Sunday 26 February 2017

A tale of two former MBs

A friend sent me a copy of the open letter by Pribumi Bersatu president TS Muhyiddin Yassin to Sultan of Johor.

The letter was in response to this report,

Past MBs were arrogant, says Sultan 

WARKAH TERBUKA YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN BUAT DYMM TUANKU SULTAN JOHOR

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Terlebih dahulu patik merafak sembah memohon jutaan keampunan daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas warkah patik yang tidak sepertinya ini. Patik terpaksa menjawab secara terbuka titah Tuanku mengenai patik yang telah dibuat secara terbuka dan pada hemat patik telah sedikit sebanyak mencemar nama baik patik. Walaupun Tuanku tidak menamakan patik secara khusus dalam titah tersebut, tetapi ramai pihak mentafsir bahawa patiklah yang Tuanku maksudkan. 

Bukanlah niat patik untuk menderhaka kepada Tuanku dengan menulis warkah ini secara terbuka. Niat patik hanyalah untuk membersihkan nama baik patik yang kini telah dilihat sebagai seorang yang angkuh dan sombong sepertimana yang telah dititah oleh Tuanku.

Tuanku sendiri tahu bahawa patik tidak pernah bersikap angkuh dan sombong terhadap Tuanku. Ketika patik menjadi Menteri Besar Johor dan Tuanku adalah Pemangku Raja, hubungan kita amat akrab. Banyak hal-hal berkaitan pemerintahan negeri yang Tuanku kongsikan dengan patik dan patik telah mengurus Negeri Johor menjadi antara negeri termaju di Malaysia waktu itu. Hal ini telah diketahui umum dan tercatat dalam rekod negara. 

Seingat patik, tidak pernah berlaku di zaman patik menjadi Menteri Besar, kerajaan negeri Johor tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar gaji kakitangan awam. Perbelanjaan diurus secara berhemah dan kerajaan negeri tidak berhutang atau meminjam utk membayar gaji.

Sebaliknya patik telah menubuhkan Tabung Amanah Warisan Johor di mana wang pampasan pembinaan Empangan Linggui berjumlah lebih RM300 juta yang diterima oleh Kerajaan Negeri Johor telah dimasukkan ke dalam tabung ini untuk kegunaan generasi akan datang. Kerajaan negeri Johor sebenarnya mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor juga adalah antara perbadanan kemajuan ekonomi negeri yang paling berjaya. 

Ekonomi negeri Johor tumbuh pesat pada kadar purata 6.7% dari tahun 1991-1995. Dalam tempoh yang sama, pendapatan isi rumah kasar bulanan meningkat dari
RM1,152 kepada RM2,138 dan kadar kemiskinan juga berjaya dikurangkan daripada 9.8% kepada 3.1%. Ini menunjukkan bahawa rakyat negeri Johor telah menikmati kemajuan ekonomi yang pesat sewaktu patik menjadi Menteri Besar.

Patik juga telah menangani masalah perpecahan Melayu Johor dengan menganjurkan perhimpunan Melayu Johor. Krisis pindaan perlembagaan tahun 1993 yang melibatkan soal imuniti Raja-Raja Melayu juga ditangani dengan baik. 

Ketika patik menjadi Menteri Besar, patik telah menjalin kerjasama yang baik dengan pegawai kerajaan dan rakyat. Urusan negeri dijalankan tanpa campurtangan dari pihak luar termasuk Istana. Waktu itu Almarhum Tuanku Sultan Iskandar tidak mencampuri perjalanan Kerajaan Negeri atau terlibat secara langsung dalam politik atau perniagaan. Patik jalankan semua urusan pentadbiran negeri berdasarkan dasar-dasar yang memberi faedah kepada rakyat. 

Tidak ada tanah negeri Johor yang terlepas milikan secara kekal ke tangan warganegara asing. Tanah-tanah yang dipindah milik kepada para pelabur asing untuk tujuan pelaburan dalam bidang perindustrian  waktu itu hanyalah berstatus pegangan pajak (leasehold). Apabila tempoh pajakan berakhir, tanah-tanah tersebut perlu diserah semula kepada kerajaan. Tidak ada tanah yang tergadai kepada warga asing. 

