Friday, 15 September 2017

A bit more on the tahfiz tragedy

I thought I was being harsh with my tahfiz posting yesterday

Tahfiz and other religious schools need to be brought to mainstream education system


but this one, which I received from my uncle via Wassap just now, is much more direct to the point. I don't know who wrote it, but I agree with it.

Hari ini kita dikejutkan pula dengan tragedi kebakaran di Darul Qur'an Iftifaqiyah di Dato Keramat yang meragut nyawa 24 orang, iaitu 22 murid dan 2 guru, manakala 20 orang lebih dilapurkan cedera parah, dan ramai lagi yang masih terperangkap.

Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku di sekolah agama persendirian, tak kira lah apa benda nama pun, Darul Qur'an ke, Madrasah ke, Pondok ke, Ma'ad Tahfiz ke.... diikuti oleh nama-nama dalam bahasa Arab yang kadang-kadang nak sebut pun susah sampai berbelit lidah... Al itu lah, Al ini lah, tinggal lagi Madrasah Al-Butoh dan Ma'ad Al-Fantat je yang belum ada.

Marah ke..? Ya, memang aku marah.... Bukan sebab kebakaran itu saja, tapi banyak sebab lain yang menyebabkan aku marah dengan sekolah agama persendirian ni.... Cakap memang senang, dah takdir, nama pun kemalangan..... butoh pak hang..! Itu cakap orang Qadariyah yang beriman dengan Qada' dan Qadha dengan cara yang salah...!

Kamu tak fikir ke, pasal apa selama ini hanya madrasah, pondok, ma'ad dan pusat tahfiz persendirian yang terbakar...? Sebab ustaz-ustaz yang mengendalikan sekolah agama itu mengambil mudah tentang ciri-ciri keselamatan... Bangunan tidak ikut spesifikasi....! Sistem pendawaian elektrik macam mana...? Kawalan api macam mana..? Asrama macam mana...? Bilik tempat belajar macam mana..? Tandas macam mana..? Dapur macam mana...? Semua itu tak lulus lah...! Bangunan tak ada CF...! Itu belum cerita bab kebersihan lagi...!

Seperti kejadian yang berlaku hari ini... Kebakaran bermula di pintu utama.... Murid-murid terperangkap.... Pintu belakang tak ada...! Tingkap tak boleh buka...! Alat pemadam api tak ada...! Macam ini kamu kata takdir Allah...? Fuck you...!

Bila berlaku macam ni, mulalah kutip derma kilat, konon nak membantu Darul Qur'an yang ditimpa musibah... lancau...! Nak bantu taukeh agama tu buat apa...? Yang jadi mangsa ialah budak-budak...! Yang terkorban bukannya taukeh agama tu...! Ingat duit derma boleh kembalikan nyawa murid-murid ke...?

Taukeh tu dah kaya.... Boleh dikatakan semua pengusaha sekolah agama persendirian pakai kereta mewah, rumah besar, bini lebiih dari satu..... Kerana ibubapa yang hantar anak belajar di sekolah persendirian semuanya orang senang, orang banyak duit.... Tetapi yang hidup dha'if ialah budak-budak tu....!

Sepatutnya pihak kerajaan kena tegas dalam soal ini.... Pedagang agama yang tak cukup duit, tak payah nak wat gatal batu pelir nak bukak perusahaan sekolah agama...! Tak ada faedah pun...! Sekarang ni kalau makan di mana-mana restoren di sekitar Lembah Klang, bersepah-sepah peminta sedekah yang terdiri dari pelajar pusat tahfiz, darul qur'an, madrasah, ma'ad duk ganggu orang tengah makan....  Ini ke yang Islam suruh...? Bila tanya dari tahfiz mana...? Dari Kedah lah, dari Perlis lah, dari Perak lah..... Habis kau datang mintak sedekah tiap-tiap malam kat KL, bila masa kau belajar...? Terus lari, pergi ke meja lain pulak.... Begini ke imej Islam yang kita nak tonjolkan dalam negara yang berbilang agama...? Orang bukan Islam pun nampak lah, budak-budak yang berpakaian agama kerja minta sedekah ke hulu ke hilir, ustaz-ustaz pulak pakai kereta mewah dan hidup gaya mewah.... Apa ni...?

Benda ni bukan wajib pun....! Cuba kira dah berapa tahun pondok-pondok agama persendirian ini beroperasi, berapa pusat tahfiz yang ada di seluruh negara, setiap tahu berapa orang yang menamatkan pengajian.... di mana mereka sekarang...? Mana...? Setiap bulan puasa, surau-surau dan masjid-masjid upah lepasan ma'ah tahfiz suruh jadi imam solat tarawih... AJK suaru masjid upah orang Thailand jugak...!!!!

Dan kalau ya pun pelajar tahfiz di sini yang diambil jadi imam solat tarawih, setakat itu saja ke...? Habiskan masa bertahun-tahun belajar di pondok, setakat nak jadi imam solat tarawih saja...?    

