekali-kali menyerah kalah dan tunduk kepada pemimpin pengecut, bacul dan dayus!!!....

      Delete
    2. RM2.6 billion banyak mana?

      ●Setiap pagi cucuk ATM keluarkan RM5000.
      ●2.6billion ÷ 5000 = 520,000 hari (lebih kurang 1400 tahun)

      Kalau kamu cucuk duit tu masa Nabi dapat wahyu kat Gua Hira' pada 6 Ogos 610 Masihi, duit tu masih ada baki lagi sampai 25 April 2034.

      Begitulah banyaknya 2.6 billion ringgit.

      Sekian terima kasih.

      Delete
    3. Macai macai umno dan BN gembira kerana idolah mereka masuk berita korea...

      Delete
    4. NICEE...mantan ketua polis adalah pencacai najis

      Delete
  2. since last GE13 dumbo has gone from bad to worst by supporting 1mdb pirates MO1 & jho low thus alienating Dr M, Muhyiddin, Shafie & many others. Last GE13 lots of dumbo seats are won with small majority (annie can vouch this right)...this GE14 without Dr M X factor, dumbo or BN will be buried...

    ReplyDelete
  3. what chinese betrayal that these BN bloggers or macais (incl annie) kelentong hysterically last GE13 huh??? on the contrary, rakyat all races are betrayed by BN with Barang Naik, GST (China exempted adoi), rakyat diperbodohkan, janji dicapati, faildah, banana ringgit etc, etc, etc...

    ReplyDelete
    Replies
    1. u’r truer than true. one piquant detail is tat they cheat us true n true. yes, they r betrayers. if there is more poignant evocative description- living with our hard earned money but asking us to be their subservience pigs- i dunno wat?

      it all starts with our own ugly mixture of ignorant n inattentive. still… we r hard to d notion of our own social heritage. d chieftains r d men n women of god….even we r left trampled n dying d lords ve to remain save. hence a deficient weapon to go against tat. worst, we quarrel among ourselves.

      to me…i dun give a damn about losing or winning. am not goin to support immorality n rundown leader. but if they win again…..u’r obviously for all d bad qualities d tat betrayers ve. ur current enticement n support ‘ll be translated soon….we’ll see if history gone wrong dis time. Well, if it right….n u r hard to breeze again… i want to handclapping big time then.

      Delete
  4. GE12 - BN suffered a hindraf tsunami
    GE13 - BN suffered a chinese tsunami
    GE14 - BN suffered a malay tsunami right so true annie
    Never a S&S tsunami cause they suffered backwater sigh

    ReplyDelete
  5. Ada yang tak kena dengan Padi Rescue. Macam ada hidden agenda. Bagus budak budak muda yang dah mula turun to take over from older generation. Dari video yang ditayangkan, the problem seems to be tanah yang di pecahkan oleh orang tua semakin jadi kecil dan uneconomical to operate. In the supply chain management, Bernas is the party who manages the wholesale nothing to do with the productivity of the padi.

    From the video, the younger generation are more open to new technology and understand the scale of economies. And the fact that older generation are willing to rent out their plot to the younger generation works well with the concept of economies of scale. Very encouraging for the jelapang padi of Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Saya bukan dari keluarga pesawah dan tidak tau hal padi. Tapi saya percaya pasti ada cara majukan pesawah. Saya tertarik dengan kelab jelapang padi kerana nampak kejayaan mereka. Usaha tangga kejayaan.

    Betullah, dalam bidang apa sekali pun kena usaha dan fokus. Saya dalam bidang seni bina pun sama, kalau kita fokus, boleh berjaya. Tapi kalau sambil lewa.. tak banyak job yang kita boleh dapat..malah yg dapat pun boleh gagal atau pelanggan tidak puas hati dan kita tak dapat job lagi.

    ReplyDelete
  7. Padi rescue ni mcm NGO lain gak la.. cari benda atau isu nk tonjol perjuangan.. kita respect la NGO yg benar2 berjuang..yg benar2 ada isu..yg create isu krn ada kepentingan lain ni penat la nk layan. Bo layanlah NGO cam ni.

    Tak da hal beras..tak rasa ada krisis pun.. sibuuk nk juang.. hisshhh banyak keja lain lagi..

    ReplyDelete
  8. after GE14 Harapan victory, MO1 & fellow BN thieves shall be dragged to court & charged with multiple offences including crime against nation rahman prophecy...

    ReplyDelete
  9. dumbos (incl annie) pls continue to undi BN MO1 who stole from malays & passed loots to cina jho low terbaik wakakaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Annie sayang saya, sebab itu lah

      Jho Low
      Adun indonesia
      Parlimen Hong Kong

      Delete
    2. Pedulikan lah si Rescue ntah apa2 tu, kan Menteri dah cakap nak review dan study balik perihal industri padi beras negara ni. Biarlah dia tahu sape yang berguna, sape yang tak guna, yang mana tinggal hutang tak mau bayar, sape yang betul-betul berjuang untuk petani. Kita tunggu dan lihat.

      Delete