Sebaliknya, pembangunan yang pesat dalam bidang perindustrian telah berjaya menyumbangkan kemakmuran serta impak positif yang signifikan kepada ekonomi negeri Johor keseluruhannya. Malah ianya telah berjaya membuka peluang pekerjaan kepada bukan saja rakyat Johor tetapi juga kepada rakyat Malaysia di negeri lain yang berhampiran.

Pada waktu itu, kerjasama dengan Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad begitu akrab dan peruntukan yang banyak dicurahkan untuk memajukan negeri Johor. Patik juga diberi kebenaran untuk mengadakan hubungan kerjasama dengan Singapura secara langsung kerana sedar tentang begitu pentingnya Kerajaan Johor bekerjasama dengan Singapura bagi faedah rakyat negeri Johor.

Malahan selepas patik berhijrah ke Kuala Lumpur dan menjawat jawatan Menteri Pusat, negeri Johor senantiasa diberikan perhatian dan layanan yang adil. Patik masih ingat, ketika patik menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Tuanku baru sahaja ditabalkan menjadil Sultan, Tuanku menitahkan patik supaya menasihati Tuanku tentang bagaimana untuk memajukan lagi negeri Johor. Patik dengan amat berbesar hati menjunjung titah Tuanku.

Bilakah patik dikatakan angkuh dan sombong?

Patik dikatakan angkuh dan sombong selepas patik tidak lagi berada di dalam kerajaan setelah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana menentang kemungkaran yang dilakukan oleh Najib. 

Patik masih ingat sewaktu patik mengadap Tuanku selepas dipecat di waktu itu pun Tuanku menyatakan simpati dengan apa yang berlaku terhadap patik. Nyata, Tuanku murka dengan perlakuan Najib yang menyingkir patik.

Patik dikatakan angkuh dan sombong selepas patik menegur penjualan hartanah berstatus hak milik kekal di Forest City kepada warganegara asing atas sebab mempertahan kedaulatan negeri dan negara. 

Apa yang patik lakukan selama ini adalah semata-mata untuk mempertahankan rakyat dan negara daripada kerosakan yang sedang dilakukan oleh Najib. Jika patik dikatakan angkuh dan sombong hanya semata-mata kerana patik berjuang menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran demi membela kepentingan rakyat dan negara, maka biarlah rakyat yang membuat penilaian. 

Akhirnya, patik sekali lagi merafak sembah memohon keampunan daripada Tuanku di atas warkah patik yang tidak sepertinya ini. Patik sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku dan mudah-mudahan negeri Johor sentiasa dilimpahi rahmat kemajuan, keamanan dan kemakmuran di bawah naungan Tuanku.

Amin ya rabbal alamin.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

26 Februari 2017


My friend asked what I think of the letter, upon which I said Muhyiddin was actually challenging the Sultan.

True, he's using all the correct words to show he was not doing so, but the fact that it's an open letter for everyone to read is actually a challenge to the Johor ruler.

It has the same effect as this blog post by statesman Tun Dr Mahathir Mohamad,

J.B. DEVELOPMENT

Basically, Muhyiddin, as was Dr Mahathir, were pointing out in public that the Sultan of Johor was not telling the truth.

Personally, I don't think that's the right way to do it, especially for Muhyiddin who is a Johorean.

Furthermore, the Sultan's offending words against him were just these,
“In the past, the state government had no money to pay salaries, but today the state has billions in reserves.
“This success is possible because of my good relationship with the current MB, who is unlike the two previous MBs, who were arrogant and only listened to the federal government,” he said at the opening of a gallery in honour of the heroes of Bukit Kepong during the Emergency, in Muar, Johor.

Honestly, I'm still quite okay with Dr Mahathir responding to the Sultan because he had to bare the full brunt of the Sultan's wrath.

Muhyiddin's response, however, appeared to be a bit unnecessary.

Personally, I think he should cut the Sultan some slack and let him says what he wants in support of current Johor MB DS Mohamed Khaled Nordin.

After all, the Sultan said "unlike the two previous MBs", which means Muhyiddin was not alone.

He got TS Abdul Ghani Othman in the same boat.