Eh, untuk nak jadi orang Islam yang baik, silibus matapelajaran Pengetahuan Agama Islam di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan dah cukup lah.... Orang-orang yang jadi tokoh agamawan sekarang, hampir semuanya berasal dari sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan saja.... Paling alim pun, masuk sekolah menengah agama kerajaan, orang panggil sekolah Arab... Itu saja....! Mereka ambil SPM juga, cuma kalau sekolah menengah biasa ada aliran Sains, aliran Sastera, Aliran Perdagangan, yang sekolah Arab ada aliran Agama.... Bila dah habis SPM, ada yang melanjutkan pelajaran dalam bidang konvensional macam budak sekolah menengah jugak, ada juga yang ambil jurusan profesional, dan yang nak sambung dalam bidang agama melanjutkan pelajaran ke Mesir, Jordan, Madinah..... Yang masuk sekolah agama persendirian, di mana mereka...?

Cuba tanya Mufti Perlis sekarang, dia sekolah mana dulu...? Kolej Islam Klang, sekolah asrama penuh... Pelajar Kolej Islam Klang pun belajar macam budak sekolah asrama penuh lain jugak.... Yang aliran sains ambik jugak subjek fizik, kimia, biologi bagai..... Tak payah masuk darul itu ini, ma'ad itu ini, tahfiz itu ini, pun...!

Aku dari dulu lagi, cukup tak setuju hantar anak masuk ke pusat tahfiz lah, pondok lah, madrasah lah.... Dulu masa anak saya kecik, isteri pernah tanya, tak nak hantar ke pusat tahfiz ke...? Saya tanya balik, untuk apa...? You tell me why we should send our boy to the private religious school...? For what purpose...? (Bini aku tak boleh jawab, bukan sebab dia tak reti cakap orang putih, tapi sebab dia pun tak tahu untuk apa hantar anak ke pondok dan pusat tahfiz).

Masa anak nak masuk tadika, aku tak bagi anak masuk Pasti, walaupun masa tu aku wala'un tegar.... Aku tak percaya, bagi aku tak ada faedah pun.

Eh, untuk nak jadi orang islam yang baik, yang patuh kepada perintah Allah dan Rasul, dan meninggalkan larangan Allah dan Rasul, untuk kenal dosa-pahala, untuk tahu mana halal mana haram, untuk beribadat kepada Allah, untuk memahami rukun iman dan rukun Islam, tidak semestinya kena mengaji banyak.... mengaji sikit tapi faham agama jauh lebih baik dari mengaji banyak tapi tak faham-faham...! Sama jugak, amalan yang sedikit tapi menurut sunnah nabi jauh lebih baik dari amalan yang banyak tapi penuh dengan bid'ah.

JIka Allah berkehendak untuk memberi kebaikan kepada seseorang, yang pertama Allah bagi dia mudah faham agama.... Syurga Allah bukan diciptakan untuk orang yang banyak ilmu, tetapi untuk orang yang patuh kepada perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Sekarang kita boleh tengok sendiri depan mata.... Orang yang berlagak seperti ulamak, semuanya terbukti menjual agama untuk kemewahan dunia.

Akhir kalam, Nabi SAW bersabda : " yassiru wala tu’assiru" Maksudnya : “Permudahkanlah dan janganlah engkau menyusahkan."

Orang yang tak masuk sekolah agama mudah faham hadis ni, tapi orang yang masuk sekolah agama, ustaz dia tukar maksud hadis itu menjadi kata pujangga : Islam itu mudah tetapi jangan kamu memudahkan.... nampak..?

Pengetua Darul Qur'an yang terbakar menganggap 25 orang yang terkorban mati syahid....?

Kita ucapkan takziah kepada keluarga mangsa... Orang yang beriman itu apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan innalillahi wa'inna ilaihi raji'un....  Dan kita berdoa kepada Allah semoga semua mangsa mendapat keampunan dan rahmat-Nya.... Allahumaghfirlahum warhamhum wa'afihim wa'fu'anhum.

Tetapi samada mereka itu syahid atau tidak, bukan bergantung kepada anggapan pengetua.... Itu urusan Allah.

Pengetua tak payah lah cakap banyak.... Sepatutnya kamu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian mereka... Jangan senang-senang nak lepas tanggungjawab dengan mengatakan pelajar dan warden yang terkorban itu mati syahid.


The three brothers who were among those killed in the fire yesterday
Sorry that you all have to read it in mostly Malay as I purposely didn't translate it.

It's the best way to deliver such a message.

47 comments:

  1. 'Macam ini kamu kata takdir Allah...? Fuck you...!'

    TO THE AUTHOR - BE CAREFUL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak betul ke apa penulis kata? Kalau kamu baring tgh jln raya & kena langgar, nak kata takdir allah jugak ke???

