GUEST BLOGGER
By Ani
Kawan saya Annie mintak saya menulis diblognya ini buat sementara waktu sebab dia kata dia perlu take a break from blogging.
Mulanya saya agak keberatan sebab saya sendiri tak ada blog. Cuma menulis sedikit di Facebook, Instagram dan sebagainya.
Lagi pun saya tak ada pengalaman menulis macam Annie dan bahasa Inggeris saya pun tak berapa bagus.
Walaubagaimanapun Annie minta saya tulis juga apa saja yang terlintas dikepala yang boleh dikongsi untuk kebaikan bersama. Dia kata saya boleh tulis dalam Bahasa Malaysia pun.
So, saya cuba lah ni.
Untuk permulaaan biar lah saya bercerita perkara yang paling dekat dihati saya yaitu mengenai anak-anak saya.
Untuk kali ini saya nak cerita mengenai anak saya Mikail, who is with autism.
Sejak kecil lagi Mikail ni memang sukar to get his hair cut.
Masa yang sesuai untuk menggunting rambut dia semasa dia mandi.
Gunting lah macam mana pun asal kan pendek, sambil dia main air.
Apabila mula menduduki kelas khas di sekolah kebangsaan, hmmm ada guru yang "sound" (guru kelas perdana) sebab cara potongan rambut tidak mengikut peraturan sekolah.
Ini lah masalahnya kalau anak-anak di kelas khas terpaksa mengikut peraturan yang sama dengan anak-anak di aliran perdana.
Bila bawa ke barber shop tak mahu keluar dari kereta.
Masa berlalu, his papa jadi his personal barber.
Tapi punyalah lama this personal barber wanna cut his hair...
Sekiranya lama sangat masa yang diambil, Mikail restless.
Jadi ada waktu nya cantik potongan rambut tu, kadang-kadang asalkan boleh lah.
Sekarang Mikail 15 tahun. Tahun pertama di sekolah menengah (kelas khas).
Tahun ini juga Mikail jumpa barber shop yang sesuai, barber yang autism friendly tapi jauh nun di Puncak Alam, yang agak jauh dari Klang.
Setiap kali balik kampung diKlang, sudah semestinya barber shop itu yang kami tuju.
Apabila rambut Mikail nak digunting, setiap kali itulah handphone ditangannya sambil menyanyi lagu-lagu daripada Greenday, Simple Plan, soundtrack from video games.
Dalam masa yang sama mengajak barber menyanyi bersama
Mikail :"nyanyi.."
Barber : "alah, abang tak pandai nyanyi lagu rock, abang tau lagu nasyid je".
Mikail ada masalah "sensory". Jadi kain alas (cape) tidak boleh diikat rapat dengan bahagian leher. Tangan dia akan sentiasa menarik cape tu.
Cuti Deepavali lepas balik kampung tujuan yang sama ke Puncak Alam tapi kedai tutup.
Mama Mikail ni dah mula pening, aduhai.. dah sampai kedai tutup pulak mesti Mikail tak "settle" ni.
Betul sangkaan saya. Dalam kereta Mikail sentiasa menyebut "mama, rambut".. "mama, rambut"..
Macam mana nak buat ni.
Sesi memujuk "kita makan roti canai dulu ye, nanti kita pergi gunting rambut, cut your hair"..okey sekejap sebab makan roti canai.
Habis makan sebut lagi.. "kita balik dulu, mama sembahyang maghrib dulu, lepas tu kita get your hair cut".
.. mesti tak settle juga, mula tantrum sebab routine dah lari..
Saya pun scrolled FB sebab tak silap ada like page barber shop tu.
Sent message : "kedai tutup ke?"
Barber Eim "dah tutup kak, saya sekarang kerja part time kat kedai lain di fasa 3, tak boleh hidup lah kak, customer ramai yang keluar, sesekali je ada customer, saya whatsapp akak"
Barber Eim : "saya buat mobile gunting rambut kak, esok akak datanglah kedai yang saya kerja part time ni, orang kat sana okey"
Saya : "tak boleh, esok akak dah nak balik Kuantan".
Barber Eim : "kalau macam tu malam ni saya datang rumah mak akak, boleh share location?"
Saya : "ha??? Jauh tu Eim dah malam pulak"
Barber Eim : "eh tak apa kak, boleh je, kesian Mikail"
Sementara menunggu Barber Eim, Mikail masih lagi menyebut "mama, rambut".. "mama, hair"..
Barber Eim sampai naik motor dari Puncak Alam.
Mikail dah standby dengan handphone.
Barber Eim : "haa, ni cape baru ni khas untuk Mika, ada tingkap (transparent plastic), Mika boleh tengok handphone "
Panjang cerita sebenarnya nak promote Barber Eim yang autism friendly ni.
Kalau ada sesiapa yang ada anak istimewa nak gunting rambut dikawasan dia beroperasi boleh lah call him.
Maklumat semua ada kat sini;
Itu saja lah untuk kali ini.
Terima kasih kerana sudi membaca.
ReplyDeleteQuote, "dan bahasa Inggris saya tak berapa bagus"
Lakyat Malaysia semua mesti tau itu Bahasa Bulayu ,wajib maa aa . Lia olang mau tulit inggris itu lia olang hat tapi kalau tulit inggris pandai ,tapi tulit Bulayu tatak pandai ,apaguan pangil liri Malaysian maa aa .