Muhyiddin and Ghani when they were slightly younger. The two guys were classmates at Muar High School.

My friend who sent me the Muhyiddin's open letter actually asked me (in my capacity as a Ghani's big fan) whether the guy would like to issue a statement too in response to the Sultan,

"Ghani tak nak jawab ke?" he asked via Wassap.

In response, I wrote something which made him laugh.

This is another part of our Wassap conversation,

kat*

Of course Ghani would not say anything to embarrass the Sultan in the eyes of the people.

The Ghani that I know would rather bear the Sultan's harsh words without saying anything.

Okay, maybe he may grumble a bit in private, but that's about it.

For better or worse, Ghani is still a Johorean.

I believe he would not go against the Sultan just because of remarks such as those uttered by His Highness that day.

I don't think he wants to do that just because he felt slighted by what the Sultan said about himself.

You can also read this previous post if you hadn't already,

Defending Ghani 


Note : Please don't leave seditious comments here. Thank you.

48 comments:

  1. I am proud to say I am a Muar High School Alumni too.Unfortunately I didn't manage to meet them since we came from different era.

    Prof Kangkung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap pasal air, ghani piss off with muhyuddin. Jual beli air atas angin. Cakap pasal tanah segala tanah johor muhyuddin nak punya. Tanya syed mokhtar al bokhari beriyani arab celup.

      Tu legasi muyuddin kunun nya water front city depan istana apa jadi. Baik jadi kan tempat bela kupang dan kerang.

      Delete
  2. The new Daerah Ledang will be gone once Ghani speaks

    ReplyDelete
  3. TS Muhyuddin wrote:

    "Patik dikatakan angkuh dan sombong selepas patik menegur penjualan hartanah berstatus hak milik kekal di Forest City kepada warganegara asing atas sebab mempertahan kedaulatan negeri dan negara."

    Saya kadang-kadang komen juga dalam blog Dr.MIM. Kena maki-hamun berjela-jela la. Saya imbas sekali lalu je, tak baca pun. Ada juga Mamat jawab...' Kamu ni bodoh la. Forest City tu, tanah laut yang ditambak'.

    Nampak sangat mereka sokong Forest City, semata-mata kerana menyokong Najib. Tanah itu ditambak dalam perairan Negara. Kalau di dalam perairan Singapura, kemudian jual secara Freehold kepada Warga-Asing... saya akan sokong 100%.

    Yang jelas... mereka telah 'set a precedent' atau duluan yang akan di ikuti pihak lain, terutamanya Pembangkang.
    Contoh:-

    - Jika Kerajaan DAP juga menambak tanah-laut, kemudian bina kondo untuk dijual secara Kekal kepada Warga-Asing, BN atau Jamal Ikan Bakar tidak lagi boleh membantah. Kalau Guan Eng cakap... Di Johor you boleh buat, mengapa di Pulau Pinang tak boleh?
    Apa Jamal nak jawap?

    - RM2.6 Billion masuk akaun Najib pun sama. Penyokong Najib kata derma dari Raja-Alab... untuk melawan DAP, Daesh... mempertahan kerajaan Islam BN dari tumbang.
    Jika Jutawan dari Taiwan atau Singapura masukkan dana kepada Guan Eng untuk mempertahankan Kerajaan DAP Pulau Pinang... bagaimana? Takkan Najib boleh, Guan Eng tak boleh terima 'derma' dari Negara-Asing?

    Atas alasan ini, saya menyokong penuh surat terbuka dari TS Muhyiddin.
    Ketika Kerajaan lebih mengutamakan penjualan rumah secara Pajakan 99 tahun kepada rakyat sendiri, polisi penjualan secara KEKAL kepada Warga-Asing, adalah bertentangan sama-sekali dengan slogan... Rakyat di Dahulukan.

    Atau pun... Najib dah tukar slogan kepada... Rakyat-Asing di Dahulukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Annie, it is not the length of the letter, it is the value of the letter from the voices of Rakyat.

      Delete
  4. "Muhyiddin's response, however, appeared to be a bit unnecessary."

    I disagree, Dear Annie.

    In a democracy, everybody has the right to reply, especially when you're an ex-MB who felt offended by what DYMM Sultan said... in Public, then aired the world-over by TB-3 and the media.