      Delete
    2. This is a prime example of the term "BODOH SOMBONG"

      Delete
    3. The "takdir allah" group mentality is why some leaders like najib use kwsp to invest in already strong economy like usa instead of sabah Sarawak and malaysia
      I'm so sick of this

      Delete
    4. Sekarang ni,semuanya dipersalahkan kpd takdir Allah, ada plak video viral barang mahal pn ditakdirkan Allah jgn salahkan pemimpin kata dlm video tu, kahkahkahkah, jgn esok org merompak merogol pn salahkan Allah SWT

      Delete
    5. The unthinking, easy way out, unregulated, vegetables, zombie like, RnD absence, half baked, abuse of "takdir Allah" needs to stop

      Vote opposition

      Delete
  2. Annie,

    Orang yang tulis ini, saya sokong 100%.

    Pengetua sekolah Tahfiz jawap mudah dan simple saja jawapannya, orang yang mati adalah mati syahid.

    Sepatutnya, pengetua pun patutnya mati syahid sekali. Itu baru betul.

    Saya terbaca, dulu pernah terjadi di Kedah 29 orang mati, juga disebabkan kebakaran.

    Berapa banyak sudah tragedi yang meragut nyawa budak yang tak berdosa.

    Pemimpin-pemimpin pun senang jawapnya, Sekolah tak ikut garis panduan keselamatan.

    Siapa yang sepatutnya buat penguatkuasaan.?

    Akhir komen, saya sertakan hadith Nabi,

    "Tuntutlah ilmu walaupun sehingga sampai negeri China"

    Menuntut ilmu bukan setakat menghafalkan Quran sahaja, menuntut ilmu termasuk juga ilmu agama, ilmu Sains dan ilmu dunia.

    Ilmu Sains bukan ilmu manusia tetapi ilmu perjalanan alam ini, dari sekecil zarah, dari sekecil sel manusia dan sehingga ke planet, matahari dan seluruh alam ini.

    Kenapa yang orang Islam tidak mahu belajar ilmu alam ini yang dijadikan Tuhan.

    Orang ramai sudah cukup marah dan jangan kita mengambil ringan dengan pengusaha sekolah-sekolah ini.

    Penyelesaian patut dibuat dibuat dan cukup-cukuplah.....orang yang berhati perut sangat sedih dengan kejadian ini yang berulang-ulang.


    ReplyDelete
  3. Annie. Yang paling utama kita sebagai ibu bapa dan penjaga. Ke mana juga kita menghantar anak kita, ambil tanggungjawab untuk memastikan tempat kita meletakkan anak kita itu selamat. Selamat suasana fizikalnya emosionalnya dan spiritualnya. Malangnya mungkin ini bukan budaya kita. Memeriksa kawasan bangunan memastikan ada fire exits dan fire drills untuk keselamatan anak kita. Berapa ramai agaknya ibubapa yang educated and not so educated bila pergi hantar anak ke sekolah dan tinggal di asrama (does'nt matter sekolah ugama atau biasa), pusing-pusing kawasan dalam dan luar bangunan dan ambil berat aspek keselamatan. Jika pihak pentadbiran tidak membenarkan ibu bapa pusing-pusing begitu then don't leave our child there.

    Let me share. Almarhum Abah kami (May Allah Ta'ala forgive him and have mercy on him) sekolah setakat darjah empat. Terberhenti zaman Jepun dan dhaif keluarga. Hari dia hantar adik perempuan saya ke asrama sebuah sekolah ternama (Form 1) Abah memerhatikan murid-murid perlu melintas jalan raya yang sibuk dari asrama ke sekolah. Walaupun kami miskin dan mendapat tempat di asrama itu suatu kebanggaan orang kampung, Abah kata "Sudah. Tak payah. Meh balik". Kesian adik. Saya pula di asrama penuh sekolah yang lain.

    Alhamdulillah kami faham kasih sayang Abah yang mahu pastikan anaknya dalam selamat. Alhamdulillah despite going back to public day school Adik is now a highly qualified professional serving in a foreign government.

    Ilmu baik. Amalan baik. Penambahbaikan berterusan.

    ReplyDelete
  4. Innalillahi wa innalihirrajiun.

    Semuga niat adik-adik tu nak masuk syurga kesampaian.

    Pengetua?Pengusaha?

    Masuk balai dulu. KECUAIAN.

    "Kapitalis Agama"

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anon 10:16.

      Kalau di Negara Kapir, Pengetua itu adalah orang pertama yang diseret ke lokap. Kecuaian menyebabkan kematian.

      Delete
  5. Annie,

    First and foremost, I am shocked that such a sentiment is now being expressed openly and publicly.

    I have no doubt that the ulama would immediately label the author a deviant because he threatens the whole basis of Islam as the ulama would have us believe,

    What is deviant?

    The following is deviant!! :)

    //yang pertama Allah bagi dia mudah faham agama//

    Think about it.

    If religion was made easy, if understanding religion was within the reach of each and everyone of us, there would be no need for a priesthood or the ulama.

    Remember what I was saying elsewhere about how religion, then as in now, was simply a means of gaining power and control over the population?

    Well, what would the ulama do if nobody needed them to explain the intricacies of Islam?

    Jual nasi lemak by the side of road, I think.

