Thursday, 8 March 2018

Padi Rescue, exploiting farmers' woes

GUEST BLOGGER

By Lebai Sudin

Lain Bengkak, Lain Dibebat.

Aku mengambil masa lama untuk menulis lagi. Terima kasih kepada Annie kerana memberi ruang ini. Tentunya aku masih mahu mencoret soal padi dan beras. Kalau ada yang bosan dengan tajuk ini..apa nak buat..sebab bagi aku ia adalah soal yang cukup penting. Komoditi paling strategik negara - makanan utama.

Lebih-lebih lagi, sebelum Tahun Baru Cina (9 Feb) aku sempat hadir pada satu dialog oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEN) di Damansara. Nama ini pun agak pelik sikit. Majlis bermaksud Council..memberi maksud suatu badan berkuasa. Tapi MTEN bukan badan kerajaan, ia adalah NGO. Nama ni agak misleading sikit dan kelirukan orang.

Apa pun…programnya adalah dialog Industri Padi & Beras Negara. Aku pergi kerana kebetulan aku menulis isu ini, dan aku tertarik kerana antara panelnya, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram yang aku minat ketika belajar ekonomi dulu.

Ketika aku tiba di tempat itu, program sudah mula dan baru tamat tayang video. Tak tahulah apa kandungan videonya. Aku jengah-jengah keliling, rupa-rupanya Dr Jomo tak datang, dan aku mula rasa kecewa. Sebab aku nak tau apa pendapat nama sebesar Dr Jomo mengenai isu padi dan beras ini. Masa belajar dulu aku sering juga merujuk jurnal dan buku tulisan Jomo termasuk soal penanam padi di Kelantan dan di Kedah.

Ada lebih kurang 50 orang yang hadir. Ada pengilang, pemborong dan petani. Katanya, ada orang Bernas juga, tapi tidak pula mereka minta ulasan dari orang Bernas apabila ada menyentuh hal Bernas.

Panel pertama bekas pengarah LPN, Ahmad Anuar Ibrahim. Dia cerita sejarah LPN dan sejarah padi negara. Aku tak jelas kemana dia nak bawa perhatian dan pemikiran audiens. Dia rasa pesawah perlu dibela kerana pendapatan mereka tak mencukupi. Dia cadangkan naikkan subsidi padi..hmmm.. malas aku nak komen.

Tapi, dia pun ada jelaskan bahawa LPN ditubuhkan pada 1971 dan tidak ada kena mengena dengan petani. Peranan LPN adalah selepas tuai (post harvest), melibatkan pengilang dan pengguna.

Jadi tak tepatlah kalau MTEN menyertai NGO yang menamakan diri mereka sebagai Padi Rescue nak menyelamatkan industri beras dengan menuntut supaya LPN diwujudkan semula.

Menyedari hal itu, di dialog berkenaan, moderatornya Fitri Amir Muhammad sebagai koordinator Padi Rescue mengatakan pula perjuangannya bukan mahu menubuhkan semula LPN, tetapi menghidupkan kembali fungsi LPN.

Tapi kalau LPN pun asalnya terlibat post harvest… tak tepat juga.

Ini kerana, panel ketiga, Prof Datin Paduka Fatimah Mohamed Arshad, Institute of Agriculture and Food Policy Studies, UPM, berkata memberi tumpuan kepada transformasi di peringkat pengeluaran adalah lebih penting dalam industri beras negara. Katanya, tak perlu cerita pasal kilang dan pasaran, yang penting tingkatkan pengeluaran beras negara.

Beliau melihat seluruh industri padi kelemahannya adalah di peringkat pengeluaran. Pesawah kita masih ditakuk lama.


Memang ada sistem saliran, ada guna baja, tanam dan tuai guna mesin, tetapi mereka tak maju dan tak mampu berdirikari, masih macam sara diri secukup hidup.

(Aku tak ulas di sini pasal panel kedua, Bekas COO Bernas Ahmad Ilham. Aku kena cari fakta sikit nak laporkan apa yang beliau cakap…artikel akan datang akan aku sentuh hal ini).

Prof Fatimah berhujah bahawa pesawah terkongkong dengan penggunaan benih, baja dan racun. Beliau berpendapat pesawah tidak dapat kebebasan untuk menjalankan kerja sawahnya mengikut kehendaknya. Sebab itu, katanya, hasil pertanian di atas tanah milik pesawah adalah tidak memuaskan. Bab ini aku kena selidik lebih lagi. Apa yang aku faham, beliau maksudkan pesawah kita tiada kawalan ke atas input pertanian, jadi tak dapatlah mereka menentukan bagaimana seharusnya tanah mereka digunakan dan apa jenis benih, baja dan input yang patut digunakan.

Prof Fatimah berkata, untuk membangunkan pesawah faktor-faktor penentuan perlu diambil kira iaitu modal insan, tanah, air, buruh, baja, modal dan teknologi. Mesti ada amalan sawah yang baik. Tumpuan harus kepada meningkatkan pengeluaran (output) dan mengurangkan kos input. Maka, perlu ada pembangunan sektor input tempatan.

Nah…aku tak lah berminat nak menulis macam ahli akademik. Tapi itu pendapat orang yang pakar. Katanya lagi, pembekalan baja perlu diliberalisasi untuk beri pilihan kepada pesawah. Ini satu lagi perkara yang aku akan cuba cari-cari maklumat mengenainya.

Pendapat Prof Fatimah ini ada dilaporkan oleh NST Online.