    Muhyiddin wrote:
    "Waktu itu Almarhum Tuanku Sultan Iskandar tidak mencampuri perjalanan Kerajaan Negeri atau terlibat secara langsung dalam politik atau perniagaan."

    It had been public knowledge that the Sultan had business interest in Forest City. If not... thing would not have been the way it is.

    And you wrote:
    "Basically, Muhyiddin, as was Dr Mahathir, were pointing out in public that the Sultan of Johor was not telling the truth."

    Well... that the hard truth when Royalties engage in businesses.

    ReplyDelete
    Replies

    1. "Mahyuddin's response ,however ,appeared to be unnecessary "

      Wa manyak ingat itu Mahyuddin pon atak maluah n Halga lili untuk kasi dipertahankan maa aa .

      Delete
    2. U all sure u r living in a democracy? Not a constituitional monarchy? Just checking...

      Delete
  5. x habis2 nak kutuk najib pasal duit derma dlm akaun dia.
    kng salman is here ......pergi lah tanya sendiri.
    kalau najib bohong u think king salman nak datang visit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukti yang paling 'mujarab' adalah transaksi-perbankan.
      Setakat bercakap-mulut saja, Mahkamah mana pun tak pakai... lebih-lebih lagi Mahkamah-Rakyat. Mahkamah diNegara Kapir, jangan harap mereka nak percaya.

      Harap Maklum bahawa... Ketika Raja Salman berada di Malaysia, Iran sedang buat latihan Tentera besar-besaran di selat Hormuz. Mungkin sebab itu Raja Saudi kelam-kabut dan tak buat PC untuk 'menyucikan' RM2.6 Billion Najib.

      Nota:
      PAS Haji Hadi juga pernah menyucikan China-doll Anwar dulu... bukti besi, ke apa.

      Sebenarnya, Arab Saudi, secara teknikalnya, sedang berperang-proksi dengan Iran di Yemen. Tanpa provokasi, Arab Saudi mengebom Yemen dengan bantuan Amerika. Yemen sebuah Negara paling miskin didunia... Tentera Udara sendiri pun tak ada... dibantu oleh Iran dan mungkin Russia, secara diam-diam.

      Harap-harap. Iran tak marah dengan Malaysia kerana sangat 'baik' dengan Arab Saudi. Lebih-lebih lagi, Malaysia turut menyertai 'Northern Thunder', sebuah pakatan Negara-Negara Islam tajaan Arab Saudi untuk menentang keganasan. Harus diingat... kepada Arab Saudi, 'keganasan' bermaksud 'Syiah'.
      Jangan-jangan Raja Salman mahu Najib hantar lebih ramai Tentera Malaysia untuk 'membantu' mereka. Kalau Najib enggan... nanti dia nafi beri derma... masak Najib.

      Nota:
      Indonesia, siang-siang menolak cadangan untuk menyertai Northern Thunder. Pandai Presiden Jokowi.

      Kalau Najib setuju tambah penghantar Tentera... Iran batal kontrak Petronas di Negara mereka... naya Najib nanti.
      Dulu ada Menteri bodoh kata Syiah kapir, kecut Najib bila Iran gertak nak batal kontrak Petronas.

      Pada saya... Najib lebih 'tersepit' akibat Lawatan Raja Salman.

      Delete
    2. Spot on anon 01
      Saudi pun dah sahkan duit tu diorg yg derma.
      Kalau diaorg kata Najib cakap bohong bermakna bila Saudi sahkan itu derma maka dua pihak cakap bohong ke.Yang saya hairan knp asik kutuk Najib yg dikatakan berbohong kepada 28 juta rakyat Malaysia tapi tak pulak kutuk Raja Saudi yg menipu seluruh dunia,the guardian of the holy cities of Mecca and Madinah

      Prof Kangkung

      Delete
    3. Prof Kangkung,

      Kutuk Saudi king pun kutuk juga, tapi najib ni masalah yg di depan mata kita sebagai rakyat malaysia, jangan kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak? Plus, the King dares not lose an ally at this critical point in Saudi's history. Sebagaimana ibn saud rela bersenkongkol dengan British demi pertahan takhta, begitulah jua anaknya rela berkawan dgn MO1 utk tujuan sama.