    //bersepah-sepah peminta sedekah yang terdiri dari pelajar pusat tahfiz//

    Hm... I have not seen this in Klang, but then I guess those students don't go begging at bak kut teh stalls.

    I did ask my uncle to take me to some Malay stalls but he insists there are no good ones in Klang!! I think he is a liar, my uncle :)

    I could go on commenting on what was written, eg the good life enjoyed by the taukehs who run those pusat tahfiz, but I won't because I know my comments will just upset people here.

    Cukup lah you sendiri tau dan faham is what I say.

    Gladiator

    P.S.

    //Sorry that you all have to read it in mostly Malay as I purposely didn't translate it//

    It was all written in fairly simple Malay, so I think the author knew he was dealing with people of low intellect - like me :)

    ReplyDelete

  6. Ini negala atak undang-undang maa aa , mau cali wang pon mau ikut itu undang-undang lea aa .

    ReplyDelete
  7. HEHEHEHE.......tepat ke sasaran.
    I wrote almost like thislah, Annie kat forum social. Semua tuduh I kurang ajo and block me from the forum !!!!!
    HEHEHEHE.
    Wish U put this message here yesterday. Definetly I would have copied it and paste it there so that all the melaon read this and understand what mati Syahed is.

    ReplyDelete
  8. Walaupun komen tersebut separuh betul, tetapi boleh mewakili sebagai pandangan umum yang baik.






    ReplyDelete
  9. وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
    janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.....
    saya rasa ayat ini patut di baca ke atas tauke2 pusat tahfiz yg abaikan keselamatan

    ReplyDelete
  10. Anonymous @ 15 September 2017 at 09:59,

    ////'Macam ini kamu kata takdir Allah...? Fuck you...!'////

    //TO THE AUTHOR - BE CAREFUL//

    Why is that?

    Is the author not allowed to be angry at those who allowed this tragedy to happen because those criminals used the name of Allah to con the parents and children?

    My Bahasa Melayu is not that good and even I understood what he was writing and who he is cursing!!

    Gladiator

    ReplyDelete
  11. Perkara sekolah ugama persendirian terbakar terjadi tiap tahun. Do we need a Mao Tse Tung kind of leader to put things to order? ( Just returned from Beijing on a diy tour).

    ReplyDelete
  12. Kalau pengetua tu seorang Islam yg sebenar dia mesti bertanggung jawab atas kejadian ni. Pasal syahid tu adalah antara pelajar yg meninggal tu dengan Allah. Tapi pasal menyedia kan sekolah tahfiz tanpa mengira hal keselamatan itu adalah tanggung jawab pengetua. Mana2 pengetua di mana2 sekolah tahfiz mesti memastikan keselamatan pelajar2 ni.
    Bayangkan kalau peristiwa yg sama berlaku di sekolah antarabangsa...rasanya siapa yg akan di tangkap dulu? Sy rasa pengetua. Sebab tu sekolah ini selalu adakan fire drill supaya boleh test keselamatan sekolah tersebut.

    ReplyDelete
  13. I fully agree with the author, his/her pala-butoh ranting, included.
    Me... If I had my way, I would've declared all religious schools, no matter what religion, as haram.

    On second thought... Pengetahuan Agama or Religious knowledge could still be taught as a subject in mainstream education, but only in the national language or mother-tongue of students.

    ReplyDelete
  14. I have written about sekolah pondok in this blog a long time ago.
    I live nearby a very famous pondok in Kelantan.Yes,the buildings there are fire hazard.There is no proper planning.
    I really pity those who study there.There are preparing their lives for the hereafter without any skils to survive in this contemporary world.

    I wouldn't put my child to study there even if that is the only school available in the world.
    I would rather give my childern home-based education.

    Prof Kangkung

    ReplyDelete
  15. latest development, maybe unsur khianat.

    but the rest of the incident involving tahfiz, i fully agree. they simply build tahfiz. the moment u got tht email for sumbangan bina tahfiz, u know theyve got no proper plan or financial stability. which is why i think getting them to follow some standard should be of priority.

    but i notice we dont enforce much where religion is concern.

    so everything now is ikut sedap kepala masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga ikut quotation kontraktor takde lesen bang. Camne nak buat.

      CIDB banyak bg SOP mane nak ikut. Janji murah. Sikap sendiri. Murah, free.

      Cuba check siapa bina madrasah sementara tu. Quotation camne, plan camne.

      Macamne org tak question management sekolah tu. Janji ade bangunan tak roboh. Boleh lah. Tak kisah lah.

      Ni lagi kecoh nak buat residential housing kos bawah 50k. Sure ke selamat? Dah check CIDB. Runtuh? Kena ribut? Camne?