Wa tatak manyak pandei ,tapi Wa Malaysian Wa mesti mau pandei lor rr ,baru betut maa aa.
Pasat you punya anak ,you manyak sabar lea aa ,sutak itu macam mesti telima lea aa.
Hai yaa sutak lupa ,Wa mau uchap selamat menulit lor rr.
annie skrg busy...haiz
ReplyDeletewhat all the macai democracy is going to do ?
Hi Ani, good for you. As long as you have some cerita I am quite sure there will be people reading this blog regardless. I usually do not comment, but I would like to say that our Creator sure does like to throw challenges at his creations to drag us out of our self importance. Your son Mikail is, hence, a valuable guide in your life. I have niece who teaches autistic children and hear a lot about these children and have always been curious about them. Sorry I left school too many years for me to write in good Malay. Welcome Ani!
ReplyDeleteNice story......big tq to Barber Eim for having jiwa besar......kipidap!
ReplyDeleteHello Ani,
ReplyDeleteJangan risau,kalau tulis isu politik mesti berfakta tentu kami yang berpelajaran akan memuja tapi kalau tulis dengan auta cai cai BN yang gembira tapi kau akan kami cerca.
Terima kasih kerana meneruskan blog Annie.
Hiya Ani :)
ReplyDeleteWhat a great article.
Senang for me to read cos it uses simple words which my little brain can handle :)
You are very very lucky to have someone like Barber Eim who cares about a person like Mikail.
He sounds like a great guy and deserves support from the community.
I would have got him to cut my hair except that I prefer my hair long and I don't live around Klang.
Look forward to more articles from you :)
Gladiator
Annie...
ReplyDeleteU plzz laaaa take a loooooong leave k..
u no why..? there is so much appreciation nd love, no visibility of animosity between the readers in their comments for the above write up..
U punya write up, mostly buat orang kecoh dn gaduh dlm column comment..
U nie mmg jahat laaa... hehehe..
anywaz, our makan at KFC on..? need to invite M'etal Z'inc to join Us..?
I think jus let him be this tym atound..
tak salah Annie nak join pakatan...brapa lama nak hidup dlm keadaan bersalah dok bela penyamun??
ReplyDeleteEnjoyed reading your article.Do keep on writing
ReplyDeleteTerima kasih puan kerana berkongsi kisah Mikail.Tuhan menduga kita dengan pelbagai cara.Ada yg diuji dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan,ada yang diuji dengan anak istimewa seperti Puan.
ReplyDeleteMembaca kisah Mikail dengan tukang gunting rambutnya membuktikan masih ada dalam masyarakat kita insan yang berhati mulia yang tidak memandang duit semata-mata.Salute kepada abang tukang gunting rambut yang begitu prihatin dengan Mikail.
Soal bahasa penulisan tidak jadi masalah bagi saya dan saya rasa bagi kebanyakan pembaca blog ini.Saya bernasib baik sebab setiap kali saya menulis di dalam Bahasa Inggeris prof sawi akan menegur dan membetulkan bahasa saya.Kita bukan sahaja belajar dari sahabat tetapi juga dari 'musuh' kita.
Prof Kangkung
Hi, pernah try hippotheraphy? (No jokes about a certain "hippo"; this is a correct term).
ReplyDeleteIni terapi untuk budak autistic menggunakan horse theraphy. Ada kat Green Apple Hippotheraphy dekat subang airport.
I dengar quite calming for kids.
Asssalamualaikum.....saya ada seorang anak seperti Mikail. Saya doakan Puan Ani and husband tabah menghadapi dugaan anak austistic. Semoga Allah membalas segala usaha kita keatas anak autistic ini amiiin.
ReplyDeleteAssalamualaikum, satu penceritaan yang amat informatif bukan nya masalah pokok iaitu kesuklaran mendapatkan "tukang gunting rambut mesra autisme" tetapi disebalik kisah tersebut terdapat beberapa mesej yang menyentuh hati. Antaranya kesulitan, kesabaran, semangat juang yang ada pada ibubapa yang mempunyai anak autisme. Terdapat juga elemen kemanusiaan yang mana masih ada insan yang prihatin seperti tukang gunting tersebut yang sanggup datang jauh untuk menunaikan hajat dan tanggungjawab kemanusiaan sesama insan. Berapakalah sangat dibanding dengan upah yang dapat dengan minyak motor, tenaga dan risiko datang jauh dari Puncak Alam. Semoga Allah memberikan ganjaran sebaiknya pada insan tersebut serta kepada semua ibubapa yang mempunyai anak autisma. Sekian, wasalam
ReplyDeleteGreat story. Thanks for sharing
ReplyDeleteFazilis
Puan Ani. Annie. Assalamu'alaikum. Terima kasih berkongsi pengalaman. Saya sependapat dengan Sdr Giak Paren. May Allah Ta'ala increase in you, Mikail, Bro Eim and semuanya kebaikan di dunia dan di akhirat. Ameen.
ReplyDeleteAutism children must be taken care of
ReplyDeleteThey have a right to live without cruelty and hazardous age old dogma
Jho Low
Thanks. Kalau ada peluang sy akan call barber nie. Tq very helpful.
ReplyDelete