      Delete
  6. Muhyiddin perlu berkata kata kerana dia mempunyai parti, ahli dan penyokong yang perlu dimaklum duduk perkara sebenar sebagai suntikan moral kepada mereka.

    Adalah merbahaya untuk Muhyiddin diam seolah mengaku silap dan salah.

    Sudah tentu Ghani tidak penting untuk menjawab kerana dia lebih tahu keadaan sebenar, diam yang lebih baik.

    Adakah lawatan Raja Arab Saudi dapat mempengaruhi minda rakyat (?)
    Rakyat lebih percaya kalau ada dokumen transaksi baki wang dipulangkan (?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fine. But do compare the length of Muhyiddin's open letter to the bit that the Sultan said. I think that's a bit over the top.Thank you.

      Delete
    2. Panjang atau pendek, siapa betul siapa salah, bukan persaolannya.

      Perlu melihat kepada "damage" dan bagaimana ia mahu di pertahankan sudah tentu berbeza dan memerlukan ruang tersendiri.

      Delete
    3. Agreed with Kluangman @7:41.

      What surprise me most was this, "In the past, the state government had no money to pay salaries"

      Delete

    4. Manyak setuju 'Keluangman' , maluah tatak bolih beli maa aa .

      Delete
    5. Why are you concerned with the length instead of the content? It's lengthy because facts cannot be presented in halfs. Now you see it's easier to say false stuff/half-truths than to lay facts and figures in your argument!

      Delete
    6. It's not the length that matters...
      It's the girth.......hehehe

      Delete
  7. The truth always hurts. Muhyiddin and TDM is right about some things happening in Johor. Rakyat mana yg didahulukan sebenarnya?

    Sejarah akan berulang kembali. Dahulunya terlepas tanah Temasik kepada org luar kerana siapa agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. To get a more balanced view regarding the land sold to the Chinese I would suggest we read the Sultan of Johor's interview with the Star a few months back.I don't have the link

      Prof Kangkung

      Delete
  8. In this country today the powerful can say what they like, even lie like Trump, but the people must keep quiet. Accept everything as the holy truth. Even we are lambasted, we must take things lying down. If we chose to explain at length, it will be something over the top. We must always agree, right? If we don't, habislah.

    The powerful, if they want to engage in business and politics need also to look at themselves in the mirror to see what they are really like. The people know what's going on. Tak payah pura2 and engage in self-righteousness and self-importance. Self-anggradizement too!

    ReplyDelete
  9. Annie,

    After your warning about seditioys comment, and some long hard thinking, I guess this is a case where the Sultan of Johor gets the opportunity to show his mettle.

    Many Malaysians from many states in Malaysia, eg I am from Selangor, have admired the Sultan of Johor and the Tengku Mahkota of Johor for their outspoken views.

    We now have an anak Johor, Muhyiddin, speaking out and I am curious how the Sultan would handle it.

    If the Sultan decides to stomp Muhyiddin into tiny little pieces, I guess Muhyiddin will have to smile all the way thru and say "Ampun Tuanku".

    OTOH, if the Sultan gives Muhyiddin the leeway to voice his opinion, it may lead to the Renaissance of a new Johor where Bangsa Johor is encouraged to think and debate important issues.

    I can't tell the future so I will just sit here, mind my own business and watch what will transpire.

    Gladiator



    ReplyDelete
  10. TSMY has the right to defend himself even in a not so
    level playing field. What is important in his explaination
    is that we understand the facts that it was only when
    TSMY critises Forest City....suddenly he becomes angkuh
    and sombong. In Islam there is this thing called Adil.


    of Forest City...