      Delete
  16. am still shocking….sadden…angry…. my father grumbled on authorities. my mother grieving d kids misfortunate. it’s a heart breaking indeed. we r murmuring out of something too, but no cursing or any vulgarity d unlikely of wat I read in d ur post here. I dunno if d porn colloquial talk is a new piousness in islam.
    while u got good verses of Al quran … but on d other hand profane words to reason with…. its not ok. it worse if u’r elder man. wat if ur children heard them. no wonder ur wife wont answer d question. she new u’ll burst into more.
    to me…of wat I’ve been taught, we opt to ve ur options. yaa…choice of learning or study….u may go to whatever schools u like, d indian school, chinese school, english school, arab school, international school, sport school, medic school…u name them! just dismissed gambling school or any other vice schooling.
    my question to u…why sound so frenzied about going to tahfiz or pondok school? well…not everybody has to be lawyer or doctor. diversity is human trait….God’s element tat is …its starts with qada n end with qodar….d determiners of one’s get or failing to ve it. qadar is wat u had chosen n qodar is wat u’d achieved. so, It desnt matter if u can be an imam or not….get paid or not, but d onus is thorough n done. so dun punish who go to tahfiz schools ….not their parents! they,r just doing their best. doesn’t matter d preference is by parent or kid….. as long as its on good peculiarity no harsh words for tat.
    for me….i select my own fate. thanks to my parent. I truly believe it.
    i believe wat had happened to tahfiz school is a chosen fate too. elements of disaster were inattentive as to invite bad reason to take it course. its not God motives…. Literally. dun think God lighted fire at his own believers there. its human negligence. d fouler has to be brought forward.

    ReplyDelete
    Replies
    1. How old are you? Maybe you are not old enough to understand the real world out there.

      People with Sarban on their head and beard, if you approach these people and reason with them nicely about safety, they will look upon you like you are some kind of a sinner or a disbeliever.

      Maybe you do not have a lot of experience dealing with these people. You should try.

      Some of them are truthful and very sincere but some of them, they cannot be reason with.

      The best "adab" in dealing with these difficult people is sometime via profanity because some of them do not have a conscience.

      I am not advocating profanity to you but in some cases there is no other way around it.

      I had my fair share of dealing with these people. Just because they have a songkok and beard, they can be mean to people in the office.

      Some people are intimidated, but I treat them like dogs and scold them like they are a piece of sh**.

      Again, I am not promoting profanity but sometimes, it is necessary. We have to look at the circumstances.

      In this particular case, a lot of people are very angry.

      Delete
    2. Fatin,

      In a civilize country, children at the age of 7 to 15 should not be living in a dormitory run by some Tom Dick and Harry.

      We have dormitory (asrama) such as MRSM run by the government. They had proper place to sleep, safe and healthy environment to accommodate these kids. It is not perfect but at least it is civilize.

      These Tahfiz schools which grew like mushroom, the problem is how to control them, the safety, the health factor.

      The government have to come up with a policy about the Tahfiz school.

      Another thing, the kids that is studying in the Tafiz school should not be deprived of studying Mathematics and Science and detaching them from the real world.

      Delete
    3. fatin, what we are saying,

      Parents, don't just dumped your child at any tahfiz; it is your responsibility to check that the tahfiz meets basic requirements (esp if it is residential) & syllybus is approved.

      Nothing wrong with going to tahfiz school, but these kids need to be taught some ilmu dunia & social skills as well so that they can function effectively in the modern world.

      There have been numerous tragedies on tahfiz or tahfiz students. We (as a society) doesn't seem to learn anything from these tragedies. There doesn't seem to be any improvement. Why?

      You sounded young. There are enough evidence (read the newspaper) that there are many parents that are selfish/stupid/deluded/evil. That is why society needs law to protect those that are too young to protect themselves.

      Delete
  17. Here's some news for U people to pounder;

    KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur membawa seorang pelajar pusat tahfiz, Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, yang dipercayai menyelinap keluar dari premis berkenaan sejam sebelum kebakaran berlaku bagi membantu siasatan.

    Kanak-kanak itu dibawa bersama seorang lagi pelajar pusat tahfiz sama oleh pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur.

    Berdasarkan maklumat diterima, polis membawa kanak-kanak itu ke lokasi kejadian sebagai membantu melengkapkan siasatan.

    Dia didapati dibawa menaiki kereta jenis PROTON Preve milik JSJ Kuala Lumpur, sekitar jam 4 petang tadi sebelum beredar dua jam kemudian.

    Selain itu dia juga akan diminta untuk memberikan butiran maklumat terperinci berhubung sebarang pergerakan atau faktor mencurigakan yang dilihatnya semasa dia cuba menyelinap keluar melalui pagar belakang pusat tahfiz menuju ke arah Taman Tasik Datuk Keramat.

    Setakat ini BH masih berusaha mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini dari pihak polis.

    Sumber : bhonline

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam celita atak lengar maa aa . Jadi hat semua olang mau celita ,menteli-menteli celita ,semua olang celita . Hat jadi kasi peluang semua olang celita ,satu mingu nanti semua olang senyap ,tunggu lain hat jadi celita lagi .

      Ini tahfiz bakar bukan pertama kali maa aa !!!.