Pendapat seperti ini barangkali menarik untuk diterioka lebih jauh. Sebab, pada sesi soal jawab, seorang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai petani dari Tanjung Karang, memberi pandangan bahawa pesawah kita yang silap sehingga mereka tidak maju dan berjaya sejak sekian lama.

“Siapa kata pesawah tak boleh buat duit…siapa  yang ada tanah 3 ekar dan kata tak cukup beri hasil, bak sini, bagi saya usahakan tunjuk macam mana boleh bawa hasil.” itu kata-katanya yang masih aku ingat.

Beliau kata kesilapan pesawah adalah guna baja dan guna racun. Tidak semua baja sesuai dan racun lebih merosakkan dari bawa kebaikan. Kalau betul-betul bersawah, berbudi kepada tanah, pesawah tak akan miskin lagi.

Cara perawakannya nampak beliau tahu apa yang diperkatakannya dan melihat kepada gaya penampilan beliau kelihatannya seperti seorang yang meranduk sendiri tanah sawahnya.

Kalau nak ikut hasil kajian Prof Fatimah dan pandangan orang bernama Faizal tu, tumpuan perlu diberikan kepada membangunkan pesawah iaitu meningkatkan pengeluaran.

Tapi betulkah semua pesawah tidak maju dan miskin?

Apakah masalah industri beras ini adalah masalah pengilang, pemborong dan peruncit iaitu soal pasaran?

Aku rasa Padi Rescue kena jujur dalam hal ini - peringkat post harvest (lepas tuai) atau peringkat pengeluaran yang perlu diberi perhatian.

Jangan Lain Yang Bengkak, Lain Yang Dibebatnya.

Note : Please also read Lebai Sudin's last post Sharing the cake of Malaysia's rice industry

17 comments:


  1. Ini sawah punya hat Wa tatak pandai cekap lea aa ,tapi Wa manyak pecaya itu segala hat jadi lemah(bukan pasat padi saja) pasat lasuah pada manyak pelingkat.

    Kalau itu lasuah boli kasi haput ,semua bolih jadi baik lor rr.

    ReplyDelete
  2. / Kalau ada yang bosan.../ yo bro, I am one of them. Your mukadimah terlalu panjang la...you need to go straight to the point. Use bullets (like Tun M in his post)to highlight points...baru senang nak faham.
    BTW Annie....not sure if you have your hand on the pulse of the rakyat, when you posted this beras piece. Expected something on CID-gate. Anyway, your blog and you can choose what to post....n I respect that.

    ReplyDelete
  3. NFC still owes govt RM248 million, says Finance Ministry

    https://www.themalaysianinsight.com/s/41856/

    ReplyDelete
  4. Annie, tukar topik air la pulak so that we can vent our anger !!!#$@

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat saya tinggal ni tak kena catuan air. Jadi susah saya nak tulis issue ni. Nanti saya Cuba tanya kawan2 lain yg kena kalau2 dia org boleh tulis. Terimakasih.

      Delete
    2. Pasal air TST lah, dekat PRU 13 sebelum ini, masalah air berlaku berturut tak berhenti, lepas PRU 13, masaalah air hilang.

      Dan sekarang PRU 14 dah dekat, masaalah air timbul kembali lagi.saya percaya lepas PRU 14 nanti, masaalah air akan hilang sekali lagi dan akan muncul lagi dekat PRU 15 nanti, caya tak ?

      Delete
    3. Sekarang jururawat juga kena undi pos. Satu kaedah penipuan yg terancang dlm undi oleh UMNO Jahannam.

      Delete
    4. Orang umno ni bodoh ke buat bodoh.DOSA YOU YOU.ALLAH MAHA MENGETAHUI. KAMU MAIN MAINKAN ALLAH? ISLAM APAKAH KAMU INI? INIKAH DIKATAKANENYELAMATKAN BANGSA MELAYU DAN ISLAM? MELAYU BODOH KERANA DITIPU OLEH PEMIMPIN MELAYU

      Delete
  5. Malaysia’s PM is about to steal an election

    Stop thief

    Jho Low

    ReplyDelete
    Replies
    1. declare state of emergency
      declare state of emergency
      declare state of emergency
      declare state of emergency

      macai umno

      Delete
    2. The Prophet SAW reminded:
      " What destroyed your predecessors was just that when a person of rank among them committed a theft they left him alone,
      and when a weak one of them committed a theft, they inflicted the prescribed punishment on him. I swear by Allah that if Fatimah daughter of Muhammad should steal, I would have her hand cut off"

      -- Hadith Sahih Ibn Majah
      ( Book 40 on Hudud)

      jho low

      Delete

    3. other prophesies to add on,

      when honesty is lost, then wait for the hour…

      when authority is given to those who do not deserve it, then wait for the hour…

      bad people will be given bad leaders…


      Delete
  6. musuh kita undi pos

    ReplyDelete
  7. Kecerdikan mereka termasuklah menteri2 bn setaraf dengan kecerdikan keldai2 yang diberi nasi kangkang

    ReplyDelete
  8. Jika ada menteri kabinet, menteri besar ahli2 umno terutama pemuda dan wanita yg tak faham bahasa inggeris harap pegi alih bahasa ke bahasa Malaysia...kalau tak faham jugak rasanya baiklah berundur kerana ini adalah maruah kita yg dimalukan oleh masyarakat antarabangsa termasuklah negara2 Islam di timur tengah dan mungkin org2 afrika dan ethopia pun faham dan mereka sdg tertawakan kita...so tindakan saman harus diambil terhadap MSNBC kerana telah memalukan pemimpin suci anda..

    ReplyDelete
  9. Byk komen yg off topics

    Prof kangkung

    ReplyDelete
  10. That's it surely.

    ReplyDelete