    ReplyDelete
  11. Muhyiddin writes for the people.
    Ghani abstain for himself.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Sultan was talking about the two former MBs, not the rakyat. Muhyiddin was also defending himself, not the rakyat - "Niat patik hanyalah untuk membersihkan nama baik patik yang kini telah dilihat sebagai seorang yang angkuh dan sombong sepertimana yang telah dititah oleh Tuanku". Thank you

      Delete
    2. Annie, are you so fond of monarchy that you refuse to think and read between the lines? The Sultan accused the MBs as being arrogant and haughty, and always followed whatever Federal asked them to do, implying that they didn't have the interests of Johor and its people at heart. In reply, Muhyiddin said it was to defend himself, but through the reply he just kept explaining how he's done his duty to Johoreans duly, and made the state prosper so the people would too. Even as a Fed Minister, he still had Johore in mind. Moreover, he's been accused of all these things which he then needs to answer when he is siding with the people in wishing to remove a corrupt leader. So, still saying it's all about himself, not the people?

      Delete
    3. Still...he said all of that just for the sake of "bersihkan nama baik" dia.

      Delete
    4. If u r not fond of the monarchy. Pls leave the country. Read between the line all you want. Muhyidin not corrupt himself? What is wrong with you people? Putting hope on the corrupted to save the country from corruption. Kind of stupid dont u think?

      Delete
  12. now land scandal isu in Johor ... hot hot hot

    ReplyDelete
  13. Greetings Annie.

    I dont't see why TSMY cannot defend himself. After all it was the Sultan who criticized him in front of the cameras for all the world to see,

    Just because the Sultan spoke his mind, TSMY is not supposed to do the same to defend himself?

    Be glad that TSMY chose to pen an open eloquent letter to the Sultan instead of organising a full blown PC. That, in itself, is an act of humble obedience and loyalty to his Sultan.

    PhriskyPhatPhish

    ReplyDelete
  14. I salute TSMY for having the gut to write back to Sultan in an open letter.

    I think royals should stay away from politics or making public statements if they can't handle the responses from his "subjects". It's not an even field in the first place; the orang-orang biasa are subjected to "Sedition Act" and criticism against royals may lead them to being arrested by the police. Royals enjoy the immunity from common laws.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In my opinion, Muhyiddin has the right to write to the Sultan but it's not proper to make it public. It's not proper etiquette. Thank you.

      Delete
    2. Annie,

      ..'its not proper etiquette'...
      Well to a lot of peoples (opinion) he (TSMY) has every right to response openly (with manners) since he has been criticised openly.

      Etiquette..it cut both ways..no matter who you are

      Long Padely

      Delete
    3. Can you please keep up with the times, Annie? We are not in the olden days when a whole country was at one man's say so. This is a democratic nation in a modern time, where a man can say stuff, in some cases even bad stuff about another man, and the other man can reply to defend himself!

      Delete
  15. Sultan said this:
    “In the past, the state government had no money to pay salaries, but today the state has billions in reserves."

    Since the sultan is wrong, muhyiddin corrected him. This also cannot kah? Sultan is not perfect he is only human.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's not wrong to correct a Ruler, but not publicly and in a confrontational tone. Thank you.

      Delete
    2. You make your bed, you sleep in it. Most importantly, facts trump all!

      Delete
  16. Saya lepas makan-nasi sambil dengar Bulletin 1:30.

    Najib kata... 'Jelas BR1M bukan RASUAH, kerana Arab Saudi juga menberi bantuan keWANGan kepada Rakyatnya yang miskin'.

    Pada saya... samada TB3 sama bodoh macam Najib atau... TB3 mahu sabotage Najib.

    Sebabnya... Arab Saudi diperintah secara authoritarian atau Kerabat Raja berkuasa secara mutlak, oleh itu tiada pilihanraya. Oleh yang demikian jika pun ada niat lain disebalik pemberian WANG kepada Rakyatnya... ianya adalah supaya Rakyat bertambah sayang kepada Kerabat Raja mereka.

    Di Malaysia... ketika BR1M mula dilaksanakan dulu, WANG diberi kepada Rakyat melalui Ahli Politik BN. Penerima terpaksa duduk dalam dewah dengar ceramah Politik dulu. Disedia makanan... roti-canai, mee-goreng, kuih-muih, teh-tarik & kopi secara percuma. Sekarang pun sama tapi berkurangan.

    Kalau kita baca OSTB.. ada yang terpaksa bersumpah atas Nama Allah untuk mengundi BN, selepas terima.

    Oleh itu... BR1M adalah ... berunsur RASUAH. No doubt about it.