      Delete
  18. annie

    setiap bulan ade ke kau sedekah rm 1 juta (ringgit malaysia satu juta) untuk pembangunan islam. Ko ada madrasah atau yayasan ko sendiri ke. setakat tulis blog komen macam PRO BANGSAT, tak payah nak belagak. Diam-diam sudah.

    Annie,
    ko islam ke kapir. just pandai komen tapi takde sumbangan apa dalam Islam (tu pon kalau ko Islam). lepas ni ko mesti guna ayat back-up a.k.a munafik ko -- 'sumbangan kita tak payah nak bgtau orang lain, itu antara aku dengan tuhan'-- ape tuhan ko Allah ke. masuk kubur dulu kalau AMALAN ko boleh jawabkan.

    Annie.... sila mampos kau sama keturunan ko. malang lah MAK BAPAK ko ada anak macam KO. ANAK JAHANAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini ke komen org yg mengaku Islam tegar? Bukan setakat menyumpah Annie je, mak bapak & keturunan pun nak disumpah jugak.

      Sebab org macam awak le, org pandang serong pada org2 yg mengaku penyokong tegar islam.

      Delete
    2. JAkIM dapat 1b kan. Buat pe?

      Delete
    3. Astaghfirullah... rasanya saudara yang x layak ckp pasal islam.

      kalau yg x bkn islam tgk comment mcm ni, mcm mana mereka nak masuk islam ?

      jgn bawa fitnah pada agama. saudara/saudari memalukan org islam dan org melayu yang lain.

      Delete
    4. 3:08, biarlah orang tak namapak kebaikkan yg kita buat walaupun sedekah 10sen kat tabung masjid..seolah2 macam kita sorokkan kejahatan kita daripada pandangan manusia..

      Delete

    5. Anon 03:08

      Islam atak ajar itu macm cekap ka ?,

      Delete
  19. Siasat kes kebakaran ni dari segala segi. Di akhir zaman ni ustaz dan murid tahfiz pun boleh berdengki, berniat jahat atau khianat.

    ReplyDelete
  20. Aduh comelnya 3 adik-beradik yang terkorban tu..Sedihnya..(bawling)..

    ReplyDelete
  21. fatin,

    //why sound so frenzied about going to tahfiz or pondok school?//

    If I consider myself a good person, I should try and help another person if I see that person doing something which I know is bad for them.

    It is like Hadi Awang saying that he wants people to stop taking drugs, drinking alcohol, fornicating with many women, etc, because he thinks it is bad for them.

    So, many tahfiz and pondok schools are unregulated and as a result we have seen many incidents which harm the children studying there.

    Also, many people think that tahfiz and pondok schools teach children nothing useful and this is bad for the children.

    //i believe wat had happened to tahfiz school is a chosen fate too.//

    Chosen by whom?

    OK, let's pretend that only God can chose our fate.

    //its not God motives…//

    If it is a chosen fate, why is it not God's motives?

    It is inconsistent double speak.

    //dun think God lighted fire at his own believers there.//

    Why not?

    It is their chosen fate, isn't it?

    I could present even more inconsistencies to you but I know I should not because you and others here may feel insulted or become angry with me.

    fatin, you sound like a good person and a good Muslim - honestly, that is how you sound like to me.

    But, you may like to stop and think about what it takes to become a good Muslim in a modern 21st century world.

    I believe that is the biggest challenge facing Islam today.

    Other mainstream religions have already long adapted and are moving along happily.

    Gladiator

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sir...d fate iz man made. They chose to ve it. D elements to bad fate were thwir choice. Not my double speaking if u can c tat. Or my syntax was not tat right.

      Delete
  22. Ketika perang uhud umat islam tewas disebabkan ingkar arahan nabi supaya para pemanah tetap bertahan di atas bukit uhud dan jangan turun walaupun musuh telah bertempiaran lari.Namun para tentera islam tak mampu menahan diri bila melihat banyak harta rampasan perang yang ditinggalkan tentera musyrik bertebaran di medan Uhud.Maka arahan Nabi dilanggar kerana mereka tak mampu melawan nafsu.

    Sedang mereka mengutip harta-harta itu,sebahagian tentera musyrik di bawah pimpinan khalid al walid kembali menyerang.Tanpa perlindungan dari para pemanah tentera muslim kalah teruk.
    Ekoran dari kekalahan itu turun wahyu dari Allah yang menyalahkan tentera muslim kerana ingkar arahan Nabi.Allah cukup murka dengan mereka.Namun dalam beberapa ayat kemudiannya Allah memujuk tentera muslim yang sedang dalam kesakitan dan kedukaaan akibat kekalahan teruk di medan uhud itu.Kata Allah jika dia berkehendak memenangkan tentera Muslim Dia mampu namun Dia jua yang mengizinkan kekalahan tersebut.Dan Allah jua yang menurunkan rasa mengantuk kepada para tentera muslim supaya kesakitan dan kedukaan itu hilang buat seketika.Sesungguhnya Allah menerima taubat orang yang bertaubat.