    Nota:

    Walaubagaimana pun... saya tidak bantah samasekali pemberian BR1M. Ada juga kebaikannya... iaitu untuk merancakkan ekonomi Negara. Bila Rakyat ada WANG lebih, mereka akan berbelanja. Bila berbelaja, peniaga dapat untung. Jadinya, ekonomi akan 'sihat' jika banyak 'Wang' bertukar-tangan.

    Yang negatifnya...ia akan membuat setengah orang lebih malas berusaha dan lama-lama akan beranggapan BR1M adalah hak semula-jadi atau sebagai 'tongkat' untuk menampung hidup. Bila Kerajaan dah tak ada WANG nanti, BR1M tidak mampu diberi, mereka akan keluar kejalanraya & memberontak.
    Mungkin... satu hari nanti Kerajaan akan terpaksa jual lebih banyak tanah-pusaka Rakyat, secara Freehold kepada Warga/Negara Asing untuk menampung pemberian BR1M.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peliklah hujjah ini.nobody wants to be poor.however, due to some factors that sometimes beyond our control some people remain poor.
      Even Lee Kuan Yew mentioned in his book there is a small percentage on a society will remain poor no matter how hard we try to help them.
      However most of us normal human being have dignity.given the choice to remain poor and getting BR1M or be rich and not getting BR1M I am sure many of us would choose the second one

      Prof kangkung

      Delete
    2. Bos,

      We now live in Kingdom MO1 la.
      Bos tak perasan ke ?

      Negeri aku tak ada sultan, bos. Best. Sultan-sultan negeri lain tak ada pulak mengata bekas menteri nya begini begitu.

      Delete
    3. Kepada penyokong UMNO-Najib... pendapat sebegini memang pelik.

      - Duit berBillion masuk akaun peribadi, tak pelik, dah lumrah semula-jadi... penganut agama PAS kot.

      - Guna orang-tengah kelabu-asap dalam urusan Kerajaan, tak pelik pulak.

      - Deepak Carpet dapat pinjaman RM30 Juta, tanpa faedah dari Bank Rakyak... tak pelik jugak.

      Ada yang tak betul dalam kepala-hotak hang... Prof kangkung.

      Delete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry. Your comment could be deemed as seditious and therefore I can't publish it. Thank you.

      Delete
  18. Annie,

    JCS dulu zaman ghani sama muhyiddin miskin belaka. Gaji kadang dapat kadang tak dapat. JCS dulu pi kerja pakai kapcai, mana ada duit nak beli kereta!?

    Zaman MB sekarang dah lain. Tengok la apa kereta dorang pakai? Bentley? Mercedes Sports?

    No wonder keluar dalam surat khabar...

    ReplyDelete
  19. Masa zaman Osman saat melayu johor boleh dapat tanah kurnia. Paling kurang rumah murah ada tanah macam bunglow. Malah bangsa asing johor dapat rumah murah ada tanah sebab itu ada di panggil larkin international atau larkin lama.

    Tuk kerani johor atau pegawai johor dapat tanah kurnia atau rumah bunglow tanah 5000 kaki persegi.

    Zaman muhyuddin semua hilang tanah. Masa ghani rumah kerajaan pendapatan rendah pun di roboh atas dasar redevelopment yang jadi rumah kedai dan petrol stesen.

    Zaman osman saat mana ada budak budak merayau 2 pagi sebab semua ada tempat riadah di kawasan rumah atau jiran.

    So called development but pushing the malay duduk merempat sampai tak da tenpat membangun minda. Macam sama je DAP buat di Penang

    ReplyDelete
  20. Hey asshole 1611 kamu bukan orang Penang so shut the f..k up. Jangan fitnah dan memandai. Irang PG tiada masakah dengan kerajaan DAP bodoh. Kamu duduk di bawah tempurung memanglah tidak dapat mengembangkan minda atau munkin kamu ada tu minda selut. Pengkhianat rakyat memang suka fitnah dan mengelirukan rakyat. Cuba bagi fakta kalau mau komen jangan bagi cerita donation tanpa bukti. Hanya yang bangang mcm kau saja yang percaya. Bodoh
    We are educated lots so dont make yourself look stupid then you already are.

    ReplyDelete