    Dari kisah Perang Uhud itu jelas usaha manusia yang menentukan keputusan akhir sesuatu kejadian.Jika kita lalai dan cuai apatah lagi bersambil lewa pasti kita ditimpa musibah bahkan dimurkai Allah.Namun apa yang terjadi dengan izin Allah jua.Tidak bergerak sesuatu di langit atau di bumi melainkan dengan kekuatan dan izin dari Allah.

    Demikianlah juga tragedi yang menimpa pusat tahfiz tersebut.Pentadbir maahad tersebut perlu bertanggungjawab kerana telah jelas mereka tidak mengikut peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.Walaupun begitu tragedi ini atas izin Allah jua.Berapa banyak pusat tahfiz lain yang juga tidak mengikut spesifikasi keselamatan yang ditetapkan tetapi keadaannya masih selamat dan baik-baik saja?Allah masih mengasihani mereka dan masih menahan perkara malang dari berlaku.Sebelum malang menimpa mana-mana pusat tahfiz berkenaan mestilah memperbaik premis masing-masing.Dan jika setelah segala langkah yang terdaya kita usahakan namun malang tetap menimpa maka di saat itu baharulah layak diungkapkan ini adalah Qodak dan Qodar Allah jua.

    ReplyDelete
  23. Annie,

    There are some good comments and suggestion.

    Since the past 2 years, we had heard problems in Tahfiz school.

    1. Bullying that caused injury.
    2. Child abuse.
    3. Health and disease problem.
    4. Road accidents when the students travel.
    5. Fire

    Lately there are news that point to arson.

    But I think, it goes down to one big question,

    "Is Tahfiz school safe"?

    We have to think about this and press on to the government to come up with policies regarding Tahfiz school.

    ReplyDelete
  24. Tahfiz are here to stay,they have just received a pledge of RM30 millions
    Problem solved/nip in the bud
    Calamity must befall to gain attention as reading the Koran is a tenat in Islam

    Fadzireen

    ReplyDelete
    Replies
    1. one man show!!! show-off tahap maksimum..bagi la sikit kredit kat jabatan2 lain..rakyatpun nak kenal pimimpin2 lain jugak..(sigh)

      Delete
  25. Dunia ini hanya sementara..akhirat juga yang kekal. Kita senang jer menilai orang tapi kita harus ingat Allah mengetahui segalanya.Akhirnya selepas semua usaha, kita berse
    rah dan tawakal kepada Allah.

    ReplyDelete
  26. Hi Anne,

    Did the fire break out due to a shortage of RM 30 million ?


    In recent times tahfiz has earned a not so good reputation....abuse,bullying,health issues,sodomising,released convicts in their payroll, dormitories appearing as fire traps, food served with poor nourishment values,unhygienic conditions,cramped bedrooms etc etc.

    Instead Trump's friend should have called for a setting up of a task force in every state comprising of retired heads of departments from the religious,health,police,welfare, education, fire services, housing,utilities (TNB,Sykt Air) to visit these schools for a comprehensive fact finding mission.Retirees are not obliged to paint a rosy picture
    and they can report what they see and feel.And these schools (PENGETUAS)must be warned that they cannot prevent this task force setting foot in their premises for fact finding.

    This task force should be given a time frame to complete the task at hand.Upon completion, the report can be split into three -one for the respective state to act and implement and the other for the cabinet to react.Of course the third should be placed on the respective state Sultan's table.
    In so doing,I believe many problems could be overcome without loss of young innocent lives.

    Being a non Muslim, I am sorry and apologise for interfering in this tragedy.But Rasta cannot stay silent in the face of such horrific and painful things happening to our kids.

    Rasta was thought "Life is dear,even to save your life, do not deprive another creature of it's dear own life"

    Cannot sign off cheers this time...still in grief over the 25 innocent souls.

    Rasta Rules.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Cik Minah for sharing the "police report", but I have to censor the names, due to the age of the people alleged to be involved in the incident;

      BREAKING NEWS;

      KRONOLOGI KES KEBAKARAN DI PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH DATO KERAMAT, KL*

      NO REPOT: JTR RPT: 6629/17
      TARIKH: 14/09/17 MASA: 0652 HRS
      SEK 435 KK & SEK 302 KK
      IO: censored

      MANGSA:
      23 KEMATIAN (21 PELAJAR DAN 2 WARDEN)
      07 CEDERA (PELAJAR)

      *TANGKAPAN*
      1) NAMA: censored
      NO.KPT:x
      UMUR : 16 TAHUN

      2) NAMA: censored
      NO.KPT :x
      UMUR : 16 TAHUN

      3) NAMA: censored
      NO.KPT :x
      UMUR : 18 TAHUN

      4) NAMA: censored
      NO.KPT :x
      UMUR : 17 TAHUN

      5) NAMA: censored
      NO.KPT :x
      UMUR : 16 TAHUN

      6) NAMA: censored
      NO.KPT : x
      UMUR : 15 TAHUN

      7) NAMA: censored
      NO.KPT : x
      UMUR : 12 TAHUN

      PUNCA KEJADIAN: SELISIH FAHAM ANTARA PELAJAR SEKOLAH TAHFIZ DENGAN SEKUMPUL (5) LELAKI MELAYU (OKT)

      *FAKTA KEJADIAN*

      BEBERAPA HARI SEBELUM KEJADIAN BERLAKU PERSELISIHAN ANTARA PELAJAR SEKOLAH TAHFIZ DENGAN censored. OKT-OKT MEMAKLUMKAN MEREKA TELAH DIEJEK DAN TIDAK BERPUAS HATI DAN INGIN MEMBALAS DENDAM. censored DAN censored BERPAKAT UNTUK MEMASUKI PUSAT TAHFIZ BERKENAAN UNTUK MENCURI HANDPHONE DIDALAM ASRAMA PUSAT TAHFIZ ITU.

      PADA PAGI 14/09/2017 JAM LEBIH KURANG 02:30 HRS KESEMUA OKT TELAH BERKUMPUL DI KEDAI MINUM CEK MEK MOLEK BERSEBELAHAN PEJABAT PPIM DAN TELAH BERBINCANG UNTUK MEMBAKAR SEKOLAH TERSEBUT BAGI MEMBALAS DENDAM. SETELAH ITU SEMUA TELAH BEREDAR.

      PADA 14/09/17 JAM LEBIH KURANG 04:00 HRS censored BERSAMA censored PERGI MEMBELI MINYAK PETROL DI STESEN MINYAK PETRON DAMAI DAN MENGISI MINYAK PETROL DIDALAM SEBOTOL AIR MINERAL YANG BESAR.

      PADA 14/09/17 JAM LEBIH KURANG 04:30 HRS TELAH BERKUMPUL KEMBALI DIPADANG BELAKANG PUSAT TAHFIZ TERSEBUT. censored DAN censored TELAH NAMPAK censored MEMEGANG SEBOTOL MINYAK PETROL DIPERCAYAI UNTUK MEMBAKAR PUSAT TAHFIZ TERSEBUT. ADIK TELAH MEMANJAT MEMASUKI PEJABAT PPIM KERANA MAHU TIDUR.

      PADA 14/09/17 JAM LEBIH KURANG 04:40 HRS censored BERSAMA censored DAN censored TELAH MEMASUKI PUSAT TAHFIZ MELALUI PINTU BELAKANG UNTUK MEMBAKAR PUSAT TAHFIZ TERSEBUT MANAKALA censored DAN censored MENUNGGU DILUAR PAGAR SEBELAH BELAKANG PUSAT TAHFIZ. SELEPAS ITU, censored DAN censored MENDAPATI PINTU MASUK BILIK ASRAMA BERKUNCI DAN TIDAK DAPAT DIBUKA, LALU censored BERSAMA censored DAN censored KELUAR SEMULA DAN TELAH TURUN KE TINGKAT 1 DAN MENGAMBIL SEBUAH TILAM DAN MELETAKKAN KE PINTU MASUK ASRAMA DITINGKAT 2, SELEPAS ITU censored, censored DAN censored TELAH PERGI KE KIOSK BERSEBELAHAN PEJABAT PPIM DAN TELAH MEMECAH MASUK KIOSK BERKENAAN DAN MENCURI (2) TONG GAS BERWARNA MERAH DAN HIJAU LALU MEMBAWA TONG GAS BERKENAAN NAIK KE TINGKAT 3 PUSAT TAHFIZ DAN TELAH MELETAKKAN (1) TONG GAS SECARA BERDIRI DAN (1) TONG GAS SECARA BARING MENGHALA KE PINTU ASRAMA. censored TELAH MENCUCUK DENGAN MENGUNAKKAN LIDI DI MUNCUNG KEPALA GAS SUAPAYA GAS KELUAR MENHALAKAN KEARAH PINTU DAN censored TELAH MENCURAHKAN MINYAK PETROL DIHADAPAN PINTU MASUK ASRAMA HINGGA KEBAWAH DAN TELAH MENYALAKAN API MENGGUNAKAN PEMETIK API SETERUSNYA censored, censored DAN censored MELARIKAN DIRI KELUAR DARI PUSAT TAHFIZ BERKENAAN.SELEPAS ITU, censored DAN censored JUGA TELAH MELARIKAN DIRI MENGGUNAKAN MOTOSIKAL JENIS YAMAHA LAGENDA WARNA KELABU, censored MENAIKI MOTOSIKAL SUZUKI RG SPORT SEORANG DIRI DAN censored DAN censored MENGUNAKAN MOTOSIKAL YAMAHA LAGENDA WARNA HTAM BIRU MENGHALA KERUMAH MASING-MASING.

      SEKIAN UNTUK MAKLUMAN TUAN.

      Delete
    2. Astaghfirullah. Ya Rabb. May Allah Taala forgive us all for our weakness. That we have raised a nation of children who could not differentiate right from wrong.

      Annie. I am still traumatised by the death of the UPNM student at the hands of his fellow students. And now this.

      Delete